Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Kalau buka website Ikea ni rasa macam ada je benda nak beli kan? Korang pernah mengalami situasi yang sama tak? Belum lagi kalau pergi dekat Ikea terus. Boleh rambang mata dibuatnya. Paling best dekat Ikea ni, dia punya showroom. Cantik cantikk je showroom yang ada dekat sana. Start dari bilik tidur ke, mini office ke, dapur ke... semua cantik!

Disebabkan sekarang ni musim PKP, tangan ekin mula lah menggatal nak buka website Ikea. Tengok mana mana perabot yang cantik. Kebetulan pula ekin memang tengah nak hias balik bilik ekin ni. (Kebetulan pulak kan???) Tu yang rajin dok scroll scroll website Ikea. Duit ekin ready dah nak terbang!


Lepas habis PKP, ekin dah plan dah nak beli perabot apa dekat Ikea ni. Tapi kena kerja keras lebih sikit lah untuk kumpul duit banyak-banyak. Hahahha. Ke biasanya orang beli sikit-sikit eh? Ekin rasa macam nak beli one off terus. 

So, ekin list kan dekat sini dulu lah barang/perabot apa yang ekin rasa menarik and nak beli nanti. Kiranya macam wishlist ekin untuk hias bilik baru nanti. Tanpa buang masa, jom tengok apa benda yang ekin nak beli.


Pertama-tama, ekin nak beli katil ni. Harga dia RM399 je. Ni katil sahaja tau, tak termasuk dengan tilam sekali. Ekin nak beli katil baru sebab nak synchronize semua ikut tema warna bilik ekin nanti ala-ala white beige gitteww. Plus katil ni cantik! Hehe.


Okay, kalau dah beli katil baru... mestilah kena beli tilam baru kan? Baru adil dan saksama. Bab-bab tilam ekin tak tahu nak pilih macam mana sebenarnya. Ni ekin pilih ikut suka rasa je. Harga pun boleh tahan jugak nih. RM1199. Harap-harap lah bila beli tilam ni nanti, tidur malamku lenaaaa. Hamboih.


Lepastu, ekin nak beli quilt ni jugak. Tak tahu lah berbaloi ke tidak? Sebabkan ayah ekin pasang aircond dekat setiap bilik... so, ekin nak ada katil ala-ala tidur dekat hotel. Yang ni RM149. Tak tau lah tebal ke tak.


Untuk sarung tilam ekin ambil yang ni. Color putih jugak. Sebab nak feeling ala-ala hotel kan.. jadi kita ambil color putih. Yang ni harga dia RM29.90 je. Harga paling murah dalam senarai yang ekin nak beli. Hahaha.


Next atau yang terakhir sekali, sebagai pelengkap katil baru ekin... ekin pilih sarung bantal dan sarung quilt design ni. Nampak soft kan? Sesuai dengan diri ekin yang serba lembut ayu sopan santun ni. Cewahh. Harga dia RM99. Boooooleehhhhhhh lahhh.

So, korang boleh agak tak total harga barang-barang yang ekin nak beli dekat Ikea ni? Untuk katil baru sahaja tau. Berapa agak-agaknya? Hehehhe. Ekin kira-kira exact total harga barang yang ekin nak beli dekat Ikea ni RM1875.90. Boleh tahan juga harga dia tuh. Actually, ekin macam nak beli dressing table jugak tau. Tapi bila tengok dekat website Ikea, design yang ada macam tak berapa menarik dan tak menepati citarasa ekin.

Kemungkinan perabot-perabot lain ekin nak cari dekat HomePro pulak lepas ni, sebab haritu ada nampak design perabot yang memang ngam dengan citarasa ekin. Tapi tak survey pulak harga masatu. Tatau lah berbaloi ke tidak.

Alright korang, itu sahaja yang ekin nak update dekat sini. Harap-harap lah wishlist yang ekin tepek dekat sini... memang betul betul ekin nak beli. Kuang kuanggg kuanggg. Apapun, thanks for reading!

