NUViT Instant Restoring and Hydrating Bio-Cellulose Mask with Quintuple Hyaluronic Acid Serum [Review]
Hi Sheet Mask lovers semua,
Ada satu benda yang ekin tak sabar sangat nak tunjuk dekat korang semua tau. Ekin dah try test cuba dah 'benda' yang ekin nak perkenalkan dengan korang semua.... dan tak lain tak bukan sudah semestinya beauty produk :D
Hehehee,
Beauty produk yang ekin nak perkenalkan dengan korang ni lain dari yang lain tau. Dia ibarat, jatuh cinta pada pandangan yang pertama gitcheww. Sekali pakai je terus rasa macam super duperr best! Tak tipu. Lain daripada yang lain. And of coz ada favorite ingredient ekin dalam produk ni.
Ada satu benda yang ekin tak sabar sangat nak tunjuk dekat korang semua tau. Ekin dah try test cuba dah 'benda' yang ekin nak perkenalkan dengan korang semua.... dan tak lain tak bukan sudah semestinya beauty produk :D
Hehehee,
Beauty produk yang ekin nak perkenalkan dengan korang ni lain dari yang lain tau. Dia ibarat, jatuh cinta pada pandangan yang pertama gitcheww. Sekali pakai je terus rasa macam super duperr best! Tak tipu. Lain daripada yang lain. And of coz ada favorite ingredient ekin dalam produk ni.
Jeng jengg jenggg... packaging dia pun menarik tau! Rasa macam tengah menyelam dekat lautan biru je uols. Hahahaha. Hah, ini lah dia sheet mask yang ekin nak tunjuk dekat korang tu. NUViT Instant Restoring and Hydrating Bio-Cellulose Mask with Quintuple Hyaluronic Acid Serum. Fuhh, hembus nafas jap. Panjang betul nama dia.
Sepadan dengan mana dia, sheet mask ni betul-betul best!
Paling best, sheet mask dia ni bukan macam sheet mask yang korang selalu jumpa tu tau. Mask yang mereka guna ni adalah daripada bio-cellulose. Nak lebih details dan jelas, cuba tengok gambar bawah ni. Boleh zoom kalau nak tengok material mask ni jenis macam mana.
Masa first time, ekin buka nak try pakai tu kan... ekin macam "wowww, sheet mask dia ni lain lah. macam best je ni". Sekali pakai, memang taknak tanggal korang. Hahaha, rasa seronok pulak pakai. Nak tahu tak, kenapa sheet mask NUViT ni menggunakan bio-cellulose mask?
Korang tahu tak yang bio-cellulose mask ni dia ada garis halus ultra dan struktur fiber network tulen yang tinggi, dengan setiap fiber tu sahaja nipis dia adalah 2000x nipis daripada sehelai rambut. Cuba lah bayangkan sehelai rambut tu... dibahagikan lagi dengan 2000. Punya lah nipis fiber bio-cellulose mask ni. Dan dengan itu, bio-cellulose mask ni mempunyai kadar keberkesanan, penyerapan dan penetrasi yang tinggi berbanding sheet mask biasa yang berada di pasaran. Ianya mampu memberi nutrisi 8-15x jauh ke dalam kulit.
NUViT Instant Restoring and Hydrating Bio-Cellulose Mask ini juga sesuai dengan semua jenis kulit. Ianya selamat, efektif dan mempunyai proven result. Dan ianya selamat dari sebarang bahan kimia yang merbahaya tau. Ekin paling suka kalau pakai beauty produk yang free from paraben, alcohol, fragrance, sulfate dan kalau boleh nak fungal acne safe jugak! And guess what? NUViT Bio-Cellulose Mask ni lepas semua kriteria yang ekin nak! Awwww.
NUViT Bio-Cellulose Mask ni juga mampu untuk bawa 90% active ingredients meresap jauh ke dalam kulit hanya dalam masa 10 minit sahaja. Selain itu juga, mask ni mampu memberi kesan soothing, hydrating, restoring dan brightening kepada pengguna. Ok, tadi ekin ada bagitahu korang kan favorite ingredient ekin ada dalam NUViT Bio-Cellulose Mask ni.. betul tak? Kalau korang ikut ekin dari awal, korang mesti tahu yang ekin tersangat sangat lah suka dengan beauty product yang ada ingredient HYALURONIC ACID ni. Dan dalam NUViT mask ni ada ingredient tu.
Guess what?
Bukan hyaluronic acid semata-mata je tau.. tapi QUINTUPLE HYALURONIC ACID SERUM!
Star Ingredients
Quintuple Hyaluronic Acid.
💦 Tahap kelembapan yang tinggi.
💦 Melicinkan kulit.
💦 Bantu menyembuhkan parut.
💦 Mencegah daripada berlakunya evaporasi.
Palmaria Palmata Extract
🌺 Memberi perlindungan pada wajah.
🌺 Mampu merawat kulit.
🌺 Mencerahkan.
🌺 Melembapkan.
🌺 Antioxidant.
Avena Sativa Kernel Extract
🌾 Soothing.
🌾 Melembapkan.
🌾 Antioxidant.
🌾 Anti-inflammatory.
Lepas je pakai NUViT Bio-Cellulose Mask ni rasa kulit ni macam selembut baby je korang! Rasa macam dengan mask ni sahaja, dah cover skincare routine ekin. Hahaha. Kena buat stock banyak-banyak ni. Lagi satu, bio-cellulose mask ni.. ingredients dia very minimal. The least the better aaagithcew. So, sesiapa yang berkulit sensitif pun korang sesuai pakai mask ni.
Cara Penggunaan
1. Cleanse
First step macam biasa, kenalah basuh muka dulu. Cuci muka dengan bersih dan keringkan (dengan cara pat pat.. bukan gosok tonyoh muka tu tau.. heheee).
2. Prep
Apply Quintuple Hyaluronic Acid Serum ni dekat kulit muka dan pat your skin gently.
Serum dia tak likat pun korang. So, jangan risau memang tak rasa melekit pun. Lepas tanggalkan mask tu, rasanya tak banyak pun lebihan serum yang tertinggal dekat atas kulit muka sebab sekejap je mask ni nak serap masuk dalam kulit muka.
3. Apply
Next, baru apply NUViT Instant Restoring and Hydrating Bio-Cellulose Mask dari arah dagu ke atas. Tekan perlahan-lahan dengan jari supaya ia melekap pada kulit muka dan biarkan selama 20-30 minit.
4. Massage
Tanggalkan mask dan urut muka dengan perlahan-lahan supaya lebihan serum tadi dapat meresap kedalam kulit muka. Tidak perlu untuk bilas wajah.
Overall, NUViT Instant Restoring and Hydrating Bio-Cellulose Mask with Quintuple Hyaluronic Acid Serum ni memang ekin recommend sangat-sangat dekat korang yang memang suka giler pakai sheet mask ni. So, kalau nak tahu lebih lanjut mengenai bio-cellulose mask daripada NUViT... korang boleh follow social media mereka dan terjah dekat website dorang untuk tahu lebih lanjut.
Facebook: NUViT Malaysia
Instagram: @Nuvitmy
Website: www.nuvit.com.my
E-Commerce Partner: www.egreenbeans.com
0 comments