Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us

Haluu sister! Ekin sebenarnya baru je balik dari berjalan. Tapi kita tengah excited lah nak meng-update blog ni. Tahu tak, ekin ada jumpa satu tempat untuk leparks sambil healing. Kot yang mana suka food hunting tu, korang boleh lah try pergi sini. Tempat ni kawan ekin yang suggestkan tau. Yang best tempat ni dia boleh makan indoor and outdoor juga. Tapi korang jangan risau, walaupun outdoor... korang tak akan rasa panas. Sebab banyak giler portable kipas dia. Lurve!

Korang mesti tahu tempat ni punya. Sebab tempat ni viral weh. And masa ekin makan dekat sini memang tak putus orang datang. Tapi korang jangan risau sebab tempat duduk dia banyak eh. Dekat dalam ada, dekat luar pun ada. Cuba teka ekin makan dekat mana? Huhuhu. Yasssss betul, ekin makan dekat Mokky's Pizza & Coffee. Tapi yang ekin pergi ni dekat cawangan Bukit Jelutong. Best weh makan dekat sini. Rasa macam tengah healing-healing gituh dia punya vibes.

Service dia pun memang pantas. I lurve!

Awalnya, ekin nak ajak kawan ekin makan Mee Tarik dekat area KL. Tapi disebabkan kebelakangan ni selalu sangat hujan, agak takut juga lah nak pergi ke kawasan KL ni. Kot nanti ada banjir kilat. Mahu ada yang balik naik sampan ni kang.

So, kawan ekin terus suggest "kalau tak, esok boleh kita lunch dekat Mokky's". Kitanya apa lagi, auto onz lah. Ekin ni pantang diajak. Laju je onz. Lagipun, rasa dah lama giler tak makan pizza. Rindu nak makan pizza dengan cheese mozarella yang meleleh. Nyummy!

Dekat sini korang boleh pilih sama ada nak dine-in ataupun takeaway tauuu. Tapi... pizza dia selalu cepat habis. So kalau korang nak rasa pizza dia, korang kena lah datang awal-awal tau.

Tengok lah ni. Tadi ekin datang dalam jam 11 pagi macam tu, pizza dia tinggal 20 pcs sahaja wehh. Sebab ramai giler orang order untuk takeaway. Masa ekin makan dekat situ, ekin perasan yang sorang ni order sampai 3 kotak pizza saiz 12" tau. Nasib datang awal, sempatlah nak merasa pizza Mokky's ni.

Untuk yang tertanya-tanya ada apa je dekat Mokky's Pizza & Coffee, korang boleh lah tengok menu dia ni dekat bawah. Kot nanti korang boleh lah plan makan dengan kengkawan uols.

Dekat sini, main dia adalah Pizza. BUT, korang jangan risau, dekat Mokky's Pizza & Coffee cawangan Bukit Jelutong ni pun dia ada pasta juga tau. Sides dia pun nampak menarik. Nyummy. And desserts semestinya kena ada. Arghhhhh, teringat pula rasa Choc Chip cookies dia. Sedap dooh.

Taraaaaa... ni lah makanan yang ekin order tadi. Hehehe. Semua sedap! Cuma untuk pizza dia tu kalau cheese mozarella dia banyak, confirm ekin lurve. Ekin minat giler dengan cheese sebenarnya. Ahakss. Yang penting semua sedap AND CHOC CHIP COOKIES DIA PUN SEDAP!

Ohh, btw ekin ada satu tips jimat untuk korang. Kalau korang nak order makanan banyak-banyak kan, korang tak payah order air dia. Hehehe. Sebab dorang memang akan bagi FREE sky juice untuk korang. Ini pun nasib baik lah ekin order satu air je tadi tau. Kalau tak, mahu ada 4 cawan atas meja. Takut makanan nanti terapung dalam perut sebab banyak minum air. Ahahaks.

Peneman setia dikala duka. Acewah. Kucing ni mesti ingat yang kitaorang ni tak faham hint dia kan. Member dah panjat dok kat sebelah, makanan satu apa tak dapat. Hahaha.

