Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Hi, selamat petang semua. Petang ni Ekin saje-saje jelah nak update aktiviti apa yang Ekin buat sepanjang harini. Memandangkan harini hari minggu, rasa menyesal pulak tak keluar berjalan. Bila tak keluar berjalan, asyik duduk dalam bilik je, nampak gayanya kenalah buka buku buat kerja. 

So, harini daripada pagi Ekin dah bersemangat nak siapkan kerja berkaitan entrepreneurship punya subjek. Dah buka laptop, dah siap-siap ajak roommate Ekin sekali buat kerja. Tup tupp, slide powerpoint pulak ada dekat team member lelaki. Dah nak kena whatsapp mintak bahan material nak tulis buat report. Terus tak jadi nak buat kerja. Hehehe. 


Nampak tak architecture drawing sebesar alam ni. Memandangkan kerja yang tadi tak jadi nak buat, kita pun beralih lah kepada kerja yang mencabar sikit ni. Integrated Design Project (IDP). 

Disebabkan kelas IDP ni baru first class, Ekin bersama dengan roommate ni pun lakar-lakar lah dulu dekat mana nak letak beam and column structure semua. Boleh dikatakan pening lah jugak kepala ni nak memikirkan dekat mana nak letak. Kang, silap letak mahu kena dipersoalkannya nanti. Adududu. 

Bila tengok drawing banyak-banyak macam ni, macam manalah engineer dekat luar sana boleh berhadapan dengan drawing ni hari-hari. Ekin yang baru nak tengok ni pun, rasa lemah je pandang drawing ni semua. Belum lagi masuk design nak calculate semua loading. Salah kira, boleh runtuh nanti bangunan tu. Bersediakah nak jadi engineer nanti? Hahaha.

Okay lah, itu sahaja aktiviti Ekin harini. Disebabkan petang ni roommate Ekin keluar jogging bersama si dia, kerja semua kita terbengkalaikan sekejap. Mana aci kalau Ekin buat kerja sorang-sorang, roommate Ekin pulak seronok pergi dating. Hehehe.  
Dah dua kali postponed, akhirnya dapat juga pergi ke kilang beras BERNAS dekat Sekinchan ni. Tujuan nak pergi ke kilang beras BERNAS ni sebenarnya nak ambil sekam padi untuk jalankan project akhir tahun Ekin dekat universiti ni. Cari punya cari, akhirnya dapat juga sekam padi dari BERNAS ni.


Ekin pergi ke kilang beras ni bersama rakan baik Ekin sendiri. Sebabnya dua-dua menggunakan material yang sama untuk bahan kajian. Untung jugak kan? Kalau tak, naya Ekin nak kena pergi Sekinchan ni sorang-sorang je. Tambah pula, jauh dari Shah Alam. Menangis Ekin nanti. Hoho.


Bangun seawal 5 pagi lagi, nak bersiap-siap pergi Sekinchan. Takut pula jem nanti masa dalam perjalanan. Nak bertembung dengan orang yang pergi kerja lagi. Janji dengan pihak BERNAS pun dalam jam 10:30 pagi. Kira okay lah kan. Kalau sampai awal, boleh cari tempat breakfast dekat sana dulu. Lepas je solat Subuh, terus siap bertolak ke Sekinchan.

Dari Shah Alam ni, boleh kira ambil masa dalam 1 jam lebih lah untuk sampai ke Sekinchan. Kitaorang pulak guna jalan yang tak de toll. Memang jalan tu lurus je. Alhamdulillah lah, takde jem tak sesak ke apa. Tup tuppp, dah sampai ke Sekinchan. Masa nak sampai tu, nampak pula permandangan sawah padi. Cantik sangat! First time tengok in real life. Tiba-tiba rasa teruja pula. Hahaha. Ekin dengan kawan Ekin pun cakap, "yang ni lepas balik ambil sekam padi, kena photoshoot dekat sini ni". Hehe.


Luas sangat sawah padi ni. Dapat lah tengok juga tali air tu macam mana. Maklum lah, budak bandar tak tahu apa-apa. Kehkehkeh. Okay. Kitaorang sampai dekat Sekinchan ni dalam 9 lebih macam tu. Kira ada lagi 1 jam sebelum pukul 10:30 am. Kawan Ekin (si driver, hehe) pun pusing-pusing cari tempat makan berdekatan untuk sarapan. Dapatlah satu kedai makan ni. Kebiasaannya, menu pagi rakyat Malaysia ni akan order Nasi Lemak kan? Tak Nasi Lemak, roti canai. Sama lah macam Ekin. Order lah roti kosong satu, teh tarik satu. Ngammm sangat!


