Hello readers semua!
Beberapa hari yang lepas, Ekin terima satu beauty box ni daripada AllYoung Malaysia tau (thank you AllYoung Malaysia for make me always young... hehe). So, harini Ekin nak unboxing beauty box ni. Jom kita tengok apa yang ada dekat dalam ni.
Ini lah dia beauty box yang Ekin dapat daripada AllYoung Malaysia. Cantik kan?! Colour pink gituwww. Mesti korang tak sabar kan nak tahu apa benda yang ada dekat dalam ni. Sebab Ekin pun excited gilaaa tau bila beauty box daripada AllYoung ni sampai depan pintu pagar rumah Ekin. Rasa macam masa tu, tak sabarnyaaa nak bukak. Kalau boleh, dah bukak tu nak terus pakai. Hehehe.
*over betul budak nih
And...
Ekin memang suka kesemua skincare produk yang ada dekat website AllYoung Malaysia ni tau. Bila bukak je website dia, rasa macam rambang mata je semua. Hohoho. Kalau korang sentiasa baca blog Ekin ni, korang mesti tahu yang sebelum ni pun Ekin ada review cleanser dan toner daripada AllYoung Malaysia ni jugak. Yang belum baca lagi tu, sila lah klik bawah ni untuk baca review Ekin mengenai cleanser dan toner mereka.
Vita Laboratoires Acne Soothing Cleansing Cream
Vita Laboratoires Acne Solution Skin Balancing Toner
Okay, kita sambung balik kisah pasal nak unboxing beauty box ni. Atas-atas tadi ni cuma intro sahaja. Hehe.
Jeng jeng jeng....
Ini lah dia antara skincare product yang Ekin dapat... Best kan!
Kebetulan pulak, Ekin memang peminat tegar dengan sheet mask ni. Stock sheet mask Ekin pun dah habis. Nasib dapat yang baru ni. Lagi lah Ekin seronok. So, apa yang ada dekat dalam AllYoung beauty box ni adalah:
- Micrite 3D All Use Mask (5 pcs)
- Bio-Cellulose Lifting Eye Mask (3 pcs)
- Bio-Cellulose Lifting Neck Mask (3 pcs)
Micrite 3D All Use Mask
Micrite 3D All Use Mask ni, as per said dekat box mask ni... Main concern dia adalah untuk memberi kelembapan pada kulit, melembutkan dan mencerahkan kulit muka kita. Ekin pun ada lah belek-belek ingredients Micrite 3D All Use Mask ni tau. Tiba-tiba, nampak pulak favorite ingredient Ekin ada dekat dalam ni which is niacinamide. Ni yang jadi tak sabar nak cuba ni.
Nak tahu lebih lanjut pasal Micrite 3D All Use Mask ni, nanti kan review panjang Ekin pasal mask ni. Hehehe. Hari ni, kita unboxing kenal-kenal dulu dengan masker-masker ni.
Bio-Cellulose Lifting Eye Mask
Alright! Next, kita ada Bio-Cellulose Lifting Eye Mask ni. Ni pun sama jugak, ingredients dia memang best gilaaa. Hopefully, eye mask ni akan bantu Ekin yang berhadapan dengan masalah eye-bags sebosar gajah ni hahh (*loghat nogori). Hoho. As per said at the box ni, eye mask ni dia akan bantu untuk lifting, tighten and restore underneath of our eyes gitueee. The best anti-aging formula to keep youth looking.
Bio-Cellulose Lifting Neck Mask
Last but not least, kita ada Bio-Cellulose Lifting Neck Mask ni. As per said at the box, neck mask ni dia akan immediately LIFT and visibly support this vulnerable skin. Lepas pakai neck mask ni, confirm leher korang akan nampak cantik gilaaa.. Hehe.
Okay, itu sahaja items yang ada dalam beauty box daripada AllYoung Malaysia ni. Apa yang Ekin perasan, kesemua sheet mask dekat atas ni dia ada ingredient niacinamide tau. So, Ekin memang tak sabar sangat ni nak mencuba. Lagipun, kesemua produk Vita Laboratoires ni pun memang dia paraben free.. Tu yang best tu.
Untuk next update, Ekin akan review satu persatu sheet mask ni. Mana lah tahu korang pun tengah survey sheet mask untuk penjagaan kulit muka korang. Kot kott lah tersangkut dengan salah satu mask dekat atas ni. Mana lah tahu kan.. Ye dak?
Alright. See you guys later!
Oppss...
Kalau korang dah tak sabar nak tunggu review Ekin kan. Korang cuci lah mata dulu dekat website AllYoung Malaysia ni. Saje je nak bagi korang semua rambang mata.
WEBSITE
Klik tau jangan tak klik. Hehe.
6 comments
Wah.. siap ada neck mask tu..
ReplyDeletekannn.. sebelum ni ekin banyak guna face mask je.. tak sabar nak try neck mask tu.. hehe
Deleteamboi, awet muda terus pakai mask ni. ^^
ReplyDeletehehehe...harap2 terus nampak muda je :p
DeleteWow siap ade neck mask. Tak penah lagi kita dengar. Hehehe
ReplyDeleteWoww macam menarik pula dia punya Mask tu
ReplyDelete