Hola everyone!
Kejap ada kejap takde. Betul betul macam biskut ekin ni. Hahaa. Harap ada yang sudi baca blog ekin lagi. Kihkihkih. Apapun, sebelum ekin karang entry ni ekin reply semua komen-komen readers blog ekin. Rajin ke tak rajin? Huhuu. Mostly, ramai yang tanya pasal lesen kenderaan. Tak kurang juga ada yang komen dekat beauty entry.
Caaakappp je pasal beauty. Harini ekin nak introduce dekat korang satu beauty product. Product ni bukan product skincare tau. Ianya adalah beauty consume drink. Ekin confirm mesti korang pernah nampak product ni sebab ia memang ada dekat drugstore. Siapa yang memang hari hari keluar masuk drugstore, mesti korang pernah nampak.
Jeng jengg jenggg... nampak tak apa ada dekat tangan ekin ni. Macam pernah ku lihat tapi dimana ya? Betul tak? Betul tak? Hahhh, inilah dia beauty drink yang ekin nak introduce dengan korang. Kita Beauties Pu’th (Orange).
Apa itu Kita Beauties Pu’th ni? Ianya adalah sejenis campuran minuman botani yang mengandungi oren, camu-camu, alpha lipoic asid dan juga biji anggur. Mmmm, terbayang pulak masa minum air Kita Beauties Pu’th ni dengan air sejuk. Sumpah best! Dalam satu box ni ada 10 sachet dan setiap 1 sachet mengandungi 6 grams serbuk campuran. Maknanya, kalau nak consume... korang kena lah bancuh dengan air.
Inilah dia rupa dalam kotaknya. Hihi, sorry lah tak berapa nak purrrfect sebab ekin memang minum Kita Beauties Pu’th ni. Tu yang tinggal beberapa je tu. Dia best sebab rasa macam oren-oren macam tu. Tapi kalau nak lagi sedap, letak je ais perghhh.
Recommended untuk minum satu sachet sehari seeloknya selepas sarapan. Nak sediakan pun, senang je. Ambil satu sachet dan campurkan kedalam 100ml-150ml air suam. Kacau sehingga larut dan sedia untuk diminum.
Nampak tak?! Air pun dah macam air oren dah. Haaa, ni namanya sambil menyelam sambil minum air. Kalau korang suka jaga kecantikan dengan mengamalkan minum minuman kecantikan ni. Korang boleh cuba Kita Beauties Pu’th ni ok. Dekat mana nak cari? Senang je, korang pergi je mana-mana drugstore Guardian yang terdekat... confirm ada. Dan korang jangan terkejut pulak kalau jumpa product Kita Beauties ni dalam pelbagai range.
Nak cantik, boleh consume yang orange punya. Kalau nak cari minuman kecantikan untuk jaga kesihatan rambut, kuku dan lain-lain pun adooo. Korang boleh consume range Kita Beauties yang lain pula. Actually, ada baaanyakkkkkk!
Kalau pergi Guardian, tolonglah intai-intai. Hihiii. Mesti korang akan terpikat nanti macam iols. Siapa pernah minum Kita Beauties Pu’th ni, sila komen dekat bawah 🙌🏻
Thank you for reading!
0 comments