~

Find me:

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

Jom hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh #dudukrumah dengan peluang memenangi RM500 untuk 6 bulan dari SofeaRose ni! Fuh, macam keluarkan duit KWSP dah, dapat RM500 untuk 6 bulan berturut-turut, RM3,000 kalau dijumlahkan!

Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy, SofeaRose sememangnya sudah tidak asing dalam kalangan si pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum wanita khususnya, SofeaRose sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat-peminatnya dan sebab itu, hari ini mereka ingin berkongsikan RM3,000 ini bersama anda. Macam-macam boleh kita beli dengan RM3,000 kan?


Dengar je cerita pasal menang wang tunai ni dah membuatkan bibir anda mengukir senyuman kan? Hehe. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, SofeaRose ingin mencari seorang pemenang untuk menerima duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan, ya RM3,000!

Caranya mudah, anda hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui:

1) Website www.sofearose.com

2) Facebook @sofearose

3) Instagram @sofearose_hq

4) Agent / Dropship SofeaRose yang berdaftar

Yang bestnya, anda akan mendapat dua penyertaan kalau anda menjadi pembeli terawal. Dua penyertaan bermaksud dua kali ganda peluang untuk menang RM3,000! Wow!

Untuk menunjukkan ketelusan kepada pemenang, pemenang akan dipilih secara LIVE di Facebook & Instagram mereka. RM500 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda setiap 5hb selama enam bulan berturut-turut.

Bagi yang baru mendengar jenama SofeaRose ini, mereka mula mencipta nama pada 2014 dan aktif dengan gaya Art To Wear yang digayakan di pentas antarabangsa seperti London pada 2016 dan Madrid pada 2017. Setelah itu, empayar SofeaRose terus melebar dengan terpatrinya SofeaRose x Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona series. Tahun ini, sekali lagi SofeaRose mencipta nama di dalam pentas seni menerusi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020 dengan menampilkan 40 pilihan koleksi raya bergaya mewah namun pada harga mampu milik kerana, bagi SofeaRose hanya satu, Kemewahan Milik Semua.


Baru-baru ini SofeaRose terkesan dengan cerita keluarga yang kurang berkemampuan kerana pandemic COVID19 ini dan lantas melancarkan Tabung COVID19 SofeaRose dengan menggunakan 5% hasil jualan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dropship untuk membantu mereka yang terkesan dari Covid19 untuk mencari pendapatan sampingan.

Jom kita sama-sama support jenama SofeaRose, boleh menang wang tunai RM3,000 sambil bersedekah kepada mereka yang memerlukan DAN paling penting, dapat produk yang best sangat sangat!

 Nak lagi best? Gunakan COUPON CODE : SYIQIN10 ini semasa membuat pembelian di website untuk mendapatkan discount sebanyak 10% untuk baju raya. Coupon code khas untuk pembaca di blog. Okay, sampai sini sahaja. Assalamualaikum!


Assalamualaikum & hi semua :)

Ekin harap semua dalam keadaan sihat sejahtera... Korang dah makan ke belum? Ni hahh, ekin tengah mengunyah Sea Salt Cookies yang baru ekin buat tadi dengan ibu. Panas panass lagi baru keluar dari oven. Disebabkan rasa tak sabar nak merasa apa hasil sesi membakar cookies ni, ekin ngapp terus masuk mulut dulu.

"Mmmmm, sedappppp!"

Satu persatu biskut ni beratur nak masuk dalam mulut ekin. Wakakaka. Bila berkurung diri dekat rumah, rasa macam dah lama sangat tak makan biskut. Mungkin ini agaknya kenapa tangan ekin tak berhenti-henti masukkan biskut ke dalam mulut. *makin naik lah berat


Taraaaa... nampak menarik kan?!

Sebenarnya, ekin yang request suruh ibu buat sea salt cookies ni. Selalu tengok dekat instagram je... orang jual sea salt cookies ni online. Tapi, ekin jenis malas nak tunggu order online ni. Yang mana boleh buat, kita pun buat. Lagi-lagi, ibu memang pakar dalam bab baked baked cookies ni.

