Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Hi! Ingat tak beberapa hari yang lepas Ekin ada buat Unboxing AllYoung Beauty Box untuk mask version. So, hari ni Ekin nak buat review untuk satu per satu beauty mask yang Ekin dapat ni.

Sebelum tu, kalau korang yang belum baca entry unboxing AllYoung beauty box ni... Korang klik je link dekat bawah ni.

Unboxing AllYoung Beauty Box | Mask Version
https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/11/unboxing-allyoung-beauty-box-mask.html


Jeng.. jeng.. jenggggg...

Ingat lagi tak?

Ini lah dia beauty mask yang Ekin dapat daripada AllYoung Malaysia. Best giler kot! Ekin pulak dah lah memang suka pakai mask ni. Korang nak tahu tak?! Sebenarnya dengan memasukkan pemakaian mask dalam rutin penjagaan kulit muka kita, sedikit sebanyak ia dapat membantu agar kulit muka kita tampak segar dan bermaya. Sebab itu lah kalau boleh tiap-tiap malam Ekin nak pakai sheet mask ni. Hoho.

Okay.. okay. Sekarang jom Ekin perkenalkan dekat korang apa yang ada dalam beauty box daripada AllYoung ni.

Dalam beauty box ni, terdapat 3 jenis beauty mask yang terdiri daripada:

  • Micrite 3D All Use Mask (5 pieces/box)
  • Bio-Cellulose Lifting Eye Mask (3 pairs/box)
  • Bio-Cellulose Lifting Neck Mask (3 pieces/box)
Ketiga-tiga beauty mask ni, korang boleh dapatkan dekat website AllYoung Malaysia tau. Klik sini >>> allyoung.my

Swissvita Micrite 3D All Use Mask



Micrite 3D All Use Mask mengandungi 5 keping sheet mask per box. Facial sheet mask ni mampu untuk melembabkan, mencerahkan dan melembutkan kulit muka kita. Sheet mask ni juga mempunyai high performance untuk memberi hydration dan mampu mencerahkan kulit muka. Yang paling bestnya, ia adalah 100% alcohol free.

Micrite 3D All Use Mask ni sesuai untuk mereka yang kulit mukanya kelihatan berumur, mempunyai kedutan dan garisan halus. Facial mask ni juga sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif kerana kesemua rangkaian produk SwissVita Laboratoires ni adalah 100% alcohol free dan paraben free. Jadi, ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kendur, kering dan tona kulit tidak sekata juga sesuai untuk menggunakan facial mask ni. Senang kata, semua lah sesuai pakai. Hehehe.

Ingredients:
Aqua, Niacinamide, Pentylene Glycol, Bis-PEG-15 Methyl Ether Dimethicone, Chondrus Crispus Extract, Sodium Hyaluronate, Glycosyl Trehalose, Hydrogenated Starch Hydrolysate, Olea Europaea (Olive) Leaf Extract, Xanthan Gum, Chlorphenesin, Panthenol, Arbutin, Dipropylene Glycol, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Dipotassium Glycyrrhizinate, PEG-40 Hydrohenated Castor Oil, Trideceth-9, Lavandula Angustifolian (Lavender) Flower Extract, Bisabolol, Butylene Glycol, Algae Extract, Undaria Pinnatifida Extract, Alteromonas Ferment Extract, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Beta-glucan, Cyanocobalamin, Uncaria Tomentosa Extract, Copper DNA


Best ingredients?

  1. Uncaria Tomentosa Extract: Softens fine lines, increase skin elasticity and repairs skin damage.
  2. Sea Shine: Blocks melanin formation from the bottom of skin to reveal a natural translucent glow.
  3. Arbutin: Inhibits melanin production and accelerates skin brightening.
  4. Tornare: Highly effective and non-greasy moisturizer, activates protective mechanism of skin.
  5. Abyssine: Valuable and rare ingredient from the deep sea of Mexico, effectively relieves discomfort and stimulates repairing function of skin.
  6. Niacinamide: Improves water content and barries function of skin, besides, protects skin from environmental pollutants.
  7. Rapid-Penetrating Botanical Fiber Mask: New Ultra-Invisible technology, perfectly fits your face with advanced fibers to effectively deliver double amount of highly-effective serum deep within your skin to leave skin dewy and plump.

