Haluu sister! Ekin sebenarnya baru je balik dari berjalan. Tapi kita tengah excited lah nak meng-update blog ni. Tahu tak, ekin ada jumpa satu tempat untuk leparks sambil healing. Kot yang mana suka food hunting tu, korang boleh lah try pergi sini. Tempat ni kawan ekin yang suggestkan tau. Yang best tempat ni dia boleh makan indoor and outdoor juga. Tapi korang jangan risau, walaupun outdoor... korang tak akan rasa panas. Sebab banyak giler portable kipas dia. Lurve!
Korang mesti tahu tempat ni punya. Sebab tempat ni viral weh. And masa ekin makan dekat sini memang tak putus orang datang. Tapi korang jangan risau sebab tempat duduk dia banyak eh. Dekat dalam ada, dekat luar pun ada. Cuba teka ekin makan dekat mana? Huhuhu. Yasssss betul, ekin makan dekat Mokky's Pizza & Coffee. Tapi yang ekin pergi ni dekat cawangan Bukit Jelutong. Best weh makan dekat sini. Rasa macam tengah healing-healing gituh dia punya vibes.
Service dia pun memang pantas. I lurve!
Awalnya, ekin nak ajak kawan ekin makan Mee Tarik dekat area KL. Tapi disebabkan kebelakangan ni selalu sangat hujan, agak takut juga lah nak pergi ke kawasan KL ni. Kot nanti ada banjir kilat. Mahu ada yang balik naik sampan ni kang.
So, kawan ekin terus suggest "kalau tak, esok boleh kita lunch dekat Mokky's". Kitanya apa lagi, auto onz lah. Ekin ni pantang diajak. Laju je onz. Lagipun, rasa dah lama giler tak makan pizza. Rindu nak makan pizza dengan cheese mozarella yang meleleh. Nyummy!
Dekat sini korang boleh pilih sama ada nak dine-in ataupun takeaway tauuu. Tapi... pizza dia selalu cepat habis. So kalau korang nak rasa pizza dia, korang kena lah datang awal-awal tau.
Tengok lah ni. Tadi ekin datang dalam jam 11 pagi macam tu, pizza dia tinggal 20 pcs sahaja wehh. Sebab ramai giler orang order untuk takeaway. Masa ekin makan dekat situ, ekin perasan yang sorang ni order sampai 3 kotak pizza saiz 12" tau. Nasib datang awal, sempatlah nak merasa pizza Mokky's ni.
Untuk yang tertanya-tanya ada apa je dekat Mokky's Pizza & Coffee, korang boleh lah tengok menu dia ni dekat bawah. Kot nanti korang boleh lah plan makan dengan kengkawan uols.
Dekat sini, main dia adalah Pizza. BUT, korang jangan risau, dekat Mokky's Pizza & Coffee cawangan Bukit Jelutong ni pun dia ada pasta juga tau. Sides dia pun nampak menarik. Nyummy. And desserts semestinya kena ada. Arghhhhh, teringat pula rasa Choc Chip cookies dia. Sedap dooh.
Taraaaaa... ni lah makanan yang ekin order tadi. Hehehe. Semua sedap! Cuma untuk pizza dia tu kalau cheese mozarella dia banyak, confirm ekin lurve. Ekin minat giler dengan cheese sebenarnya. Ahakss. Yang penting semua sedap AND CHOC CHIP COOKIES DIA PUN SEDAP!
Ohh, btw ekin ada satu tips jimat untuk korang. Kalau korang nak order makanan banyak-banyak kan, korang tak payah order air dia. Hehehe. Sebab dorang memang akan bagi FREE sky juice untuk korang. Ini pun nasib baik lah ekin order satu air je tadi tau. Kalau tak, mahu ada 4 cawan atas meja. Takut makanan nanti terapung dalam perut sebab banyak minum air. Ahahaks.
Peneman setia dikala duka. Acewah. Kucing ni mesti ingat yang kitaorang ni tak faham hint dia kan. Member dah panjat dok kat sebelah, makanan satu apa tak dapat. Hahaha.
Maaflah kucing, saya tak ada benda lah nak bagi dekat awak.
Tengok lah ni. Korang jangan risau lah kalau tempat tak cukup. Dekat sebelah ni banyak lagi meja tau. And dia punya portable blower a.k.a kipas tu.. memang setiap penjuru dorang letak. Tak rasa panas langsung. Nak berpeluh pun tak sempat ahh.
Boleh lah makan berdua dengan partner dekat sini nanti. Uhuks.. **fake cough.
Next time korang boleh lah ajak kawan-kawan korang makan dekat Mokky's ni. Tempat dia memang vibes. Staff dia pun friendly. And service dia memang laju. Overall, memang manthapppp!
Okaylah, sampai sini sahaja posting ekin kali ni. Dah habis mengarang dekat blog, now ekin nak berehat. Kita jumpa dekat next posting wokeyh. Thank you for those yang sudi baca blog ekin sampai habis. Lurve you. Muahx.
-FOLLOW ME-
Instagram : @asyiqin_roslee
Youtube : @asyiqinroslee
Tiktok : @wnrasyiqiin
0 comments