Cara Jana Pendapatan Dengan Sushivid

Assalamualaikum & hi korang! Selamat berhujung minggu ;)

Harini ekin nak share dengan korang semua satu apps dimana korang boleh jana pendapatan dari rumah je. Actually, ekin nak kongsi benda ni sejak dulu lagi. Tapi asyik postponed je. So, memandangkan tengah PKP dekat rumah... jadi ekin ambil kesempatan untuk update Cara Menjana Pendapatan dengan Sushivid.

Ekin yakin, ramai blogger-blogger yang familiar giler dengan Sushivid ni sebab ekin tahu mengenai Sushivid ni pun melalui posting yang dibuat oleh blogger-blogger otai kita. Gitteww... So, berfaedah jugak lah kan ekin jadi blogger ni? Kalau tak, mesti ekin tak tahu menahu apa benda Sushivid ni.

Jadi, memandangkan ekin mempunyai kelebihan untuk tahu segala jenis apps yang kita boleh jana pendapatan dari rumah ni... ekin terpanggil lah juga untuk share dengan korang semua supaya kita memperoleh faedah bersama-sama ;) Senyum sikit.


Korang mesti tertanya-tanya kan? "Apa dia Sushivid ni?" "Sejenis makanan macam Sushi King ke?"

Sama sekali bukan ya anak-anak. Dulu pun ekin terfikir benda yang sama jugak. Kenapa nama dia Sushivid? Kadang-kadang terkonfius juga... nak taip Sushivid, tertaip Sushi King. Begitulah namanya kehidupan ya. Hahaha.

Ok, Sushivid ni merupakan satu online platform untuk influencer marketing yang membantu brand-brand dekat luar sana untuk menggunakan khidmat influencer bagi me-market-kan produk mereka dan dalam masa yang sama membantu para influencer untuk memperoleh pendapatan melalui pekerjaan/projek campaign yang diberi.

Dengar je perkataan influencer... mesti korang takut kan? Yelah, followers dekat social media tak tinggi. Likes pun sendu je. Macam mana nak jana pendapatan dengan Sushivid ni? Betul tak? Korang mesti terfikir macam ni kan? Jangan risau... sebab dalam Sushivid ni ada lagi apps lain yang dapat membantu korang untuk jana pendapatan dari rumah. Tapi make sure, korang ni sejenis kaki social media lah tau. Kiranya, pastikan korang ni memang aktif bersosial media. Aaaagittuhh.

Alright, first sekali apa yang korang kena buat? Sudah semestinya korang kena sign up/register akaun Sushivid ni. Untuk tidak memanjangkan lagi entry ni, korang boleh refer dekat entry ekin khas untuk korang macam mana nak sign up akaun sushivid ni.


Dah selesai register akaun Sushivid? Siapa dah register sila angkat tangan ✋. Hehhehe.. bagus bagus, semua pembaca blog ekin dah register akaun Sushivid ni. Soooo, macam mana Sushivid ni boleh bantu korang untuk jana pendapatan dari rumah atau secara online?

Senang je.


Pastikan masa korang register/sign up akaun Sushivid ni, korang dah link kan akaun Sushivid dengan social media korang tau. Sebab mostly kempen-kempen yang ada memerlukan korang untuk menggunakan akaun social media korang.

Jom Buat Duit Dengan Sushivid

1. Login ke dalam akaun Sushivid korang... dan dekat homepage tu, korang scroll down sampai jumpa macam gambar dekat bawah ni.


2. Klik pada 'View More' dan korang akan dibawa kepada paparan seperti di bawah.


3. Klik pada mana-mana kempen yang ada.


Kalau korang perasan, gambar dan caption dah diberi oleh pihak client. Korang hanya perlu tinggal share sahaja di kesemua social media yang korang ada. Copy and paste sahaja.


Ini adalah contoh earning per share yang korang akan dapat setiap kali korang share iklan ni dekat twitter/instagram/facebook. Satu kempen sahaja, korang boleh dapat duit sesenang ni.


Ni antara contoh kempen-kempen yang ada. Earning per share tu adalah earning yang korang akan dapat bila korang share iklan ni dekat social media korang. Selalunya kalau share dekat instagram/facebook akan dapat banyak.

Sehari korang boleh share 3 kempen untuk setiap social media yang korang ada. Share 3 kempen dekat instagram, 3 kempen dekat facebook dalam masa sehari. Contoh satu iklan ni korang dapat RM6. Darab dengan 3 kempen... korang akan dapat RM18. Tu baru share dekat instagram je. Kalau share dekat facebook sekali... korang akan dapat (RM18 + RM18) RM36 dalam masa sehari.

So, kalau korang konsisten share iklan ni hari-hari... RM36 x 30 hari... sebulan korang boleh dapat RM1,080 tau. Masyukk kan?! Ok ok.. korang jangan nak terbeliak mata sangat eh. Ni anggaran je tau. Hahaha. Lagipun, tak semua kempen korang akan dapat RM6. Ada satu kempen tu, korang hanya dapat RM1.95 sahaja. Terpulang.

Iklan ni pun bukan setiap hari akan ada. Tapi korang kena selalu login lah ke dalam akaun Sushivid ni untuk tahu apa-apa update mengenai iklan terbaru. Yang penting korang kena konsisten. Actually, kalau korang godek lagi website Sushivid ni, banyak je lagi kempen-kempen lain yang korang boleh join.

Alright, rasanya itu sahaja yang ekin nak share dengan korang semua. Ekin harap entry ni dapatlah membantu korang dalam menjana pendapatan / side income yang lebih. Siapa berusaha.. dia akan berjaya. Cewahhh. Ok! Kalau korang rasa entry ni bermanfaat, jangan lupa share dekat kawan-kawan yang lain juga ya.

Thank you for reading. Bye!

Find me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

P/S: korang boleh tinggalkan apa-apa pertanyaan dekat ruangan komen di bawah ni dan jangan lupa untuk tick kotak 'notify me' supaya korang akan terima email notification bila ekin reply komen korang. xoxo.

16 comments

  1. Wah macam-macam cara boleh buat duit sekarang ni. btw Syaza baru tahu apps ni hihi. Tq tau sharing

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing ! nanti boleh try hehe

    ReplyDelete
  3. Macam2 cara untuk cari duit walaupun di rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. rajin dengan tak rajin je.. hehehe..

      Delete
  4. Alhamdulillah so far sushivid mmg best

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. bukan macam.. memang menarik pun. hehehe.. nanti kak wawa sign up lah sushivid tauu..

      Delete
  6. Baru tau pasal Sushivid. Macam lagi senang compare to cashzine dll.
    Anyway I follow blog u dulu ya...

    ReplyDelete
  7. Kak ekin...so earning per share yg kite akn dpt tu dia masukkan melalui ke ap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. earning per share tu dia akan masukkan dalam akaun sushivid kita nanti.. tapi kena tunggu beberapa hari dulu baru duit akan masuk sebab dia nak elakkan drpd orang lepas share, bila dah dapat duit terus delete post tu :D harap membantu :)

      Delete
  8. Kenapa kalau follower below than 5000 tak boleh participate ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh ya.. kalau tak silap saya start bulan berapa ntah... sushivid dah naikkan jumlah followers untuk participate campaign dorang :D

      Delete