So, extra tips kalau korang nak pakai sheet mask ni kan. Kebiasaannya Ekin akan letak dalam peti sejuk dulu sebelum nak pakai tu. Contohnya kalau malam ni Ekin nak pakai sheet mask, Ekin akan letak dalam peti sejuk awal-awal. Hehe. Masa nak pakai nanti memang best giler! Rasa sejuk je dekat muka ni. Baru rasa feeling2 tengah buat facial treatment. Padahal pakai facial sheet mask je. Hoho.

Swissvita Bio-Cellulose Lifting Eye Mask



Bio-Cellulose Lifting Eye Mask ni mempunyai 3 pasang eye mask dalam satu box. Eye mask ni dilengkapi dengan advanced carnosine technology dimana ia berperanan sebagai anti-aging dan anti-oxidation eye mask.

Kalau korang ada berhadapan dengan masalah mata kelihatan penat, ada kedutan dan garisan halus, dark circle, kulit kendur, kering, tona tidak sekata dan kurang elasticity... Bio-Cellulose Lifting Eye Mask ni sangat lah sesuai untuk korang semua yang ada masalah seperti di atas. Eye mask ni dapat membantu untuk mengurangkan garisan dan kedutan halus, memberi keanjalan dan melembabkan kulit di sekitar mata kita.

Ingredients:
Aqua, Saccharomyces Cerevisiae Extract, Niacinamide, Pentylene Glycol, Chondrus Crispus Extract, Sodium Hyaluronate, Glycerin, Palmitoyl Tripeptide-5, Algae Extract, Pullulan, Galactoarabinan, Panthenol, Olea Europaea (Olive) Leaf Extract, Xanthan Gum, Chlorphenesin, Carnosine, Hydrolyzed Hibiscus Esculentus Extract, Dextrin, Citric Acid, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Acetyl Hexapeptide-3, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate

Best Ingredients?

  1. Algae Extract: Immediate firmness
  2. LS 9736: Active and long lasting wrinkles treatment
  3. Palmitoyl Tripeptide-5: Smooth wrinkles
  4. Acetyl Hexapeptide-3: Firmner and smoother skin
  5. Saccharomyces Cerevisiae Extract: Skin activation
  6. Hyalo-Oligo: Long lasting moisturization
Eye mask ni pun sama. Lagi best sebelum nak pakai tu, korang letak dalam peti sejuk bagi dia sejuk dulu. Sekali masa nak pakai tu, terus rasa mata tu segar giler!

SWISSVITA BIO-CELLULOSE LIFTING NECK MASK



Bio-Cellulose Lifting Neck Mask ni juga mempunyai 3 pieces per box. Ia berperanan dalam mengurangkan kedutan dan garisan halus pada leher, mencerah dan memberi kelembapan pada kulit, meningkatkan skin elasticity dan memperlahankan process penuaan kulit. Bio-Cellulose Lifting Neck Mask ni sesuai untuk korang yang berhadapan dengan masalah seperti kulit kelihatan tua, kedutan, kendur, kering dan tona tidak sekata.

Ingredients:

Aqua, Chondrus Crispus Extract, Sodium Hyaluronate, Niacinamide, Propanediol, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Galactoarabinan, Panthenol, Glycerin, Palmitoyl Tripeptide-5, Xanthan Gum, Honey, Phospholipids, Sphingolipids, Hyaluronic Acid, Chlorphenesin, Carnosine, Olea Europoea (Olive) Leaf Extract, Citric Acid, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Hydrolyzed Collagen, Hydrolyzed Elastin, Phenoxyethanol, Ethylhexylgycerin, Acetyl Hexapeptide-3


Best Ingredients?

  1. Carnosine: Anti aging
  2. Palmitoyl Tripeptide-5: Smooth wrinkles
  3. Acetyl Hexapeptide-3: Skin become firmer and smoother
  4. Hydrolyzed Elastin: Tighten sagging skin

Okay! Kalau korang nak dapatkan mask series daripada Swissvita ni... Korang boleh klik sahaja link website AllYoung dekat bawah ni. Klik tau sebab memang ada banyak skincare menarik dekat sana!

