Dah dua kali postponed, akhirnya dapat juga pergi ke kilang beras BERNAS dekat Sekinchan ni. Tujuan nak pergi ke kilang beras BERNAS ni sebenarnya nak ambil sekam padi untuk jalankan project akhir tahun Ekin dekat universiti ni. Cari punya cari, akhirnya dapat juga sekam padi dari BERNAS ni.
Ekin pergi ke kilang beras ni bersama rakan baik Ekin sendiri. Sebabnya dua-dua menggunakan material yang sama untuk bahan kajian. Untung jugak kan? Kalau tak, naya Ekin nak kena pergi Sekinchan ni sorang-sorang je. Tambah pula, jauh dari Shah Alam. Menangis Ekin nanti. Hoho.
Bangun seawal 5 pagi lagi, nak bersiap-siap pergi Sekinchan. Takut pula jem nanti masa dalam perjalanan. Nak bertembung dengan orang yang pergi kerja lagi. Janji dengan pihak BERNAS pun dalam jam 10:30 pagi. Kira okay lah kan. Kalau sampai awal, boleh cari tempat breakfast dekat sana dulu. Lepas je solat Subuh, terus siap bertolak ke Sekinchan.
Dari Shah Alam ni, boleh kira ambil masa dalam 1 jam lebih lah untuk sampai ke Sekinchan. Kitaorang pulak guna jalan yang tak de toll. Memang jalan tu lurus je. Alhamdulillah lah, takde jem tak sesak ke apa. Tup tuppp, dah sampai ke Sekinchan. Masa nak sampai tu, nampak pula permandangan sawah padi. Cantik sangat! First time tengok in real life. Tiba-tiba rasa teruja pula. Hahaha. Ekin dengan kawan Ekin pun cakap, "yang ni lepas balik ambil sekam padi, kena photoshoot dekat sini ni". Hehe.
Luas sangat sawah padi ni. Dapat lah tengok juga tali air tu macam mana. Maklum lah, budak bandar tak tahu apa-apa. Kehkehkeh. Okay. Kitaorang sampai dekat Sekinchan ni dalam 9 lebih macam tu. Kira ada lagi 1 jam sebelum pukul 10:30 am. Kawan Ekin (si driver, hehe) pun pusing-pusing cari tempat makan berdekatan untuk sarapan. Dapatlah satu kedai makan ni. Kebiasaannya, menu pagi rakyat Malaysia ni akan order Nasi Lemak kan? Tak Nasi Lemak, roti canai. Sama lah macam Ekin. Order lah roti kosong satu, teh tarik satu. Ngammm sangat!
Dah makan sikit, lupa pulak nak ambil gambar. Hahaha. Nasib tak habis lagi.
Kebetulan pula, masa tengah makan-makan ni, ada seorang menteri besar datang makan kedai yang sama. Teruja pula Ekin tengok. Selalu nampak dalam tv je. Masa ni, kawan Ekin dah google dah, sebab nak kepastian. Hahaha. Rupa-rupanya, betul lah! Nah, Ekin belanja satu gambar. Hehe.
kalau korang pandai, cuba teka siapa? >_<
Masa nak bayar tu, kawan Ekin ni lah. Excited sangat sampai minta nak bergambar. Hehehe. Ekin pun apa lagi, kita inter-frame lah jugak. Masuk sekali.
Dah selesai sesi bergambar, Ekin dan kawan Ekin ni pun pergi lah terus menuju ke kilang beras BERNAS, Sekinchan. Sementara nak tunggu jam 10:30 am, macam biasa selfie dulu.
Jam tunjuk je pukul 10:30 am, kitaorang pun masuk lah ke kilang beras BERNAS tu. Tapi, sebelum tu kena daftar log masuk pelawat dekat guard depan kilang tu dulu. Dekat sana nanti, guard akan beri pas pelawat untuk menandakan bahawa kita ni seorang pelawat. Hahh gituuu. Kemudian, guard tu nanti akan guide kita nak kena masa seterusnya bagi yang first time datang melawat. Kitaorang dibawa berjumpa dengan Encik Ramdan, dan sebenarnya dengan Encik Ramdan ni lah kami berurusan sebelum nak datang melawat.
Dekat sana, Encik Ramdan bawa kami masuk ke dalam bilik meeting dan terangkan serba sedikit proses penghasilan beras di sana.
Antara produk Kilang Beras BERNAS, Sekinchan.
Kitaorang pun terangkan juga tujuan datang ke BERNAS ni atas sebab untuk mengambil sekam padi bagi bahan kajian projek akhir tahun kitaorang dekat universiti. Nasib baik takde sebarang charge dikenakan untuk ambil sekam padi ni. Hehe. Selamat duit kami.
Selesai sahaja penerangan oleh Encik Ramdan, kami pun dibawa ke galeri untuk melihat proses penghasilan beras, mesin yang digunakan, komposisi beras yang dihasilkan dan banyak lagi. Banyak lah juga input yang kami dapat. Nanti boleh lah masukkan dalam report.
Akhir sekali, sesi bergambar dengan staff-staff BERNAS yang terlibat.
Yang berdiri antara kitaorang tu lah boss besar kilang beras BERNAS ni. Dapat lah juga ilmu serba sedikit dari beliau. Yang kanan hujung sekali itulah Encik Ramdan yang kami berurusan sepanjang sesi ni. Apapun, terima kasih banyak-banyak atas kerjasama yang diberikan oleh pihak kilang beras BERNAS, Sekinchan :)
Sebelum pulang semula ke Shah Alam, rasa rugi pula kalau tak berjalan-jalan dekat kawasan Sekinchan ni. Tambahan pula, nampak sawah padi terbentang luas dekat depan kilang ni. Apa lagi? Singgah lah kejap. Hehe.