Seminggu sebelum buat sea salt cookies ni, ibu pun suruh lah ekin order salt flakes ni dekat shopee. Yelah, dekat rumah takde salt flakes ni. Ekin pun ada jugak suruh ibu, "tabur jelah garam yang ada dekat rumah ni" hahahaha. Ibu jawab apa tau... "mana sama garam ni dengan salt flakes tu". Yelah, ekin pun order lah satu sebab ibu cakap tak sama.

Agaknya kalau ekin buat sensorang, dah lama ekin tabur garam dekat dapur tuh. Hahaha. Nasib baik ada ibu.


Askar-askar comel bermata dua tengah beratur nak masuk oven. Depa request nak masuk sauna harini. Depa tak tahu, penghujungnya akan masuk dalam perut ekin jugak.



Sajelah ekin buat video masa proses nak buat sea salt cookies ni. Takde kerja kan? Hehehe. Ok lah, itu sahaja yang ekin nak update untuk entry kalini. Saje je nak bagitahu korang yang ekin dah buat sea salt cookies ni masa pkp. Korang bila lagi? Ke ada yang dah merasa dah pun?

Apapun, thanks for reading. Bye!

~
Follow me:

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

Assalamualaikum & hi korang! Selamat berhujung minggu ;)

Harini ekin nak share dengan korang semua satu apps dimana korang boleh jana pendapatan dari rumah je. Actually, ekin nak kongsi benda ni sejak dulu lagi. Tapi asyik postponed je. So, memandangkan tengah PKP dekat rumah... jadi ekin ambil kesempatan untuk update Cara Menjana Pendapatan dengan Sushivid.

Ekin yakin, ramai blogger-blogger yang familiar giler dengan Sushivid ni sebab ekin tahu mengenai Sushivid ni pun melalui posting yang dibuat oleh blogger-blogger otai kita. Gitteww... So, berfaedah jugak lah kan ekin jadi blogger ni? Kalau tak, mesti ekin tak tahu menahu apa benda Sushivid ni.

Jadi, memandangkan ekin mempunyai kelebihan untuk tahu segala jenis apps yang kita boleh jana pendapatan dari rumah ni... ekin terpanggil lah juga untuk share dengan korang semua supaya kita memperoleh faedah bersama-sama ;) Senyum sikit.


Korang mesti tertanya-tanya kan? "Apa dia Sushivid ni?" "Sejenis makanan macam Sushi King ke?"

Sama sekali bukan ya anak-anak. Dulu pun ekin terfikir benda yang sama jugak. Kenapa nama dia Sushivid? Kadang-kadang terkonfius juga... nak taip Sushivid, tertaip Sushi King. Begitulah namanya kehidupan ya. Hahaha.

Ok, Sushivid ni merupakan satu online platform untuk influencer marketing yang membantu brand-brand dekat luar sana untuk menggunakan khidmat influencer bagi me-market-kan produk mereka dan dalam masa yang sama membantu para influencer untuk memperoleh pendapatan melalui pekerjaan/projek campaign yang diberi.

Dengar je perkataan influencer... mesti korang takut kan? Yelah, followers dekat social media tak tinggi. Likes pun sendu je. Macam mana nak jana pendapatan dengan Sushivid ni? Betul tak? Korang mesti terfikir macam ni kan? Jangan risau... sebab dalam Sushivid ni ada lagi apps lain yang dapat membantu korang untuk jana pendapatan dari rumah. Tapi make sure, korang ni sejenis kaki social media lah tau. Kiranya, pastikan korang ni memang aktif bersosial media. Aaaagittuhh.

Alright, first sekali apa yang korang kena buat? Sudah semestinya korang kena sign up/register akaun Sushivid ni. Untuk tidak memanjangkan lagi entry ni, korang boleh refer dekat entry ekin khas untuk korang macam mana nak sign up akaun sushivid ni.