WEBSITE: allyoung.my



Pagi ni Ekin ada presentation untuk Final Year Project (FYP 2) dengan panels dalaman. Sehari sebelum presentation ni, baru lah senarai nama panel berserta tempat untuk presentation ni keluar. Masa tu pulak dalam kelas tengah belajar. Tiba-tiba ada kawan Ekin tegur....

"Ekin"

Ekin pun tolehkan lah kepala.

"Presentation FYP kau orang first weh!"

Dengar je perkataan orang first tu... terus otak rasa blank tiba-tiba. Hahaha. Memang tak tahu nak cakap apa dah lepas tu. Ekin dah lah tak buat preparation apa-apa lagi sebab memang tak expect pun akan kena orang first untuk present. Ingatkan sempat lah nak study balik slide, fikir nak cakap apa untuk presentation tu nanti. Nak present tu pulak esok! Pagi pulak tu! Hahaha, apalah nasib badannnn. Memang terpaksa pulun habis habisan lah jawabnya.

Ekin pun dengan muka redha nya, buat-buat lah cool rasa macam "elehhh presentation je pun, macam tak pernah buat je kau ni ekin". Padahal, dalam hati ni dah menangis melalak lalak dah risau tak tentu punya pasal.


The day of presentation,

Ekin bangun seawal 4 pagi gituwww sebab nak study slide presentation and tulis apa yang patut. Sambil baca slide, sambil berdebar. Begitu lah aturan nya. Hahaha. Baca sekejap, berdebar sekejap. Tak tahu lah macam mana nak hilang debaran ni.

Masa pun berlalu. Azan Subuh pun berkumandang. Selesai solat semua, Ekin guna masa yang berbaki sebelum presentation ni sebaik mungkin. Dalam hati, minta-minta lah apa yang Ekin study ni dapat cakap dengan lancar masa presentation nanti.

Ekin whatsapp ibu ayah minta doakan semua supaya presentation ni berjalan lancar. Ambil berkat kata orang.. Hehe. Tup tupp, jam pun menunjukkan Ekin dah kena bersiap gerak ke fakulti untuk presentation.

Nak berjalan tu, rasa lemah je kaki. Nervous punya pasal. Tiba-tiba diri ni rasa longlai. Hahaha. Berjalan punya berjalan, dah sampai depan pintu bilik tempat Ekin nak present. Ekin pun masuklah dekat dalam bilik kuliah sambil setup apa yang patut. Buka projektor sendiri. Sebab orang pertama present kan. Semua buat sendiri. Hoho.

*presentation begin

Punya lah membebel dengan slide tu, sampai tak sedar masa untuk presentation pun dah habis. Apa yang Ekin cakap masa present tu pun dah tak ingat dah. Haha. Main cakap je apa nak cakap. Sesi soal jawab pun dah lepas. Attendance pun dah sign. Alhamdulillah, selesai pun FYP presentation bersama panel dalaman.

Keluar je dari bilik tu, rasa macam lega sangat-sangat. Hilang satu beban dekat atas bahu ni. Berjalan pun rasa ringan je diri ni. Haha. Tiber. Dia punya suka habis presentation sampai semua orang nak di whatsapp nya. Gembira punya pasal sebab presentation dengan panel dah selesai.


Anyway thank you Tasha for sponsoring my baju untuk presentation. Hikhok. Petang ni nak rehat sekejap sebelum pulun dengan projek lain pulak.


Sambil tengah siapkan power point untuk presentation FYP ni. Tiba-tiba masuk satu email notification daripada Lazada. Tengok subjek Lazada 11.11 Blogger Contest - Winner Announcement. Terus slide nak bukak dengan perasaan berdebar-debar mengharapkan nama tersenarai dalam kategori pemenang. Hahaha. Mengharap betul kan?!


Dah bukak email tu, Ekin pun dengan perlahan-lahan mencari nama Asyiqin Roslee. Dalam hati ni, nak lah jugak menang walaupun contest yang lepas dah menang. Siapa je taknak voucher dari Lazada ni. Hehehe.

