Ada ke Instant Spaghetti jual dekat Malaysia? | Master Pasto

By Asyiqin Roslee - Saturday, February 08, 2020

Assalamualaikum and hi :)

Korang pernah tertanya-tanya tak, "ada ke instant spaghetti ni dijual dekat Malaysia eh?". Yelah kan, asyik makan maggi je. Nak lah jugak merasa makan menu pasta sekali sekala. Betoii dak?! Kalau boleh, ekin nak simpan stok instant pasta ni sama macam ekin simpan stok maggi. Heheee.

Masa zaman study dulu, bukan main lagi ekin beli stok maggi banyak-banyak simpan dalam bilik. Kot kott lah tiba-tiba muncul angin malas nak turun beli makanan... kita panaskan lah maggi je. Tak maggi, mesti ada stok instant bubur nasi. Senang. Jimat tenaga. Jimat duit. Hukhukk.

Lepastu, tibalah di suatu hari dimana sel-sel otak ekin berhubung lalu berfikir... "dekat Malaysia ni takde jual instant pasta ke eh? instant spaghetti ke...? hmmm.. kan best kalau ada :(".

Godek punya godek... GILERRR LAH! DEKAT MALAYSIA MEMANG DAH ADA JUAL INSTANT SPAGHETTI LERRR?! KENAPA BARU TAHU... tsk tskk (dah habis belajar baru tahu uols, noobnya saya)

So, supaya korang tak ketinggalan zaman... ekin nak memperkenalkan lah satu satunya brand instant spaghetti yang ekin jumpa ni. Jeng jengg jenggg... master pasto.


Actually... actually kan, sebelum ni pun ekin memang dah pernah review mengenai instant spaghetti daripada Master Pasto ni tau. Cuma... kalau yang sebelum ni dorang punya packaging dalam kotak tu tau. Kotak yang berdiri tu. Maksudnya, setiap kali nak makan... mesti kena ada pinggan lah sebelum kita panaskan dalam microwave.


Jadi, Master Pasto ni comeback semula dengan new convenience packaging bersama garfu didalamnya. Yayyyyyy...! Tepuk tangan sikit. Lepasni, memang beli yang dalam convenience packaging tu jelah kan. Siap ada bekas sekali. Nak makan pun senang.


Dari segi pilihan instant spaghetti, tak ada apa yang berubah. Menu dia still sama dengan yang sebelum ni punya. Ada 3 pilihan yang korang boleh pilih... spaghetti bolognese with chicken, spaghetti mushroon cream sauce dan spaghetti aglio olio with chicken.



Ni ekin tunjuk sikit lah macam mana rupa Spaghetti Bolognese dengan Spaghetti Mushroom with Cream Sauce. Tak payah lah tunjuk yang mana satu bolognese dan yang mana satu mushroom kan. Korang mesti dapat bezakan kan? Betul tak?! Hehehe. Siapa peminat pasta (spaghetti), korang memang kena try.

Tapi dengan comeback terbaru daripada Master Pasto dengan convenience pack ni, korang dah tak payah susah-susah nak cari bekas atau letak dalam pinggan dah lagi.


Tuang je dalam bekas, panaskan dan siap untuk dimakan. Garpu pun dah tak payah cari dah. Semua dah disediakan dalam pack baru. 3 minit je terus siap boleh dimakan. Kalau korang nak cari instant spaghetti daripada Master Pasto ni, korang boleh pergi je dekat website dorang (ekin akan paste link dekat bawah nanti). Dan kalau korang nak beli offline, haritu kalau tak silap ekin ada nampak satu kedai ni jual dekat GM Klang. Mungkin korang boleh cari dekat area sana juga. Tapi kalau nak senang, beli online je terus. Jimat duit minyak!

Yang mana nak tahu info lebih lanjut, korang boleh terjah website dan instagram dorang:

Website: Master Pasto
Facebook: Master Pasto Lioco
Instagram: @masterpasto

Thanks for reading xx

  • Share:

You Might Also Like

1 comments