Maaflah kucing, saya tak ada benda lah nak bagi dekat awak.

Tengok lah ni. Korang jangan risau lah kalau tempat tak cukup. Dekat sebelah ni banyak lagi meja tau. And dia punya portable blower a.k.a kipas tu.. memang setiap penjuru dorang letak. Tak rasa panas langsung. Nak berpeluh pun tak sempat ahh.

Boleh lah makan berdua dengan partner dekat sini nanti. Uhuks.. **fake cough.

Next time korang boleh lah ajak kawan-kawan korang makan dekat Mokky's ni. Tempat dia memang vibes. Staff dia pun friendly. And service dia memang laju. Overall, memang manthapppp!

Okaylah, sampai sini sahaja posting ekin kali ni. Dah habis mengarang dekat blog, now ekin nak berehat. Kita jumpa dekat next posting wokeyh. Thank you for those yang sudi baca blog ekin sampai habis. Lurve you. Muahx.

-FOLLOW ME-

Instagram : @asyiqin_roslee

Youtube : @asyiqinroslee

Tiktok : @wnrasyiqiin

Korang tahu tak dengan pakai retinol dapat buat kulit muka korang nampak lagi muda dari usia sebenar?! Mesti tak percaya kan? Tapi benda ni legit. Ramai skincare guru memang sarankan for those yang dah masuk 20 series ni untuk add retinol dalam skincare routine korang. Tak kira lah perempuan atau lelaki, dua-dua boleh je pakai.

Sebelum ni, ekin selalu pakai retinol yang jenis cream tau. So, kebiasaanya ekin akan pakai sebelum nak tidur. Tapi, baru-baru ni.. ekin baru tahu yang SOME BY MI ada keluarkan sheet mask yang main ingredient dia adalah RETINOL korang! And I was like.. whuttttttt. Senang giler nak pakai.

Pastu nak tunggu apa lagi kan? Ekin terus lah checkout. Huhuhu. Macam biasa kita beli di TIKTOK sebab lagi jimat gitchew. Nak beli boleh KLIK DEKAT LINK SINI.

Masa mula-mula sampai rumah tu kan, ekin macam "uihhh, besar betul bekas dia ek... boleh pakai lama ni". Hahahhaa. Nak compare dengan sheet mask yang ekin selalu beli dekat drugstore, bagi ekin murah lagi yang ni tau. Sebab dalam bekas ni ada 30 sheet mask tau. BANYAKK WOIII. And harga sebenar dia RM103.36. Tapi sebab beli dekat tiktok dapatlah RM58.77. JIMAT BANYAK ENNN.

Yang ini ekin try compare dengan Numbuzin punya saiz bekas. Nampak tak Some By Mi punya bekas retinol sheet mask ni besar mana?! Walaupun Numbuzin punya bekas ni adalah toner pad.. tapi korang boleh nampak kan perbezaan saiz bekas dia. Besar noks.

Dia punya product hygiene tu ekin boleh katakan NO 1 bebb. Untuk Some By Mi punya Retinol Intense Daily Mask ni, korang akan dapat tools dekat penutup dia. So senang kalau korang nak ambil sheet mask dalam bekas tu. ANDDDDD dia seal sekali tau bekas ni. Hahhh.

Tapi ya ampun.... ekin nak complain ni. Dia punya product hygiene tu dah bagus tau. Tapi.... engkorang tengok lah sendiri gaya ekin buka dia punya seal ni. Dah macam kena gigit tikus dah aku tengok ah.

Wehhhh, kuat namateyy dia punya seal tu. Tapi ada bagusnya juga boleh bagi extra secure. Cuma agak annoying juga lah bila buka tak dapat. Terkeluar tenaga jantan nak buka seal ni.

Yang mana tak tahu macam mana nak guna tools yang dia dah bagi, ni haaa ekin tunjuk caranya. Haks. Korang ambil pastu kepit je. Sonangggg.

