Pejam celik pejam celik dah masuk 1 September. Bermakna tak lama lagi Ekin dah nak habis praktikal dah. Dan bermulalah kisah Ekin sebagai seorang student kembali. Tiba-tiba rasa macam tak sabarnya nak habiskan zaman belajar ni. Tapi, bila dah habis mesti nanti akan rindu balik kan?
Sepatutnya Ekin akan daftar kolej esok. Tapi disebabkan tempoh latihan industri habis seminggu lambat dari tarikh pendaftaran kolej, jadi pihak kolej membenarkan untuk sesiapa yang menjalani latihan industri ni daftar lambat (dengan syarat kena bayar yuran kolej sebelum 2 September ni dan kena maklum awal-awal kalau nak daftar lambat).
Disebabkan rumah Ekin dekat je dengan universiti ni, Ekin memang akan daftar kolej esok lah. Daftar awal-awal, ambil kunci. Dah habis praktikal nanti, Ekin tinggal angkut barang bawa masuk bilik je lah. Senang kan?!
Alhamdulillah, semester akhir ni dapat juga duduk dekat kolej. Kiranya, sepanjang Ekin belajar dekat sini, Ekin duduk kolej je lah. Nak dapatkan kolej ni, terpaksa lah rajin turun ke aktiviti-aktiviti yang kolej anjurkan.
Pernah dengar tak?
Disebalik suka ria, terselitnya duka. Eh, wujud ke ayat ni? Suka hati dia je nak reka-reka ayat. Takpe, janji korang faham.
Walaupun permohonan kolej Ekin untuk semester ni berjaya tapi banyak sangat masalah yang berlaku dekat diri ini semata-mata permasalahan teknikal di student portal. Kebiasaannya, keputusan permohonan kolej (sama ada berjaya / tidak) akan keluar terlebih dahulu sebelum slip pra daftar kolej ni keluar.
Slip pra daftar : Slip yang perlu dibawa semasa pendaftaran kolej (dilengkapi maklumat nombor bilik)
Jadi, bila dah dapat keputusan kolej Ekin berjaya. Ekin pun tunggu lah sampai tarikh untuk sistem student portal eHep ni generate slip pra daftar. Sampai je tarikh yang dimaklumkan akan keluar slip pra daftar ni, Ekin dengan tak sabarnya buka lah student portal. Tak sabar sebab nak tahu dapat bilik mana, tingkat berapa, roommate siapa. Buka punya buka, tertera lah satu message yang berbunyi:
Harap maaf... Anda belum didaftarkan di dalam sistem. Sila rujuk pada kolej yang anda mohon. Terima kasih.
Eh dah kenapa dengan sistem ni. Masa ni Ekin dah mula risau dah sebab ingat Ekin sorang je yang tak keluar lagi slip pra daftar ni. Rupanya kawan-kawan yang lain pun hadap masalah yang sama. Oh, okay. Nasib baik ada geng. Ingat kan Ekin sorang je yang belum keluar lagi.
Sampai lah hari Khamis haritu, kawan Ekin wasap kata slip pra daftar dah keluar. Dekat group aras yang lama pun bukan main aktif orang tanya dapat bilik nombor berapa. Nak cari roommate kan. Ekin pun apa lagi, buka student portal dengan harapan nak tengok dapat bilik nombor berapa.
Sekali lagi, message yang sama keluar. Ekin dah mula risau masa ni. Takkan Ekin sorang je yang belum keluar. Kawan-kawan Ekin yang lain semua dah dapat nombor bilik. Ekin fikir, macam mana ni. Ahad nanti dah nak daftar kolej. Kalau slip pra daftar tak keluar, macam mana nak daftar kolej. Huaaaaaaa.
Ekin pun try lah call pejabat kolej, nak tanya pasal slip pra daftar ni. And guess what?! Staff yang angkat call Ekin tu dia jawab macam acuh tak acuh je. Lagi lah buat Ekin rasa risau tambah pula dengan sedih kenapa lah manusia yang angkat call ni tak mesra pelanggan. Jawapan yang Ekin dapat, "sekarang sistem memang tengah ada problem pun, kita akan cuba selesaikan hari ni juga". Ekin pun, okay lah make sure SELESAIKAN HARI NI JUGA! Tapi, Ekin takde lah cakap dengan staff tu macam tu. Ada ke berani nak cakap macam tu.
Sepanjang hari Ekin akan buka student portal untuk tengok update mana tahu dah keluar kan. Hampa. Janji untuk selesaikan tak terlaksana pun. Keesokannya dah lah nak sambut merdeka. Confirm2 lah pejabat tutup. Kalau pejabat tutup, siapa nak selesaikan masalah Ekin ni. Masa ni sabar jelah. Pujuk diri, mungkin ada orang yang take over pasal issue ni.
Masa hari sambut merdeka tu, Ekin try call pejabat kot kott lah ada orang yang angkat. Call punya call, ada pun yang angkat. Cepat cepatt Ekin tanya pasal masalah Ekin. Belum habis cakap lagi, staff yang angkat call tu tiba-tiba letak telefon. Haihhh, sabar jelah. Masa ni dah retak seribu dah hati Ekin. Pihak lain punya masalah, Ekin pulak yang jadi mangsa.
Dalam masa yang sama juga, Ekin ada lah contact dengan JPK kolej untuk tanya sebarang update dan minta bantuan. Nasib baik JPK yang Ekin contact ni bertanggungjawab sikit.
Hari Sabtu dah pun tiba. Hati Ekin makin risau sebab Ahad dah nak kena daftar kolej. Ekin dah call Unit Kemudahan Kolej dengan Pejabat Kolej, masing-masing takde kata penyelesaian. Last-last, staff pejabat kolej tu bagi Ekin nombor person in charge yang masukkan data pelajar dalam sistem. Dalam hati ni, dah mengeluh dah. Kenapa lah tak bagi Ekin awal-awal je. Ni nak berdolak dalih, suruh call sana, call sini, call kejap lagi. Sabar jelah.
Ekin pun call lah person in charge tu, tak sampai setengah jam pun masalah dah selesai. Ekin buka student portal, alhamdulillah slip pra daftar Ekin dah keluar.
Dan yang happynya, Ekin sebilik dengan kawan rapat Ekin. Tak sangka pula. Mungkin ada juga hikmah yang Allah nak bagi. Masalah Ekin selesai. Slip pra daftar dah dapat. Bayaran kolej pun dah buat. Tinggal nak print segala dokumen dan terus daftar esok.
Panjang betul cerita semata-mata sebab slip pra daftar ni. Ekin harap lah masalah macam ni tak kan berlaku lagi dekat students yang lain. Nak marah tak boleh, nak menunggu pun tahap kesabaran ni bukan lah tinggi sangat. Apapun, masalah selesai. Berakhirlah penantian result kolej Ekin.

12 comments
yeayyyy tahniah ekin! Dah boleh start prepare apa yang patut dah. Follow sini ye ekin :D
ReplyDeleteHihi, thank you. .tulah bab nak mengemas ni lah yang lemah sekali.. Haha.
DeleteTahniah2.. Sila lah dtg ke blog saya https://akuman85.blogspot.com
ReplyDeleteThank you. Hihi.
DeleteAlahai.. Sabar jelah..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selesai dan dapat roomate yang ohsem..
Dugaan berakhir dengan kegembiraan.. Alhamdulillah..
tahniah ! From your new follower here ! nice blog :) xoxo
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan ekin.. goodluck 4 study..
ReplyDeleteomggg seram ja staff yang kerja situ. i pun bulan lepas ada problem dengan asrama, nasib baik staff yang angkat tu 'mesra pelanggan' hahahaha
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan awak,
ReplyDeleteSis datang follow blog cantik ni.. Lawanya template! 😍 - yang ke 70
Tahniah Ekin dapat sebilik dengan bestie, btw akak pun pernah ada memori macam ni dengan portal u tapi time tu nak daftar subjek..sabar je la..
ReplyDeleteEkin amik degree ya?
ReplyDeletehaah, betul =D
Delete