Malam Pra Graduasi #RedCarpetFKA

Selesai dah Malam Pra Graduasi (MPG) Fakulti Kejuruteraan Awam ni, terus Ekin update blog. Haha. Tak tahu lah excited punya pasal ke apa. Niat nak update ni pun, sebab nak buat as kenangan ke apa. Dannn paling utama sebab takut lupa. Hihi. Lagipun, mana lah tahu bila dah habis belajar, tiba-tiba terbaca pulak blog ni... Ada lah jugak kenangan masa belajar. Hihi. 

Majlis malam pra graduasi ni diadakan di Sri Bestari Banquet Hall, Intekma Resort & Convention Centre. Dannn tema untuk malam ni adalah tema red carpet. Hahh. Bila Ekin dapat je tahu tema dia adalah red carpet, terus pening tak tahu nak pakai apa. Hahaha. Sebab fikir orang lain lain mesti datang dengan gaya yang vogue vogue nih.

Last-last, pakai je baju apa yang ada. Itu pun pinjam. Nasib baik lah kawan Ekin ni memang bawakkan baju untuk Ekin. Mana lah I tak sayangkan kawan I. Huhuhu. 


Nahh. Ekin belanja sikit we-fie masa malam pra graduasi malam tadi.

Sesampai sahaja dekat Intekma Resort tadi, kitaorang terus masuk dalam hall nak cari tempat duduk. Nasib lah ada tempat kosong lagi. Kalau tak, terpaksa lah bersila atas lantai nak makan. Hahaha. Punyalah sanggup. Over betul! 

Dan sebenarnya dalam tentatif program MPG ni,  majlisnya akan start pukul 6.45pm. Tapi kitaorang bertolak selepas maghrib. Tu yang masuk2 je dalam dewan, majlis dah start dah. 

Dah dapat tempat duduk tadi, kitaorang pun dengarlah kata-kata aluan daripada timbalan dekan FKA dan perasmian majlis MPG pada tahun 2018 ni.

Lepas je perasmian majlis. Apa lagi. Kita pun makan lah. Menu makanan dekat sana adalah Nasi Putih berlauk. Ada lah jugak manis manisan, buah buahan, ice cream dan macam-macam lagi. Semuanya sedap! Tapi tak sempat nak ambil gambar semua sebabnya ramai sangat orang yang beratur nak ambil makanan. Huhuhu. 


Sambil-sambil beratur panjang sampai ke luar nak ambil makanan tu. Kitaorang pun ambil lah kesempatan pergi dekat booth tangkap gambar ni. Hahahaha. Yelah, mana tak nya. Beratur sampai ke luar. Dah alang-alang kitaorang berdekatan dengan photo booth ni... Apa lagi kan?!

Cukup 4 ketul. Ni lah geng-geng pergi majlis MPG bersama.

Selesai je habis makan semua. Ekin dengan kawan-kawan yang lain merayau-rayau lah dekat dalam dan luar dewan semata-mata nak bergambar. Haha. Bergambar tu kan pasti. Barulah boleh simpan sebagai kenangan. Gituwww.

Sambil-sambil dorang tengah bernyanyi hiburkan suasana, masa ni lah kita nak berjalan kan. Hihi. 



Meriah betul sambil menari berdansa bersama. Ewahhh. 



Perkenalkan sahabat-sahabat baik Ekin. Hehe. Tak sah lah kan kalau kita tak mula kan dengan we-fie dulu. 



Dia dah jadi macam trademark tau. Dekat pintu gerbang ni memang wajib kena ambil gambar. Nak ambil dekat sini, kena tunggu turn tau sebab ramai yang nak bergambar dekat sini jugak. Dapat jugak bergambar depan pintu. Haha. Alahai. 



Dekat tempat receptionist ni pun, jadi lah kitaorang nak bergambar. 



Dah puas bergambar dekat luar. Kita masuk dalam dewan pulak. 



Katanya ni gaya friendzone. Betul ke? Haha. 






Okay. Selesai bergambar semua sampai penat. Majlis pun dah sampai ke pengakhirannya. Kita pun pulang lah ke kolej masing-masing. Hahhaa. Masing-masing lah sangat. 


Sibuk sangat nak bergambar dengan semua orang sampai lupa nak ambil ootd. Tempat parking kereta ni jugak yang menjadi pilihan. Hihi. 

Okay, itu sahaja cerita untuk harini. Korang rasa outfit yang Ekin pakai ni sesuai ke tidak untuk tema red carpet? Hahaha. Saje-saje lah bertanya. 

Anyway, thank you for reading ~

4 comments