So, yang mana dah hit 20s keatas tu kan, ekin memang RECOMMEND korang sangat sangatt sangattt sangatttt untuk add retinol dalam skincare routine korang tau. Lagi-lagi yang asyik complain skin nampak tua tu. Hahhh, kau add je retinol dalam skincare ni. Jangan banyak cekadak dah.

Banyak tau sebenarnya kelebihan retinol ni. Yang paling orang lurve sangat sebab retinol ni adalah salah satu ingredient untuk ANTI-AGING tau. So yang mana dah start ada garis-garis halus atau kedutan dekat muka tu, korang boleh lah start pakai retinol. Confirm esok pagi muka korang akan rasa boink boinkk macam baby skin. Jujur ekin cakap dari pengalaman sendiri.

Banyak lagi tau benefit retinol ni. Yang mana tak tahu, jangan risau. Korang boleh je start sekarang untuk add retinol dalam skincare routine. Macam-macam jenis dah ada dekat pasaran ni tau. Ada yang jenis cream and ni ekin baru tahu ada jenis sheet mask. Depends dekat korang jenis suka sapu cream atau pakai je sheet mask.

Kalau orang malas macam ekin ni, ekin suka pakai sheet mask je. Biar dalam 10-20 minit kat muka, pastu cabut, buang. Senang! Huhuhu.

Tapi kan, ekin ada baca yang untuk wanita hamil.. korang tak sesuai tau pakai retinol dalam skincare. Jadi, kena careful juga take note ingredient apa yang awak boleh and tak boleh guna.

Yang mana nak tahu apa lagi kelebihan retinol ni, ekin share dekat bawah ni untuk side note korang:-

KELEBIHAN ADD RETINOL DALAM SKINCARE ROUTINE

Anti-Aging : Retinol dapat mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah. Ia dapat membantu dalam penghasilan kolagen untuk membuat kulit lebih anjal dan kelihatan muda.

Menambah baik tekstur kulit : Dengan pengunaan retinol yang kerap dapat membantu melicinkan kulit dan mengurangkan lubang pori dengan mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit.

Pengurangan hiperpigmentasi : Retinol dapat mengurangkan bintik hitam, tanda penuaan dan hiperpigmentasi lain dengan mempercepatkan pengelupasan permukaan sel kulit.

Merawat jerawat : Retinol dapat membantu membersihkan liang pori dan mengurangkan pertumbuhan jerawat.

Menaikkan seri wajah : Dengan menanggalkan sel-sel kulit mati dan menghasilkan sel yang baru, retinol dapat menjadikan wajah agar kelihatan lebih cerah dan tona kulit yang sekata.

Banyak kan kelebihan dia? Jadi, tunggu apa lagi. Korang boleh lah grab sekarang. Huhu. Kalau korang nak add retinol ni dalam skincare korang, make sure korang ambil retinol yang lower concentration dia tau. Sebab skin orang lain lain. Untuk pengetahuan korang, retinol ni adalah active ingredient tau. So, yang mana belum pernah introduce retinol dekat skin korang.. better korang start with lower concentration.

Antaranya, korang boleh pakai Retinol Intense Daily Mask by SOME BY MI ni. Untuk sheet mask ni, korang jangan pakai hari-hari tau. Dalam seminggu tu, korang boleh pakai 2-3 kali macam tu. Kalau nak beli, nak jimat.. korang carilah dekat tiktok. Ekin memang beli dari official account SOME BY MI. Kalau korang nak beli, boleh KLIK DEKAT SINI JE.

Okay lah korang, sampai sini sahaja posting ekin kali ni. Kalau korang ada apa-apa soalan yang nak tanya, boleh je komen dekat bawah. Nanti free ekin akan reply.

Anyway, thank you sudi baca blog ekin.

Bye!

-FOLLOW ME-

Instagram : @asyiqin_roslee

Youtube : @asyiqinroslee

Tiktok : @wnrasyiqiin

Percaya atau tidak, korang tahu tak yang ekin dah jatuh cinta dengan skincare daripada LUQFA BEAUTY ni. Anyway, haiiiii korang! Harini ekin nak share satu skincare brand yang bakal merubah 360 darjah wajah korang. Acececehhh.. over sangat nau. NOTA KAKI... posting ekin ni bukan paid review ke apa-apa tau. Yang ni memang 100% personal experience gitchew. Macam biasa, ekin akan share benda-benda yang ekin suka sahaja. 

