Permulaan Baru Dengan Minuman Detox Daripada Mintox Malaysia

By Asyiqin Roslee - Wednesday, May 15, 2019

Dari dulu lagi Ekin memang suka dengan minuman detox. Siapa yang pernah ambil minuman detox ni memang tahu perbezaan sebelum dan selepas dia. Kalau dulu Ekin suka ambil bila rasa badan ni mudah lesu, tak bertenaga... rasa malas je. Dan paling penting bila lama dah tak membuang. Mula lah rasa badan ni berat macam gajah. Huhu.

Bila dah minum air detox ni. Memang rasa badan dah segar, fresh, bertenaga, tak mudah lesu... rasa ringan je. Tapi, takde lah rasa ringan sampai tahap boleh terbang. Lagi satu yang best bila kita minum detox ni, perut boleh jadi kempis. Mula lah berangan lepas tu.

Terjumpa pula dengan satu minuman detox daripada Mintox. Satu-satunya yang Ekin jumpa minuman detox yang di ekstrak daripada buah kiwi dan mengandungi serbuk daripada buah peach. Selalunya, air detox yang Ekin minum mesti rasa kelat. Seksa lah juga nak minum. Ahahah. Bila dah tahu yang minuman Mintox detox ni di ekstrak daripada buah-buahan, lagi lah teruja nak minum.


Minuman detox daripada Mintox ni didatangi dalam bentuk kotak macam dalam gambar dekat atas ni. Dalam satu kotak mengandungi sebanyak 14 sachets. Harga untuk per box ni adalah RM138.

Mintox ni juga mengandungi high impact ingredients seperti psyllium husk, ekstrak daripada buah kiwi dan aphanizomenon flos-aquae (AFA). Kesemua ingredients ni dapat bantu menggalakkan sistem pencernaan yang baik dan  pertumbuhan bakteria baik. Ia dapat meningkatkan persekitaran usus dan membawa kepada kesihatan yang lebih baik.

Ia dapat membantu untuk menurunkan berat badan, menyihatkan kulit dan menurunkan tekanan darah. Minuman detox ini juga dapat menurunkan tahap kolesterol yang ada dalam badan. Secara tidak langsung, Mintox dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan secara general.


Untuk pengetahuan korang, minuman Mintox ini adalah berasaskan vegan, tiada bahan pengawet (100% natural), GMP certified dan tiada sebarang gula tambahan. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur dan selamat digunakan untuk para ibu mengandung dan yang sedang menyusu.

Untuk sebulan yang pertama, kita disarankan untuk mengambil sehari satu sachet. Selepas sebulan yang pertama, barulah kita akan ambil sebanyak tiga kali seminggu. Untuk kanak-kanak pula, disarankan untuk ambil separuh daripada satu sachet itu sahaja untuk setiap kali pengambilan.


Cara untuk bancuh minuman detox ni hanya perlu bancuhkan satu sachet Mintox (10g) ni kedalam 200ml air suam sahaja.

p/s: minuman mintox ni tidak sesuai bagi anda yang mempunyai allergic terhadap buah kiwi

Tak sabar rasanya nak start men-detox-kan badan ni balik. Ekin akan try minuman mintox ni selama sebulan dan Ekin akan buat satu entry khas untuk korang hasil daripada mintox ni nanti. Korang tunggu je. Bagi Ekin buang lelemak semua ni dulu, baru turn korang pulak. Ok?! Hehe.

Kalau korang nak cari info lanjut mengenai Mintox Malaysia ni, korang klik je link yang Ekin letak dekat bawah ni. Klik tau, jangan tak klik. Memang banyak lah review-review dengan feedback yang menarik! Tu yang buat Ekin excited ni.

Website: www.mintox.kiwi
Contact: +601123450201

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. sedap nya masam masam manis tu. terasa kat mulut ja ni. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, kalau lah letak dengan ais memang ngamm terus

      Delete
  2. Amboi nama produk pun dah mintox tu.. cam mintak dicuba jerk.. hehe

    ReplyDelete