Baca sini: Cara Nak Sign Up Akaun Sushivid

Dah selesai register akaun Sushivid? Siapa dah register sila angkat tangan ✋. Hehhehe.. bagus bagus, semua pembaca blog ekin dah register akaun Sushivid ni. Soooo, macam mana Sushivid ni boleh bantu korang untuk jana pendapatan dari rumah atau secara online?

Senang je.


Pastikan masa korang register/sign up akaun Sushivid ni, korang dah link kan akaun Sushivid dengan social media korang tau. Sebab mostly kempen-kempen yang ada memerlukan korang untuk menggunakan akaun social media korang.

Jom Buat Duit Dengan Sushivid

1. Login ke dalam akaun Sushivid korang... dan dekat homepage tu, korang scroll down sampai jumpa macam gambar dekat bawah ni.


2. Klik pada 'View More' dan korang akan dibawa kepada paparan seperti di bawah.


3. Klik pada mana-mana kempen yang ada.


Kalau korang perasan, gambar dan caption dah diberi oleh pihak client. Korang hanya perlu tinggal share sahaja di kesemua social media yang korang ada. Copy and paste sahaja.


Ini adalah contoh earning per share yang korang akan dapat setiap kali korang share iklan ni dekat twitter/instagram/facebook. Satu kempen sahaja, korang boleh dapat duit sesenang ni.


Ni antara contoh kempen-kempen yang ada. Earning per share tu adalah earning yang korang akan dapat bila korang share iklan ni dekat social media korang. Selalunya kalau share dekat instagram/facebook akan dapat banyak.

Sehari korang boleh share 3 kempen untuk setiap social media yang korang ada. Share 3 kempen dekat instagram, 3 kempen dekat facebook dalam masa sehari. Contoh satu iklan ni korang dapat RM6. Darab dengan 3 kempen... korang akan dapat RM18. Tu baru share dekat instagram je. Kalau share dekat facebook sekali... korang akan dapat (RM18 + RM18) RM36 dalam masa sehari.

So, kalau korang konsisten share iklan ni hari-hari... RM36 x 30 hari... sebulan korang boleh dapat RM1,080 tau. Masyukk kan?! Ok ok.. korang jangan nak terbeliak mata sangat eh. Ni anggaran je tau. Hahaha. Lagipun, tak semua kempen korang akan dapat RM6. Ada satu kempen tu, korang hanya dapat RM1.95 sahaja. Terpulang.

Iklan ni pun bukan setiap hari akan ada. Tapi korang kena selalu login lah ke dalam akaun Sushivid ni untuk tahu apa-apa update mengenai iklan terbaru. Yang penting korang kena konsisten. Actually, kalau korang godek lagi website Sushivid ni, banyak je lagi kempen-kempen lain yang korang boleh join.

Alright, rasanya itu sahaja yang ekin nak share dengan korang semua. Ekin harap entry ni dapatlah membantu korang dalam menjana pendapatan / side income yang lebih. Siapa berusaha.. dia akan berjaya. Cewahhh. Ok! Kalau korang rasa entry ni bermanfaat, jangan lupa share dekat kawan-kawan yang lain juga ya.

Thank you for reading. Bye!

Find me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

P/S: korang boleh tinggalkan apa-apa pertanyaan dekat ruangan komen di bawah ni dan jangan lupa untuk tick kotak 'notify me' supaya korang akan terima email notification bila ekin reply komen korang. xoxo.

Assalamualaikum & hi korang!

Harini ekin nak buat tutorial a.k.a ajar korang semua macam mana nak sign up akaun Sushivid ni. Kalau korang nak tahu apa itu Sushivid, korang boleh baca entry ekin dekat sini.

Baca sini: Cara Jana Pendapatan Dengan Sushivid

Apapun, jom kita belajar macam mana nak sign up akaun Sushivid ni.

Sign Up Akaun Sushivid

Untuk mendaftar akaun Sushivid ni, korang kena ada facebook atau instagram tau. Sebab Sushivid ni memerlukan korang untuk mendaftar dengan menggunakan facebook/instagram. Kalau ekin sendiri, ekin register pakai facebook je. Dah sign up nanti, baru link kan dengan instagram.

