Sambut Hari Lahir Ayah dengan Adik Dekat Mozer's Cuisine | Bukit Jelutong

Assalamualaikum & hi semua!

Wahhh, punya lah lama giler ekin tak mengupdate blog, sampai tak tahu yang blog dah ada interface baru. Semua dah berwajah baru. Bagus-bagus... ekin suka! Cantik.

Ok, actually sekarang ni ekin tengah ada semangat nak update blog tau. Rasa rindu pulak nak menulis. Dah lama tak luahkan & serlahkan bakat menulis ekin dekat sini. Kehkehkeh. Harini korang ada berjalan dekat mana-mana tak? Share lah dengan ekin, korang buat apa je hari minggu ni. Mana tahu ada aktiviti yang best, ekin nak follow jugak!

Tadi, ekin baru je balik dari salah satu restaurant ni. Keluar tadi pun sebab ibu ekin ajak satu family untuk celebrate birthday ayah dan adik perempuan ekin. Disebabkan bulan 10 ni birthday depa berdua. Tu yang keluar makan untuk celebrate.

Pemilihan tempat ni pun, ibu ekin yang pilih. Bab-bab makan ni, bagi je dekat ibu ekin.. tahu lah dekat mana tempat makan yang best dengan harga berbaloi. So, kalau korang nak tahu.. dekat mana kitaorang makan dan apa pilihan menu yang kami pilih... teruskan pembacaan. Fuhhh, klishe betul ayat ekin >_<

Aaaaaa, cute nya ekin >_< Hahaha. Puji diri sendiri nampak! Ok, actually nak suruh korang tengok background gambar ekin ni. Cute kan?! Interior restaurant ni cantik sangat. Cute je ekin tengok. Masa pergi tadi tak terfikir pulak nak tangkap gambar interior restaurant ni sebab ramai betul pelanggan yang datang. Kalau tak, mesti korang pun ada jatuh cinta gitcheww.

Btw, tempat yang ekin dengan family makan tadi adalah Mozer's Cuisine. Korang pernah pergi tak? Siapa pernah pergi cuba komen sikit tau nanti pengalaman korang makan dekat sini macam mana? Mozer's Cuisine ni restaurant dia berkonsepkan local western & arabic cuisine tau. So, kalau korang ni sejenis yang suka dengan makan western & arabic, ekin recommend restaurant ni dengan korang! BERBALOI DAN SEDAP!!!

Ekin pun first time juga makan dekat sini. Dan ternyata makanan dia semuanya sedap dan bagi ekin harga pun memang berbaloi dengan portion yang dia hidangkan tu. Kalau korang yang macam ekin, jenis tak makan banyak... satu portion tu, korang boleh kongsi 2 orang tau. Hahaha. Banyak weh.

Tengok ni.. buku menu dorang pun aesthetic sangat! Sesuai nak upload dalam instagram nanti. Hehehe. Ekin suka menu yang beserta gambar macam ni tau. Senang nak tengok rupa bentuk makanan tu macam mana. Tapi susah jugak kalau semua menu ada gambar, mahu nak order semuanya nanti. Rambang mata nak pilih menu nanti. Tadi pun, lama gak ekin belek-belek menu dorang.

Ohh ya, lupa nak bagitahu yang Mozer's Cuisine ni terletak dekat Bukit Jelutong, Shah Alam tau. So, yang mana berdekatan nak merasa kesedapan makanan dekat sini... boleh lah datang makan. Nak datang beramai dengan family pun boleh, sebab tempat makan dia selesa sangat.

So, dekat bawah ni ekin share menu makanan yang kitaorang order tadi. Harap-harap gambar ni dapat meliurkan korang semua. Hehehe. Dan semoga dengan perkongsian ekin ni, korang boleh lah bawa sesiapa yang korang sayang untuk celebrate birthday dorang atau apa-apa sahaja.

First, yang ni menu yang ekin order. Nama menu ni adalah Grilled Beef Cubes. Harga untuk satu portion ni RM23.00 sahaja. Grilled beef cubes ni sedap giler. Dia well-done tapi still ada rasa juicy macam tu and daging dia lembut giler. I loike. Untuk order ekin ni, ekin habiskan daging dia je, french fries dia ekin tak habis sebab banyak sangat dan ekin dah terlampau kenyang sebab rembat makanan orang lain jugak. Hehehe.

Gambar bawah ni korang boleh nampak lagi jelas sikit kot sebab atas tu daging dia terselindung dengan roti. *malu malu daging lah katakan... Disebabkan nak tunjuk dekat korang semua, ekin sanggup alihkan roti atas tu. Baik tak iols??? Hihihi.

Oraits, next order ni adalah adik ekin punya iaitu Shawarma Mix Platter yang berharga RM20.00 sahaja. Untuk menu shawarma platter ni dia ada chicken, lamb dengan yang mix punya. So, adik ekin ambil yang mix... yang mix ni akan dapat chicken + lamb githceww. Boleh lah rasa dua-dua dalam satu pinggan. Untuk menu yang ni ekin tak berapa suka sangat sebab ada lamb, tapi bagi sesiapa yang suka lamb.. korang boleh lah try oki :)

Seterusnya, kita ada Shawarma Mix Sandwich yang berharga RM10.00 sahaja. Untuk shawarma yang jenis sandwich ni pun, korang boleh order sama ada nak chicken sahaja, atau lamb sahaja atau nak yang mix.

Taraaaa... Beef Lasagna, everyone's favorite! Beef lasagna ni hanya berharga RM20.00 sahaja. Untuk beef lasagna ni ibu ekin punya. Portion dia memang banyak giler dan akhirnya memang tak habis pun kalau nak makan sorang-sorang (untuk orang yang jenis makan sikit je tau). Yang ni pun, ekin terpaksa makan sikit sebab ibu tak dapat nak habiskan. Nasib favorite ekin jugak. Hehehe. Overall, beef lasagna dia SEDAP! Cheese dia pun BANYAK!

Salmon with Mash Potato yang berharga RM35.00. Untuk menu ni, ayah ekin yang punya. Ayah ekin memang suka betul dengan ikan salmon tau. Pergi mana-mana, mesti akan order salmon. Tadi, ekin ada juga rasa sikit ikan salmon ni dan rasa dia okay lah! Hihi, tak tahu nak describe macam mana sebab bukan favorite ekin. Apapun, ayah ekin habis makan kira sedap lah tu kan?! Hehehe.

Yang ni pula adalah French Onion Soup. Harga dia RM8.00 sahaja. Onion soup ni, ayah ekin yang order untuk nak rasa. Tapi tak habis pun, sebab ayah ekin kata soup dia masin. So, tak dapatlah nak habiskan :( Ekin pun tak tahu rasa dia macam mana sebab tak menyempat nak rasa soup ni tadi.

Untuk air pula, ekin sempat ambil satu gambar ni je. Huhuuhu. Ekin tak ingat apa nama penuh air ni, tapi nama rekaan dia adalah Oreo Ice Blended. Harga dia RM10.00 sahaja. Air ni ekin share dengan adik ekin. Kalau order satu satu, confirm tak kan habis dan membazir itu adalah amalan syaitonnnn. Kihkihkih. So, nak senang ekin share je dengan adik ekin.

Ibu dengan ayah ekin punya air, masing-masing order Honey Lemon Ice (RM5.00) dengan Hot Chocolate (RM5.00). Jadi, secara overall... ekin memang recommend tempat ni dekat korang semua. Makanan dia semuanya sedap dan harga dia memang berbaloi dengan portion makanan yang dorang hidang. Tempat ni best kalau korang makan beramai-ramai tau. Kalau setakat datang makan sorang-sorang, better korang ajak lah sorang lagi member untuk datang makan.. unless korang memang jenis makan banyak.

Perut pun kenyang... TERLAMPAU KENYANG!!! Ekin kena start diet balik ni esok. Hahaha. Okaylah, itu sahaja cerita ekin untuk harini. Harap-harap ayah dengan adik ekin suka lah dengan celebration mereka kalini. Tak ada apa yang special sangat... cuma jalan jalan cari makan. Yang ni pun ibu ekin yang belanja untuk makan-makan. Kira hadiah part ibu dah settle lah kan?

Hadiah dari ekin, tak beli apa-apa pun lagi untuk ayah dengan adik ekin??? Huaaaaaaa... Takde idea nak belikan hadiah apa. Korang ada any suggestion tak? Ke patut ekin belanja makan-makan part 2? Huhuuhu. Okay lah.. ekin nak cari idea hadiah apa yang menarik untuk bagi time birthday.

Anyway, thank you for reading. Siapa yang berjaya habis baca entry ekin sampai kesini.. TAHNIAH dan SYABAS! Berikan satu tepukan yang gemuruh untuk diri anda kerana rajin membaca. Hohoho.

~

Follow me:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

10 comments

  1. Tengok semua jadi nak semua.Semua menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau ada masa datanglah shah alam.. memang sedap!

      Delete
  2. Selamat hari lahir buat mereka berdua
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  3. kecur liur tengok gambar... harga dia memang berbaloi lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... nanti try lah datang rasa sendiri pulak macam mana.. bagi ekin memang sedap!

      Delete
  4. Me... baca sampai habisss.. ehheehe..
    saya suka la salmon with mash potato tu.. Aduhai, lapo plak tengok pepagi gini.. baru nak start diet.. hahahahaa.. Nasib jauhh kat Shah Alam..

    Hadiahhhhh.. mcm mcm ada... hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayyyy.. thank you sudi baca sampai habis... nanti ada rezeki.. datanglah shah alam.. hehehe

      Delete
  5. nampak menyelerakan semua menu2 disana.. haih akak da lama x keluar makan macm ni dekat kedai..
    rindu pulak tapi dok kat redzone ni cemtula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulahh.. tak apa.. boleh masukkan dalam wishlist dulu.. hehehe.. nanti kalau dah bebas.. boleh try makan dekat sini pulak

      Delete