Sesi Baked Cookies Bersama Ibu | Sea Salt Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum & hi semua :)

Ekin harap semua dalam keadaan sihat sejahtera... Korang dah makan ke belum? Ni hahh, ekin tengah mengunyah Sea Salt Cookies yang baru ekin buat tadi dengan ibu. Panas panass lagi baru keluar dari oven. Disebabkan rasa tak sabar nak merasa apa hasil sesi membakar cookies ni, ekin ngapp terus masuk mulut dulu.

"Mmmmm, sedappppp!"

Satu persatu biskut ni beratur nak masuk dalam mulut ekin. Wakakaka. Bila berkurung diri dekat rumah, rasa macam dah lama sangat tak makan biskut. Mungkin ini agaknya kenapa tangan ekin tak berhenti-henti masukkan biskut ke dalam mulut. *makin naik lah berat


Taraaaa... nampak menarik kan?!

Sebenarnya, ekin yang request suruh ibu buat sea salt cookies ni. Selalu tengok dekat instagram je... orang jual sea salt cookies ni online. Tapi, ekin jenis malas nak tunggu order online ni. Yang mana boleh buat, kita pun buat. Lagi-lagi, ibu memang pakar dalam bab baked baked cookies ni.

Seminggu sebelum buat sea salt cookies ni, ibu pun suruh lah ekin order salt flakes ni dekat shopee. Yelah, dekat rumah takde salt flakes ni. Ekin pun ada jugak suruh ibu, "tabur jelah garam yang ada dekat rumah ni" hahahaha. Ibu jawab apa tau... "mana sama garam ni dengan salt flakes tu". Yelah, ekin pun order lah satu sebab ibu cakap tak sama.

Agaknya kalau ekin buat sensorang, dah lama ekin tabur garam dekat dapur tuh. Hahaha. Nasib baik ada ibu.


Askar-askar comel bermata dua tengah beratur nak masuk oven. Depa request nak masuk sauna harini. Depa tak tahu, penghujungnya akan masuk dalam perut ekin jugak.



Sajelah ekin buat video masa proses nak buat sea salt cookies ni. Takde kerja kan? Hehehe. Ok lah, itu sahaja yang ekin nak update untuk entry kalini. Saje je nak bagitahu korang yang ekin dah buat sea salt cookies ni masa pkp. Korang bila lagi? Ke ada yang dah merasa dah pun?

Apapun, thanks for reading. Bye!

~
Follow me:

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

10 comments

  1. nampak menarik dan nampak sedap juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe.. hari-hari ekin dok mengunyah biskut ni.. sedap2!

      Delete
  2. Replies
    1. sebab ada geng baking jugak dekat rumah.. kalau sorang2, rasanya tak siap2.. huhuu

      Delete
  3. Wah dah buat biskut Raya.. sedapntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biskut makan2 je mama.. biskut raya lambat lagi.. hehehe

      Delete
  4. Menariknyaa! Kalau ada oven ni dah lama dah buat rasanya hehe.

    ReplyDelete