Tumpang ambil gambar dekat sini, ya =D
gambar candid selalunya menjadi, hehe.
kita buat gaya formal sikit, okay.
gambar pusing pandang belakang, namanya.
Dapat pun bergambar tengah jalan ni. Nasib baik kawasan ni kenderaan memang tak lalu sangat. Luas kan sawah padi ni! Cantik sangat.
peace sikit ^_^
Habis je berjalan keliling sawah padi ni. Kitaorang pun, sambung lah balik perjalanan balik ke Shah Alam. Sepanjang perjalanan tu, tengok juga kiri kanan sebab nak cari kedai singgah makan tengah hari. Tapi, lain yang dijumpanya.
Nampak pula signboard sky mirror dekat Kuala Selangor.
Pergi-pergi, alahhhh. Rupanya dah habis waktu nak ber-Sky Mirror ni, Dia kena tengok air pasang surut nak pergi Sky Mirror ni. Kena booking dulu dan sebagainya. Melepaslah peluang. Tak dapat pergi, janji gambar kena ada. Hohoho.
Dah habis berjalan. Kali ni memang betul-betul terus balik ke Shah Alam. No more jalan-jalan. Masa pun dah nak dekat petang. Berjalan banyak sangat nanti, risau pulak driver kita penat. Nanti kalau penat, siapa lah yang nak drive kereta tu nanti. Ada yang bermalam dekat Kuala Selangor tu nanti. Terbang lagi duit ni hahh. Kehkehkeh.
Sampai je dekat Shah Alam, singgah makan dekat Kenny Rogers.
Menu ni memang sedapppppp sangatttttt. Next time datang Kenny Rogers, Ekin nak order menu yang sama. Tapi air nak tukar. Hehehe. Sebab Ekin tak suka Ice Lemon Tea dia. Rasa lemon dia kuat sangat. Mungkin Ekin kena order Iced Chocolate pulak, lepas ni. Memang hantu coklat betul Ekin ni.
Habis makan, kita terus balik kolej. Angkut sekam padi tadi naik bilik. Boleh patah pinggang nak angkut naik sampai tingkat 3. Sekam tu pulak ambil sampai 15 kg. Mahu tak patah pinggah nanti. Nasib baik bungkus 5 kg per plastik beg. Esok lusa, boleh jadi sado kalau angkut sekam ni hari-hari.
Itu sahaja cerita semalam semasa lawatan ke kilang beras BERNAS, Sekinchan.
Kepada yang inginkan maklumat kilang beras BERNAS, Sekinchan untuk dihubungi, dekat sini Ekin share kan sekali supaya mudah untuk korang kot kott nak buat lawatan lihat proses penghasilan beras dan sebagainya.
KILANG BERAS BERNAS, SEKINCHAN
Website : Kilang Beras BERNAS
Email : ramdan@bernas.com.my
(Encik Ramdan bin Misri)
Contact number : 03-32410001
21 comments
kalo kat Sekinchan memang win sangat sawah padi. dulu study selalu kesana sebab ada rumah anak yatim jadi rumah angkat kami kelab penyayang. best kan damai je..
ReplyDeleteHaah,, best sangat2! Rasa nak pergi lagi. .Hehe
DeleteSeronok baca cerita Ekin pergi BERNAS.. Kalau berpeluang sis pun suka pergi tempat-tempat begitu.
ReplyDeleteAl-maklum tak pernah explore secara real cara proses pagi. Cantik sungguh pemandangan bendang menghijau.. Jeles tengok Ekin bergambar di bendang cantik semuanya..
Hihihi, rasa macam nak pergi lagi...
Deletealhamdulillah kak dok di kedah memang menjamu mata dengan bendang padi. hehe. memang best. petang2 layan perasaan tepi bendang, memang syok ooooo ^_^
ReplyDeleteUishh,, kalau petang2 mesti best kan rasa angin sepoi2.. Jelesssnyaaaaa. .huaaaa
DeleteBestnya bberpeluang masuk ke bernas.Dapat pulak bergambar di kawasan jelapang padi. Hehe...
ReplyDeleteTrringin juga nak buat lawatan ke sini.. best tu kalau bawa bebudak..
ReplyDeleteCantiknya pemandangan tepi sawah padi..
ReplyDeleteKecik2 dulu biasa nyawah
ReplyDeleteSekarang sawah padi dah tukar kelapa sawit.
Nyawitlah pulok
the paddy field at the back sgt cntikkkkk
ReplyDeletegoodluck for your project dear ^^
ReplyDeleteWah syoknya sambil menyelam minum air gittuw, makan sedap amek gambar cecantik kat sawah.. bestnya syikin! ^^
Sukanya tengok sawah padi yang hijau tu....
ReplyDeletewaaa..bestnya buat lawatan ke kilang bernas..anyway, done follow ur blog
ReplyDeletemasa kecik selalu berkubang di dalam sawah padi. rumah ayah di kg memang terletak di tgh2 sawah padi.
ReplyDeleteCantik gambar kat sawah padi tu..
ReplyDeleteBnyknye bwk balik sekam padi tu.. Hehe..
Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan final year project.
Teringat zaman kecik2 kat sawah padi, luas hijau mata memandang. Best juga ekin dpt pergi kilang bernas kan. Anyway gud luck on hr project
ReplyDeletebest nya :D
ReplyDeletecantik bendang tu kan..suka bergambar area sawah padi ni...:)
ReplyDeletewow... indahnya sawah.. lagi indah muka awak.....
ReplyDeletedia aku punya.. berani masuk la
Delete