Demam Selsema Tak Hilang Lagi

Hello readers! Malam ni saje-saje lah nak meng-update blog sambil melayan diri yang tak berapa nak sihat ni. Dah masuk 2, 3 hari jugak lah Ekin mula-mulanya batuk. Lepastu demam. Terus selsema. Awal-awal tu ingatkan batuk, sebab salah minum air ke apa. Sebab nya rasa macam gatal tekak time tu. Tidur malam pun tak lena. Asyik batuk je. Tup, tup... Esoknya terus demam. Hahh, kan dah kena. Rasanya lama jugak lah Ekin tak pernah demam ke sakit apa-apa ke. Kononnya antibodi Ekin kuatlah. Sekali.... Terus tak larat nak buat apa. Badan pun rasa sejuk panas sejuk panas je. Dengan keadaan cuaca tak menentu lagi. Aiyooo. 


Bila dah start deman. Badan pun rasa tak sihat. Tambahan lagi, dengan nak stay up siapkan report. Esok pulak, ada class. Pasal report tu, uhuks. Ekin memang tak stay up malam lah cerita dia. Tak larat sangat malam ni. Rasa nak selubung je bawah selimut. 

Dalam antara batuk, demam dengan selsema. Selsema ni lah paling yang kalau boleh nak elak sangat-sangat. Ganggu emosi seharian Ekin je. Haha. Asyik-asyik nak mengalir je. Rasa nak tercabut hidung ni bila asyik nak hembus je. Sakit pulak hidung kita ni. 

Bila dah sakit ni, biasanya orang akan pergi klinik jumpa doktor mintak ubat. Tapi, Ekin ni pulak sejenis yang tak suka pergi klinik. Hehe. Sejenis yang tak suka jumpa doktor. Nasib lah roommate Ekin ada ubat panadol , ubat batuk dengan selsema. Untung jugak ada roommate yang rajin pergi klinik ni. Ekin pun apa lagi, nak taknak terpaksa lah telan ubat biji tu. Ekin memang tak pandai nak telan ubat sebenarnya, sebab tak tahan rasa ubat bila dah masuk dalam mulut. Kalau boleh rasa nak makan ubat budak-budak je. Mmmm. Sedap! 

Pasal ubat biji tu. Alhamdulillah, berjaya juga telan setelah melepasi rintangan merasa kelatnya ubat tu. Tiba-tiba rasa bangga pulak dengan diri sendiri. Yayyy.  Dah pandai telan ubat sendiri. Hahaha. Tak padan dengan umur betul lah. 

Apapun, demam Ekin dah makin berkurang. Cuma kadang-kadang tu, kejap sejuk kejap panas. Jadi tak tenteram pulak rasa nak buat apa-apa aktiviti. Batuk pun dah tak ada. Cuma? Selsema! Bila lah nak sihat ni. Harap-harap lah Ekin dah boleh kembali aktif, cergas dan cerdas. Uish. Kata-kata mana lah Ekin kutip ni. Macam pernah ku dengar... 

13 comments

  1. MN pun dah 4 hari demam selsema...hope cepat sihat lah ya..jangan skip makan ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih misy nelly... Get well soon to you too :)

      Delete
  2. get well soon. minum honey lemon kee and stay warm. jangan bedal ais sangat =P

    ReplyDelete
  3. Awal bulan September lalu sis diserang batuk teruk juga..
    Batuk yang sukar dikawal, lama baru baik seperti sediakala..
    Puas makan ubat dan cuba pelbagai petua, at last makan madu baru reda sikit..
    Apa pun semoga Ekin cepat sembuh.. Jaga diri okay..

    ReplyDelete