Cara Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Tahun 2020

Assalamualaikum & hi.

Baru je pagi tadi ekin membalas komen-komen yang ada dekat blog, terus dapat idea untuk update entry malam ni. Masa tengah balas komen pagi tadi, ekin ada ternampak satu komen dekat entry Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (boleh klik untuk baca). Komen daripada seorang pembaca blog ekin,

"Hai.. nak tanya. Dekat link yang untuk ambil borang tu, saya tak jumpa pun borang permohonan pengecualian tu. Yang mana satu ya?"

Disebabkan ekin seorang yang teramatlah rajin membalas komen-komen pembaca blog ekin, ekin pun terus scroll ke atas dengan harapan dapatlah tunjuk dekat mana nak download borang tu. Sebabnya ekin memang dah sertakan dengan link sekali untuk ke laman tempat untuk download borang-borang tu. Hampir 10 minit jugak lah ekin scroll atas bawah atas bawah, "ehhh... pelik pulak. haritu borang tu ada je dekat sini." Hahh, sudah. Borang tu dah kena delete dengan PTPTN ke?

Kalau borang tu dah tak ada, macam mana orang lain nak mohon pengecualian bayaran balik PTPTN ni kan? Risau dah dekat situ.

Tapi, ekin masih lagi chill. Tak mudah menggelabah. Bak kata orang.. lekkk luuuu. Setelah hampir 10 minit scroll atas bawah atas bawah, ekin pun tergerak nak tekan main page laman web PTPTN ni. Tekan kiri kanan atas bawah... barulah jumpa tempat nak mohon pengecualian bayaran balik PTPTN. Alhamdulillah, masih ada lagi. Buat terperanjat mak je.

Ok, dengan ini... maka bermulalah entry baru kita untuk tahun 2020 cara memohon pengecualian bayaran balik PTPTN secara online! Untuk adik-adik yang dapat ijazah sarjana muda kelas pertama tu, jangan lupa memohon ya :) Lets go!

Cara untuk memohon pengecualian bayaran balik PTPTN tahun 2020

Kalau dulu nak mohon pengecualian bayaran balik PTPTN ni kena pergi kaunter untuk hantar borang-borang berkenaan. Sekarang ni, senang dah sebab korang boleh mohon pengecualian bayaran balik PTPTN secara online je. Mudah, senang dan cepat! Permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN secara online ni berkuatkuasa pada 6 Januari 2020.

Jadi, macam mana nak memohon? Senang je.

1. Buka laman web PTPTN atau klik sini >>> Portal Rasmi PTPTN


2. Klik pada "e-PERKHIDMATAN" > "Bayaran Balik"


3. Anda akan dibawa ke laman seperti di bawah. Klik pada "Pengecualian Ijazah Kelas Pertama". Disarankan untuk mengguna pelayar Mozilla Firefox untuk paparan menarik.


4. Dekat sini korang dah boleh tengok pada manual pengguna macam mana cara untuk memohon pengecualian bayaran balik PTPTN ni ya. Dekat manual tu ada diajar step by step macam mana nak memohon. Anda boleh log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan no pinjaman.


Tips: Kalau korang baca manual pengguna yang disediakan tu, untuk dapatkan no.pinjaman.. korang kena hubungi Talian Careline PTPTN. Antara cara lain bagaimana untuk dapatkan no.pinjaman tanpa perlu menelefon Talian Careline PTPTN, korang boleh ikut cara seperti dibawah.

Cara mudah untuk dapatkan no.pinjaman

1. Login ke akaun PTPTN korang. Klik sini untuk login >>> https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login


2. Klik pada "PENYATA BAKI".


3. Turun ke bawah sehingga anda jumpa "Semakan No. Pinjaman" dan klik.


4. No.pinjaman anda akan tertera seperti di bawah.


Senang je kan?! Tak perlu dah susah-susah nak pergi fotostat borang, lepastu nak kena hantar dekat kaunter. Sekarang ni, semua hujung jari. Siapa yang tak mohon tu, memang rugi besar lah ya. Apapun buat adik-adik yang bercita-cita untuk tukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa penuh ni... belajar rajin-rajin tau. Pengecualian bayaran balik PTPTN ni hanya layak untuk degree sahaja tau. Siapa yang pinjam PTPTN masa zaman diploma tu, korang kena bayar juga ya.

Ok, selesai dah tutorial cara permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN untuk tahun 2020. Selamat memohon bagi adik-adik yang berjaya dapat kelas pertama. *Tepuk tangan sikit... Apapun ekin nak minta maaf kalau ada salah kurang. Yang mana nak tanya apa-apa tu, korang boleh tanya je dekat ruangan komen di bawah.

Pssstt: Kalau korang tinggalkan komen di bawah, jangan lupa untuk clik kotak NOTIFY ME supaya korang terima notification bila ekin reply komen korang semua.

Thanks for reading x_x

Find me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee












18 comments

  1. waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat ^_^

    ReplyDelete
  2. sekarang semua pakai online sahaja, senang. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. salam .yg ini kena mohon selepas settle konvo kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, betul tu awak :) sebab dia nak proof yang kita dapat kelas pertama tu nanti.. harap membantu.

      Delete
    2. okay terima kasih beri info :)

      Delete
  4. Hello akak,nk tanya kalau konvo pd thn 2021,kena buat permohonan pengecualian pembyran balik bila ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, boleh buat permohonan selepas konvo sbb ptptn nak tngok sijil yang kita dapat first class degree :) harap membantu.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Salam sis, saya bukan pelajar uitm tapi nak tny sijil first class tu mmg uitm akan bagi sekali mase konvo ke? Mcm sy u sy tak bagi pun benda tu. Kene mohon lain. So sy mohon before sy konvo bulan 11 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam awak.. haah betul.. sijil first class tu uitm akan bagi sekali masa konvo..

      Delete
  8. Salam sis, sy blum konvo lg tp dh mintak surat pengesahan dari uitm. Dkt situ dh mention kelas pertama, so dh boleh proceed ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. kalau dekat sijil dah ada mention dapat kelas pertama, boleh jeh proceed terus

      Delete
  9. hi sis. disebabkan covid, convo akan delay n jadinya skrol akan dapat masa konvo next year 2021 juga. Boleh tau dokumen apa lagi yang boleh menggantikan skrol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk dokumen lain untuk menggantikan skrol, saya tak berapa sure.. mungkin awak boleh tanya pada pegawai ptptn tu nanti.. tapi awak boleh je apply lepas habis konvo 2021 tu nanti.. :D

      Delete