1. First, korang klik www.sushivid.com ni dan klik pada 'Sign In' (boleh tengok dekat anak panah dibawah).


2. Kemudian, klik pada 'Continue As Creator' (rujuk seperti gambar dibawah).


3. Klik pada 'Facebook/Instagram' untuk login dengan menggunakan akaun facebook/instagram korang.


4. Dia akan keluar ke paparan facebook macam ni. Korang masukkan email dan password facebook, dan klik 'Log In'.


5. Nanti korang akan diminta authority untuk link kan akaun facebook korang dengan sushivid. Korang klik je 'Continue'.


6. Taraaaa... korang dah pun masuk ke dalam akaun Sushivid ni. Tapi, sebelum tu korang pergi dekat 'settings' ni dulu. Ekin nak tunjuk macam mana korang nak link kan dengan instagram korang pula.


7. Dah klik pada 'Settings'... pergi dekat 'Social Media' dan link kan segala social media yang korang ada.


Dah selesai link kan semua social media yang korang ada, jangan lupa untuk edit settings yang lain pula ya. Selesai dah tutorial a.k.a cara macam mana nak sign up akaun Sushivid ni. Senang je kan? Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Sushivid ni, korang boleh je godek godek sendiri website Sushivid ni.

Ataupun, kalau nak senang... baca je entry ekin dekat sini. Hehehee.

Cara Jana Pendapatan Dengan Sushivid

Dah register akaun Sushivid ni, jangan lupa untuk join any campaign yang ada. Senang senang je korang boleh buat duit dari rumah tau. Dah tahu cara mudah nak jana pendapatan dari rumah ni, jangan lupa share dekat kawan-kawan korang yang lain.

Ok lah, semoga entry ni bermanfaat untuk korang semua. Anyway, thanks for reading!

p/s: in case kalau korang nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan je soalan korang dekat ruangan komen di bawah ni ya. jangan lupa untuk klik pada kotak NOTIFY ME supaya korang terima notification bila ekin reply komen korang.

Find me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

Assalamualaikum & hi korang,

Harini dah masuk hari ke-17 kita semua melaksanakan perintah PKP ni. Apa itu PKP? PKP ni adalah Perintah Kawalan Pergerakan. Ok, takmo cakap banyak mengenai PKP ni sebenarnya.

Korang tau tak, masa PKP ni kan... family ekin semua ada dekat rumah. Kalau macam hari biasa, ekin kena work from home tau. Tapi memandangkan ayah ekin dia tak work from home... duduk rumah tak tahu nak buat apa? Ada je benda-benda yang ayah nak buat. Hahhaa.

Daripada bertukang, kemas bilik, kemas ruang tamu... last-last dah macam tongkang pecah dah rumah ni. Hahaha. Ok tak takk. Gurau je. So, masa tengah kemas-kemas bilik ni... terjumpa lah gambar-gambar lama ibu dengan ayah. Terselit dekat situ gambar lama ekin masa tadika dulu. Nak jugak terselit sekali kan?!

Nak tengok tak gambar lama ekin time tadika dulu? Ok takpayah jawab, ekin memang nak tepek dekat sini pun. Kehkehkeh.


Comel nyaa iols. Perasan! Hahaha.. masa ni tembam betul pipi. Patutlah dulu ramai betul suka cubit pipi ekin. Depa ingat tak sakit ke apa? Tau lah comel kan? Hahaha. Btw, korang boleh agak ke ekin yang mana satu? Hint dah bagi dah. Pipi tembam.

Masa jumpa gambar ni, boleh adik ekin dia tergelakkan dekat ekin sambil buat gaya tangan macam dalam gambar tuh. Dia tak tahu ke masa ni kakak dia tengah bernasyid... nasyid apa tak ingat dah? Hehehe. Almaklum lah, dah lama dah. Dia taktau ke gambar zaman jahiliyah dia macam mana. Tengok lah nanti.