Untuk korang yang selalu usha-usha skincare LUQFA BEAUTY tu, korang boleh lah baca posting ni dulu tau. Apapun, skincare ni memang best dooh.

Sebelum ni, ekin tak pernah tahu menahu tau pasal skincare daripada LUQFA BEAUTY ni. Disebabkan hidup ekin ni memang 24/7 menghadap tiktok je memanjang kan... tiba-tiba video Founder Luqfa Beauty ni lalu dekat fyp ekin.

Seperti biasa, permulaannya ekin scroll ke atas. Hahahaha. First time video Founder dia lalu ekin terus scroll. Maklum lah, kitoonyo suka tengok video lawak-lawak je. Lepastu, eh.. tak lama tu dia lalu lagi. Tapi sebab taknak kalah, ekin scroll laju-laju keatas.

Keesokannya, live Founder dia pulak keluar dekat fyp. Kitonyoo apa lagi. Masuk lah kejap tengok dia buat apa. Lahhhh, rupanya Founder dia ni chemist lah korang! Bukan calang-calang Founder ni. Tak kosong bak orang kata. Dari awalnya ekin abaikan video tiktok dia, terus teralit tengok live Founder Luqfa Beauty ni. Hampir sejam korang!. Amaze gilerr dengan orang yang pandai ni tau. Walaupun tak faham bahasa chemistry yang Founder dia ni share, tapi sebabkan dia asyik dok gaul-gaul bahan2 yang nak dijadikan skincare, kita pun teralit tengok sekali.

Dari situlah titik perkenalan ekin bersama skincare Luqfa Beauty ini bermula. Ceh.

Korang tengok lah packaging skincare Luqfa Beauty ni. Very cutesy.. very demure.. I like it.

Memandangkan masa tu skincare ekin pun dah nak habis dan KEBETULAN pula ekin tengah cari skincare lain (sebab skincare yang lama tak bagi apa-apa kesan pada skin) juga... ekin pun terus lah grab Luqfa Beauty punya Tinted Moisturizer & Glowy Sunscreen.

Masa nak checkout tu macam tercekik juga lah, sebab ya allah harga dia. Nak menangis rasa. Huhuhu. Tapi memikirkan yang founder dia sendiri develop ingredients skincare Luqfa Beauty ni, ekin pun pasrah kan aje. Yelah, ingat nak develop skincare tu cuma memerlukan satu malam je ke asyiqin oiii?! Dia pun try and error sana sini sampai dapat hasil yang betul-betul bombastic. Bersyukur sikit eh sebab ada local skincare yang function giler macam ni.


Tumpang lalu lah ek korang. Sajelah nak tunjuk packaging dia macam mana. Ekin suka lah dengan gabungan warna pink & putih ni. Nampak sangat soft soft je. Actually kan korang, yang ni adalah my 2nd purchase tau. Huhu.. Nampak tak betapa sukanya ekin dengan skincare Luqfa Beauty ni.

Apa maksud kalau saya repeat order??? Maksudnya produk ni BAGUS! Haks.

Masa awal-awal ekin pakai skincare ni kan, ekin macam tak nampak kesan dia tau. Macam tak nampak apa-apa yang best je. Sekali masa keluar dengan kawan ekin, dia tegur "Ekin pakai skincare lain eh? Nampak lain muka" And I was like "Ahhh lain?"

"Haah, nampak harini muka ekin GLOWINGGGGGGG"

Wutttttts, dalam hati dah melompat-lompat dah weh kalau ada orang puji skin kita glowing ni. Tapi, muka kena relax cool je. Takleh tunjuk excited sangat. Nanti member tarik pujian tu balik. Haks.

Dari situ, baru lah ekin tahu yang kita tak akan nampak terus kesan dia. Dia kena tunggu lama sikit, kau kena keluar berjalan dulu.. lepastu BOOMMMM terus glowing muka kau. Serious tak tipu tau.

