Hujung Minggu Ni Buat Apa Je?

Hi, selamat petang semua. Petang ni Ekin saje-saje jelah nak update aktiviti apa yang Ekin buat sepanjang harini. Memandangkan harini hari minggu, rasa menyesal pulak tak keluar berjalan. Bila tak keluar berjalan, asyik duduk dalam bilik je, nampak gayanya kenalah buka buku buat kerja. 

So, harini daripada pagi Ekin dah bersemangat nak siapkan kerja berkaitan entrepreneurship punya subjek. Dah buka laptop, dah siap-siap ajak roommate Ekin sekali buat kerja. Tup tupp, slide powerpoint pulak ada dekat team member lelaki. Dah nak kena whatsapp mintak bahan material nak tulis buat report. Terus tak jadi nak buat kerja. Hehehe. 


Nampak tak architecture drawing sebesar alam ni. Memandangkan kerja yang tadi tak jadi nak buat, kita pun beralih lah kepada kerja yang mencabar sikit ni. Integrated Design Project (IDP). 

Disebabkan kelas IDP ni baru first class, Ekin bersama dengan roommate ni pun lakar-lakar lah dulu dekat mana nak letak beam and column structure semua. Boleh dikatakan pening lah jugak kepala ni nak memikirkan dekat mana nak letak. Kang, silap letak mahu kena dipersoalkannya nanti. Adududu. 

Bila tengok drawing banyak-banyak macam ni, macam manalah engineer dekat luar sana boleh berhadapan dengan drawing ni hari-hari. Ekin yang baru nak tengok ni pun, rasa lemah je pandang drawing ni semua. Belum lagi masuk design nak calculate semua loading. Salah kira, boleh runtuh nanti bangunan tu. Bersediakah nak jadi engineer nanti? Hahaha.

Okay lah, itu sahaja aktiviti Ekin harini. Disebabkan petang ni roommate Ekin keluar jogging bersama si dia, kerja semua kita terbengkalaikan sekejap. Mana aci kalau Ekin buat kerja sorang-sorang, roommate Ekin pulak seronok pergi dating. Hehehe.  

2 comments

  1. awk menang contest lazada kan?tahniah ehh...saya perasan nama awk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, alamak kantoi pulak.. Tulah, Ekin pun tak sangka boleh menang.. Alhamdulillah :)

      Delete