Btw, elok jugak kan ada gambar lama-lama yang kita print out sendiri. 10 tahun kemudian boleh lah nak throwback. Dia punya feeling rindu zaman dulu tu lain maciamm. Masa join nasyid ni, kecik-kecik lagi dah pakai gincu. Ingat dulu ustazah yang pakaikan sebab nak naik pentas. 

Dulu masa kecik lagi, boleh lah nak join aktiviti yang naik pentas ni. Last ekin join aktiviti yang melibatkan atas pentas ni masa sekolah rendah je. Masuk sekolah menengah semua, rasa confident tu dah tak ada.

Alright, itu sahaja yang ekin nak update untuk entry kali ni. Niatnya sebab nak tepek gambar lama throwback dekat blog ni je. Tapi untuk memeriahkan lagi gambar ni, ekin selit lah sikit celoteh ekin dekat sini.

Thanks for reading!

Find me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

Assalamualaikum & hi korang!

Sekembali kita dalam sesi review produk local skincare tak lain dan tak bukan produk Kayman Beauty. Agaknya boleh dikatakan ekin ni peminat produk Kayman ke? Yelah, setiap kali Kayman nak keluarkan skincare baru dorang... mesti ekin tertunggu tunggu tau. Mana tak nya! Sejak pakai coal face soap dorang lagi, ekin dah jatuh cinta giler dengan produk Kayman ni. Tapi, nak memiliki semua tu... ekin kena fikir 2,3 kali jugak lah nak beli. Hahahaha.

Apapun!

Untuk entry kali ni, ekin nak review skincare keluaran terbaru daripada brand Kayman Beauty iaitu GOLDEN COCOON Multi Element Mask (MEM). Dorang launch produk terbaru a.k.a sheet mask dorang ni sejak 28 Mac 2020 lagi. So, kalau korang nak dapatkan.. boleh dapatkan dekat website rasmi Kayman Beauty atau boleh dapatkan daripada mana-mana stokis/agent Kayman. Yang pastinya, servis dorang memang terbaik!

Seperti sedia kala, ekin memang beli dekat shopee je. Best, sebab kita boleh dapat free shipping fee. So jimat sikit dekat situ. Ekin beli Multi Element Mask (MEM) ni masa 28hb tu jugak. Masa dorang launch secara online, masa tu jugak ekin terus beli. Nampak tak betapa fans nya ekin. Hahaha. Secara konklusinya, ekin beli masa 28hb (Sabtu)... dan sampai dekat rumah 31hb (Selasa). Kira cepat lah servis dia. Bagus2...


Memperkenalkan... skincare keluaran terbaru daripada Kayman Beauty iaitu GOLDEN COCOON Multi Element Mask (MEM). Tengok packaging dia, terus ada rasa vibes exclusive kan?! Black and gold. I is love sangat!

Ohh ya, btw sebelum ni pun ekin ada review produk daripada Kayman Beauty ni... so kalau korang nak baca review ekin, boleh klik je link dekat bawah ni ya (iklan jap).

Kayman 1 : Skintella Repairing Serum | Kayman Beauty (Review)
Kayman 2 : Antara CoalFace Soap dengan CoalFace Cleanser, yang Mana Lagi OK? | Kayman Beauty

Alright geng. Kita sambung balik. Untuk Multi Element Mask (MEM) ni harga dia RM59.00 untuk satu kotak tau. Dalam box dia ada 5 pcs sheet mask. Tolak tambah... kira-kira harga untuk satu sheet mask ni jatuh RM11.80. Korang rasa mahal ke murah? Ke.... "normal lah tu harga sheet mask". Gitteww. Bagi ekin, personally harga dia quite expensive lah. Tapi ekin tetap beli jugak sebab ekin percaya produk mahal, kualiti pun mesti lah boekkk kan! Untuk mencuba, ekin sanggup je beli. Tapi kalau nak pakai selalu tu... garu kepala jugak lah. Kehkehkeh.


