Dutch Lady Breakfast Challenge 2018

Hello readers! Berpadanan dengan tajuk entry kita hari ini Dutch Lady Breakfast Challenge 2018, tahun ini Ekin sahut cabaran Dutch Lady Malaysia ni untuk buat breakfast challenge selama 5 hari. Untuk pengetahuan korang semua, beberapa minggu yang lepas, Ekin ada terima satu box daripada Dutch Lady Malaysia which is Dutch Lady #strongstart Breakfast Box

Nak tahu apa yang ada dalam Dutch Lady #strongstart Breakfast Box ni? Jom kita tengok beramai ramai dekat bawah.


Ini lah dia rupanya box yang Ekin dapat tempoh hari tu.



Dalam box ni, Ekin ada dapat invitation card from Dutch Lady Malaysia untuk sahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge ni. Thank you Dutch Lady Malaysia. Hehe.


A booklet untuk menerangkan serba sedikit mengapa susu Dutch Lady ni penting untuk memastikan tubuh badan kita supaya senantiasa sihat dan kekal cergas.


Yayyy. Ekin pun ada dapat 2 cawan Dutch Lady ni. Nanti senang lah sikit, kalau nak minum susu je pakai cawan ni. Mengada ngada betul. Hehehe. Nanti mula lah buat gaya iklan minum susu. Lepastu buat-buat susu melekat dekat bibir. Kikiki.


USB from Dutch Lady Malaysia. Dalam ni ada brief sedikit mengenai Dutch Lady Breakfast Challenge ni.


Anddddddddd, paling yang dinanti-nantikan 2 kotak susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk. Baik sungguh Dutch Lady ni. Kita yang sahut Breakfast Challenge ni, dorang yang siap sediakan lagi susu Dutch Lady and breakfast untuk Ekin.

Kenapa Ekin cakap dorang siap sediakan lagi breakfast untuk Ekin? Hahh, nanti Ekin akan bagitahu korang. Buat masa sekarang, Ekin nak ajak korang semua beramai-ramai sahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge ni. Dengar cerita hadiah yang ditawarkan tu BEST giler tau.

Tengok bawah ni.


HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!


Menarik kan hadiah dia.

1 x GRAND PRIZE WINNER akan memenangi:

  • 3D2N at Pangkor Laut Resort with a unique breakfast experience worth more than MYR19,000
  • A Dutch Lady Strong Start Box
  • MYR2,000 shopping voucher
10 x WINNERS FOR EACH THEME

  • A Dutch Lady Strong Start Box
  • MYR500 shopping voucher

MACAM MANA NAK JOIN?

Jadi, macam mana untuk join Dutch Lady Breakfast Challenge ni?


Senang sahaja.

1. UPLOAD je gambar breakfast korang bersama Dutch Lady PureFarm Milk (1L atau 200ml)
2. HASHTAG kan gambar korang dengan #dutchladymy #strongstart #dutchladybreakfastchallenge dan tag kan kepada @DutchLadyMalaysia
3. PUBLIC. Jangan lupa untuk setkan post korang kepada public.


SEMPAT LAGI KE NAK JOIN?

Ya. Masih sempat lagi untuk korang semua join. Dutch Lady Breakfast Challenge ni diadakan dari 8th October 2018 sehingga 11th November 2018. Jadi, masih sempat lagi untuk korang semua rebut peluang keemasan ni. Caranya mudah sahaja kan? Korang hanya perlu UPLOAD, HASHTAG dan juga PUBLIC.




MY DUTCH LADY BREAKFAST CHALLENGE 2018

Sekarang, Ekin pulak nak tunjuk dekat korang semua cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge selama 5 hari. Hehehe.


Day 1
Menu : Bihun Goreng + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Percaya atau tidak, ini lah dia breakfast yang Ekin cakap dekat korang yang Dutch Lady siap sediakan tu. Hehehe. So, kita nama kan dia Dutch Lady Bihun Goreng? Okay ke? Kihkihkih.

Untuk first day sarapan ni, Ekin padankan Bihun Goreng bersama Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk ni. Memang ngammmm!


Day 2
Menu : Biskut Coklat Berkrim + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Disebabkan student timetable Ekin kebanyakkannya kelas pukul 8 pagi. Ekin selalu terkejar-kejar untuk ke kelas. Nasib baik ada susu Dutch Lady ni. Ambil je biskut, terus cecah dengan susu. Sedap! Lepas tu, mulalah. Lepas habis satu biskut. Tambah lagi satu. Habis lagi. Tambah lagi. Begitulah rutinnya. Hahaha. Susu lebihan dalam cawan tu? Apa lagi Ekin boleh buat selain minum kan?! Mmmm, nyummyyyy.


Day 3
Menu : Nasi Goreng + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Cuti seminggu dekat rumah ni, biasanya my mom lah yang rajin buat breakfast untuk kitaorang sekeluarga. Hehehe. Sementara ada dekat rumah ni, dapat lah Ekin merasa masakan air tangan ibu. So, untuk breakfast pagi ni Ekin gandingkan Nasi Goreng ibu tercinta bersama susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk ni.


Day 4
Menu : Kuih Donut + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Okay. Yang ni paling favorite Ekin time breakfast. Donut ni memang gebu habis. Digandingkan pula dengan susu Dutch Lady ni, makin gebu lah jawabnya. Hehe.


Day 5
Menu : Nasi Goreng + Kuih + Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk

Amboi sangat kan! Dah hari kelima ni bukan main meriah lagi breakfast kita. Siap ada Nasi Goreng. Kuih muih. Dipadankan pula dengan susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk ni. Gandingan ni je boleh bagi tenaga seharian ni. Hahaha.

Okay. korang semua jangan lepaskan peluang untuk sahut cabaran Dutch Lady Breakfast Challenge ni tau. Contest ni akan tamat pada 11 November ni. Jadi, masih sempat lagi untuk korang share kan menu breakfast pagi korang yang dipadankan dengan susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk ni.


Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh pergi ke facebook page Dutch Lady ni tau.


FACEBOOK

WEBSITE

3 comments

  1. Wahh... menariknya... Grand prize dapat bercuti di Pangkor Laut Resort... Lama dah tak bercuti kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan! ekin tak pernah lagi ke pulau pangkor.. hehee. mesti best dekat sana

      Delete
  2. Wah nampak menyelerakan la breakfast Tu. Good luck ya

    ReplyDelete