Bukan kawan ekin je yang puji. Colleague dekat tempat kerja pun cakap benda yang sama tau. "Ehh Shikin, aku nak tanya kau satu soalan ah. You pakai apa ah dekat kulit muka you. Nampak glowing"

Dengar je perkataan GLOWINGGG.. dalam hati ekin ni bukan dah melompat-lompat dah, ini dah terus tergolek-golek jatuh terpusing-terpusing tak bangun bangun.. kawan kerja puji cakap skin ekin glowing, bahagia dia lain macam ya.

Ini adalah tekstur Tinted Moisturizer & Glowy Sunscreen daripada Luqfa Beauty. Memang best. Dia tak melekit and cepat absorb pada kulit. Ekin akan pakai dua-dua ni pagi dan malam tau. Walaupun moisturizer dia jenis tinted, korang jangan risau sebab boleh je korang nak pakai malam sebelum tidur. Tak ada masalah.

Bawah ni ekin share INGREDIENTS TINTED MOISTURIZER & GLOWY SUNSCREEN daripada LUQFA BEAUTY. So korang boleh lah copy and paste dekat website Skincarisma.

INGREDIENTS LUQFA BEAUTY TINTED MOISTURIZER

Aqua, Glycerin, Cyclopentasiloxane, Coco-Caprylate/Caprate, Trehalose, Phenyl Trimethicone, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Tetrasodium EDTA, Allantoin, Isononyl isononanoate, Hyaluronic Acid, Adenosine, Oleth-10, Polysorbate 60, 1,2-Hexanediol, Silica, Triethoxycaprylylsilane, Tocopheryl Acetate, Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Hydrogenated Polydecene, Sodium Acrylates Copolymer, Trideceth-10, Propylene Glycol, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Polymethylsisesquioxane, Erythritol, Hibiscus Sabdariffa, Fruit Extract, Ophiopogin Japanicus Root Extract, Caesalpinia Spinosa Fruit Pas Extract, Opuntia Ficus-Indica Stem Extract, Helianthus Anuus Sprout Extract, Ethylhexylglycerin, Phenoxyethanol, Lecithin, Sodium Benzoate, Sophora Flavenscens Root Extract, Pentylene Glycol, Silanetriol.

May Contain: Titanium Dioxide, Cl 14720, Cl 19140

INGREDIENTS LUQFA BEAUTY GLOWY SUNSCREEN SPF 50 PA+++

Aqua, Glycerin, Coco-caprylate/Caprate, Sodium Acrylates Copolymer, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Polymethylsilsesquioxane, Phenyl Silicone Oil, Hyaluronic Acid, Tetrasodium EDTA, Allantoin, Lecithin, Octocrylene, Phospholipids, Butylene Glycol, Isononyl isononanoate, Caprylic / Capric Triglyceride, Hydrogenated Lecithin, Cholesterol, Bisabolol, Silanetriol, Tocopheryl Acetate, Hydrogenated Polydecene, Hydroxystearic Acid, Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Trideceth-10, Cyclopentasiloxane, Dimethicone / Vinyl Dimethicone, Crosspolymer, Pentylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Propylene Glycol, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Fragrance, Ethyhexylglycerin, Trehalose, Centella Asiatica Extract, Honey Extract, Ophiopogon Japanicus Root Extract, Opuntia Ficus-Indica Stem Extract, Hellanthus Anuus Sprout Extract, Caesdalpinia Spinosa Fruit Pas Extract, Sophora Flavescens Root Extract.

May Contain: Titanium Dioxide

Untuk kedua-dua Tinted Moisturizer & Glowy Sunscreen Luqfa Beauty ni, dia pakai packaging picit yang macam ni tau. Kalau korang tengok lubang dia halus je. So senang nak budget masa nak apply skincare korang tu nanti. Kalau lubang dia besar, takut terpicit banyak pulak kan. Lurve yang ni.