First time sampai dekat rumah, honestly ekin tak sabar giler nak bukak (actually, tak sabar nak pakai sebenarnya... hehehe). Masa beli MEM ni, ekin order sekali dengan Coal Face Soap sebab soap dah habis. Happy giler sebab ekin dapat paperbag Kayman jugak. Lulss... nampak tak? Dapat paperbag pun dah happy, apatah lagi kalau dapat produk free. Tibehhh. Kayman please sponsor me.

Fungsi Multi Element Mask (MEM)

Kalau ikutkan apa yang di-claim dekat packaging MEM ni... ianya berupaya untuk memberi efek brightening, moisturizing, anti ageing dan nourishing.

"KaymanBeauty MEM: Multi Element Mask is formulated with premium elements from golden cocoon. This mask gives the skin brightening, maintain radiant and luminous skin. It will also provide high moisturization. The MEM mask is made of a tensel sheet from banana fibers and feels very soft and gentle to the skin. It helps to deliver active ingredients and penetrate high concentration ingredients to the skin."

Sheet mask a.k.a MEM ni, ekin baru pakai sekali je. So, nak bagi full review pun tak boleh sangat. Tapi, ekin akan bagi general review sebagai seorang pengguna yang dah pakai mask ni sekali. Korang jangan risau, once dah pakai habis nanti... ekin akan update full review & personal feedback dekat sini.

Ekin dah pakai MEM ni sekali. Dan setakat apa yang di-claim dekat packaging MEM ni, antara empat-empat tu... ekin boleh nampak yang mask ni dapat bagi efek mosturizing. Dia punya concentration essence tu betul-betul tick. Essence dia jenis milky macam tu tau. So, korang memang akan rasa moisturize je gittew (tak sempat nak ambik gambar dia punya essence tu semalam sebab excited nak pakai).

Untuk efek brightening pulak, ekin tatau nak bagi feedback ke tak. Tapi seingat ekin... ibu ekin ada cakap macam ni tau dekat ekin, "ehh, asal muka cik kak makin cerah pulak nih?". Hahaha.. jeles betul mak. Padahal malam tu baru je ekin pakai MEM ni.

Packaging

Jom kita tengok packaging MEM ni pula. Marilah excited bersama-sama.


Box packaging bahagian hadapan.


Box packaging bahagian belakang.


Mask packaging bahagian hadapan.


Mask packaging bahagian belakang.

Gigih juga nak tangkap gambar sebab box packaging dia jenis shining macam tu. Risau ter-reflect diri sendiri pulak dalam tu. Hahaha. Apapun, ekin suka dengan mask packaging dia sebab dia jenis ada matte pattern macam tu. Tatau lah nak describe macam mana. Korang kena dapatkan sendiri. Hahaha lols.

Ingredients MEM

Mari lah kita study mengenai ingredients MEM ni pula sama ada sesuai to all skin type ke tidak. So far, kulit ekin jenis sensitif. Tapi setakat ekin pakai first sheet MEM ni... tak ada mendatangkan kesan kemerah-merahan ataupun iritasi dekat kulit muka ekin. Apapun, jom study dulu.

Ingredients: Water, Glycerin, Dipropylene Glycol, Cetyl Ethyhexanoate, Niacinamide, 1,2-Hexanediol, Dimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Sodium Hyaluronate, Sericin, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Butylene Glycol, Lactobacillus/Soybean Ferment Extract, Salix Alba (Willow) Bark Extract, Cinnamomum Cassia Bark Extract, Origanum Vulgare Leaf Extract, Chamaecyparis Obtusa Leaf Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Portulaca Oleracea Extract, Panthenol, Allantoin, Adenosine, Sodium Polyacrylate, Carbomer, Potassium Hydroxide, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Stearic Acid, Polysobate 60, Disodium EDTA, Ethylhexyglycerin, Chlorphenesin, Parfum, Cl 19140, Hexyl Cinnamal, Limonene.


Result daripada SkinCarisma punya website, sheet MEM ni dia paraben-free, sulfate-free dan alcohol-free. Akan tetapi sheet MEM ni dia tak silicone-free, EU allergen free dan tak fungal acne free. So, kalau korang ada bad past experience dengan produk lain yang ada silicone and so on... kemungkinan korang tak sesuai nak pakai sheet MEM ni. Apapun, korang boleh try and error dulu oki. Don't cry ;(

Daripada result SkinCarisma ni juga, sheet MEM ni mempunya 4 notable effects & ingredients yang dapat membantu untuk brightening kan kulit wajah (niacinamide), berfungsi sebagai anti-aging (niacinamide, adenosine), promotes wound healing (panthenol, sodium hyaluronate) dan acne fighting (salix alba (willow) bark extract).


Another result from SkinCarisma, for those yang jenis kulit dia dry skin... tahniah sebab produk ni ada 4 ingredients yang baik untuk kulit jenis dry ni.

Dry Skin
✅1. Panthenol - powerfully moisturizing
✅2. Butylene Glycol - powerfully moisturizing
✅3. Sodium Hyaluronate - powerfully moisturizing
✅4. Glycerin - powerfully moisturizing

Untuk oily/acne prone skin... produk ni ada satu ingredient yang baik untuk korang dan satu ingredient yang tak bagus untuk jenis kulit ni.

Oily / Acne-Prone Skin
✅1. Allatoin - soothing, skin protection
❌2. Stearic Acid - can potentially block pores, has a comedogenic rating of 3

Untuk sensitive skin pula, ada 2 ingredients yang good untuk korang which is:

Sensitive Skin
✅1. Allatoin - soothing, skin protection
✅2. Aloe Barbadensis Leaf Extract - soothes and alleviates sensitive reaction


So far, based on result daripada ingredients analyze ni... sheet MEM daripada Kayman Beauty tak ada ingredients yang boleh meng-iritasi-kan kulit muka. By theeeee wayyyyyy korang! Ekin lupa nak bagitahu yang GOLDEN COCOON Multi Element Mask (MEM) daripada Kayman Beauty ni MADE IN KOREA tau chuolssss. Hebat ke hebat? Hahaha. Tu adalah salah satu reason kenapa ekin excited giler nak dapatkan sheet MEM ni.

Direction of Use

1. After cleansing and soothing with toner, take the mask out of its package, unfold and place it on your face.
2. Have a rest with the mask on your face for 10-20 minutes.
3. After removing the mask, pat your face gently to absorb the remaining serum of the mask.

Anyway, biasanya kalau sheet mask ni ekin akan pakai masa malam sebelum tidur dan selepas cuci muka. Hahaha.. korang hadam lah. Dan selalunya ekin takkan pakai setiap malam (matilah nak kalau pakai sheet mask setiap malam). Better selang 2,3 hari tiap kali nak pakai sheet mask okay gurlss. Jangan pakai setiap malam pula. Kalau kayooo... pakailah. Mak tak marah. Hihiihi.

Alright, itu sahaja update untuk entry review sheet MEM ni. Akan menyusul personal feedback dari ekin. Korang nanti kan lah bila tu yaa? Hahaha. Untuk entry ni, ekin review secara general je. Saja nak naikkan hype sheet MEM ni. Apapun, thanks for reading dari awal sampai akhir.

For those yang nak tanya apa-apa, macam biasa... komen je dekat bawah DAN JANGAN LUPA UNTUK TICK KOTAK NOTIFY ME supaya korang akan terima notification bila ekin reply komen korang. Kalau taknak terima notification, tak perlu tick ;)

Find me:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ▼  April (7)
      • Hias Bilik Tidur Dengan Perabot Ikea
      • Wow, Menang RM3000 Duit Raya Bersama SOFEAROSE!
      • Sesi Baked Cookies Bersama Ibu | Sea Salt Chocolat...
      • Cara Jana Pendapatan Dengan Sushivid
      • Cara Nak Sign Up Akaun Sushivid
      • Jumpa Gambar Lama (Throwback)
      • GOLDEN COCOON Multi Element Mask (MEM) Review | Ka...
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes