Assalamualaikum & hi.
Akhirnya, ekin berkesempatan juga untuk review salah satu produk kecantikan yang hangat diperkatakan sekarang. Produknya tak lain tak bukan adalah Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Ekin percaya lah, mesti jenama brand ni tak asing lagi untuk korang semua kan?! Mana tak nya, boleh diperkatakan mostly skincare lovers ramai dah review produk ni dan feedback yang dorang bagi pun memang tip top meletoppp.
Jadi, untuk entry kali ni ekin akan review dari perspektif seorang blogger pula. Hehehe. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni... korang wajib baca sampai habis okay.
Ini lah dia Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature. Kalau nak tahu, selain Aqua Whitening Cream ni... terdapat banyak lagi produk kecantikan daripada beauty brand ni. Bermula daripada cleanser sehinggalah ke day cream protection base. Lengkap satu set skincare. Kalau korang tengah tercari-cari satu beauty brand yang lengkap set penjagaan kulit muka, korang boleh cuba brand Hansaegee Nature ni. Ekin memang recommend sebab brand ni made in korea. So, for sure mutu kualiti dia memang bagus.
Apa itu Aqua Whitening Cream?
Aqua Whitening Cream ni kalau dalam bahasa skincare ianya adalah moisturizer yang dalam masa sama dapat memberi efek whitening kepada pengguna. Eh.. macam mana pula moisturizer ni dapat beri efek whitening dalam masa yang sama kan? Hahh, nanti kita tengok ingredients apa yang ada dalam Aqua Whitening Cream sehingga ianya dapat beri efek whitening.
Apa yang best mengenai Aqua Whitening Cream ni, ianya adalah water drop based cream tau. So, tindak balas cream ni untuk absorb ke dalam kulit kita memang pantas dan yang paling penting cream ni tak block kita punya pores pun.
Dari gambar bawah ni, korang boleh nampak kan dia punya water drop based tu. Apa yang ekin suka mengenai cream ni sebab dia ada bagi cooling effect tau dekat skin kita. So, kalau pakai makeup/foundation confirm memang cantik cun melecun.
Selain cream ni bertindak sebagai moisturizer, ianya juga dapat mengawal pengeluaran sebum secara berlebihan, memudarkan kemerahan di kulit wajah dan memperbaiki kulit sunburn. Aqua Whitening Cream ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit jenis berminyak, kering dan kombinasi. Cream ini adalah paraben-free, sulphate-free dan alcohol-free. So, sesiapa yang berkulit sensitive dengan ketiga-tiga ingredient ni... maknanya korang selamat menggunakan Aqua Whitening Cream ni.
Sebut je pasal ingredients... jom kita tengok ingredients apa yang ada dalam produk ni.
Ingredients
Kalau nak tahu, main ingredient yang digunakan dalam aqua whitening cream ni adalah "Camellia Japonica Seed Oil" dan "Niacinamide".
"Apa yang bestnya Camellia Japonica Seed Oil ni kan?"
Ok. Ingredient Camellia Japonica Seed Oil ni dia non-comedogenic. Ingredients yang bersifat non-comedogenic ni dia tak block pores dan dalam masa yang sama ianya takkan contribute kepada penumbuhan jerawat. Hahh, nampak tak hypothesis nya disitu. Hehehe. Ingredients Camellia Japonica Seed Oil ini juga mampu membaiki kemerahan dan sunburn pada kulit. Ia juga mampu untuk mengekalkan kelembapan sehingga ke lapisan bawah kulit.
Ingredient Niacinamide pula paling best dan paling ekin suka sekali. Niacinamide ini juga dikenal sebagai vitamin B3 yang mana ianya bagus untuk aging skin. Dengan adanya ingredient Niacinamide ni, ia mampu memperbaiki appearance lubang pori dan memperbaiki masalah tona kulit tak sekata. Selain itu, ingredient ini mampu mengawal pengeluaran sebum dari kulit wajah.
Personal Experience
Selama pengalaman ekin menggunakan aqua whitening cream daripada Hansaegee Nature ni, so far produk ni tak ada beri kesan iritasi pada kulit wajah ekin. Sebab kulit ekin ni memang agak sensitif sikit kalau nak perkenalkan dengan produk baru. Dah seminggu lebih juga ekin pakai dan dalam masa seminggu tu jugalah tak ada timbul jerawat ke apa. Malah, apa yang ekin boleh nampak, kulit makin glowing dan sihat.
Dalam banyak-banyak texture cream moisturizer yang ekin pernah cuba, paling in love giler dengan texture aqua whitening cream daripada Hansaegee Nature ni. Dia very very light gel watery look tau. Once apply dekat muka, dia akan bertukar menjadi water droplet. Sangat best!
Korang nampak kan macam mana texture aqua whitening cream ni? Dia veryyyyy light. Kalau dulu, ekin memang tak suka pakai moisturizer. Sebab kebanyakkan moisturizer yang ada, dia akan buat kulit muka ekin jadi oily. So, bila oily... ekin akan rasa rimas. Bila rimas, mulalah dah taknak pakai. Lol.
Tapi texture aqua whitening cream ni, ekin suka! Dah jatuh cinta dah pun. Cream ni tak buat langsung kulit muka ekin rasa oily tau. Paling best pakai sebab cream ni dia dapat kawal penghasilan sebum (oil) dekat kulit wajah walaupun dalam cuaca tengahari panas.
Biasanya ekin akan pakai pagi dan malam sebelum tidur. Sebabkan cream ni jenis water drop based, so lepas pakai mesti akan rasa segar... rasa macam nak pakai lagi! Betul tak tipu!
Yang uniknya apa yang ekin rasa bila pakai aqua whitening cream ni adalah finishing dia. Moisturizer ni kan jenis water drop based. So, imaginasinya bila kita sapu dekat kulit muka mesti akan rasa macam pakai moisturizer macam biasa kan. Tapi, aqua whitening cream ni tak macam tu tau. First kita pakai, dia akan jadi water droplet cenggitu. Bila kita tap tapp tappp sampai dia meresap, terus jadi matte macam cantik gila lah finishing dia. Nak tepek makeup pun rasa smooth je. Feeling glowing gituewww..
Nampak tak dia bertukar jadi water drop? Best kan?!
So far, selama pemakaian... selain Aqua Whitening Cream ni beri kelembapan dan melembutkan kulit wajah, cream ni memang terbukti boleh pulihkan kulit daripada kesan sunburn. Disebabkan ekin ni bertudung, jadi kesan sunburn tu memang nampak dan ketara sangat lah. Lepas pakai Aqua Whitening Cream ni, slow sloww dia recover balik.
So, bagi ekin boleh recommend ke tak?
Yup... ekin memang recommend sangat-sangat untuk korang try Aqua Whitening Cream ni. Siapa yang memang dari dulu bercita-cita untuk beli aqua whitening cream ni, engkorang pergilah dapatkan sekarang. Memang best giler!
Nampak glowing kan muka!
Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut dan details lagi mengenai produk-produk daripada Hansaegee Nature ni, korang dialu-alukan untuk klik link website dan social media mereka okahh.
Website: www.hansaegee.com/shop
Instagram: https://instagram.com/hansaegeenature
Facebook page: https://facebook.com/hansaegeenature
2 comments
tak berapa familiar dengan produk ni.. tapi tengok dia punya effect lepas letak atas kulit tu nampak menarik sngat !
ReplyDeletememang menarik! nanti boleh lah cuba.. so far, moisturizer ni mmg best lah ;)
Delete