Belanja lah sikit dekat korang before and after untuk Tinted Moisturizer Luqfa Beauty ni. Kalau korang perasan, tinted moisturizer dia warna pink tau. So bila pakai tu, dia punya glow memang nampak natural betul. Nak nak pula kalau pakai sekali dengan sunscreen dia. Terus auto glow macam kulit Korean.

Sunscreen Luqfa Beauty ni memang lurve teruks. Kalau korang pakai skincare daripada Luqfa Beauty ni kan, confirm kawan-kawan korang auto puji terus. Yang best, ekin suka sebab dia tak rasa melekit tau. And dia punya glow tu, memang nampak natural. EKIN MEMANG RECOMMEND DEKAT KORANG UNTUK TRY. Sumpah tak rugi.

Tapi kalau korang tanya ekin, antara Tinted Moisturizer atau Glowy Sunscreen mana yang PALING best? Ekin akan suruh korang beli dia punya Glowy Sunscreen. Hahahaha. Kalau korang pakai dia punya Glowy Sunscreen je pun, terus boleh nampak glow dia tau.

Kalau korang nak beli.. korang carilah kat tiktok. Hahaha. Lately ni ekin memang suka beli dari tiktok je sebab tiktok suka bagi FREE SHIPPING and kadang-kadang boleh dapat offer, ihiksss. Kitonyo suka berbelanja dengan bijak.

Ekin share juga link kedai yang ekin selalu beli skincare Luqfa Beauty dekat bawah ni. Kot kalau korang nak usha-usha dulu kan. Ekin letak sekali dengan harga dia supaya korang boleh terbeliak mata sama-sama dengan ekin. Hahaha. Btw, kalau korang nak try.. Luqfa Beauty pun ada keluarkan set mini trial untuk skincare dorang. Murah je. Korang boleh check dekat bawah ni juga tau...

SHOP HERE

Hydrating Gentle Cleanser | RM45.00 (Klik sini untuk pembelian)

Cleansing Balm | RM14.90 (Klik sini untuk pembelian)

Pure Hyaluronic Aquarich Serum | RM65.00 (Klik sini untuk pembelian)

Tinted Moisturizer | RM49.90 (Klik sini untuk pembelian)

Glowy Sunscreen | RM59.90 (Klik sini untuk pembelian)

Set Tinted Moisturizer + Glowy Sunscreen | RM109.80 (Klik sini untuk pembelian)

Set Acne Free (Cleanser + Moisturizer + Sunscreen) | RM139.90 (Klik sini untuk pembelian)

Set Glowing (Serum + Moisturizer + Sunscreen) | RM169.00 (Klik sini untuk pembelian)

Set 5 in 1 Mini Trial Luqfa Beauty | RM19.90 (Klik sini untuk pembelian)

Okay lah korang. Sampai sini sahaja posting ekin kali ni. Sampai ketemu di next posting ya.

Bye!

-FOLLOW ME-

Instagram : @asyiqin_roslee

Youtube : @asyiqinroslee

Tiktok : @wnrasyiqiin

Halluuuu korang!!! Especially GIRLS YANG SUKA SHOPPING BAJUUU.. ekin ada berita menarik lagi tertarik untuk korang.

Tapi ennn,

Mesti korang dah tahu kan tempat ni?! Sobs sobsss. Apapun untuk yang tak tahu lagi, korang tahu tak dekat Subang Parade ni ada syurga pakaian untuk orang perempuan?! Ehhhh, bukan untuk perempuan je lah. LELAKI pun adaaa.

Actually, ekin dah pergi sini berapa kali ntah. Antara banyak-banyak kedai M&B ni, ekin paling suka pergi M&B dekat Subang Parade ni tau.

Nak tahu kenapa?


Sebabnya, baju dekat M&B Subang Parade ni lawa lawa dooh and pilihan dia lagi banyak berbanding tempat lain tau!

Paling best, of course lah sebab tak ramai orang. Hehehehe. Nak shopping pun best. Siapa yang introvert tu, memang sesuai lah kalau korang nak shopping baju dekat M&B Subang Parade ni. Taknak shopping pun tak apa. Window shopping pun boleh ah.

