Assalamualaikum & hi korang!
Semalam beauty package sampai dekat rumah ekin. Akhirnya, setelah seharian menunggu barang sampai... tengah-tengah ekin buat exercise, ada abang ninjavan tekan loceng rumah! "Yesss... skincare iols dah sampai!" Excited tau korang. Macam dapat barang free pulak kan, padahal ekin yang beli ni. Wakakkaka.
Ok. Disebabkan ekin terlebih excited giler gilerrr... so ekin decide nak buat beauty haul dekat blog. Dah lama tak menulis content pasal beauty ni. Here we go!
Jeng jengg jenggg.. banyak tak barang yang ekin beli? Huhuhu. Semua ni adalah skincare ekin. Memandangkan stok skincare dekat rumah dah nak habis, jadinya ekin borong semua sekali skincare yang ekin nak. Dan kalau nak tahu, dekat gambar atas ni ada 2 produk yang ekin baru nak try. Kalau ok nanti, ekin akan tulis review okies ;)
Cuba korang teka berapa harga kesemua produk dekat atas ni. Terkejut ekin tengok amount dia masa nak checkout dekat Shopee. Ohh ya btw, semua barang ni ekin beli dekat Shopee tau. Ekin memang selalu beli dekat kedai ni kalau nak topup skincare Kayman Beauty. Memandangkan kedai ni juga ada jual Zarzou Serum yang dah lama ekin perhati dari dulu.. so alang-alang tu terus beli. Nama kedai tu Hannanmy, in case kalau korang nak beli juga. Hehehe.
Tengok lah ni korang! First time ekin dapat kotak Kayman ni tau. Sebelum ni ekin selalu beli sikit-sikit je... so tak ada kotak. Mungkin sebab kali ni ekin beli barang banyak... tu yang seller packing kan dalam kotak Kayman ni. Rasa sayang pula nak buang. Sebab nampak cantik exclusive gitchew.
Alright, jom lah kita ke beauty haul terus. Tak sabar nak tunjuk dekat korang semua apa yang ekin beli. Leggo!
Shop here: Kayman Beauty Coal Face Soap |
First item yang ekin beli adalah Coal Face Soap daripada Kayman Beauty. Coal Face Soap ni ekin dah pakai lama dah. And sesuai giler dengan kulit muka ekin. Tak ada perkataan yang boleh describe betapa best nya guna Coal Face Soap ni. Best giler. Memang worth to try. Sekali cuba, confirm pakai terus. Harga untuk satu Coal Face Soap ni adalah RM35. Tapi, ekin selalu grab 3.. RM100 je. Jimat sikit.
Shop here : Kayman Beauty Rosa Glow Treatment Essence |
Next item adalah Rosa Glow Treatment Essence. Yang ni pun ekin dah pakai lama dah. Ekin guna Rosa Glow Treatment Essence ni as toner. Cara pakai, ekin selalu tuang dekat tapak tangan and dab dabb kan dekat muka. Kadang-kadang, ekin tuang atas kapas muka. And sebabkan essence ni best, kadang-kadang tu.. ekin akan pakai 2, 3 layer sebab nak bagi nampak glowing. Hihihi. Harga untuk Rosa Glow Treatment Essence ni adalah RM89. A bit pricey tapi worth it.
Shop here : Kayman Beauty Skintella Repairing Serum |
Seterusnya, ekin beli Skintella Repairing Serum ni. Dekat rumah dah lama habis, barulah terhegeh-hegeh nak beli. Hohoho. Serum ni pun ekin dah pakai lama dah. Tak ingat dah botol keberapa ekin pakai. Skintella ni dia ada soothing effect. First reason kenapa ekin nak try serum ni dulu, sebab dia ada ingredient Centella Asiatica which ekin memang aim dah lama nak cari produk yang ada Centella ni. Alang-alang Kayman ada keluar serum yang ada ingredient Centella ni, sebab tu ekin nak try. And memang sesuai dengan kulit muka ekin. Harga serum ni RM69.
Shop here : Kayman Beauty Wipe-It-All Facial Cleansing Wipes |
Next, produk terbaru daripada Kayman Beauty iaitu WIPE-it-all Facial Cleansing Wipes. Setiap kali Kayman Beauty keluarkan produk baru, confirm ekin akan try. Setakat ni, semua produk Kayman best giler. So, ekin pun taknak lepaskan peluang untuk try produk latest Kayman ni. Memandangkan ekin tak pernah ada facial cleansing wipes, so ekin decide nak grab satu lah. Ekin ni pulak memang kaki berjalan. Jadi, nanti kalau nak remove makeup... senang lah bila dah ada facial cleansing wipes ni. And, tak sangka facial cleansing wipes ni kecil comel je. Senang nak bawa pergi travel. Harga pun ni. RM20 sahaja.
Shop here : Zarzou Beauty Brightening & Hydrating Facial Serum |
Serum daripada Zarzou Beauty yang baru ekin nak try. Ramai yang kata serum ni ok. Ekin tengok feedback dekat twitter pun, ramai yang kata combination serum ni dengan produk kayman memang ngam teroks. Dan, disebabkan itu jugalah ekin decide nak try. Ekin baca dekat feedback orang, dorang kata serum zarzou ni dapat pudarkan parut dekat muka. So, nak try lah jugak kan... sama ada serum ni berkesan ke tidak. Harap-harap lah berkesan sebab ekin ada few acne scar yang ekin nak hilang kan. Huhuuu. Harga Zarzou serum ni RM59.
Ok lah korang... itu sahaja kelima-lima items yang ekin beli dekat shopee. Total harga untuk kesemua items ni RM335.64. Terkejut beruk ekin tengok total harga bila nak checkout dekat Shopee tau. Semahal ini.. skincare ekin. Hanya untuk jaga muka je korang. Hahaha. Tapi nak buat macam mana, nak muka licin bersih.. kenalah cari produk yang ok kan. Worth lah dengan harga dia and benefit dia semua. I is ok. Huhu. *kayman & zarzou... please sponsor saya lepasni...
In case kalau korang tak tahu, ekin pernah review produk-produk yang ekin guna ni tau. Korang boleh je cari dekat bahagian beauty section ekin. Untuk 2 produk yang ekin baru nak try ni nanti, kalau ok ekin akan review dalam blog ni juga tau. So, stay tuned.
Sampai sini sahaja entry ekin untuk harini. Terima kasih untuk readers yang sudi baca entry ekin sampai habis. Tanpa korang, siapa lah ekin. Acewahhhh. Ok bye!
Find me at:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee
9 comments
seronoknya haul skincare !
ReplyDeletebeauty haul is my fav.. hehehee
DeleteKita pernah guna Kayman cleanser dan centella skin tu. Tapi, tu pun preloved. nAk beli harga dia. Addooo~ nangis jap. Haha
ReplyDeletehehehe.. boleh simpan slow2 dulu.. dulu pun ekin tengok harga dia boleh bawak menangis.. tapi disebabkan produk dia bagus dgn kulit muka.. kira worth it lah.. hehehe :D
Deletecoalface soap best kan! i've repurchased many times dah. and the essence is soooo good as well! muka nampak glowing je x
ReplyDeleteerin | littlesipsoftea.com
true!!! ekin paling suka coalface soap kayman.. tak tahu dah keberapa kali beli dah.. hahaha.. essence dia jangan cakap.. always be my favourite.. kita geng! suka dkt produk yg sama :D
Deletefirst time tahu tentang products ni..
ReplyDeletewahhhhh.. product dorang ni antara best of the best tau siti.. wajib try.. heehehe
Deleteskintella serum tu fave. masih menanti hari utk ada peluang beli satu set terus hehe
ReplyDelete