RMO Day 5 | I Just Made IG Story Template

By Asyiqin Roslee - Sunday, March 22, 2020

Assalamualaikum & hi readers semua!

Apa khabar dengan kesihatan masing-masing? Ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Harini dah masuk hari kelima Restriction Movement Order (RMO) dekat Malaysia. Semenjak keluarnya arahan RMO ni, kita semua tak dibenarkan untuk keluar rumah sesuka hati tanpa alasan yang kukuh. #StayAtHome. Ekin pun dah lima hari tak keluar rumah. Sampaikan tepu dah duduk dekat rumah ni. Hahaha.

Kalau hari bekerja, mungkin Ekin tak bosan sangat sebab ada kerja yang nak dibuat. Tapi, bila sampai hujung minggu ni... duduk baring bangun makan tidur makan tidur lah jawabnya. Tak makan tidur, ekin akan scroll twitter, instagram, facebook dan segala social media yang ada. Kadang-kadang, bosan pun ada juga.

Jadi, untuk menjadikan aktiviti ekin lebih berfaedah.. (berfaedah lah sangat kan?!) Ekin decide untuk buat instagram story template. Maka terhasil lah tiga IG story template made by @asyiqin.roslee. Gittewwww.


Untuk korang yang kaki IG ni, Ekin amat mengalu-alukan korang semua untuk guna IG story template Ekin (support ekin tau... hehehhe). Macam mana nak cari? Korang boleh pergi je dekat instagram Ekin @asyiqin.roslee dan cari dekat IG story highlight. Ekin akan kumpulkan semua template-template yang dah terhasil dan bakal terhasil dekat instagram highlight Ekin nanti.

Harini pun dapat siapkan 3 template je. Tiga template ni pun dah buat rasa malas hujung-hujung tu. Macam mana lah nak hasilkan template-template lain pula? Apa lah yang Ekin fikir masa nak buat IG template ni. Hahaha lolss. Apapun korang doakan lah supaya kerajinan Ekin ni kembali lagi supaya masa Ekin terluang dengan benda-benda berfaedah ni.

Demi reader-reader semua, Ekin bagilah preview instagram template yang Ekin dah buat untuk harini. Kalau korang nak yang berkualiti sikit, boleh terjah instagram Ekin okay :D




Alright, itu sahaja lah update Ekin untuk harini. Ekin doakan supaya korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Jangan lupa untuk jaga kebersihan sekeliling. See you in my next update. Thanks for ready!

psttt: kalau korang guna IG story template ni, jangan lupa untuk tag ekin dekat instagram tau <3 (@asyiqin.roslee)

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. hehehe.. time takde buat apa-apa ni je yang rajin :)

      Delete
  2. Betul tu, naik tepu kat terperap kat umah. Kreatif lah buat template tu. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you awak :) naik pening juga nak buat template ni.. hahaha

      Delete