Tengok kategori dalam creativity prizes, first winner... second winner... third winner... Adeh.. melepas nama Ekin tak tersenarai. Scroll lagi ke bawah, untuk lucky draw prizes, first winner... second winner... third winner...

Eh?

Scroll balik ke atas sebab rasa macam ada nampak nama sendiri. Haha. Betul lah ada nama Ekin! Alhamdulillah, tersenarai lah jugak nama dalam lucky draw untuk tempat ketiga ni. Bertuah betul nama Ekin. Hehe. Masuk kali ni, dah dua kali Ekin menang blogger contest dari Lazada ni. Thank you Lazada Malaysia.

So, kalau korang nak tahu siapa yang menang hadiah durian runtuh blogger contest dari Lazada Malaysia ni... Baca bawah ni. Jealous betul dengan blogger Mak Lin sebab dapat voucher RM1,111 tu. Huaaaaa... Nak jugak!

Thank you again for joining our 11.11 Shopping Festival contest! ❤  You will receive your RM30 participation voucher shortly.

It is now time to announce the names of the winners!


Creativity Prizes

Thank you for the many imaginative entries we received! After a long debate, the Lazada Team has decided to award the creativity vouchers to...

1st Prize: 1 x RM600
Budak Vanilla

2nd Prize: 1 x RM250
Aiman Bin Abdullah 

3rd Prize: 1 x RM150
Fong Soo Suen

  
Lucky Draw Prizes


1st Prize: 1 x RM1,111
Mak Lin


2nd Prize: 11 x RM150

Laila Zain
Balqis Athirah binti Abdul Talib
Siti Noraishah binti Mohamad
Nur Izatie binti Salim
Fikri Osman
Lokman Amirul
Fong Soo Suen
Cikla Shahril
Farhanah Afiqah
Sharifah Hazwani Syed Ariffin
Norhafidah bte Hassan


3rd Prize: 88 x RM75

Cikla Shahril
Hidayah Ibrahim x 2
Yin Sien x 2
Ciktim
Nur Asyiqin binti Mohd Urat
Shazalina Mahat
Norhafidah bte Hassan
Wan Mohd Huzaini Bin Wan Ismail x 2
Fong Soo Suen
Juliana Abd Samad
Taeki
Noor Hafizah binti Musa
Nur Baini Ismail
Nur Syamimi Binti Mohd Saad
Aienie NKA
Afiz Latif
Nadia Irwani Hamidi x 2
Sharifah Ashikin Binti Syed Ali
Noorazlina Shafi
Nur Ati'ah Binti Mulkan
Nabiha Binti Mohd Mashut
Siti Norsharifah
Loretta Yap
Ayu Rafikah Mohd Amin
Nik Khazami Nik Aziz
Mrs Pip
Farhanna Jafri
Norzakiah Hanum Binti Abd Majid x 2
Noor Shafila Binti Shafie
Maziah bt Azalli
Norhaizam Mustaffa
Asmaa Hussin
Siti Azirah
Dorsett Pink x 2
Jayashiry Morgan x 2
Rohayati binti Ramli x 2
Puteri Amelia Nurhananie Binti Azizan
Laila Zain
LZ
Cyril Dason x 2
Naimy Amani
Mohd Azman Bin Arsad x 2
Salmila Nadia Bt Mohamad Sabri
Ronald Bin Mohoni
Nur Aliah Binti Mustaffa
Nie Za
Aiman Bin Abdullah
Noor Marliyana binti Mazlan
Arlene Alin x 2
Syafiah Khizar x 2
Illya Farhana binti Razaly
Syaza Raihanah
Juls Julie
Zulhazmi Saad
Raihana Torman
Mohamad Khairil Bin Hassan
Huda Halid
Chai Sin Yee
Nurul Khalisah binti Ahmad Nazri
Budak Vanilla
Hashima bt Mohamad Afandi
Felicia Grace
Wan Nur Asyiqin binti Wan Roslee
Nurul Najihah
Nhhas Rlir
Hafiza binti Hadzir
Cikna
Syahidah Fadilah
Farrah Aida Fahmy
Erni Hasmiza
Henry Chong
Norazlipa Abu Yamin
Siti Rabiah binti Adnan
Samsiah Abuyamin
Norfizah Binti Kajang
Along Misuari


Congratulations to all the winners!

Ada nampak tak nama korang tersenarai? Hehe. Kalau ada tahniah... Apapun, Ekin nak ucap congrats kepada semua pemenang. Shopping nanti, ingat ingatlah ye dekat Ekin disini. Hoho. And, thank you Lazada Malaysia anjurkan blogger contest untuk kami semua. Love Lazada...

Hello readers semua!

Beberapa hari yang lepas, Ekin terima satu beauty box ni daripada AllYoung Malaysia tau (thank you AllYoung Malaysia for make me always young... hehe). So, harini Ekin nak unboxing beauty box ni. Jom kita tengok apa yang ada dekat dalam ni.


Ini lah dia beauty box yang Ekin dapat daripada AllYoung Malaysia. Cantik kan?! Colour pink gituwww. Mesti korang tak sabar kan nak tahu apa benda yang ada dekat dalam ni. Sebab Ekin pun excited gilaaa tau bila beauty box daripada AllYoung ni sampai depan pintu pagar rumah Ekin. Rasa macam masa tu, tak sabarnyaaa nak bukak. Kalau boleh, dah bukak tu nak terus pakai. Hehehe.
*over betul budak nih

And...

Ekin memang suka kesemua skincare produk yang ada dekat website AllYoung Malaysia ni tau. Bila bukak je website dia, rasa macam rambang mata je semua. Hohoho. Kalau korang sentiasa baca blog Ekin ni, korang mesti tahu yang sebelum ni pun Ekin ada review cleanser dan toner daripada AllYoung Malaysia ni jugak. Yang belum baca lagi tu, sila lah klik bawah ni untuk baca review Ekin mengenai cleanser dan toner mereka.

Vita Laboratoires Acne Soothing Cleansing Cream
https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/10/vita-laboratoires-acne-soothing.html

Vita Laboratoires Acne Solution Skin Balancing Toner
https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/10/vita-laboratoires-acne-solution-skin.html

Okay, kita sambung balik kisah pasal nak unboxing beauty box ni. Atas-atas tadi ni cuma intro sahaja. Hehe.

Jeng jeng jeng....


Ini lah dia antara skincare product yang Ekin dapat... Best kan!

Kebetulan pulak, Ekin memang peminat tegar dengan sheet mask ni. Stock sheet mask Ekin pun dah habis. Nasib dapat yang baru ni. Lagi lah Ekin seronok. So, apa yang ada dekat dalam AllYoung beauty box ni adalah:

  • Micrite 3D All Use Mask (5 pcs)
  • Bio-Cellulose Lifting Eye Mask (3 pcs)
  • Bio-Cellulose Lifting Neck Mask (3 pcs)
Micrite 3D All Use Mask

Micrite 3D All Use Mask ni, as per said dekat box mask ni... Main concern dia adalah untuk memberi kelembapan pada kulit, melembutkan dan mencerahkan kulit muka kita. Ekin pun ada lah belek-belek ingredients Micrite 3D All Use Mask ni tau. Tiba-tiba, nampak pulak favorite ingredient Ekin ada dekat dalam ni which is niacinamide. Ni yang jadi tak sabar nak cuba ni.

Nak tahu lebih lanjut pasal Micrite 3D All Use Mask ni, nanti kan review panjang Ekin pasal mask ni. Hehehe. Hari ni, kita unboxing kenal-kenal dulu dengan masker-masker ni.

Bio-Cellulose Lifting Eye Mask

Alright! Next, kita ada Bio-Cellulose Lifting Eye Mask ni. Ni pun sama jugak, ingredients dia memang best gilaaa. Hopefully, eye mask ni akan bantu Ekin yang berhadapan dengan masalah eye-bags sebosar gajah ni hahh (*loghat nogori). Hoho. As per said at the box ni, eye mask ni dia akan bantu untuk lifting, tighten and restore underneath of our eyes gitueee. The best anti-aging formula to keep youth looking.

Bio-Cellulose Lifting Neck Mask

Last but not least, kita ada Bio-Cellulose Lifting Neck Mask ni. As per said at the box, neck mask ni dia akan immediately LIFT and visibly support this vulnerable skin. Lepas pakai neck mask ni, confirm leher korang akan nampak cantik gilaaa.. Hehe.

Okay, itu sahaja items yang ada dalam beauty box daripada AllYoung Malaysia ni. Apa yang Ekin perasan, kesemua sheet mask dekat atas ni dia ada ingredient niacinamide tau. So, Ekin memang tak sabar sangat ni nak mencuba. Lagipun, kesemua produk Vita Laboratoires ni pun memang dia paraben free.. Tu yang best tu.

Untuk next update, Ekin akan review satu persatu sheet mask ni. Mana lah tahu korang pun tengah survey sheet mask untuk penjagaan kulit muka korang. Kot kott lah tersangkut dengan salah satu mask dekat atas ni. Mana lah tahu kan.. Ye dak?

Alright. See you guys later!

Oppss...

Kalau korang dah tak sabar nak tunggu review Ekin kan. Korang cuci lah mata dulu dekat website AllYoung Malaysia ni. Saje je nak bagi korang semua rambang mata.

WEBSITE
AllYoung Malaysia

Klik tau jangan tak klik. Hehe.

Selesai dah Malam Pra Graduasi (MPG) Fakulti Kejuruteraan Awam ni, terus Ekin update blog. Haha. Tak tahu lah excited punya pasal ke apa. Niat nak update ni pun, sebab nak buat as kenangan ke apa. Dannn paling utama sebab takut lupa. Hihi. Lagipun, mana lah tahu bila dah habis belajar, tiba-tiba terbaca pulak blog ni... Ada lah jugak kenangan masa belajar. Hihi. 

Majlis malam pra graduasi ni diadakan di Sri Bestari Banquet Hall, Intekma Resort & Convention Centre. Dannn tema untuk malam ni adalah tema red carpet. Hahh. Bila Ekin dapat je tahu tema dia adalah red carpet, terus pening tak tahu nak pakai apa. Hahaha. Sebab fikir orang lain lain mesti datang dengan gaya yang vogue vogue nih.

Last-last, pakai je baju apa yang ada. Itu pun pinjam. Nasib baik lah kawan Ekin ni memang bawakkan baju untuk Ekin. Mana lah I tak sayangkan kawan I. Huhuhu. 


Nahh. Ekin belanja sikit we-fie masa malam pra graduasi malam tadi.

Sesampai sahaja dekat Intekma Resort tadi, kitaorang terus masuk dalam hall nak cari tempat duduk. Nasib lah ada tempat kosong lagi. Kalau tak, terpaksa lah bersila atas lantai nak makan. Hahaha. Punyalah sanggup. Over betul! 

Dan sebenarnya dalam tentatif program MPG ni,  majlisnya akan start pukul 6.45pm. Tapi kitaorang bertolak selepas maghrib. Tu yang masuk2 je dalam dewan, majlis dah start dah. 

Dah dapat tempat duduk tadi, kitaorang pun dengarlah kata-kata aluan daripada timbalan dekan FKA dan perasmian majlis MPG pada tahun 2018 ni.

Lepas je perasmian majlis. Apa lagi. Kita pun makan lah. Menu makanan dekat sana adalah Nasi Putih berlauk. Ada lah jugak manis manisan, buah buahan, ice cream dan macam-macam lagi. Semuanya sedap! Tapi tak sempat nak ambil gambar semua sebabnya ramai sangat orang yang beratur nak ambil makanan. Huhuhu. 


Sambil-sambil beratur panjang sampai ke luar nak ambil makanan tu. Kitaorang pun ambil lah kesempatan pergi dekat booth tangkap gambar ni. Hahahaha. Yelah, mana tak nya. Beratur sampai ke luar. Dah alang-alang kitaorang berdekatan dengan photo booth ni... Apa lagi kan?!

Cukup 4 ketul. Ni lah geng-geng pergi majlis MPG bersama.

