Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Tak tahu lah sama ada korang ingat lagi atau Ekin yang tak pernah cerita (hehehe) mengenai kisah muka Ekin yang breakout teruk giler. Setelah bermacam-macam produk Ekin guna... Ada yang makin elok, ada yang buat makin teruk dan ada kan yang sampai takde function langsung dekat muka Ekin ni. Huhuhu. 

Memang banyak sangat lah produk yang Ekin try and error untuk pulihkan balik muka yang breakout ni. Dari range harga mahal bagai nak rak sehinggalah harga semampu milik gitueww.


Dalam tengah try and error tu, ni lah dia salah satu skincare product yang Ekin pernah cuba untuk pulihkan kulit muka yang breakout ni. Tujuan nak cuba range product The Body Shop ni adalah sebab satu sahaja untuk kembali ke organic skincare macam tu lah. 

Buat research sana sini. Akhirnya tiada juga jawapan yang kutemukan. Hikhok. Jadi, mendarat lah seketul asyiqin ni dekat depan kedai The Body Shop ni. Entah macam mana lah ada keberanian nak masuk kedai ni (sebab selama ni memang main lalu je gara-gara harga rangkaian produk The Body Shop ni menyebabkan Ekin berfikir lima ratus kali) Hehehe.

Lepas dah mendarat dekat depan kedai TBS ni, konon-konon masuklah sambil buat muka tengah mencari barang. Setibanya promoter disitu, Ekin pun apa lagi... Tanyalah produk mana yang sesuai nak rawat masalah jerawat ni hahh. Dengan harapan, harap-harap ni lah last produk duit Ekin pergi. Hoho.

And then, promoter tu suggestkan untuk cuba rangkaian TBS Seaweed ni. Untuk pengetahuan korang lah kan, TBS ni jugak ada rangkaian tea tree. Tapi, promoter TBS tu tak suggestkan Ekin pakai sebab ia akan mengeringkan lagi kulit muka Ekin yang sememangnya nampak kering walaupun dah tepek dengan foundation. 


Jadi, Ekin pun purchase lah dua items seperti dalam gambar rajah diatas. Uish, ada gaya macam nak menjawab soalan BM tak? Kohkohkoh. So, berhuhuhuhu lah Ekin keluar daripada kedai TBS ni. Boleh menangis jugaklah tengok harga dia. 

Apa dia dua produk tu? 
1. The Body Shop Seaweed Deep Cleansing Gel Wash
2. The Body Shop Seaweed Oil Balancing Toner

Harga untuk setiap item ni Ekin tak berapa nak pasti. Tapi, yang pastinya range harga memang RM50 ke atas. Ni kalau nak pakai, memang kena berjimat cermat teramat sangattttt.

Opsss, sebelum Ekin terlupa. Untuk rangkaian The Body Shop Seaweed ni adalah untuk jenis kulit combination/oily skin okay :)

1. The Body Shop Seaweed Deep Cleansing Gel Wash


Sebelum ni memang Ekin selalu dan dah terbiasa pakai face wash yang jenis berbuih punya. Bila nak beralih kepada face wash jenis gel ni, ada beberapa tanggapan yang Ekin tak suka. Tanggapan pertama yang Ekin tak suka adalah bila kebanyakan jenis gel face wash ni dia tak berbuih. Ekin pulak tak suka pakai face wash jenis tak berbuih ni. Hohoho, belum pakai lagi dah ada tanggapan tak menarik. Apolahhh. Hihi. Okay, tanggapan kedua yang Ekin tak suka adalah bila pakai gel face wash ni, bila basuh dengan air... Dia akan meninggalkan kesan tak habis basuh a.k.a melekit macam tu lah.

Tapi...!

Tanggapan Ekin bertukar 360° bila dah cuba The Body Shop Seaweed Deep Cleansing Gel Wash ni. Ternyata deep cleansing gel wash daripada rangkaian produk TBS ni memang best! Walaupun face wash ni jenis gel, ia tetap mengeluarkan buih bila nak cuci muka. Kira okay lah daripada takde langsung. Dan gel face wash ni memang jenis tak tinggal kesan lekit malah dia bagi 'cool effect' lepas cuci muka sebersih-bersihnya. 

Yang paling Ekin suka bila dia tinggalkan kesan glowing dekat kulit muka lepas cuci. Rasa segar sikit daripada asyik kurang bermaya akibat breakout sebab salah pakai produk. 


Gambar atas ni kita close-up sikit tengok macam mana tekstur The Body Shop Seaweed Deep Cleansing Gel Wash ni.

2. The Body Shop Seaweed Oil Balancing Toner


Apa yang Ekin suka mengenai The Body Shop Oil Balancing Toner ni satu je iaitu ia meninggalkan 'cool effect' selepas pemakaiannya. Lepas sahaja cuci muka dengan TBS Deep Cleansing Gel Face Wash tadi, Ekin akan terus apply TBS Oil Balancing Toner ni dekat muka dengan menggunakan kapas muka.

Personal Review

Setelah try and error dengan rangkaian produk daripada The Body Shop Seaweed ni, apa yang Ekin boleh kata... Rangkaian produk TBS Seaweed ni betul-betul memainkan peranan untuk mereka yang mempunyai jenis kulit muka combination/oily. Bila korang pakai produk ni, korang akan rasa segar dan kulit muka korang tampak lebih sihat.

Siapa yang jenis kulit muka combination/oily yang mengalami masalah kulit muka kusam dan nampak tak bermaya, Ekin recommend kan rangkaian TBS Seaweed ni untuk korang. Memang best sebab rangkaian TBS Seaweed ni buat kulit muka Ekin tampak lebih sihat dan glowing.

Tapi, untuk masalah kulit muka Ekin yang breakout ni... Ekin tak rasa rangkaian TBS Seaweed ni mampu menyelesaikan masalah kulit muka Ekin. Hampir 3 atau 4 kali dah Ekin mencuba nasib dengan rangkaian produk ni, lama-lama duit Ekin pun terbang melayang. Huhu.  Masalah jerawat/breakout ni masih juga tak selesai (dalam tempoh Ekin cuba rangkaian produk ni). Cuma kulit muka sahaja nampak lebih sihat and i loikeeee :)

Okay, itu sahaja bebelan Ekin pada masa ini. Jumpa korang semua di next entry! 

Hello beauty readers semua, 

Korang pernah tak dengar skincare product jenama Dr. Morita ni? Produk jenama Dr. Morita ni pernah viral tau sebab facial mask hyaluronic acid dia memang superb dan best giler! Ekin pun dah jadi peminat sejati no. 1 dengan kesemua facial mask daripada Dr. Morita ni. Memang dah tak pandang yang lain dah. Hihu.

Tapi kali ni, Ekin taknak borak pasal facial mask Dr. Morita ni. Sebaliknya, Ekin nak review Dr. Morita punya moisturizing essence facial cream dia iaitu HYALURONIC ACID MOISTURIZING ESSENCE FACIAL CREAM. 


Inilah dia essence cream yang Ekin katakan tu. Actually, Ekin sendiri tak tahu yang jenama Dr. Morita ni dia ada facial cream. Ingatkan dia ada facial mask je. Rupa-rupanya ada juga moistirizing essence facial cream ni.

Haritu masa tengah jalan-jalan cari skincare dekat guardian, mata Ekin tertangkap pula dengan moisturizing cream ni. Setelah berfikir ke seratus puluh kali, Ekin pun decide nak beli. Kebetulan pulak memang tengah cari moisturizer sebab kebelakangan ni rasa kulit muka ni asyik kering je. Memang kebetulan sangat lah jumpa face cream ni. Adakah ini jodoh ku? Kuikui.

Masa Ekin tengah fikir seratus puluh kali tu, agak teragak jugaklah nak beli face cream ni sebab masa tu produk ni takde tester dekat sana. So, nak tengok tekstur moisturizer ni pun tak dapat. Tak terfikir pulak nak google tengok tekstur produk ni macam mana. Pakai main beli je. Hahaha. Maklumlah, kalau bab skincare ni main pakai tibai je Ekin rembat.


Bestnya Dr. Morita essence facial cream ni adalah sebab produk ni dia datang bersama-sama dengan spatula. So, senang lah kita nak main masak-masak gituewww. Hehehe, okay gurau je.

Sebab kan face cream ni dia dalam bekas besar macam ni, jadi senang lah korang nak cedok pakai spatula sebelum tepek face cream ni dekat kulit muka korang. Takdelah korang pakai jari korang untuk ambil face cream ni. Kiranya, untuk hygiene purpose lah gituww. Memang bagus! 


Tekstur moisturizing essence facial cream ni jenis krim. Siapa yang jenis kulit muka dia dry skin memang sesuailah dengan korang.

Untuk korang yang jenis kulit muka combination / oily skin, Ekin tak berapa nak recommend kan dekat korang.... takut korang tak suka dengan tekstur dia. Sebabkan face cream ni tekstur dia jenis krim, so potensi untuk orang yang jenis kulit muka combination / oily mungkin tak suka sebab korang akan rasa sticky and rasa macam krim dia tebal je dekat muka.


Kita closed-up sikit tekstur face cream ni.

Dr. Morita Hyaluronic Acid Moisturizing Essence Facial Cream ni korang boleh gunakan sebagai krim siang dan malam. Dan yang bagusnya pasal face cream ni adalah ia berfungsi 6 dalam 1. Apa itu 6 dalam 1?

Maksudnya, face cream ni dia ada 6 fungsi dalam 1 produk. Jadi, apakah keenam-enam fungsi tersebut? 

Untuk pengetahuan korang, face cream ni boleh digunakan sebagai toner, face cream, eye cream, face mask, concentrated essence dan face lotion. Jadi, tak rugi kan?! Memang berbaloi. 


Mungkin ada antara beauty readers kita ni jenis beauty expert, so pemilihan sesuatu produk mestilah dikaji dengan lebih teliti. Betul tak?!

Macam mana nak kaji? Mestilah melalui ingredients sesuatu produk tu. Oleh itu, Ekin dengan senang hatinya akan sertakan sekali dengan ingredients Dr. Morita Hyaluronic Acid Moisturizing Essence Facial Cream ni dibawah:-

Ingredients:
Water/Aqua, Butylene Glycol, Glycerine, Caprylic/Capric Triglyceride, Triethylhexanoin, Hydrogenated Polyisobutene, Cyclopentasiloxane, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Cetearyl Alcohol, Dimethicone, Polyacylamide, Glyceryl Stearate, Palmitic Acid, C13-14 Isoparaffin, Stearic Acid, Sodium Acrylates Copolymer, Niacinamide, Xanthan Gum, PEG-100 Stearate, Methylparaben, Allontoin, Dimethiconol, Laureth-7, Phenoxyethanol, Propylparaben, Tocopheryl Acetate, Phospolipids, Polyglyceryl-10 Stearate, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Fragrance, Disodium EDTA, Dipropylene Glycol, Sodium PCA, Sodium Lactate, Sodium Hyaluronate, Squalane, Arginine, Aspartic Acid, Cycloresiloxane, PCA, Glycine, Alanine, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Tocopherol, Serine, Valine, Proline, Threonine, Isoleucine, Histidine, Phenylalanine, Chondrus Crispus Extract, Ulua Lactuca Extract, Enteromorpha, Compressa Extract, Palmaria Palmata Extract, Undaria Pinnatifilda Extract

Okay girls, gigih I taip balik ingredients dia. Takde orang nak bagi penghargaan dekat seketul asyiqin ni ke? Hohoho. Alright, itu sahaja review tentang facial cream daripada Dr. Morita ni. Hope korang berjaya baca sampai habis lah bebelan Ekin panjang-panjang ni.

See you in the next entry :)

Petang-petang macam ni, rajin pula nak meng-update satu aplikasi website dan mobile apps dimana korang boleh jana pendapatan dari rumah. Ekin sendiri pun dah sign up sendiri, jadi tak salah kan kalau kita nak berkongsi bagaimana nak jana pendapatan dari rumah ni. Bak kata orang, peluang depan mata, jangan di tolak. Kihkih.

Tanpa berlengah masa lagi, ini lah dia JAG Malaysia, dimana korang semua dapat tukarkan kesemua point yang korang miliki kepada CASH hanya dengan melihat iklan, share information dan hadir ke events mereka. Menarik bukan?

Senang kan?!



About JAG?

JAG was founded in 2011 in Hong Kong by a group of experienced brand marketers who saw an opportunity to help brands shine on social media by creating a platform to connect brands and micro-influencers. This win-win platform enables brands to make use of the social media influence of micro-influencers to promote their brands and products, while micro-influencers are rewarded for their time and effort for participating. JAG currently has offices in Malaysia, Hong Kong and Taiwan.


How to Earn?

Senang sahaja. Perkara pertama adalah korang perlu sign up di website JAG dan download JAG mobile app untuk sentiasa up-to-date dengan promotion dan rewards terkini.

Kemudian, login ke akaun JAG anda dan mula ambil bahagian dalam pelbagai aktiviti untuk mendapatkan point daripada JAG.

Apabila anda sudah kumpul point yang mencukupi, anda boleh redeem kepada pelbagai hadiah atau tukarkan mereka kepada tunai.

Lepas dengar ni, mesti mata korang bersinar-sinar dan tak sabar nak register kan?!


Sign Up JAG Account

Untuk register (sign up) ke akaun JAG... korang klik sahaja link sebelah ni >>> SIGN UP JAG MALAYSIA

Korang akan dibawa ke satu laman dimana korang kena FILL IN MEMBER REGISTRATION FORM. Dekat situ, korang masukkan jelah maklumat/details yang dorang minta. 

Dan kalau korang perasan dekat bawah sekali dia ada minta untuk masukkan Referral's JAG username. 


Enter your friend's JAG username so that once you have completed registration and earned up to a certain level of JAG points, you and your friend will BOTH receive a referral bonus of 5000 JAG points (RM50)!

Jadi, untuk dapatkan JAG point sebanyak 5000 bersamaan RM50, korang jangan lupa untuk masukkan dekat bahagian referral's JAG username ni tau.

Korang boleh masukkan nama asyiqinroslee dekat bahagian referral's JAG username ni untuk keuntungan bersama... githceww.

Referral's JAG username
asyiqinroslee

Selesai register, korang bolehlah kongsi kan atau tengok iklan atau sertai mana-mana aktiviti untuk peroleh JAG point ni. Dengan teknologi yang ada sekarang ni, senang kan nak jana pendapatan dari rumah?!

SIGN UP JAG MALAYSIA

Selamat maju jaya!

Okay hi!

Actually, nak update lama dah pasal blackhead/whitehead vacuum suction machine nih. Tapi, baru sekarang ada kerajinan nak meng-update semua. Daripada tak buat apa-apa dekat rumah ni, eloklah kita meng-update blog ya :D

Untuk entry kali ni, Ekin nak cerita pasal satu product ni iaitu Microcrystalline suction blackheads XD-5002. Dekat nama product ni nama dia tulis untuk blackhead suction je, Ekin pi bantai untuk whiteheads sekali. Hohohoho. Sama jelah kan?! 2x5. Janji dia sedut, keluar jugak. Kihkihkih.


Suction machine ni Ekin dah beli lama dah pun. Actually, nak kata beli bukan beli. Tapi, tempoh hari menang voucher Lazada haritu... Ekin shopping lah dekat sana. Dan salah satu item yang Ekin dapatkan adalah Microcrystalline suction blackheads ni.

Sebelum kita cerita panjang lebar... Bagi korang yang tak tahu pasal machine ni, Ekin akan terangkan produk ni macam mana ya :) *dah macam promoter kedai pulak


Microcrystalline Suction Blackheads?

Untuk pengetahuan korang, MICROCRYSTALLINE SUCTION BLACKHEADS ni adalah satu alat kecantikan dimana ianya digunakan untuk membersihkan kotoran di lubang pori, blackheads dan juga minyak yang terhasil di wajah. Alat ini juga digunakan untuk memperbaiki luaran kulit wajah dan kotoran di lubang pori.

Alat ini juga didatangkan dengan empat jenis fungsi probe yang berbeza.

1. Microcrystalline beautiful skin.


WHAT IT STATED ON BOX - Artificial micrinite sub microcrystalline probe, the surface of the microcrystalline, surface adsorption, surface activity, in the case of do not harm the skin, the better to massage the skin to achieve the effect of chamfer.

Okay, untuk fungsi probe ni Ekin pun tak berapa nak pasti sangat. Tapi, yang pastinya probe ni di macam kasar kasar sikit dan ianya mungkin sesuai untuk korang yang nak buang kulit-kulit kasar, degil atau kulit mati dekat wajah. Saranan Ekin, siapa yang tekstur kulit dia halus/nipis, korang jangan lah guna probe ni.

2. Great circle hole suction (The suction is big)


WHAT IT STATED ON BOX - Great circle hole suction head, has the characteristic of strong attraction. Mainly aimed at the blackhead, grease, dirt and cosmetic residue, etc. Careful fragile and thin skin. Once a week, five minute at a time, specific see the skin.

Untuk yang ni, lubang probe dia paling besar dan suction vacuum dia lebih kuat berbanding yang lain. Guna yang ni untuk buang blackhead, minyak, kotoran dan lebihan komestik. Probe yang ni pun untuk korang yang berkulit halus kena berhati-hati sikit sebab suction dia kan kuat. Takut kulit muka hangpa nanti rosak pulak. Gitchew...

3. Small round hole suction (The suction is weak)


WHAT IT STATED ON BOX - Small round hole probe suction is weak, thin skin can be used to adsorb oil, dirt and cosmetic residues, etc.

Probe ni dia ada bulatan yang lebih kecil dan tekanan suction vacuum dia lebih rendah. Untuk yang berkulit halus, korang boleh guna yang ni untuk sedut minyak, kotoran dan lebihan komestik dia wajah, etc.

4. The elliptical hole suction (The suction is weak)


WHAT IT STATED ON BOX - Elliptic hole design, can be used for daily skin care. The are wrinkles such as the corner of the mouth, etc. Adsorb quickly parted after, take out again, so use repeatedly. Can also use from down to up, life the face.

Last but not least, probe yang ni dia ada elliptic hole design dan boleh digunakan dalam seharian skin care routine. Suction dia pun rendah berbanding yang lain.


Andai kata kalau korang tak pandai nak guna alat ni, jangan risau sebab ia didatangkan dengan instruction ni dalam bahasa inggeris. Ayat yang digunakan memang mudah untuk difahami. Jadi, don't worry okay!


Blackhead vacuum suction machine ni menggunakan bateri jenis double A (AA) dan memerlukan 2 bateri sahaja untuk menghidupkan fungsinya. Hahh... produk ni tak didatangkan sekali bersama bateri ni tau. Jadi, korang kena beli sendiri bateri double A ni dekat mana-mana kedai.


Yang ini pula adalah switch ON/OFF. So far, selama Ekin pakai suction vacuum dia memang kuat dan mampu untuk membuang whitehead/blackhead dari wajah. Saranan Ekin, sebelum nak guna alat ni... pastikan lubang liang pori kita terbuka dengan steam wajah kita dengan wap air panas. Ini adalah supaya senang segala kotoran di wajah kita dibuang.


Yang ni pula rupa apabila kepala probe dipasang kepada alat. Korang hanya perlu tarik sahaja untuk menukar kepala probe mengikut kesesuaian masing-masing. 


PERSONAL REVIEW!

Actually, dulu Ekin pernah beli satu machine untuk buang whiteheads dan blackheads ni. Tapi, end up dengan tersadai dekat rumah sebab bila pasang bateri, suction dia tak begitu kuat. Ibarat hidup segan, mati tak mahu. Jadi, tersadai jelah alat tu dekat rumah. Sebelum beli tu, ingat macam best sebab dia ada sekali probe untuk massage semua. Sampai-sampai je, terus tak boleh guna. Sobs sobs.

So, bila dapat voucher Lazada haritu... dua tiga kali jugak lah fikir nak beli ke taknak. Takut membazir macam haritu. Hohoho. Ended up, dengan BELI JELAHHHH. Kalau tak beli nanti lagi rugi. Menyesal tak kesudah kalau tak beli. Hehe.

Tapi, kebiasaannya sebelum membeli memang Ekin akan baca review dulu sebab taknak menyesal beli alat yang tak berfungsi seperti sewaktu ketika dahulu. Benda pertama yang Ekin akan cari, semestinya nak tahu suction vacuum dia kuat ke idokkk. Ramai yang cakap memang elok, suction pressure dia pun sesuai dengan kulit muka... Tanpa banyak songehh Ekin pun add to cart dan sepantas kilat terus checkout.

Bila barang dah sampai rumah, punyalah excited nak tengok. Ekin terus pasang bateri (nasib baiklah ada bateri double A ni dekat rumah, kalau tak terpaksa lah pergi kedai semata nak cari bateri je, huhu). Dah pasang bateri, terus switch ON. Wahhhhh, memang tak rugi lah beli. Yang ni baru betul nak buang blackhead. Suction vaccum dia pun elok, kuat. Memang best lah!

Petang tu, terus Ekin pakai nak bersihkan kulit muka ni. Memang habis semua blackheads/whiteheads dia tarik.

Okay.

Jadi, dekat mana nak dapatkan?

Korang hanya perlu pergi sahaja ke laman website Lazada Malaysia untuk membelinya. Atau klik sahaja link dekat bawah. Dekat sana nanti korang boleh dapat pelbagai jenis blackhead vacuum suction machine ni daripada pelbagai harga dan jenis. Tengoklah mana-mana yang korang rasa sesuai dan menarik.

Bagi Ekin, memang best lah ada satu alat ni dekat rumah. Tak payah susah-susah nak pergi facial spa, bayar dengan harga yang mahal untuk buang blackhead dan whitehead ni. Korang boleh jimat sikit duit untuk buat treatment yang berbaloi sikit dekat sana. Hehehe.

BLACKHEADS SUCTION MACHINE - Lazada

Orait, itu sahaja entry Ekin untuk kali ni. Dah beli nanti jangan lupa kongsikan pengalaman korang guna alat ni dengan Ekin tau. Lepas ni, makin licin lah wajah kulit korang semua nanti :p

p/s: Make sure masa nak guna alat ni nanti, jangan letak terlalu lama setempat dekat wajah, sebab sedutan dia kuat takut akan meninggalkan parut. Andai kata, ia meninggalkan parut, korang jangan risau okay... kebiasaannya dalam 2,3 hari macam tu parut akan hilang dengan sendiri.


Bagi anda yang sedang tercari-cari rumah di kawasan Bangi untuk dibeli dan didiami, rumah dua (2) tingkat di Bandar Seri Putra, Bangi ini sedia untuk dijual. Rumah 2 tingkat yang berkeluasan 22 x 80 kaki persegi ini sudah diubah suai menjadi sebuah rumah 2 tingkat yang berkonsepkan modern dan sesuai dijadikan tempat tinggal untuk seisi keluarga :)

Jom kita lihat dulu kawasan dalam rumah ni.


Ruang Tamu

gambaran daripada ruang tamu hadapan

ruang tamu berehat

overview ruang tamu

ruang makan sekeluarga

Dapur Basah dan Kering



Rumah 2 tingkat ini dilengkapi dengan dapur kering dan dapur basah. Sesuai untuk mak-mak yang suka memasak dan yang paling penting memang selesa sangatlah!



Bilik Tidur


Mempunyai 4 bilik yang sangat luas dan selesa. Siap boleh main berlari lagi. Hehehe... Gurau2 :P





Bilik Air (Tandas)


Rumah 2 tingkat ini juga dilengkapi bersama 3 bilik air.


Lain-lain




Okay,

Dah tengok gambar-gambar keadaan rumah 2 tingkat ni? Cantikkan?! Sekarang, jom kita lihat details mengenai rumah 2 tingkat ni.

MAKLUMAT TENTANG RUMAH

Lokasi : Bandar Seri Putra, Bangi
Jenis : Double storey house
Kelengkapan : Mempunyai 4 bilik + 3 bilik air
Tenure : Freehold - Bumi lot
Keluasan : 22 x 80 sqft
Harga Untuk Dijual : RM600k (nego)

Renovation made on : Plaster ceiling, Wet & Dry Kitchen, Fully Car Porch, Laman Belakang

Nearby Amenities : Surau & Masjid, Primary and Secondary School, KUIS, Klinik Kesihatan Bangi, Tesco, KFC, McD, Pizza Hut, Domino's, Wet World Bangi, Bangi Commuter Station, BSN, Petronas, Post Office, Bangi Police Station.

HOUSE FOR SALE
RM600k (nego)

Jika anda ada sebarang pertanyaan / persoalan dan berminat untuk dapatkan rumah 2 tingkat ini, anda boleh hubungi di talian seperti tertera:

HUBUNGI:

011-12750329 (Sayyidi)

atau

012-9893761 (Azlin)
click pada nombor tertera untuk direct terus ke whatsapp















Jumaat lepas, Ekin dan kawan-kawan yang lain buat trip ke Negeri Sembilan. Disebabkan kitaorang dah nak habis belajar... kemungkinan lepas ni dah susah nak jumpa dan masing-masing mungkin akan teruskan kehidupan masing-masing dan mungkin akan berkahwin tak lama lagi. Hikhok. Untuk trip kali ni, kitaorang pergi 2 hari 1 malam dan tidur di rumah penginapan salah sorang kawan Ekin. Niat asal untuk trip ni adalah semata-mata untuk buat BBQ sama-sama. Hahaha. Sampai ke Negeri Sembilan kitaorang ber-BBQ uols.


Untuk trip ni kitaorang pergi dengan tiga buah kereta dan bertolak dari Shah Alam (pagi) dalam jam 8 lebih macam tu. Singgah sarapan dekat Restoran Gembira untuk pastikan kami semua bergembira sepanjang dalam perjalanan ke Negeri Sembilan gitcheww.


Sesampai sahaja di sana, kitaorang terus ke lokasi Air Terjun Ulu Bendul.


Sampai je dekat sana, Ekin pelik? Kenapa tak ramai orang? Kosong! Lengang je... Hahaha.

Rupa-rupanya sekarang ni kan dah musim persekolahan. Kitaorang je yang bercuti sekarang ni. Huhu. Lagipun, masa kitaorang sampai ni masih tengah hari lagi. Kalau sampai petang sikit, mungkin ramai orang dah bermandi manda dekat sini.

Kitaorang pun pergi lah ke kawasan lebih atas sikit sebab nak kan air terjun. Cari kawasan tempat parking kereta dekat atas dan berjalan tak sampai 5 minit dah jumpa dah air terjun dia. Masa ni tak sempat nak ambil gambar air terjun sebab masing-masing dah seronok mandi. Tapi memang cantik lah tempat dia.

Tiga orang ni je bertapa atas batu sambil celup-celup kaki. Hahah. Sepatutnya ambil gambar background air terjun masa ni.. hehe. Baru lawa sikit.


Selesai bermandi-manda dekat Ulu Bendul. Perut masing-masing dah kelaparan. Kitaorang pun singgah lah dekat salah satu kedai makan dekat sana.



Best makan dekat tepi jalan ni sebab dia menghadap bukit-bukit ni. Feeling back to nature sangatttt. Kalau tak silap Ekin, nama kedai ni Zaini Salai House kottt. Menu utama dia memang semua dia salai. Tak sempat nak ambil gambar lauk-lauk yang mereka sajikan. Tapi disebabkan Ekin tak rasa lapar lagi sebab nak jaga perut untuk BBQ malam ni, Ekin order cendol je sebenarnya. Kehkehkeh.


Ni lah dia cendol yang Ekin order. Sementara tengok kawan-kawan yang lain sedang menikmati nasi dorang, Ekin makan yang ni je hahh. Pelik betul selera Ekin nih. Hahaha.

Selesai makan, kitaorang pergi ke pasaraya berdekatan untuk beli barang BBQ malam ni.


Betul lah kata orang, perempuan ni bila masuk je kedai shopping semua barang depan mata nak diambilnya. Haha. Nasib lah kitaorang memang limitkan sampai berapa je nak berbelanja. Kalau tak, berterbangan dah duit-duit dekat sana.


Habis beli barang, masing-masing terus bertungkus lumus dekat dapur. Ada yang cuci barang basah. Ada yang potong-potong sayur. Masa ni mencabar betul nak cuci ayam. Banyak pulak tu. Hahaha. Nasib lah dekat rumah memang dah biasa tolong cucikan ayam ni. 

Malam tu, masing-masing terus dengan BBQ. Banyak betul menu malam tadi sampai tak muat perut nak sumbat. Ada BBQ ayam, daging, ikan, sweet potato, kentang, coleslaw, cocktail, nasi goreng, sosej dan macam-macam lagi lah. Haha.

Guysss... baru perasan, satu gambar BBQ pun Ekin tak ambil. Huhu.

Habis ber-BBQ malam tadi. Kitaorang pun tido dengan lenanya. 

Keesokkan pagi kitaorang sarapan dengan menu malam tadi. Kohkohkoh.


Masa ni tengah duduk santai dekat ruang tamu atas sambil dengar dorang ni buat mini concert. Masing-masing nak ber-karaoke. Masa trip ni, dekat ruang atas ni je line internet Ekin ada. Hahaha. Sedihnya lahai.

kena paksa cium dengan aunty ekin...

Menu makan tengah hari, kitaorang makan lauk salai yang dibuat khas oleh mak Zalikha sendiri. Memang sedappppp sangattt! Pedas orang nogori dia memukauuu sampai habis. Rasa macam nak lagi... Huhu.. Sobs sobss...

Habis je makan tengah hari, masing-masing nak balik ke Shah Alam semula. Tak dapat nak bercuti lama sebab ada yang final paper tak habis lagi. Ambil gambar sebagai kenangan dan tanda perpisahan.


Thank you family Zalikha sebab sediakan penginapan yang sangat selesa yang jemput kitaorang semua untuk menginap dekat sana.


Last photo sebelum masing-masing balik ke Shah Alam dan meneruskan kehidupan... Imma cry :(


With tasha yang cantik :)

With syira yang baik hati :)

With uyeen.. hardworking person :)

With put yang sempoiii dan baik hati :)

With aliza yang bijak dan sentiasa menyenangkan :)

With zalikha yang sentiasa aktif kesana kemari :)

With syarmine yang always gojess :)

With syu yang cantik :)



Itu sahaja. Ended of our trip. Malas nak bebel panjang-panjang. Kihkih. Bye Negeri Sembilan!


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Renew Lesen L (Kereta) Kali Kedua
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
  • Hada Labo Hydrating Trial Set For Oily/Combination Skin
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ▼  2024 (4)
    • ▼  August (4)
      • Harini Makan Dekat Mokky's Pizza & Coffee | Bukit ...
      • Retinol Intense Daily Mask | SOME BY MI
      • Skincare LUQFA BEAUTY | Tinted Moisturizer & Glowy...
      • M&B Mana Yang Ada Banyak Baju Menarik? | Subang Pa...
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes