Siapa je yang tak suka pergi travel kan? Setiap kali nak pergi bercuti mesti hati rasa seronok sangat. Yelah, ini je masa yang boleh kita bebetul spend dengan keluarga tercinta. Selagi ada peluang tu, ambil sebab kita tak tahu apa yang akan jadi akan datang. Ada orang pernah cakap dengan ekin, duit boleh cari... tetapi masa bersama keluarga tu belum tentu kita akan dapat selalu. Boleh diumpamakan masa tu lagi bernilai daripada emas.
Kalau ada duit lebih... pergi travel luar negara. Tengok tempat orang, budaya orang. Setiap tempat punya acara hidup yang berbeza. Tak salah rasanya untuk kita ambil tahu serba sedikit mengenai budaya orang. Supaya kita lebih celik dengan dunia luar. Supaya kita ada rasa bersyukur, kita duduk dekat Malaysia ni. Gituuu hahahaha.
Selalunya kalau nak travel luar negara ni mesti orang risau pasal kos kan?! Sebenarnya banyak je cara kalau nak travel oversea DENGAN KOS YANG MINIMUM. Korang pernah tak guna Traveloka? Kalau belum tu... cubalah tengok sekarang. Banyak diskaun yang mereka tawarkan baik untuk percutian dalam mahupun luar negara. Antara yang boleh korang tengok adalah Scoot flights promotion. Harga yang tidaklah terlalu mahal tetapi tidaklah terlalu murah (aaagitueww). Kerana servis yang ditawarkan tu memang sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Kalau bajet tak berapa ada, kita still boleh pergi travel (don't worry). Bercuti dalam Malaysia je pun tak kurang seronoknya. Banyak je tempat menarik yang boleh kita pergi even just dalam Malaysia je. Sedangkan ada je negara jiran kita yang sanggup travel from Singapore to Penang semata-mata nak dapatkan kepuasan makan nasi kandar. Takkan kita tak bangga pula untuk travel dalam negara sendiri kan?
So, ekin nak share lah sedikit percutian yang macam mana dan dekat mana korang boleh buat dekat Malaysia ni tapi still boleh mendatangkan keseronokan.
1. Food Hunting
Korang tau tak... sebenarnya banyak je tempat di Malaysia ni yang boleh kita sebut as "syurga makanan". Sebab terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh kita nikmati sambil merehatkan minda.
PENANG
Ia terkenal dengan kelazatan nasi kandar yang memang superb. Original nasi kandar yang sedap tu hanya boleh dapat dekat Penang je. Pergilah tempat lain dalam Malaysia ni, mesti orang akan cakap rasa nasi kandarnya tak sama dengan yang ada di Pulau Pinang. Selain nasi kandar, banyak je lagi makanan yang korang boleh cuba. Nak yang jenis hipster-hipster pun ada. Tinggal pilih je.
SABAH
Benda yang paling sedap dekat sini adalah seafood. Harganya yang murah dan kualiti yang fresh tu memang nikmat sangat. So, untuk penggemar seafood pastikan korang mesti sampai dekat Sabah ni sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dan bila dah sampai sini, cubalah cari makanan tempatan yang susah untuk kita jumpa kalau kita ada di semenanjung.
2. Aktiviti Air
Bagi korang yang sukakan sukan air, cubalah bercuti ke pulau-pulau yang ada di Malaysia ni. Banyak aktiviti yang korang boleh buat bersama yang tersayang. Sekiranya tidak mahu ke pulau, korang boleh cuba pergi tempat-tempat yang berada di pinggiran pantai.
PORT DICKSON & KUANTAN
Ini memang terkenal dalam kalangan pelancong baik daripada dalam atau luar negara. Kawasan yang terletak berdekatan dengan pantai dan laut ni memang sentiasa memberikan ketenangan walaupun penuh dengan pengunjung. Selalunya di sini terdapat beberapa aktiviti air seperti banana boat dan jetski. So, untuk korang yang sukakan sukan air, korang mesti cuba! Serious best!
PULAU TIOMAN, PULAU REDANG DAN LAIN-LAIN
Malaysia ni kaya dengan pulau-pulau yang cantik. So, untuk pencinta sukan air... pastikan korang sampai sini tau. Selalunya dekat pulau-pulau ni aktiviti yang terkenal adalah snorkelling. Ambil peluang untuk turut serta melihat keindahahn ciptaan Tuhan ni.
3. Aktiviti Lasak
Bagi penggemar aktiviti lasak, banyak sangat tempat yang boleg korang pergi dan spend time dengan keluarga. Korang cuma tinggal pilih aktiviti lasak yang korang suka buat. Bawah ni, ekin listkan jelah beberapa tempat yang ekin tahu untuk korang cuba nanti.
-Extreme Park, Shah Alam
-ATV Adventure Park, Kuala Lumpur
-Eagle Ranch Resort, Pork Dickson
Banyak je lagi tempat yang korang boleh explore dalam Malaysia ni. Tinggal nak dan taknak je. Kosnya pun lebih murah berbanding travel luar negara kan?!
15 comments
kalau bercuti ke penang memang pikir pasal makanan je..hahaha
ReplyDelete♕ Tiara Sapphire ♕
betul2.. penang banyak makanan! sedapnnyaaaa bila difikirkan balik..
DeleteSetakat ni nak pi ke Sabah ja. Memang mengidam gila dengan seafood dia ðŸ˜
ReplyDeletesiapa yang minat seafood memang wajib pergi sabah.. lagi2 kalau dapat jumpa tempat yg memang makanan dia sedap2.. lagi best !
Deletejangan lupa cerita pasal Melaka..The Historical City
ReplyDeletedan kaya juga dengan makan2 mcm asam pedas,ikan bakar..
moh datang Melaka!hehee
hehehe.. menyempat lagi, kalau minat bercuti ke tempat historical ni,, melaka mmg jawapan dia..
DeleteHuish.. tempat best-best semuanyaa... ^^
ReplyDeleteboleh lah ajak satu family pergi nanti
Deletenakk sgt pergi ke penang
ReplyDeleteboleh masukkkan dalam 2020 list
DeletePulau Tioman tu nice sangatt laut biru cantikk je... Teringin nak pi sana
ReplyDeletekannn,, travel dalam malaysia pun boleh dapat view yg cantik..
Deleteterliur pulak tengok ketam.. :)
ReplyDeletekann.. sedapnya kalau dapat makan ketam lagi2 yang banyak isi tu..
DeleteHidangan tu wow!!!
ReplyDelete