Selesai je habis makan semua. Ekin dengan kawan-kawan yang lain merayau-rayau lah dekat dalam dan luar dewan semata-mata nak bergambar. Haha. Bergambar tu kan pasti. Barulah boleh simpan sebagai kenangan. Gituwww.

Sambil-sambil dorang tengah bernyanyi hiburkan suasana, masa ni lah kita nak berjalan kan. Hihi. 



Meriah betul sambil menari berdansa bersama. Ewahhh. 



Perkenalkan sahabat-sahabat baik Ekin. Hehe. Tak sah lah kan kalau kita tak mula kan dengan we-fie dulu. 



Dia dah jadi macam trademark tau. Dekat pintu gerbang ni memang wajib kena ambil gambar. Nak ambil dekat sini, kena tunggu turn tau sebab ramai yang nak bergambar dekat sini jugak. Dapat jugak bergambar depan pintu. Haha. Alahai. 



Dekat tempat receptionist ni pun, jadi lah kitaorang nak bergambar. 



Dah puas bergambar dekat luar. Kita masuk dalam dewan pulak. 



Katanya ni gaya friendzone. Betul ke? Haha. 






Okay. Selesai bergambar semua sampai penat. Majlis pun dah sampai ke pengakhirannya. Kita pun pulang lah ke kolej masing-masing. Hahhaa. Masing-masing lah sangat. 


Sibuk sangat nak bergambar dengan semua orang sampai lupa nak ambil ootd. Tempat parking kereta ni jugak yang menjadi pilihan. Hihi. 

Okay, itu sahaja cerita untuk harini. Korang rasa outfit yang Ekin pakai ni sesuai ke tidak untuk tema red carpet? Hahaha. Saje-saje lah bertanya. 

Anyway, thank you for reading ~

Hello readers! Berpadanan dengan tajuk entry kita hari ini Dutch Lady Breakfast Challenge 2018, tahun ini Ekin sahut cabaran Dutch Lady Malaysia ni untuk buat breakfast challenge selama 5 hari. Untuk pengetahuan korang semua, beberapa minggu yang lepas, Ekin ada terima satu box daripada Dutch Lady Malaysia which is Dutch Lady #strongstart Breakfast Box. 

Nak tahu apa yang ada dalam Dutch Lady #strongstart Breakfast Box ni? Jom kita tengok beramai ramai dekat bawah.


Ini lah dia rupanya box yang Ekin dapat tempoh hari tu.



Dalam box ni, Ekin ada dapat invitation card from Dutch Lady Malaysia untuk sahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge ni. Thank you Dutch Lady Malaysia. Hehe.


A booklet untuk menerangkan serba sedikit mengapa susu Dutch Lady ni penting untuk memastikan tubuh badan kita supaya senantiasa sihat dan kekal cergas.


Yayyy. Ekin pun ada dapat 2 cawan Dutch Lady ni. Nanti senang lah sikit, kalau nak minum susu je pakai cawan ni. Mengada ngada betul. Hehehe. Nanti mula lah buat gaya iklan minum susu. Lepastu buat-buat susu melekat dekat bibir. Kikiki.


USB from Dutch Lady Malaysia. Dalam ni ada brief sedikit mengenai Dutch Lady Breakfast Challenge ni.


Anddddddddd, paling yang dinanti-nantikan 2 kotak susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk. Baik sungguh Dutch Lady ni. Kita yang sahut Breakfast Challenge ni, dorang yang siap sediakan lagi susu Dutch Lady and breakfast untuk Ekin.

Kenapa Ekin cakap dorang siap sediakan lagi breakfast untuk Ekin? Hahh, nanti Ekin akan bagitahu korang. Buat masa sekarang, Ekin nak ajak korang semua beramai-ramai sahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge ni. Dengar cerita hadiah yang ditawarkan tu BEST giler tau.

Tengok bawah ni.


HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!


Menarik kan hadiah dia.

1 x GRAND PRIZE WINNER akan memenangi:

  • 3D2N at Pangkor Laut Resort with a unique breakfast experience worth more than MYR19,000
  • A Dutch Lady Strong Start Box
  • MYR2,000 shopping voucher
10 x WINNERS FOR EACH THEME

  • A Dutch Lady Strong Start Box
  • MYR500 shopping voucher

MACAM MANA NAK JOIN?

Jadi, macam mana untuk join Dutch Lady Breakfast Challenge ni?


Senang sahaja.

1. UPLOAD je gambar breakfast korang bersama Dutch Lady PureFarm Milk (1L atau 200ml)
2. HASHTAG kan gambar korang dengan #dutchladymy #strongstart #dutchladybreakfastchallenge dan tag kan kepada @DutchLadyMalaysia
3. PUBLIC. Jangan lupa untuk setkan post korang kepada public.


SEMPAT LAGI KE NAK JOIN?

Ya. Masih sempat lagi untuk korang semua join. Dutch Lady Breakfast Challenge ni diadakan dari 8th October 2018 sehingga 11th November 2018. Jadi, masih sempat lagi untuk korang semua rebut peluang keemasan ni. Caranya mudah sahaja kan? Korang hanya perlu UPLOAD, HASHTAG dan juga PUBLIC.




MY DUTCH LADY BREAKFAST CHALLENGE 2018

Sekarang, Ekin pulak nak tunjuk dekat korang semua cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge selama 5 hari. Hehehe.


Day 1
Menu : Bihun Goreng + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Percaya atau tidak, ini lah dia breakfast yang Ekin cakap dekat korang yang Dutch Lady siap sediakan tu. Hehehe. So, kita nama kan dia Dutch Lady Bihun Goreng? Okay ke? Kihkihkih.

Untuk first day sarapan ni, Ekin padankan Bihun Goreng bersama Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk ni. Memang ngammmm!


Day 2
Menu : Biskut Coklat Berkrim + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Disebabkan student timetable Ekin kebanyakkannya kelas pukul 8 pagi. Ekin selalu terkejar-kejar untuk ke kelas. Nasib baik ada susu Dutch Lady ni. Ambil je biskut, terus cecah dengan susu. Sedap! Lepas tu, mulalah. Lepas habis satu biskut. Tambah lagi satu. Habis lagi. Tambah lagi. Begitulah rutinnya. Hahaha. Susu lebihan dalam cawan tu? Apa lagi Ekin boleh buat selain minum kan?! Mmmm, nyummyyyy.


Day 3
Menu : Nasi Goreng + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Cuti seminggu dekat rumah ni, biasanya my mom lah yang rajin buat breakfast untuk kitaorang sekeluarga. Hehehe. Sementara ada dekat rumah ni, dapat lah Ekin merasa masakan air tangan ibu. So, untuk breakfast pagi ni Ekin gandingkan Nasi Goreng ibu tercinta bersama susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk ni.


Day 4
Menu : Kuih Donut + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Okay. Yang ni paling favorite Ekin time breakfast. Donut ni memang gebu habis. Digandingkan pula dengan susu Dutch Lady ni, makin gebu lah jawabnya. Hehe.


Day 5
Menu : Nasi Goreng + Kuih + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Amboi sangat kan! Dah hari kelima ni bukan main meriah lagi breakfast kita. Siap ada Nasi Goreng. Kuih muih. Dipadankan pula dengan susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk ni. Gandingan ni je boleh bagi tenaga seharian ni. Hahaha.

Okay. korang semua jangan lepaskan peluang untuk sahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge ni tau. Contest ni akan tamat pada 11 November ni. Jadi, masih sempat lagi untuk korang share kan menu breakfast pagi korang yang dipadankan dengan susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk ni.


Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh pergi ke facebook page Dutch Lady ni tau.


FACEBOOK
Dutch Lady Malaysia

WEBSITE
Dutch Lady MY
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ▼  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ▼  November (10)
      • Swissvita Mask Series Review
      • Final Year Project Presentation, Done
      • Lazada 11.11 Blogger Contest - Winner Announcement
      • Unboxing AllYoung Beauty Box | Mask Version
      • Malam Pra Graduasi #RedCarpetFKA
      • Dutch Lady Breakfast Challenge 2018
      • Road to 10k Pageviews
      • Sunsweet | Eat Good Feel Good Contest
      • Got My SHO (Special Homecare Origin) Beauty Product
      • 11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBE...
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes