Pengalaman dan cara masukkan nombor PIN verification Google Adsense

Hello readers!

Berdebar-debar pulak nak masukkan nombor PIN verification alamat daripada Google Adsense ni. Dah lah dengan excited dapat surat, pastuh menggeletar pulak jari kita nak submit nombor PIN ni. Dua tiga kali jugak lah check. “Betul ke nombor yang aku masukkan ni?”. Huhu.

So, dekat sini ekin nak share pengalaman masukkan nombor PIN verification alamat daripada Google Adsense ni. Eheheee. Maaf lah semenjak dua menjak ni asyik bercerita pasal google adsense jek. Risau pulak ada yang bosan nanti. Harap korang setia membaca lah ye.


Ni lah dia isi dalam suratnya. First time dapat! Dah boleh lah lepas ni buat koleksi surat-surat daripada google adsense ni. Ehehee.

Dekat situ dia ada lah, bagitahu step-step macam mana nak masukkan nombor PIN ni. Tapi tulah, kita ni tak pandai bahasa omputeh sangat. Ekin buat je cara ekin sendiri, klik mana yang patut. Asalkan dapat submit nombor PIN ni udehhh ler.

So, apa yang ekin buat?!

1. First, ekin SIGN IN dulu ke akaun google adsense ni.

2. And then, akan nampak widget TO DO ni. Ekin klik je VERIFY dekat bawah tu.

3. Pastu, masukkan je nombor PIN dekat dalam ruangan kotak tu dan klik SUBMIT PIN.


Dah selesai. Senang je rupanya! Tapi dia punya nervous nak masukkan nombor PIN ni sesulit nak pilih pasangan hidup pulak. Ahahahaa. Manakan tidak, nak masukkan nombor PIN ni kena berhati-hati sebab kita boleh masukkan 3 kali sahaja. Lebih daripada tu, habislah iklan kena suspended! Ayoyooo.

Ok lah, dah habis masukkan nombor PIN dan klik submit semua. Ekin berdoa semoga ekin dapat cecah payment threshold sebelum habis tahun ni. Kahkahkah. Agak-agak mampu ke? Tsk tsk tsk, nangis tepi bucu katil jap.

Korang rajin-rajin lah singgah baca yang ada dekat blog ekin ya :) Hihiii~

Terima kasih kerana sudi membaca!

Nak baca pengalaman ekin tunggu surat daripada google adsense ni? KLIK SINI.

~

Follow me:


10 comments

  1. bw here https://messarah.blogspot.com/2019/07/eat-at-your-own-risk.html

    ReplyDelete
  2. lepas ni cri side income dari adsense la plak

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnya bila ada Google AdSense. Zumal tak approve pun sejak bertahun-tahun lalu. Takpe la. Eh lupa, happy birthday dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheee...

      laaaaa yeke? haritu pun ekin kena reject dengan GA.. ni pun pakai email lain tapi blog sama :)

      Delete
    2. nak tanya pasal "email lain tapi blogsama" tu.
      macam mana nak buat ye? bermakna contoh :
      emel blog : abc@gmail.com
      emel ads : 123@gmail.com
      macam tu?

      Delete
  4. Tahniah ekin.. selamat menjana pendapatan..

    ReplyDelete