Dekat sini, dia punya tak ramai orang tu sempat lah nak feeling-feeling macam boyfriend yang rent kan tempat ni tau. Walaupun batang hidung boyfriend pun tak nampak lagi. Janji delulu kena nombor shatuuuu.



Dekat sini korang jangan risau tau. Daripada segala jenis baju korang boleh dapatkan dekat M&B Subang Parade ni. Korang nak cari t-shirt? Ada je dekat sini. Nak cari blouse. Lagi lah banyak uols. Apaaa? Dress? Skirt? Seluar jeans? Seluar track? Baju kurung? Ahhh, semua hadoooo. Even, kalau korang nak cari shawl ke inner ke, semua ada dekat sini. ALL IN ONE. Manalah gegirls tak kering poket kalau dah sekali masuk dalam M&B ni. Tu yang ramai ajak suami teman tu. Untunglah ada wallet bergerak. Huhuhu.

Yang lelaki, awak pun jangan risau. Jangan segan-segan lah nak masuk M&B ni. Ingat semua baju perempuan je ke yang ada? Baju lelaki pun ada tau. Daripada t-shirt ke seluar semua adaaa. Even, awak nak cari baju melayu pun ada tau. Hahaha. Sumpah tak tipu.



Eyhhh, tak boleh lah tengok mannequin ni. Apa je yang mannequin ni pakai, rasa nak beli semua. Sebab girly-gurly sangat. Kita pulak dah lah suka benda-benda yang aesthetic ni. Haishh.



Tengok lah ni. Banyak gilerr kan?! Yang penting MURAH! Ni yang suka ni.



Mana yang lelaki segan-segan nak masuk M&B tu, awak tengok ni. Banyak kan t-shirt yang cantik-cantik. Ini kualiti level-level uniqlo tau. Dah lah murah pulak tuh. Ini kalau pakai baju dari M&B, confirm nampak lagi segak. Acewahh.



Mana lah tak rambang mata kalau dah masuk sini. Dah lah design baju dia lawa-lawa. Daripada yang plain sampailah bercorak, semua LAWAAAAA. Simple and minimalist, itu yang kita mahukan.



Dress pun ada juga tau awak. Jangan risau. Kalau awak gadis-gadis yang suka pakai dress, awak masuk jelah M&B ni wak. Memang banyak pilihan. Memang pening ya mikir nak buat keputusan pilih baju apa yang nak ni.



Skirt kat sini memang lawa giler weh. Ekin suka section ni tau. Selain baju, ekin memang suka shopping M&B punya seluar track. Setakat ni, cutting seluar track dekat M&B memang iols LIKE. Skirt dia ni pun, ekin tengah aim nak beli sebenarnya. Tapi masih memikir style apa yang aku gayakan nanti. Haks.



Kalau ada abang-abang yang bawa isteri tu nanti bawa bersabar lah ya. Ini kalau masuk sini, memang tak jumpa jalan keluar noks. 


Okay lah korang, cukuplah ekin belanja gambar walaupun tak berapa banyak. Anyway, kalau korang terdetik je nak pi shopping baju, jangan lupa shopping dekat M&B ni dulu tau. Actually korang boleh pergi mana-mana M&B yang berdekatan dengan korang je. Tapi kalau korang nak pergi M&B yang banyak pilihan baju and korang nak berbelanja dengan tenang, korang pergi lah dekat sini (M&B Subang Parade). Memang BEST!

Sampai sini sahaja. See you in my next posting!

Bye.


-FOLLOW ME-

Instagram : @asyiqin_roslee

Youtube : @asyiqinroslee

Tiktok : @wnrasyiqiin

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ▼  2024 (4)
    • ▼  August (4)
      • Harini Makan Dekat Mokky's Pizza & Coffee | Bukit ...
      • Retinol Intense Daily Mask | SOME BY MI
      • Skincare LUQFA BEAUTY | Tinted Moisturizer & Glowy...
      • M&B Mana Yang Ada Banyak Baju Menarik? | Subang Pa...
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes