Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us

Percaya atau tidak, korang tahu tak yang ekin dah jatuh cinta dengan skincare daripada LUQFA BEAUTY ni. Anyway, haiiiii korang! Harini ekin nak share satu skincare brand yang bakal merubah 360 darjah wajah korang. Acececehhh.. over sangat nau. NOTA KAKI... posting ekin ni bukan paid review ke apa-apa tau. Yang ni memang 100% personal experience gitchew. Macam biasa, ekin akan share benda-benda yang ekin suka sahaja. 

Untuk korang yang selalu usha-usha skincare LUQFA BEAUTY tu, korang boleh lah baca posting ni dulu tau. Apapun, skincare ni memang best dooh.

Sebelum ni, ekin tak pernah tahu menahu tau pasal skincare daripada LUQFA BEAUTY ni. Disebabkan hidup ekin ni memang 24/7 menghadap tiktok je memanjang kan... tiba-tiba video Founder Luqfa Beauty ni lalu dekat fyp ekin.

Seperti biasa, permulaannya ekin scroll ke atas. Hahahaha. First time video Founder dia lalu ekin terus scroll. Maklum lah, kitoonyo suka tengok video lawak-lawak je. Lepastu, eh.. tak lama tu dia lalu lagi. Tapi sebab taknak kalah, ekin scroll laju-laju keatas.

Keesokannya, live Founder dia pulak keluar dekat fyp. Kitonyoo apa lagi. Masuk lah kejap tengok dia buat apa. Lahhhh, rupanya Founder dia ni chemist lah korang! Bukan calang-calang Founder ni. Tak kosong bak orang kata. Dari awalnya ekin abaikan video tiktok dia, terus teralit tengok live Founder Luqfa Beauty ni. Hampir sejam korang!. Amaze gilerr dengan orang yang pandai ni tau. Walaupun tak faham bahasa chemistry yang Founder dia ni share, tapi sebabkan dia asyik dok gaul-gaul bahan2 yang nak dijadikan skincare, kita pun teralit tengok sekali.

Dari situlah titik perkenalan ekin bersama skincare Luqfa Beauty ini bermula. Ceh.

Korang tengok lah packaging skincare Luqfa Beauty ni. Very cutesy.. very demure.. I like it.

Memandangkan masa tu skincare ekin pun dah nak habis dan KEBETULAN pula ekin tengah cari skincare lain (sebab skincare yang lama tak bagi apa-apa kesan pada skin) juga... ekin pun terus lah grab Luqfa Beauty punya Tinted Moisturizer & Glowy Sunscreen.

Masa nak checkout tu macam tercekik juga lah, sebab ya allah harga dia. Nak menangis rasa. Huhuhu. Tapi memikirkan yang founder dia sendiri develop ingredients skincare Luqfa Beauty ni, ekin pun pasrah kan aje. Yelah, ingat nak develop skincare tu cuma memerlukan satu malam je ke asyiqin oiii?! Dia pun try and error sana sini sampai dapat hasil yang betul-betul bombastic. Bersyukur sikit eh sebab ada local skincare yang function giler macam ni.


Tumpang lalu lah ek korang. Sajelah nak tunjuk packaging dia macam mana. Ekin suka lah dengan gabungan warna pink & putih ni. Nampak sangat soft soft je. Actually kan korang, yang ni adalah my 2nd purchase tau. Huhu.. Nampak tak betapa sukanya ekin dengan skincare Luqfa Beauty ni.

Apa maksud kalau saya repeat order??? Maksudnya produk ni BAGUS! Haks.

Masa awal-awal ekin pakai skincare ni kan, ekin macam tak nampak kesan dia tau. Macam tak nampak apa-apa yang best je. Sekali masa keluar dengan kawan ekin, dia tegur "Ekin pakai skincare lain eh? Nampak lain muka" And I was like "Ahhh lain?"

"Haah, nampak harini muka ekin GLOWINGGGGGGG"

Wutttttts, dalam hati dah melompat-lompat dah weh kalau ada orang puji skin kita glowing ni. Tapi, muka kena relax cool je. Takleh tunjuk excited sangat. Nanti member tarik pujian tu balik. Haks.

Dari situ, baru lah ekin tahu yang kita tak akan nampak terus kesan dia. Dia kena tunggu lama sikit, kau kena keluar berjalan dulu.. lepastu BOOMMMM terus glowing muka kau. Serious tak tipu tau.

Bukan kawan ekin je yang puji. Colleague dekat tempat kerja pun cakap benda yang sama tau. "Ehh Shikin, aku nak tanya kau satu soalan ah. You pakai apa ah dekat kulit muka you. Nampak glowing"

Dengar je perkataan GLOWINGGG.. dalam hati ekin ni bukan dah melompat-lompat dah, ini dah terus tergolek-golek jatuh terpusing-terpusing tak bangun bangun.. kawan kerja puji cakap skin ekin glowing, bahagia dia lain macam ya.

Ini adalah tekstur Tinted Moisturizer & Glowy Sunscreen daripada Luqfa Beauty. Memang best. Dia tak melekit and cepat absorb pada kulit. Ekin akan pakai dua-dua ni pagi dan malam tau. Walaupun moisturizer dia jenis tinted, korang jangan risau sebab boleh je korang nak pakai malam sebelum tidur. Tak ada masalah.

Bawah ni ekin share INGREDIENTS TINTED MOISTURIZER & GLOWY SUNSCREEN daripada LUQFA BEAUTY. So korang boleh lah copy and paste dekat website Skincarisma.

INGREDIENTS LUQFA BEAUTY TINTED MOISTURIZER

Aqua, Glycerin, Cyclopentasiloxane, Coco-Caprylate/Caprate, Trehalose, Phenyl Trimethicone, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Tetrasodium EDTA, Allantoin, Isononyl isononanoate, Hyaluronic Acid, Adenosine, Oleth-10, Polysorbate 60, 1,2-Hexanediol, Silica, Triethoxycaprylylsilane, Tocopheryl Acetate, Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Hydrogenated Polydecene, Sodium Acrylates Copolymer, Trideceth-10, Propylene Glycol, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Polymethylsisesquioxane, Erythritol, Hibiscus Sabdariffa, Fruit Extract, Ophiopogin Japanicus Root Extract, Caesalpinia Spinosa Fruit Pas Extract, Opuntia Ficus-Indica Stem Extract, Helianthus Anuus Sprout Extract, Ethylhexylglycerin, Phenoxyethanol, Lecithin, Sodium Benzoate, Sophora Flavenscens Root Extract, Pentylene Glycol, Silanetriol.

May Contain: Titanium Dioxide, Cl 14720, Cl 19140

INGREDIENTS LUQFA BEAUTY GLOWY SUNSCREEN SPF 50 PA+++

Aqua, Glycerin, Coco-caprylate/Caprate, Sodium Acrylates Copolymer, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Polymethylsilsesquioxane, Phenyl Silicone Oil, Hyaluronic Acid, Tetrasodium EDTA, Allantoin, Lecithin, Octocrylene, Phospholipids, Butylene Glycol, Isononyl isononanoate, Caprylic / Capric Triglyceride, Hydrogenated Lecithin, Cholesterol, Bisabolol, Silanetriol, Tocopheryl Acetate, Hydrogenated Polydecene, Hydroxystearic Acid, Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Trideceth-10, Cyclopentasiloxane, Dimethicone / Vinyl Dimethicone, Crosspolymer, Pentylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Propylene Glycol, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Fragrance, Ethyhexylglycerin, Trehalose, Centella Asiatica Extract, Honey Extract, Ophiopogon Japanicus Root Extract, Opuntia Ficus-Indica Stem Extract, Hellanthus Anuus Sprout Extract, Caesdalpinia Spinosa Fruit Pas Extract, Sophora Flavescens Root Extract.

May Contain: Titanium Dioxide

Untuk kedua-dua Tinted Moisturizer & Glowy Sunscreen Luqfa Beauty ni, dia pakai packaging picit yang macam ni tau. Kalau korang tengok lubang dia halus je. So senang nak budget masa nak apply skincare korang tu nanti. Kalau lubang dia besar, takut terpicit banyak pulak kan. Lurve yang ni.

Belanja lah sikit dekat korang before and after untuk Tinted Moisturizer Luqfa Beauty ni. Kalau korang perasan, tinted moisturizer dia warna pink tau. So bila pakai tu, dia punya glow memang nampak natural betul. Nak nak pula kalau pakai sekali dengan sunscreen dia. Terus auto glow macam kulit Korean.

Sunscreen Luqfa Beauty ni memang lurve teruks. Kalau korang pakai skincare daripada Luqfa Beauty ni kan, confirm kawan-kawan korang auto puji terus. Yang best, ekin suka sebab dia tak rasa melekit tau. And dia punya glow tu, memang nampak natural. EKIN MEMANG RECOMMEND DEKAT KORANG UNTUK TRY. Sumpah tak rugi.

Tapi kalau korang tanya ekin, antara Tinted Moisturizer atau Glowy Sunscreen mana yang PALING best? Ekin akan suruh korang beli dia punya Glowy Sunscreen. Hahahaha. Kalau korang pakai dia punya Glowy Sunscreen je pun, terus boleh nampak glow dia tau.

Kalau korang nak beli.. korang carilah kat tiktok. Hahaha. Lately ni ekin memang suka beli dari tiktok je sebab tiktok suka bagi FREE SHIPPING and kadang-kadang boleh dapat offer, ihiksss. Kitonyo suka berbelanja dengan bijak.

Ekin share juga link kedai yang ekin selalu beli skincare Luqfa Beauty dekat bawah ni. Kot kalau korang nak usha-usha dulu kan. Ekin letak sekali dengan harga dia supaya korang boleh terbeliak mata sama-sama dengan ekin. Hahaha. Btw, kalau korang nak try.. Luqfa Beauty pun ada keluarkan set mini trial untuk skincare dorang. Murah je. Korang boleh check dekat bawah ni juga tau...

SHOP HERE

Hydrating Gentle Cleanser | RM45.00 (Klik sini untuk pembelian)

Cleansing Balm | RM14.90 (Klik sini untuk pembelian)

Pure Hyaluronic Aquarich Serum | RM65.00 (Klik sini untuk pembelian)

Tinted Moisturizer | RM49.90 (Klik sini untuk pembelian)

Glowy Sunscreen | RM59.90 (Klik sini untuk pembelian)

Set Tinted Moisturizer + Glowy Sunscreen | RM109.80 (Klik sini untuk pembelian)

Set Acne Free (Cleanser + Moisturizer + Sunscreen) | RM139.90 (Klik sini untuk pembelian)

Set Glowing (Serum + Moisturizer + Sunscreen) | RM169.00 (Klik sini untuk pembelian)

Set 5 in 1 Mini Trial Luqfa Beauty | RM19.90 (Klik sini untuk pembelian)

Okay lah korang. Sampai sini sahaja posting ekin kali ni. Sampai ketemu di next posting ya.

Bye!

-FOLLOW ME-

Instagram : @asyiqin_roslee

Youtube : @asyiqinroslee

Tiktok : @wnrasyiqiin

Halluuuu korang!!! Especially GIRLS YANG SUKA SHOPPING BAJUUU.. ekin ada berita menarik lagi tertarik untuk korang.

Tapi ennn,

Mesti korang dah tahu kan tempat ni?! Sobs sobsss. Apapun untuk yang tak tahu lagi, korang tahu tak dekat Subang Parade ni ada syurga pakaian untuk orang perempuan?! Ehhhh, bukan untuk perempuan je lah. LELAKI pun adaaa.

Actually, ekin dah pergi sini berapa kali ntah. Antara banyak-banyak kedai M&B ni, ekin paling suka pergi M&B dekat Subang Parade ni tau.

Nak tahu kenapa?


Sebabnya, baju dekat M&B Subang Parade ni lawa lawa dooh and pilihan dia lagi banyak berbanding tempat lain tau!

Paling best, of course lah sebab tak ramai orang. Hehehehe. Nak shopping pun best. Siapa yang introvert tu, memang sesuai lah kalau korang nak shopping baju dekat M&B Subang Parade ni. Taknak shopping pun tak apa. Window shopping pun boleh ah.

Dekat sini, dia punya tak ramai orang tu sempat lah nak feeling-feeling macam boyfriend yang rent kan tempat ni tau. Walaupun batang hidung boyfriend pun tak nampak lagi. Janji delulu kena nombor shatuuuu.



Dekat sini korang jangan risau tau. Daripada segala jenis baju korang boleh dapatkan dekat M&B Subang Parade ni. Korang nak cari t-shirt? Ada je dekat sini. Nak cari blouse. Lagi lah banyak uols. Apaaa? Dress? Skirt? Seluar jeans? Seluar track? Baju kurung? Ahhh, semua hadoooo. Even, kalau korang nak cari shawl ke inner ke, semua ada dekat sini. ALL IN ONE. Manalah gegirls tak kering poket kalau dah sekali masuk dalam M&B ni. Tu yang ramai ajak suami teman tu. Untunglah ada wallet bergerak. Huhuhu.

Yang lelaki, awak pun jangan risau. Jangan segan-segan lah nak masuk M&B ni. Ingat semua baju perempuan je ke yang ada? Baju lelaki pun ada tau. Daripada t-shirt ke seluar semua adaaa. Even, awak nak cari baju melayu pun ada tau. Hahaha. Sumpah tak tipu.



Eyhhh, tak boleh lah tengok mannequin ni. Apa je yang mannequin ni pakai, rasa nak beli semua. Sebab girly-gurly sangat. Kita pulak dah lah suka benda-benda yang aesthetic ni. Haishh.



Tengok lah ni. Banyak gilerr kan?! Yang penting MURAH! Ni yang suka ni.



Mana yang lelaki segan-segan nak masuk M&B tu, awak tengok ni. Banyak kan t-shirt yang cantik-cantik. Ini kualiti level-level uniqlo tau. Dah lah murah pulak tuh. Ini kalau pakai baju dari M&B, confirm nampak lagi segak. Acewahh.



Mana lah tak rambang mata kalau dah masuk sini. Dah lah design baju dia lawa-lawa. Daripada yang plain sampailah bercorak, semua LAWAAAAA. Simple and minimalist, itu yang kita mahukan.



Dress pun ada juga tau awak. Jangan risau. Kalau awak gadis-gadis yang suka pakai dress, awak masuk jelah M&B ni wak. Memang banyak pilihan. Memang pening ya mikir nak buat keputusan pilih baju apa yang nak ni.



Skirt kat sini memang lawa giler weh. Ekin suka section ni tau. Selain baju, ekin memang suka shopping M&B punya seluar track. Setakat ni, cutting seluar track dekat M&B memang iols LIKE. Skirt dia ni pun, ekin tengah aim nak beli sebenarnya. Tapi masih memikir style apa yang aku gayakan nanti. Haks.



Kalau ada abang-abang yang bawa isteri tu nanti bawa bersabar lah ya. Ini kalau masuk sini, memang tak jumpa jalan keluar noks. 


Okay lah korang, cukuplah ekin belanja gambar walaupun tak berapa banyak. Anyway, kalau korang terdetik je nak pi shopping baju, jangan lupa shopping dekat M&B ni dulu tau. Actually korang boleh pergi mana-mana M&B yang berdekatan dengan korang je. Tapi kalau korang nak pergi M&B yang banyak pilihan baju and korang nak berbelanja dengan tenang, korang pergi lah dekat sini (M&B Subang Parade). Memang BEST!

Sampai sini sahaja. See you in my next posting!

Bye.


-FOLLOW ME-

Instagram : @asyiqin_roslee

Youtube : @asyiqinroslee

Tiktok : @wnrasyiqiin

Annyonghaseyo yeorobun. Sihat ke anda-anda semua? Pagi ni ekin tengah dalam mood rajin nak menaip blog. Semoga kuasa-kuasa keyboard warrior ni mai dekat ekin. Huhuhu. Ok lah, untuk memulakan hari kita... ekin nak share satu hair care product yang menarik dan bagus dekat korang semua. Actually, ni first time ekin share mengenai hair care product dekat dalam blog ni tau. Benda baik kena kongsi ramai-ramai. Hehehe.

Ekin tak tahu lah kalau korang pernah dengar nama brand ni. Tapi semenjak dua menjak ni, agak popular lah juga nama brand ni tau. Sampaikan bila ekin share product ni dekat ig story ekin, ramai yang nak minta ekin review sebab dorang pun tengah tinjau-tinjau nak tahu product ni berkesan ke tidak? Dengan segala pengalaman yang ada, meh ekin review. Tibeh......

Btw, ni first time tau ekin tahu hair care brand yang lengkap dengan product penjagaan rambut daripada shampoo sampailah ke hair serum, hair tonic apa semua. Dah tak payah dah susah susah cari yang lain. Cari brand ni pun dah memandai. Mari saya memperkenalkan... *drum drumm drummm drummm treatment shampoo yang paling menarik pada abad ini jatuh kepadaaaaa...

LAVOO BEAUTY!!!

Ekin kan... masa first time tahu pasal brand ni, ekin macam teruja gilerr sebab banyak betul set hair care product yang dia ada. Dia macam berpinar-pinar mata nak tengok. Bila dah sampai, rasa macam lagi WOWWW yang paling teruja sebab banyak betul free gift yang depa bagi. Free gift tu bukan free gift yang tak berguna tau. BERGUNA GILERRR! I loikeee...

Tanpa membuang masa, mari ekin memperkenalkan satu persatu hair care product daripada Lavoo Beauty ni. Tapi, sebelum itu... mari kita review free gift yang ekin dapat. Yuhuuuuu~

First free gift item yang ekin dapat dan ekin rasa berguna sangat adalah scalp massage ni. Tengok dalam gambar macam keras kan? "Macam mana aku nak urut kulit kepala" kalau keras macam ni. Ok, sebenarnya dia tak keras pun sayang sayangg sekalian. Awal-awal masa buka dari plastik tu pun ekin ingat dia keras. Wakakakaka~ Rupa-rupanya tidak! Bila ekin sental-sental berus dia tu, rupanya lembut je sebab dia diperbuat daripada silicon hahhh. That's why we don't judge a book by its cover. Tiberrr.

Second item yang ekin dapat adalah DERMAROLLER uols. Bukan caleng-calenggg. Huhuuhu. Ekin macam "hahhh dermaroller?! free gift untuk hair care product?"

"Hahh?" aaaa macam tu. Tapi dalam hati sebenarnya ekin suka kot! Hahaha, sebab dah lama macam teringin nak ada DermaRoller ni. Ekin tengok orang-orang yang guna DermaRoller ni, skin dia glowing-glowing semua. Jadi, konklusinya bagi ekin free gift yang ni pun tersangatlah berguna untuk orang yang cita-citanya nak jadi cantik macam saya. Gituhh.

Sebenarnya, dia ada bagi 3 free gift tau. Yang free gift ketiga tu depa bagi zipper bag yang boleh letak barang-barang kecil tu. Nak bawa pergi travel pun boleh untuk simpan skincare travel size tu apa kan. Ekin tak tahu apakah namanya. Huhuhu. Tapi, kalau korang ada nampak dalam gambar, maka itulah ia. Hahh, kita main teka teki pulak suruh korang guess apa free gift item ketiga tu? *jeng jeng jenggg

Orait, selesai dengan free gift. Inilah masa yang dinanti-nanti... Mari kita reveal satu persatu set produk yang Lavoo Beauty ni ada.

Lavoo Protein Treatment Series

First set product yang ekin nak tunjuk dekat korang adalah Lavoo Protein Treatment Series ni. Set ni adalah 3 in 1 hair care set. So, kalau korang nak basic hair care product.. ekin recommend korang untuk ambil set yang ni sebab dalam ni dia dah ada Protein Essence Shampoo (400ml), Protein Complex Serum (60ml) dan Protein Collagen Spray (120ml). Rambut pun nak ada collagen okayh!

Yang best pasal Lavoo Protein Treatment Series ni adalah dia sangat menitikberatkan penjagaan rambut tau sebab semua product dia adalah FREE FROM SLS, paraben dan juga silicone. Kalau korang nak tahu kenapa SLS, paraben dan silicone tak elok untuk hair care product, korang boleh research tau. Kalau nak cerita dekat sini nanti makin panjang pula ceritanya. Tapi basically, these ingredients ni boleh irritate our kulit kepala.. Aaaa gitcheww.

So far, ekin dah cuba dia punya Protein Essence Shampoo and surprisingly, ekin macam dah jatuh cinta dengan shampoo dia. Baru first time pakai kan, rambut ekin rasa lebih ringan dan kurang gugur dah. Rasa macam nak sikat rambut sepanjang masa pun tak apa. Hahahaha. Selalu kalau ekin sikat rambut, mesti ada yang gugur. Tapi bila pakai shampoo ni, ekin boleh kira berapa helai je rambut yang gugur. Tapi masa ekin pakai shampoo ni, ekin pakai sekali dengan Lavoo Caviar Treatment Mask. Mungkin treatment mask dia pun merupakan satu contribution rambut ekin dah kurang gugur. Best bestt besttt!

Kalau pasal wangi, tak leh nak kata apa lah. Bau wangi dia tu, rasa macam mandi dekat hotel yang mewah. Rasa macam masuk saloon orang-orang kayangan. Serious tak tipu. Dia punya buih shampoo pun very gentle.

Nak tahu Lavoo Caviar Treatment Mask ni macam mana? Nanti kita cerita dekat bawah.

Lavoo Conditioner

Next, kita ada Lavoo Conditioner (400ml). Dimana ada shampoo, disitu wajib ada conditioner. Korang tahu tak yang sebenarnya pemakaian conditioner ni adalah wajib dalam hair care routine kita? Dia wajib yang tak mendatangkan dosa tau kalau tak buat. Hahaha. Ekin pun baru tahu yang sepatutnya conditioner ni MEMANG KENA ADA dalam basic hair care routine. Sebab apa? Sebab... bila kita shampoo rambut kan, semua natural oil yang ada dekat rambut kita tu dah hilang. Jadi, dengan pemakaian conditioner ni ia dapat memberi semula kelembapan yang sepatutnya kena ada dekat rambut kita. Barulah rambut akan jadi smooth je sepanjang hari. Barulah rambut akan jadi berkepuk-kepuk yang cantik. Tak adalah berkepuk-kepuk yang kering kontang. Huhuhu~ Kalau malas sikat rambut, nak sikat dengan jari pun boleh!

Ok, lepas dah tahu yang conditioner memang kena ada dalam basic hair care routine ni.. memang ekin akan pakai tiap kali nak cuci rambut.

Lavoo Caviar Treatment Mask

Hahhh, ini lah dia Lavoo Caviar Treatment Mask (250ml) yang ekin cerita dekat atas tadi. Dia adalah 2nd step deep conditioning mask blended with caviar beads shot. Untuk Lavoo Caviar Treatment Mask ni, cara nak pakai dia sama je macam pakai conditioner. Kalau conditioner, dia lebih kepada untuk melembutkan rambut. Untuk Lavoo Caviar Treatment Mask ni pula, dia lebih kepada membaiki rambut.

Fungsi mask ni dia boleh baik pulih rambut yang bercabang, merawat rambut yang kering, melembabkan, improve tekstur rambut dan menampakkan rambut agar kelihatan lebih sihat. Nak ditambahkan lagi, treatment mask ni juga kaya dengan ingredients keratin dan juga protein. Jadi, ianya juga dapat membantu untuk menguatkan lagi rambut hingga ke hujung akar.

Lavoo Protein Peptide Tonic

Next, kita ada Lavoo Protein Peptide Tonic. Fungsi tonic ni dia lebih kepada untuk hair regrowth. Yang mana rasa rambut dekat kepala tu makin kurang atau memang jenis lambat tumbuh, korang boleh pakai hair tonic ni. Untuk set ni, dia ada Protein Peptide Tonic Morning (120ml) digunakan pada waktu pagi dan Protein Peptide Tonic Night (120ml) untuk waktu malam.

Pastu nanti mesti ada yang tanya apa beza tonic pagi dengan malam ni kan? Sebelum korang tanya, meh sini nak jawab. Actually, dia tak ada lah beza sangat pun. Cuma fungsi tonic untuk day time ni, dia lebih kepada untuk stimulate hair follicles dekat kulit kepala, dan tonic night time ni pula fungsinya lebih kepada untuk menguatkan dan regenerate akar rambut.

Taraaaa... Ini lah dia full set hair care product daripada Lavoo Beauty setelah disusun mengikut step pemakaian. Gigih tau ekin susun ikut barisan walaupun tak mengikut ketinggian. Tiber. Ok, kot kott ada yang tanya macam mana nak pakai hair care product Lavoo Beauty ni kan.. korang boleh je refer gambar dekat atas ni tau. Save lah siap-siap untuk panduan. Huhuhu.

Step 1: Lavoo Protein Essence Shampoo. Yang ni macam biasa lah kan, takkan korang tak tahu nak pakai shampoo ni macam mana. Kalau masih tak tahu tu, cuba check balik diri. Huhuhu.

Step 2: Lavoo Conditioner. Untuk conditioner ni, korang kena pakai masa mandi tau a.k.a masa rambut tengah basah. Sebab lepas pakai, kita kena bilas dengan air. Cara nak pakai dia pula, korang picit ikut rasa je jumlah dia depends dengan ketebalan rambut masing-masing. Lepastu, sapukan rata hingga ke hujung rambut. Biarkan dalam 3-5 minit macam tu, and then bilas dengan air.

Step 3: Lavoo Caviar Treatment Mask. Step ni optional je tau. Untuk treatment mask ni, korang pakai bila perlu je. Tak perlu pakai hari-hari pun. Cara nak pakai dia, sama je macam pakai Lavoo Conditioner.

Step 4: Lavoo Protein Complex Serum. Untuk serum ni, korang pakai bila rambut dah kering. Picitkan ikut amount yang korang mahu (depends dengan ketebalan rambut masing-masing) dan ratakan ke seluruh rambut.

Step 5: Lavoo Protein Collagen Spray. Untuk hair spray ni, kita pakai lepas apply serum. Cara nak pakai, korang spray kan je ke rambut. Make sure spray dekat rambut tau, bukan spray dekat kulit kepala.

Step 6 & 7: Lavoo Protein Peptide Tonic. Akhir sekali, kita ada hair tonic. Hahh, yang ni baru korang spray dekat kulit kepala. Dah spray tu, korang urut-urut lah kulit kepala supaya protein dia tu meresap jauh hingga ke dalam. Untuk day time, korang pakai lah tonic day time punya.. dah malam nak tidur, baru pakai tonic untuk night time. 

Dah selesai hair care routine kita. Simple je kan. Nampak je macam banyak benda nak kena buat, tapi sebenarnya senang je. Sapu sapuu sapuuuu, dah settle. Lama-lama nanti rambut akan nampak lebih sihat, lebih berkepuk-kepuk walaupun kita tak berapa nak berkepuk. Aaa ghisau~

Ok lah, ekin rasa sampai disini sahaja perkongsian ekin untuk kali ni. Kalau korang ada nak tanya apa-apa mengenai hair care product daripada Lavoo Beauty ni, korang boleh komen je dekat bawah. Nanti ekin akan reply satu persatu.

Dekat bawah ni juga ekin akan sertakan link instagram Lavoo Beauty untuk korang stalk kot kottt ada yang berminat sebab info-info dekat instagram dorang ni tersangat lah padat. Yang mana nak start jaga rambut tu, boleh lah follow depa ni.

Instagram: @lavoobeauty

Thank you korang sebab sudi baca sampai habis! Jumpa di next entry pulak!

Hi, assalamualaikum beauty readers.

Dah lama ekin tak bersiaran dekat blog ni. Almaklumlah, makin lama ni makin busy kita. Tapi busy macam mana pun, ekin dan dunia pen-skincare-ran ni tak dapat dipisahkan. Hari-hari ekin akan update and buat reseach skincare apa yang bagus and worth to try.

Sebab... ekin taknak lah stick kepada satu brand je. Ekin lebih suka kepada try-and-error. So that, skin kita pun akan improve. Kan, bila usia kita dah menua... kulit muka kita pun akan menua. Betul tak. That's why kita kena tukar skincare mengikut keperluan kulit. Aaaaaagithewww.

Ok, selesai mukadimah kita.. jom kita pergi kepada topik entry kali ni. Harini ekin nak share dengan korang mengenai satu produk made in Japan iaitu ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream. Sesuai dengan nama cream ni, korang mesti tahu fokus utama cream ni untuk apa kan? And yes, ViViwhite cream ni, fungsi utama dia adalah untuk mencerahkan kulit.

Kalau nak tahu, ViViwhite brand ni mengekalkan bahan semula jadi, penuh dengan nutrien yang diperlukan oleh kulit, tiada iritasi/keradangan dan tiada bahan-bahan tambahan yang lain dalam produk mereka. Fokus utama mereka adalah untuk melindungi tekstur asli kulit dengan memberi kecerahan kulit semula jadi.

Selain daripada fungsi untuk mencerahkan kulit, ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ini juga mempu untuk menghidrasikan kulit muka yang kering dan merawat kulit yang kusam. Dengan hanya sekali penggunaan, anda akan merasa warna kulit lebih cerah dari sebelumnya.

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ini mengandungi 8 best ingredients di dalamnya:

1. Akoya Pearl Extract : Fungsinya adalah untuk mencerahkan kulit.

2. Heliance Annus Seed Oil : Mengawal minyak di wajah.

3. Cynanchum Atratum Extract : Anti-inflammatory agent.

4. Rose Damascena Phytplacenta Extract : Soothing dan mengurangkan kemerahan di wajah.

5. Sodium Hyaluronate : Melembapkan dan bertindak sebagai water-locking film on the skin.

6. Lecithin : Repair and nourishing skin.

7. Vitamin E : Anti-aging and anti-oxidant agent.

8. Titanium Dioxide : Dark spots lightening.

Daripada senarai ingredients yang ada dalam ViViwhite Hydra Brightening Cream ni, for me cream ni selamat digunakan untuk korang yang berkulit sensitif sebab cream ni tak ada langsung paraben, no mineral oil, no formaldehyde, no silicone, no alcohol, no artificial colouring, no talcum dan no triethanolamine.

ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ni mampu memberi efek mencerahkan hanya dalam masa 8 saat sahaja. Ianya mampu mencerahkan tona kulit sambil memberi kelembapan pada wajah. Mengawal penghasilan sebum dan mampu melindungi kulit daripada sinaran UV. Bermakna, cream ini korang boleh jadikan sebagai sunscreen. Mudahkan. Semua dalam satu produk. Mencerah, merawat dan melindungi.

Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan kusam. Bagi korang yang mempunyai masalah tona kulit tidak sekali, masalah pigmentasi, dark circles, kemerahan, pori yang besar dan masalah garis halus pada wajah pun sesuai untuk guna cream ni bagi merawat masalah-masalah ni.

Untuk tekstur cream ni, dia jenis white cream macam tu. Walaupun namanya cream, tapi tekstur dia very light tau once dah apply dekat kulit. Personally, ekin memang suka light cream macam ni berbanding dengan thick cream. Sebab senang nak apply. Hahahha. 

Cara nak pakai pun senang je. Pakai macam cream yang korang selalu pakai. Sapu kan je cream ni keseluruh wajah dan sebolehnya, selepas korang apply moisturizer.. korang apply pulak ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream ni.

So, bawah ni ekin nak tunjuk dengan korang ala-ala before and after pakai cream ni. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh check website mereka atau follow instagram ViViwhite. Ekin akan share link mereka dekat bawah ni tau.

WEBSITE : www.viviwhite.com

INSTAGRAM : @viviwhite_malaysia

OMG!!! OMG!!! Guysss..! Percaya atau tidak, finally pageviews blog Ekin dah hit 1 million. Huaaaaa. 1 Million banyak tu.

Nak nangis jap. Rasa terharu, sebak, sedih, gembira yang rasa nak melompat pun ada. Sukanya tengok nombor banyak-banyak ni. Rasa macam satu achievement pulak untuk tahun 2020 sebab berjaya hit 1 million pageviews blog.

Ingat lagi masa awal-awal ekin buat blog. Banyak kali lah juga asyik buat, delete, buat, delete, buat, delete... Sampai lah satu tahap ekin rasa asyik delete je. Baik biarkan. Ada lah juga nampak effort yang kita ni minat berblogging. Dari awalnya pemikiran macam tu, sampai lah sekarang ekin dah berfikiran positif yang berblogging ni sebenarnya menguntungkan ekin jugak. Hehehe. Tak sia-sia aku minat blogging.

Tapi yang menariknya, ekin buat blog ni hanya sekadar hobi yang saja suka-suka share benda yang menarik and benda yang ekin suka. Tak tahu pula, ada juga yang sudi membaca blog Asyiqin Roslee ni. Walaupun, korang hanya singgah untuk membaca info atau sharing ekin dekat sini.. bagi ekin, itu merupakan penghargaan terbesar yang korang pernah bagi dekat ekin.

Dan tak lupa juga, mana-mana blog readers yang ada tinggalkan komen pertanyaan ataupun respond dari content ekin... ekin suka betul dengan orang yang macam ni. Hahaha. Bukan apa, effort korang nak menaip dekat ruangan komen tu, ekin respect betul. Hehehe.

Haritu, niat dihati macam nak buat giveaway once blog ekin dah hit 1 million. Tapi... sumpah ekin sebenarnya belum prepare apa-apa lagi sebab memang tak sangka yang blog ekin akan hit 1 million tahun ni. Cepat nawwww.

So, untuk giveaway sempena ekin nak menghargai korang semua.. ekin akan umumkan nanti. Lemme decide nak bagi hadiah apa tau. Huhuu. Sebab ekin betul-betul nak bagi hadiah yang menarik yang buat korang suka happy bila dapat hadiah ekin tu.

Akhir kata, ekin nak berterima kasih banyak-banyak yang tak terhingga dengan korang semua sebab sudi baca blog ekin and sudi support blog Asyiqin Roslee ni sampai sekarang. I love you!

~

Find me at:

Instagram: @asyiqin.roslee

Twitter: @asyiqinroslee

Facebook: @asyiqinlee

Youtube: Asyiqin Roslee


Assalamualaikum & hi korang!

Semalam beauty package sampai dekat rumah ekin. Akhirnya, setelah seharian menunggu barang sampai... tengah-tengah ekin buat exercise, ada abang ninjavan tekan loceng rumah! "Yesss... skincare iols dah sampai!" Excited tau korang. Macam dapat barang free pulak kan, padahal ekin yang beli ni. Wakakkaka.

Ok. Disebabkan ekin terlebih excited giler gilerrr... so ekin decide nak buat beauty haul dekat blog. Dah lama tak menulis content pasal beauty ni. Here we go!

Jeng jengg jenggg.. banyak tak barang yang ekin beli? Huhuhu. Semua ni adalah skincare ekin. Memandangkan stok skincare dekat rumah dah nak habis, jadinya ekin borong semua sekali skincare yang ekin nak. Dan kalau nak tahu, dekat gambar atas ni ada 2 produk yang ekin baru nak try. Kalau ok nanti, ekin akan tulis review okies ;)

Cuba korang teka berapa harga kesemua produk dekat atas ni. Terkejut ekin tengok amount dia masa nak checkout dekat Shopee. Ohh ya btw, semua barang ni ekin beli dekat Shopee tau. Ekin memang selalu beli dekat kedai ni kalau nak topup skincare Kayman Beauty. Memandangkan kedai ni juga ada jual Zarzou Serum yang dah lama ekin perhati dari dulu.. so alang-alang tu terus beli. Nama kedai tu Hannanmy, in case kalau korang nak beli juga. Hehehe.

Tengok lah ni korang! First time ekin dapat kotak Kayman ni tau. Sebelum ni ekin selalu beli sikit-sikit je... so tak ada kotak. Mungkin sebab kali ni ekin beli barang banyak... tu yang seller packing kan dalam kotak Kayman ni. Rasa sayang pula nak buang. Sebab nampak cantik exclusive gitchew.

Alright, jom lah kita ke beauty haul terus. Tak sabar nak tunjuk dekat korang semua apa yang ekin beli. Leggo!

Beauty Haul: Kayman Beauty
Shop here: Kayman Beauty Coal Face Soap

First item yang ekin beli adalah Coal Face Soap daripada Kayman Beauty. Coal Face Soap ni ekin dah pakai lama dah. And sesuai giler dengan kulit muka ekin. Tak ada perkataan yang boleh describe betapa best nya guna Coal Face Soap ni. Best giler. Memang worth to try. Sekali cuba, confirm pakai terus. Harga untuk satu Coal Face Soap ni adalah RM35. Tapi, ekin selalu grab 3.. RM100 je. Jimat sikit.

Shop here : Kayman Beauty Rosa Glow Treatment Essence

Next item adalah Rosa Glow Treatment Essence. Yang ni pun ekin dah pakai lama dah. Ekin guna Rosa Glow Treatment Essence ni as toner. Cara pakai, ekin selalu tuang dekat tapak tangan and dab dabb kan dekat muka. Kadang-kadang, ekin tuang atas kapas muka. And sebabkan essence ni best, kadang-kadang tu.. ekin akan pakai 2, 3 layer sebab nak bagi nampak glowing. Hihihi. Harga untuk Rosa Glow Treatment Essence ni adalah RM89. A bit pricey tapi worth it.

Shop here : Kayman Beauty Skintella Repairing Serum

Seterusnya, ekin beli Skintella Repairing Serum ni. Dekat rumah dah lama habis, barulah terhegeh-hegeh nak beli. Hohoho. Serum ni pun ekin dah pakai lama dah. Tak ingat dah botol keberapa ekin pakai. Skintella ni dia ada soothing effect. First reason kenapa ekin nak try serum ni dulu, sebab dia ada ingredient Centella Asiatica which ekin memang aim dah lama nak cari produk yang ada Centella ni. Alang-alang Kayman ada keluar serum yang ada ingredient Centella ni, sebab tu ekin nak try. And memang sesuai dengan kulit muka ekin. Harga serum ni RM69.

Shop here : Kayman Beauty Wipe-It-All Facial Cleansing Wipes

Next, produk terbaru daripada Kayman Beauty iaitu WIPE-it-all Facial Cleansing Wipes. Setiap kali Kayman Beauty keluarkan produk baru, confirm ekin akan try. Setakat ni, semua produk Kayman best giler. So, ekin pun taknak lepaskan peluang untuk try produk latest Kayman ni. Memandangkan ekin tak pernah ada facial cleansing wipes, so ekin decide nak grab satu lah. Ekin ni pulak memang kaki berjalan. Jadi, nanti kalau nak remove makeup... senang lah bila dah ada facial cleansing wipes ni. And, tak sangka facial cleansing wipes ni kecil comel je. Senang nak bawa pergi travel. Harga pun ni. RM20 sahaja.

Beauty Haul: Zarzou Beauty
Shop here : Zarzou Beauty Brightening & Hydrating Facial Serum

Serum daripada Zarzou Beauty yang baru ekin nak try. Ramai yang kata serum ni ok. Ekin tengok feedback dekat twitter pun, ramai yang kata combination serum ni dengan produk kayman memang ngam teroks. Dan, disebabkan itu jugalah ekin decide nak try. Ekin baca dekat feedback orang, dorang kata serum zarzou ni dapat pudarkan parut dekat muka. So, nak try lah jugak kan... sama ada serum ni berkesan ke tidak. Harap-harap lah berkesan sebab ekin ada few acne scar yang ekin nak hilang kan. Huhuuu. Harga Zarzou serum ni RM59.

Ok lah korang... itu sahaja kelima-lima items yang ekin beli dekat shopee. Total harga untuk kesemua items ni RM335.64. Terkejut beruk ekin tengok total harga bila nak checkout dekat Shopee tau. Semahal ini.. skincare ekin. Hanya untuk jaga muka je korang. Hahaha. Tapi nak buat macam mana, nak muka licin bersih.. kenalah cari produk yang ok kan. Worth lah dengan harga dia and benefit dia semua. I is ok. Huhu. *kayman & zarzou... please sponsor saya lepasni...

In case kalau korang tak tahu, ekin pernah review produk-produk yang ekin guna ni tau. Korang boleh je cari dekat bahagian beauty section ekin. Untuk 2 produk yang ekin baru nak try ni nanti, kalau ok ekin akan review dalam blog ni juga tau. So, stay tuned.

Sampai sini sahaja entry ekin untuk harini. Terima kasih untuk readers yang sudi baca entry ekin sampai habis. Tanpa korang, siapa lah ekin. Acewahhhh. Ok bye!

~

Find me at:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

p/s: kalau korang nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan je pertanyaan korang dekat ruangan komen di bawah ni dan yang paling penting sekali... jangan lupa untuk tick kotak 'notify me' supaya korang terima notification email bila ekin reply komen korang okies.

Assalamualaikum & hi semua,

Harini ekin nak update blog mengenai pengalaman ekin kena masuk hospital sebab demam denggi. Saje lah nak bagitahu korang, yang ekin baru je 'discharge' dari hospital semalam (25/10/2020). Rindu pulak nak duduk dekat hospital balik. Hehehe. Tak sampai sehari. Tapi apapun nasib baik lah dah dapat 'discharge'. Walaupun rasa rindu nak duduk hospital, tapi jauh di sudut sanubariku... ekin lagi happy bila dapat balik rumah.

Ok, sebelum ekin bercerita mengenai pengalaman ekin duduk dekat hospital... biar ekin cerita dulu kronologi sebelum ekin kena masuk hospital. Total hari ekin demam sehingga ekin dapat 'discharge' dari hospital adalah bersamaan 9 hari. Punyalah lama demam. Paling lama dalam sejarah hidup ekin kot?!

Kronologi

Hari sabtu bersamaan 17/10/2020, ekin dah start rasa tak sedap badan tau. Rasa macam bakal nak demam je. Tup tupp, memang betul ekin demam. Tengah hari macam tu suhu badan ekin dah start naik. Masa ni tak tahu lagi kena demam denggi. Ingatkan demam biasa jelah. Hari sabtu tu, ekin dah tak larat nak jadi aktif sebab kepala pun pening-pening berat. Tambah lagi dengan pakej demam.

Keesokannya, 18/10/2020 demam ekin still tak pulih lagi. Masa ni still boleh bearable lagi sebab dalam mindset fikir "alaaa demam biasa je ni.. 2, 3 hari nanti elok lah tu". Dalam pada fikir fikir macam tu, ekin still lagi berselubung dalam selimut. Ekin rasa sejuk badan.. tapi kalau orang lain rasa badan ekin panas. Hari kedua ni, ekin banyak tidur je. Bangun sebab nak solat je. Tak larat nak buat apa-apa. Paling tak suka sekali bila part malam nak tidur tu, suhu badan ekin tiba-tiba naik mendadak. Rasa tak tahan sangat. Rasa nak pecah kepala pun ada. Nafas pun macam jadi pendek semput semput macam tu. Nasib ada adik yang jaga ekin. Tidur malam tu rasa tak nyenyak. Asyik-asyik terjaga.

Hari ketiga demam, 19/10/2020 bersamaan hari Isnin. Masa ni rasa tak larat dah. Antara fikir nak masuk kerja dengan taknak. Padahal, work from home je. Tapi, nak membayangkan kena buka laptop nak buat kerja... rasa tak terdaya je. Ekin pun decide lah nak pergi klinik. Pergi klinik, doktor ada lah bagi ubat demam paracetamol dengan mc 2 hari. Alhamdulillah, dapat mc. Dapatlah ekin berehat dalam sakit sakit tu. Nak kurang sakit, makan lah ubat doktor bagi tadi.

Hari keempat demam, 20/10/2020 bersamaan hari Selasa. Pagi ni rasa macam makin nak sembuh. Sebab dah dapat rasakan perubahan suhu badan macam makin nak berkurang. Pening kepala pun dah tak berat sangat. Boleh lah jalan-jalan keliling rumah. Borak-borak. Kalau sebelum ni tak larat. Ubat doktor, tak tinggal. Tapi suruh makan 2 biji sekali. Ekin mampu telan sebiji je. Nak telan lagi, ekin selalu termuntah kan balik sebab tak pandai makan ubat pil. Cuba-cuba pun, confirm termuntahkan balik. Membazir ubat je. Paling dasyat, bila petang je... suhu badan ekin tiba-tiba start naik dengan perlahan-lahan. Ekin dapat rasakan badan ekin makin panas. Malam nak tidur tu, ekin terjaga sebab tak tahan sangat. Bila adik laki ekin check, suhu badan dah 38.3. Panas sangat. Sampaikan alat check suhu tu pun, tukar jadi color merah. Malam ni tak boleh tidur. Try tidur tapi still tak boleh. Nafas pun jadi semput semput balik. Masa ni fikir, allahu dugaan apa lah ni. Malam ni juga, first time ekin muntah setelah beberapa hari demam. Seksa betul kalau demam plus sekali ada dengan pakej muntah.

Hari kelima demam, 21/10/2020 bersamaan hari Rabu. Ekin dah start masuk kerja balik sebab mc 2 hari dah habis. Tapi still dengan suhu badan suam suam suku. Pening-pening ringan tu still ada lagi. Buat jelah kerja macam biasa, tapi pergerakan tu tak selincah masa aktif dulu. Nak menaip pun, satu satu huruf nak kena tekan. Sambil-sambil tengah buat kerja, tiba-tiba badan ekin dah start rasa gatal-gatal. Bila tengok tangan... allahu, tangan ekin dah start tunjuk bintik-bintik merah. Tengok kaki, kaki pun ada bintik-bintik merah juga. Ekin pun tunjuk lah dekat ibu, ibu kata "ni denggi ni ekin, kena pergi klinik ni". Malam tu, terus ayah bawak ekin pergi klinik nak check. Ekin pergi ke Klinik Ajwa dekat seksyen 7, Shah Alam. Doktor pun check lah darah. Keputusan darah still negatif tapi platelets ekin rendah. Doktor pesan suruh datang semula esok untuk check darah lagi sebab nak tengok in case ada penurunan ke apa.

Hari keenam demam, 22/10/2020 bersamaan hari Khamis. Macam biasa bila bangun pagi dah mandi tu.. suhu badan jadi rendah balik. Tak ada lah sepanas macam malam tadi. Ekin pun masuk lah kerja macam biasa. Tapi kadang-kadang tu tak larat sangat... ekin ada lah curi masa sikit berehat kejap. Malam tu pula, ekin pergi semula ke klinik untuk follow up check darah. Dah ambil darah semua, tunggu punya tunggu, doktor pun panggil masuk bilik. Keputusan denggi positive! Tersedak ekin dengar. Hmmm. Sedih pun ada. Doktor tunjuk result darah ekin. Doktor kata platelets ekin sudden drops dari 209 ke 89. Doktor suruh refer ke hospital terus. Malam tu juga, ayah hantar ekin pergi ke Hospital Shah Alam. Kenalah warded, masuk dalam zone kuning. Malam tu juga, doktor masukkan air dalam badan. Duduk lah sekejap sambil tunggu air masuk dalam badan. Nak dekat pukul 2 pagi macam tu, doktor decide untuk off kan iv ekin. Doktor cabut air and suruh ekin minum air banyak-banyak je. Malam tu ekin langsung tak boleh tidur dekat hospital.

Hari ketujuh demam, 23/10/2020 bersamaan hari Jumaat. Pagi tu ekin minta ayah untuk hantarkan air, sebab doktor suruh minum air banyak-banyak. Maklumlah, nak keluar cepat. Ayah datang hantar 2 air botol besar. Tapi ayah tak boleh duduk lama-lama sebab pelawat tak dibenarkan masuk. Sepanjang ekin duduk hospital, tak ada siapa pelawat yang dibenarkan masuk tau. Sebab kes covid ni. Ekin pun, sepanjang duduk dekat hospital... asyik minum air je. Perjalanan ekin ulang alik ke toilet, rasanya dah tak terkira dah. Belum lagi part doktor cucuk ambil darah. Habis berparut tangan ekin. Tengah hari sikit, doktor hantar ekin ke wad pemerhatian. Dekat wad sana, ekin duduk lah sekejap sementara nak tunggu pergi ke wad biasa. Dekat wad pemerhatian ni, tak semeriah dekat zone kuning. Dekat zone kuning, doktor semua busy, berjalan sana sini nak periksa pesakit. Dekat wad pemerhatian ni, lebih kepala zone menunggu macam tu. Petang sikit, ekin dah naik ke wad biasa. Kena lah tukar baju ke baju hospital. First time tu agak janggal tengok diri sendiri pakai baju hospital. Air ekin tak lupa minum!

Hari kelapan demam, 24/10/2020 bersamaan hari Sabtu. Macam biasa bila duduk hospital, pukul 4 pagi je doktor atau nurse akan ambil darah untuk periksa. Sepanjang duduk hospital, hari-hari boleh dikatakan ekin senang terjaga atau bangun awal. Rutin dekat hospital tak ada buat apa sangat pun. Pagi makan. Tengah hari makan. Petang makan. Malam makan. Masa yang terluang, kalau tak habiskan dengan tengok handphone, berjalan-jalan lah dekat katil sebelah nak ajak teman berborak. Aktiviti dekat hospital tersangatlah limited dengan pelawat tak dibenarkan masuk lagi. Bosan sangat. Tapi nasib baik lah ada doktor yang selalu tanya dengan perkembangan semasa. Masa ni, ekin minum air yang sebanyak boleh. Kadang-kadang, dah muak dengan air masak. Tapi apakan daya, sebab nak sihat cepat.. kenalah ikut cakap doktor. Masa dekat hospital, demam ekin dah semakin pulih. Cuma doktor kena monitor darah, blood pressure ekin semua sebab bintik-bintik merah dan gatal still tak hilang lagi.

Hari kesembilan demam, 25/10/2020 bersamaan hari Ahad. Lepas ambil darah pukul 4 pagi tu. Kebiasaannya, doktor akan update status patients dari katil ke katil dengan doktor yang lebih senior. Benda yang menggembirakan, doktor kata ekin dah boleh 'discharge' dah. Yayyy. Tapi doktor pesan suruh minum air banyak-banyak and nanti kena follow up dengan klinik kesihatan untuk check darah. Dengan excitednya, ekin terus call ibu ekin bagitahu doktor dah bagi 'discharge'. Alhamdulillah, tengah hari macam tu ekin dah boleh keluar dah. Excited pulak bila tengok dunia luar. Rasa macam dah lama terkurung dalam hospital. Hehehe.

Ayah belum sampai lagi, dah excited dah pack barang semua nak balik. Hohoho. Bila dah dapat balik, rasa sayu dan berat hati pulak nak tinggalkan katil ekin. Pengalaman masuk dekat hospital ni memang tak dapat dilupakan. Terima kasih lah banyak banyak dekat nurse dengan doktor yang jaga ekin sepanjang ekin berada dekat wad perempuan 10B katil 6 ni. Rasa rindu pulak nak ada orang jaga kita. Tak lupa juga dekat akak-akak dengan makcik yang satu wad dengan ekin sebab sudi berborak luangkan masa dengan ekin.

Yayyy dah discharge! Begitu lah kronologi ekin kena masuk hospital sebab kena demam denggi. Sampai rumah ekin tak lupa pesan doktor untuk minum air masak banyak-banyak. Sekarang dah bebas berjalan ke sana ke sini dekat rumah. Dah makin aktif dah. Tak pening macam dulu time demam. Badan pun dah tak panas. Cuma bintik-bintik merah dekat kaki still ada lagi. Dekat tangan dah tak ada bintik-bintik merah. Ekin nak kena minum air masak banyak-banyak untuk buang semua toksik dalam badan. Harap-harap lah, ekin makin pulih seperti sedia kala.

Oraits, sampai sini sahaja lah update ekin. Terima kasih untuk korang yang sudi baca sampai habis. Entry kali ni agak panjang dari kebiasaan sebab ekin nak sematkan pengalaman ekin ni dekat dalam blog. Nanti ada lah bukti yang ekin pernah masuk hospital sebab demam denggi. Wakaka. Bye korang!

~

Find me at:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

p/s: kalau korang nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan pertanyaan korang dekat ruangan komen di bawah ni tau. dan jangan lupa untuk tick kotak 'notify me' so that, bila ekin reply komen korang, korang akan dapat email notification untuk update.

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
  • First Time Laburkan Duit Dengan Wahed Investment
  • Hada Labo Hydrating Trial Set For Oily/Combination Skin
  • Renew Lesen L (Kereta) Kali Kedua

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ▼  2024 (4)
    • ▼  August (4)
      • Harini Makan Dekat Mokky's Pizza & Coffee | Bukit ...
      • Retinol Intense Daily Mask | SOME BY MI
      • Skincare LUQFA BEAUTY | Tinted Moisturizer & Glowy...
      • M&B Mana Yang Ada Banyak Baju Menarik? | Subang Pa...
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes