Apa Aktiviti Korang Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ni?

Assalamualaikum & hi,

Harini tiba-tiba rasa macam nak update blog. Agaknya dah mati kutu tak tahu nak buat apa dekat rumah ni. Harini 26/03/2020 bersamaan hari kesembilan dah kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Memandangkan tempoh PKP ni dipanjangkan sehingga 14 April 2020... maka berpanjangan lagilah tempoh kita semua berada di rumah 24 jam dan berpanjangan lagilah tempoh ekin akan work from home. Huaaaaa.

Masa awal-awal company bagi announcement kepada semua associates untuk work from home, ekin lah antara orang yang paling happy masa tu. Hahaha. Mana tak nya. Siapa je lah yang tak suka work from home kan? Kalau boleh hari-hari nak work from home. Tak payah nak bangun pagi bersiap solek awal-awal kan?! Hehehe. Dalam pada happy tu, rasa macam berdosa pun ada jugak. Orang nak elakkan wabak, kita pulak boleh happy sebab dapat work from home. (ampuni gueee)


Hari berganti hari, makin lama makin tepu dah bila buat kerja dari rumah ni. Yelah, daripada pagi sampai habis office hour ekin dok menghadap laptop nak siapkan kerja. Nak merayau pun, nak merayau mana je? At least kalau dekat office, ekin boleh tawaf sekeliling untuk hilangkan penat atau rasa mengantuk. Kalau dekat rumah? Mahu ekin take 5 lelap mata sekejap. Kehkehkeh.

So, sepanjang PKP ni... apa je aktiviti korang dekat rumah?

Kalau ekin, tak tahu lah aktiviti apa yang ekin buat. Kebanyakannya memang buang masa dekat social media lah jawabnya. Tak buka instagram, ekin main twitter. Tak main twitter, ekin buka facebook. Tapi facebook pun rasa dah di anak tirikan sebab ekin buka pun tak sampai 0.03 saat, terus tutup balik. Hahaha. Bosan tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang tu, kalau ada favourite drama bersiri ekin dekat youtube, ekin buang masa dekat sana pula. Haihh, bosan kan?

Tapi dalam banyak-banyak media social yang ada, ekin banyak habiskan masa scroll twitter. Satu, sebabnya nak tahu berita sensasi / update-update terkini. Kalau petang je, memang wajib ekin akan buka twitter sebab nak tengok update KKM mengenai wabak COVID-19 ni. Yang keduanya, sebab nak stalk perkembangan crush macam mana. Hahahaha. Semenjak ada crush dekat twitter ni, rasa macam 24 jam nak buka twitter. Aaaagittcheww. Please notice me senpaiii...


Haihhh la... Macam mana lah nak jadi produktif dan proaktif ni? Nak jadi pun tak tahu nak mulakan tang mana. Sebab kemalasan tu makin berganda-ganda pula semenjak kena quarantine ni. Ekin tengok ramai orang ada je aktiviti dorang masing-masing sepanjang PKP ni. Ada yang try buat Dalgona Coffee viral tu. Tak cukup dengan Dalgona Coffee, depa pi try buat Dalgona Milo pulak. Ada tu... yang tengah asah skill memasak dorang. Tak tertinggal juga... ada yang tengah develop kemahiran baru dorang dekat tik tok. Macam-macam aktiviti dorang buat. Ini adalah contoh yang baik kan? Patut ke dak ekin ikut jejak langkah depa-depan ni? Hahaha. Nampak tak? Dah melalut dah ekin dibuatnya.

Hujung minggu ni, ekin plan nak mengecat bilik. Nak tukar wajah pulak. Tapi tak tahu lah plan ni menjadi ke tidak. Ekin dah bagitahu siap-siap dekat adik ekin yang hujung minggu ni nak mengecat bilik. Kononnya berharap plan ni menjadi lah. Kalau tak, bertambah lagi lah episod ekin membuang masa dekat media social hujung minggu ni. Apapun sesungguhnya kita hanya mampu merancang je kan? Kehkehkeh.

Jadi, sepanjang PKP ni... apa je aktiviti korang dekat rumah? Ada skill-skill baru yang korang tengah develop ke?... ataupun ada yang dah mula berjinak-jinak dengan dunia tik tok? Hehehe.

6 comments

  1. Best jugk dapat cat bilik tu Ekin. Harp menjadi ye.. Haha jika tak, jom golek-golek sambil skrol media sosial.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. harap2 menjadi lah nak decorate bilik ni..

      Delete
  2. Uihh mama.mmg busy dukmumah hari2 tah

    ReplyDelete