Rutin Skincare Siang yang Bagus untuk Kulit Cantik | Hansaegee Nature

Hi korang semua,

Sebut je pasal skincare, mesti tak akan lari dengan wanita kan? Tapi, zaman sekarang baik pun wanita atau lelaki.. kedua-dua dah pandai menjaga kecantikan kulit. Tak kisah lah kecantikan secara luaran atau dalaman sekali pun.

Tapi, dalam menjaga kecantikan pun... pemilihan untuk sesuatu produk juga amat penting bukan? Kalau silap dalam memilih produk, silap haribulan boleh rosak kulit kita. Dulu pun, ekin pernah juga pakai bermacam-macam segala jenis produk kecantikan sampai muka ekin breakout teruk. Tapi, sekarang sebab ekin dah belajar dari pengalaman... dari situ ekin dapat tahu produk apa yang ok dan yang tak ok.

Jadi, untuk entry kali ni ekin nak share dengan korang semua rutin skincare siang yang bagus untuk kulit yang cantik. Produk yang ekin nak share dengan korang, kedua-dua nya daripada Hansaegee Nature.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream. Kalau nak tahu, ekin memang in love sangat dengan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ni. Masuk ni, dah 2 botol ekin cuba dan ekin suka sangat. Cream ni ekin pakai as a moisturizer dalam rutin skincare ekin. Setakat ni ekin memang tak jumpa lagi moisturizer apa yang sesuai dengan kulit muka ekin selain Aqua Whitening Cream ni.

Baca juga: Review Fungsi Pelembab Muka (Moisturizer) Water Based Terbaik | Hansaegee Nature

Apa-apapun, meh ekin terangkan dengan korang lebih details lagi mengenai kedua-dua produk ni.

Untuk rutin skincare siang ekin... ekin akan pakai Aqua Whitening Cream ni sebagai step control skin ekin supaya kulit muka ekin dapat kelembapan yang cukup. Dan untuk protect skin ekin daripada sinaran UV, ekin akan pakai Gold Nano CC Cream ni. Gold Nano CC Cream ni ekin akan pakai time siang sahaja, boleh juga pakai as a day cream atau pun sunscreen sebab Gold Nano CC Cream ni dia ada SPF 50+ PA +++.

Skincare Routine (Day)

Step Control: Aqua Whitening Cream

Dalam step control iaitu untuk mengawal tahap kelembapan kulit muka ekin.. ekin akan apply Aqua Whitening Cream dalam skincare routine ekin. Aqua Whitening Cream ni dia berfungsi sebagai pelembap dan mampu untuk mencerahkan tona kulit supaya lebih sekata. Cream ini juga mampu untuk mengawal lebihan minyak pada kulit. Sesiapa yang kulit muka jenis berminyak tu, ekin recommend kan korang untuk try Aqua Whitening Cream ni as moisturizer dalam skincare routine korang. Selain tu, Aqua Whitening Cream ni juga dapat merawat kulit kemerahan dan sun burn. Semua jenis kulit muka memang sesuai untuk try Aqua Whitening Cream ni... tak kira lah oily skin ke, dry skin ke ataupun combination skin sekali pun.

Paling penting, Aqua Whitening Cream ni dia paraben free, sulfate free dan alcohol free. Sesuai juga bagi mereka yang mempunyai masalah kulit jenis sensitif.


Whitening Aqua Cream ni jenis water drop based cream tau. Texture dia very light dan tak meleket pun bila apply dekat muka. Btw, korang boleh apply cream ni dekat muka dengan leher. Untuk Aqua Whitening Cream ni, korang boleh pakai siang dan malam. Biasa kalau untuk siang, ekin akan pakai as a moisturizer dan untuk malam pula, ekin akan pakai as night mask. Untuk malam, ekin akan apply tebal-tebal sikit. Hehehe.

Best cream ni sebab dia akan bertukar menjadi water droplet once dah apply dekat skin.


Nampak tak macam mana dia bertukar jadi water droplet.. Best tau! Tiap kali ekin apply Aqua Whitening Cream ni dekat skin, mesti akan rasa sejuk je kulit muka. Bila apply makeup pun akan nampak fresh je tau.


Secara jujurnya, kulit ekin nampak lebih glowing selepas apply Aqua Whitening Cream ni. Nampak lebih fresh dan bermaya kan? Ekin suka sangat! Keluar macam ni terus pun boleh je. Tapi.. tapi.. tapi... kita pun kena lah protect skin kita dari sinaran UV kan. So, untuk protect skin ekin.. ekin akan apply Gold Nano CC Cream selepas step moisturizer ni.

Step Protect: Gold Nano CC Cream


Untuk beri protection pada kulit muka, ekin akan apply Gold Nano CC Cream ni selepas Aqua Whitening Cream. Gold Nano CC Cream ni dia dapat menjadikan tona kulit lebih sekata dan sekaligus mencerahkan warna kulit supaya tampak lebih natural. Dan dalam yang sama, Gold Nano CC Cream ni dia ada sun protection SPF 50+ PA +++. CC Cream ni juga sama dengan Aqua Whitening Cream - paraben free, sulfate free dan alcohol free. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Untuk CC Cream ni ekin akan pakai time siang je. Kalau malas nak touch up dengan makeup, ekin akan pakai as day cream dan boleh juga kalau nak pakai as sunscreen. Senang dan jimat kan?! Pakai CC Cream ni sahaja dah boleh ready nak pergi keluar.


Texture Gold Nano CC Cream ni jenis light mild cream type. Dia tak terlalu heavy dan tak terlalu light. Dia tengah-tengah, jenis mild gittew. Kalau korang nampak cream ni color putih kan? Tapi, once dah apply dekat skin... cream ni akan blend dengan color kulit. So, kulit kita akan nampak lebih cerah natural dan lebih glowing.


Nampak tak with and without lepas ekin apply Gold Nano CC Cream ni dekat kulit muka. Yang bahagian with tu, kulit muka ekin nampak lebih cerah berbanding without. Sebelah kanan ni pula, ekin dah apply Gold Nano CC Cream ni dekat seluruh wajah. Nampak natural je kan? Takde lah nampak putih pucat ke apa.. Cream ni best sebab dia akan blend dengan warna kulit asal kita. That's why lah kulit akan nampak lebih cerah natural dan glowing. Hehehhe. Ekin in love sangat dengan semua produk daripada Hansaegee Nature ni. 


Kalau nak tahu juga, Gold Nano CC Cream ni juga berfungsi sebagai anti-wrinkle dan mampu untuk beri kelembapan, tak berminyak dan tak rasa sticky langsung. Paling penting Gold Nano CC Cream ni juga dapat minimize kan appearance lubang pori dekat muka tau. So, kulit akan jadi lebih lembut dan glowing.

Ada 3 main ingredients yang ekin rasa best dalam Gold Nano CC Cream ni:

🌼 Mineral Water - keep skin pH balance, reinforces skin penetrating depth, involve in active vitamin, increase skin elasticity.

🌼 Ipomoea Haderacea Callus Culture Extract - relieves skin irritation, anti-bacterial effect, relieves skin trouble.

🌼 Nano Gold - prevents aging skin, block far-infrared radiation, high antimicrobial activity, high antioxidative activity.

Bagi ekin sendiri lah kan, ekin sejenis yang tak suka pakai heavy makeup kalau nak keluar berjalan ke apa. Kalau boleh ekin nak yang simple-simple je keluar. Simple tapi still dapat beri kelembapan dan protection yang sepenuhnya dekat kulit muka. Siapa sama dengan ekin? Kita geng!

So, kalau ada masa ekin rasa nak keluar simple-simple je... ekin akan apply kedua-dua product ni sebelum keluar. Lepastu, touch up sikit dengan lipstick. Taraaaa... ready to go out!

And ada satu lagi benda yang best dengan Gold Nano CC Cream ni adalah ekin perasan, bila kita berpeluh ataupun kulit dah berminyak sikit bila tengah hari tu kan... skin ekin nampak lebih nice gittcheww. Glowing dia cantik, tak nampak macam muka tengak berminyak pun. Nampak fresh je sepanjang hari. Best!

   

Overall, ekin memang recommend kan kedua-dua produk ni dekat korang untuk add dalam skincare routine korang. Kalau korang nak cari informasi lanjut mengenai kedua-dua produk ni, jangan risau.. ekin akan sertakan link website dan social media mereka dekat bawah ni.

Brand: Hansaegee Nature
Instagram: @hansaegeenature


0 comments