Dah makan sikit, lupa pulak nak ambil gambar. Hahaha. Nasib tak habis lagi.

Kebetulan pula, masa tengah makan-makan ni, ada seorang menteri besar datang makan kedai yang sama. Teruja pula Ekin tengok. Selalu nampak dalam tv je. Masa ni, kawan Ekin dah google dah, sebab nak kepastian. Hahaha. Rupa-rupanya, betul lah! Nah, Ekin belanja satu gambar. Hehe.

kalau korang pandai, cuba teka siapa? >_<

Masa nak bayar tu, kawan Ekin ni lah. Excited sangat sampai minta nak bergambar. Hehehe. Ekin pun apa lagi, kita inter-frame lah jugak. Masuk sekali.

Dah selesai sesi bergambar, Ekin dan kawan Ekin ni pun pergi lah terus menuju ke kilang beras BERNAS, Sekinchan. Sementara nak tunggu jam 10:30 am, macam biasa selfie dulu.


Jam tunjuk je pukul 10:30 am, kitaorang pun masuk lah ke kilang beras BERNAS tu. Tapi, sebelum tu kena daftar log masuk pelawat dekat guard depan kilang tu dulu. Dekat sana nanti, guard akan beri pas pelawat untuk menandakan bahawa kita ni seorang pelawat. Hahh gituuu. Kemudian, guard tu nanti akan guide kita nak kena masa seterusnya bagi yang first time datang melawat. Kitaorang dibawa berjumpa dengan Encik Ramdan, dan sebenarnya dengan Encik Ramdan ni lah kami berurusan sebelum nak datang melawat.

Dekat sana, Encik Ramdan bawa kami masuk ke dalam bilik meeting dan terangkan serba sedikit proses penghasilan beras di sana.

Antara produk Kilang Beras BERNAS, Sekinchan.

Kitaorang pun terangkan juga tujuan datang ke BERNAS ni atas sebab untuk mengambil sekam padi bagi bahan kajian projek akhir tahun kitaorang dekat universiti. Nasib baik takde sebarang charge dikenakan untuk ambil sekam padi ni. Hehe. Selamat duit kami.

Selesai sahaja penerangan oleh Encik Ramdan, kami pun dibawa ke galeri untuk melihat proses penghasilan beras, mesin yang digunakan, komposisi beras yang dihasilkan dan banyak lagi. Banyak lah juga input yang kami dapat. Nanti boleh lah masukkan dalam report.

Akhir sekali, sesi bergambar dengan staff-staff BERNAS yang terlibat.


Yang berdiri antara kitaorang tu lah boss besar kilang beras BERNAS ni. Dapat lah juga ilmu serba sedikit dari beliau. Yang kanan hujung sekali itulah Encik Ramdan yang kami berurusan sepanjang sesi ni. Apapun, terima kasih banyak-banyak atas kerjasama yang diberikan oleh pihak kilang beras BERNAS, Sekinchan :)

Sebelum pulang semula ke Shah Alam, rasa rugi pula kalau tak berjalan-jalan dekat kawasan Sekinchan ni. Tambahan pula, nampak sawah padi terbentang luas dekat depan kilang ni. Apa lagi? Singgah lah kejap. Hehe.


Tumpang ambil gambar dekat sini, ya =D


gambar candid selalunya menjadi, hehe.


kita buat gaya formal sikit, okay.


gambar pusing pandang belakang, namanya.


Dapat pun bergambar tengah jalan ni. Nasib baik kawasan ni kenderaan memang tak lalu sangat. Luas kan sawah padi ni! Cantik sangat.


peace sikit ^_^

Habis je berjalan keliling sawah padi ni. Kitaorang pun, sambung lah balik perjalanan balik ke Shah Alam. Sepanjang perjalanan tu, tengok juga kiri kanan sebab nak cari kedai singgah makan tengah hari. Tapi, lain yang dijumpanya. 

Nampak pula signboard sky mirror dekat Kuala Selangor.

Pergi-pergi, alahhhh. Rupanya dah habis waktu nak ber-Sky Mirror ni, Dia kena tengok air pasang surut nak pergi Sky Mirror ni. Kena booking dulu dan sebagainya. Melepaslah peluang. Tak dapat pergi, janji gambar kena ada. Hohoho.


Dah habis berjalan. Kali ni memang betul-betul terus balik ke Shah Alam. No more jalan-jalan. Masa pun dah nak dekat petang. Berjalan banyak sangat nanti, risau pulak driver kita penat. Nanti kalau penat, siapa lah yang nak drive kereta tu nanti. Ada yang bermalam dekat Kuala Selangor tu nanti. Terbang lagi duit ni hahh. Kehkehkeh.

Sampai je dekat Shah Alam, singgah makan dekat Kenny Rogers.


Menu ni memang sedapppppp sangatttttt. Next time datang Kenny Rogers, Ekin nak order menu yang sama. Tapi air nak tukar. Hehehe. Sebab Ekin tak suka Ice Lemon Tea dia. Rasa lemon dia kuat sangat. Mungkin Ekin kena order Iced Chocolate pulak, lepas ni. Memang hantu coklat betul Ekin ni.

Habis makan, kita terus balik kolej. Angkut sekam padi tadi naik bilik. Boleh patah pinggang nak angkut naik sampai tingkat 3. Sekam tu pulak ambil sampai 15 kg. Mahu tak patah pinggah nanti. Nasib baik bungkus 5 kg per plastik beg. Esok lusa, boleh jadi sado kalau angkut sekam ni hari-hari.

Itu sahaja cerita semalam semasa lawatan ke kilang beras BERNAS, Sekinchan.

Kepada yang inginkan maklumat kilang beras BERNAS, Sekinchan untuk dihubungi, dekat sini Ekin share kan sekali supaya mudah untuk korang kot kott nak buat lawatan lihat proses penghasilan beras dan sebagainya.


KILANG BERAS BERNAS, SEKINCHAN

Website : Kilang Beras BERNAS

Email : ramdan@bernas.com.my
(Encik Ramdan bin Misri)

Contact number : 03-32410001
Hello readers! Malam ni saje-saje lah nak meng-update blog sambil melayan diri yang tak berapa nak sihat ni. Dah masuk 2, 3 hari jugak lah Ekin mula-mulanya batuk. Lepastu demam. Terus selsema. Awal-awal tu ingatkan batuk, sebab salah minum air ke apa. Sebab nya rasa macam gatal tekak time tu. Tidur malam pun tak lena. Asyik batuk je. Tup, tup... Esoknya terus demam. Hahh, kan dah kena. Rasanya lama jugak lah Ekin tak pernah demam ke sakit apa-apa ke. Kononnya antibodi Ekin kuatlah. Sekali.... Terus tak larat nak buat apa. Badan pun rasa sejuk panas sejuk panas je. Dengan keadaan cuaca tak menentu lagi. Aiyooo. 


Bila dah start deman. Badan pun rasa tak sihat. Tambahan lagi, dengan nak stay up siapkan report. Esok pulak, ada class. Pasal report tu, uhuks. Ekin memang tak stay up malam lah cerita dia. Tak larat sangat malam ni. Rasa nak selubung je bawah selimut. 

Dalam antara batuk, demam dengan selsema. Selsema ni lah paling yang kalau boleh nak elak sangat-sangat. Ganggu emosi seharian Ekin je. Haha. Asyik-asyik nak mengalir je. Rasa nak tercabut hidung ni bila asyik nak hembus je. Sakit pulak hidung kita ni. 

Bila dah sakit ni, biasanya orang akan pergi klinik jumpa doktor mintak ubat. Tapi, Ekin ni pulak sejenis yang tak suka pergi klinik. Hehe. Sejenis yang tak suka jumpa doktor. Nasib lah roommate Ekin ada ubat panadol , ubat batuk dengan selsema. Untung jugak ada roommate yang rajin pergi klinik ni. Ekin pun apa lagi, nak taknak terpaksa lah telan ubat biji tu. Ekin memang tak pandai nak telan ubat sebenarnya, sebab tak tahan rasa ubat bila dah masuk dalam mulut. Kalau boleh rasa nak makan ubat budak-budak je. Mmmm. Sedap! 

Pasal ubat biji tu. Alhamdulillah, berjaya juga telan setelah melepasi rintangan merasa kelatnya ubat tu. Tiba-tiba rasa bangga pulak dengan diri sendiri. Yayyy.  Dah pandai telan ubat sendiri. Hahaha. Tak padan dengan umur betul lah. 

Apapun, demam Ekin dah makin berkurang. Cuma kadang-kadang tu, kejap sejuk kejap panas. Jadi tak tenteram pulak rasa nak buat apa-apa aktiviti. Batuk pun dah tak ada. Cuma? Selsema! Bila lah nak sihat ni. Harap-harap lah Ekin dah boleh kembali aktif, cergas dan cerdas. Uish. Kata-kata mana lah Ekin kutip ni. Macam pernah ku dengar... 
Just a quick update for today. I went to a long-time-no-see-old-neighbor's wedding. Sebenarnya, agak lama lah jugak Ekin tak berjumpa dengan jiran lama dulu. Time kecik-kecik selalu lah jugak main sama-sama. Sebelum ni, parents Ekin lah yang rajin jumpa dengan jiran lama. So, tadi datang wedding abang Najib kiranya first time lah jumpa after lebih dari 10 tahun tak jumpa. Muka pun Ekin dah tak cam sangat. Nasib baik lah dorang ingat Ekin lagi. Hehe.

kononnya macam nak tunjuk lah wedding's OOTD macam mana, kahkah

Ekin pun dah lupa memori zaman kecik dulu macam mana. Maklumlah time tu last jumpa pun masa darjah 3 kot. Bayangkan lah masa tu Ekin kecik lagi, masih nak belajar tambah tolak dalam matematik. Haha. Abang-abang jiran sebelah pulak lagi tua daripada Ekin. Tak silap jarak umur 3,4 tahun macam tu. Apapun, Ekin rindu lah zaman-zaman kecil dulu. Rasa macam nak patah balik je masa tengok perangai dulu macam mana. Haha. Cukup lah dengan throwback yang sememangnya Ekin ingat ingat lupa. Jom tengok beberapa gambar Ekin untuk hilangkan kebosanan.

gaya tudung paling cun pernah jadi, selalu memang agak selekeh

pandang kamera-senyum sikit

Gambar dengan pengantin? Maklum lah selalu sangat datang awal. Pengantin pun tak sampai lagi. Haha. Tak berkesempatan nak jumpa dengan abang Najib. Dapat jumpa dengan dua beradik je tadi. Ekin? Tengok jelah dorang berborak dengan mak ayah Ekin. Nak menyelit rasa macam kekok sebab Ekin pun dah tak cam dorang. Sobs sobs.. Dorang pun dah besar. Dah kahwin. Dah ada anak. Agak macam terkejut budaya sikit jumpa jiran lama yang time kecik selalu main sama. Bila dah lama tak jumpa, macam ni lah jadinya.

Masa nak balik tadi, Pakcik Nasir cakap "Ekin tak lama lagi lah ni. Nanti time Ekin, jemputlah ya". Alamak. Pandai Pakcik Nasir kita ni bergurau. 

Sekian sahaja cerita harini.
Assalamualaikum semua. Salam Maal Hijrah 1440H.

Sambil tengah blogwalking dan dalam masa yang sama juga sambil baca entry-entry baru yang rakan-rakan blogger baru update, ternampak pulak ada satu segment bloglist september ni. Cepat-cepat Ekin klik untuk join bagi memeriahkan segmen yang dibuat oleh kak Syamimi Saad ni.

Kalau korang semua nak join juga, klik je pada banner okay :)


Tarikh : 07 September - 27 September 2018

Selamat bersegmen! Harap-harap Ekin dapat masuk dalam senarai bloglist untuk segmen ni. Hihi.

Sedar tak sedar, kita pun telah masuk tahun baru dalam kalendar islam untuk tahun ke-1440 Hijriah. Dikesempatan ini, Ekin ingin mengucapkan selamat tahu baru buat semua umat islam yang ada di muka bumi ini. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.


Untuk azam tahun baru ni, Ekin takdelah banyak sangat keinginan yang Ekin nak capai. Sebab azam yang lepas-lepas pun masih tak tercapai. Haha. Cuma, Ekin harap kehidupan kita semua sama ada di dunia dan juga di akhirat akan berjaya dan memperoleh keredaan dariNya.

Apa pula azam baru anda?

Hello readers! Guess what? Ekin dah habis dah praktikal untuk degree ni. Yayyy. Boleh lah bersenang lenang lepas ni. Dah takde dah nak bersiap pagi-pagi pergi kerja. Lepas ni kena bersiap pagi-pagi pergi kelas pulak! Haha. Baru nak hidup senang lenang, dah nak kena sambung kelas balik. Nasib lah badan tinggal lagi satu semester untuk habiskan zaman degree ni.

Disebabkan hari ni takde nak buat apa-apa, my dad ajak satu family pergi wedding kawan dia. Actually, dari haritu lagi sebenarnya ayah Ekin dah inform awal-awal hari Sabtu ni ada wedding. Maklumlah anak-anak perempuan ni, kalau inform lambat... maka lambat lah siapnya. Hehe. So, malam tadi dah iron baju dengan tudung siap-siap supaya bangun pagi nanti lepas mandi terus je siap. Zappppp, hahh. Siap awal dari kebiasaan. *tepuk sikit

iklan selfie jap dekat sini

Wedding ni diadakan dekat Bizmilla Garden Hall, Subang. Dalam kad jemputan, supposedly majlis start pukul 11 pagi. Entah macam mana, boleh tersampai awal pulak. Kami sekeluarga pun, jalan-jalan lah dekat sana dulu. Nasib lah dewan majlis ni buat dekat dalam One City Mall, boleh lah jalan-jalan cari tempat nak bergambar. Haha.

Berjalan punya jalan, tengok jam. Belum lagi pukul 11 pagi. Adoiii. Ottoke? Perut pun dah minta makanan ni. Depan mata pulak ada kedai Old Town. Kami satu family pun masuk lah dalam Old Town, makan isi perut sikit sebab keluar rumah tadi tak sarapan pun. Padahal, kejap lagi nak makan. Makan tadi pun order roti bakar je. Ada lah dalam 4 pinggan dah melahap masuk perut ni. *terfikir  pulak macam mana lah nak makan kejap lagi ni, perut dah penuh.

Lepas makan, terus pergi wedding hall Bizmilla ni. Tengok sekeliling, rupanya ada banyak wedding hall Bizmilla dekat sini. Rasanya masa Ekin pergi tadi, ada 4 majlis kahwin dekat sana. Nasib tak tersalah masuk dewan orang lain. Kohkohkoh.

ambil gambar sikit, hehe

Tadi, ada lah jugak search dekat Bizmilla Wedding Centre ni. Saje-saje je nak godek. Rupanya, ada banyak jenis wedding hall dekat sana. Baru Ekin tahu, wedding yang Ekin pergi tadi tu jenis Garden Hall sebab nampak hall dia dihiasi dengan konsep garden. Jalan pun atas rumput. Feeling feeling gitu.

sebabkan dah makan dekat Old Town tadi, terpaksalah ambil nasi sikit je

Banyak lah juga menu yang ada dekat sana. Antaranya, nasi arab bizmilla, nasi putih, daging masak rempah bizmilla, ayam masak merah, sweet and sour fish fillet, dalca sayur, acar jelatah dan papadom. Untuk sudut santai tadi, ada menu kuih karipap, seri muka, bubur kacang dengan air teh tarik. Lupa nak tangkap gambar tadi sebab belakang Ekin ada orang beratur nak ambil makanan juga. Rasa menyesal pulak tak makan banyak-banyak. Bila dah balik rumah, baru terasa lapar. Perut ohh perut. 


Selesai makan tadi, kita selfie kejap. Benda ni memang tak boleh nak lari. Pantang kalau lighting on-point, mesti nak selfie. Masa ni nasib tak ramai orang lagi. Kalau tak, Ekin pun segan nak pandang camera. So, senyum lah sikit satu kali.

senyum dua kali, cantik pulak orang sebelah ni

Firdaus & Intan tied the knot

Dah habis makan, kita pun balik. Dapatlah door gift comel ni. Selalu dapat kicap. Kali ni dapat cookies. Hehe. Kalau tak, beratur dah kicap dekat rumah ni.

ootd | outfit of the day

Sambil berjalan nak cari parking kereta, ternampak pulak satu tempat macam nice je untuk ambil OOTD. Snap lah satu kali. Habis lah cerita Ekin untuk hari ni. Habis je wedding #IntanFirdaus ni, terus balik rumah. Terus update blog.

Anyway, thank you for reading !

Adakah anda sedang mencari rumah untuk dibeli? Kalau boleh mesti nak kan harga yang berpatutan bukan? Dan kalau boleh, mesti nak kan suasana perumahan yang tenang dan selesa bukan?

Perkara pertama yang akan kita fikir semasa ingin membeli rumah, sudah tentu kos dan harga rumah tersebut. Dan yang paling penting adalah, biarlah keadaan rumah itu sesuai dengan harganya. Betul tak?

Jadi, jika anda sedang mencari rumah di area Shah Alam, anda berada di halaman yang betul. Rumah 3 tingkat semiD, Seksyen 7 Shah Alam untuk dijual!

inilah dia rumah 3 tingkat semi-d untuk dijual

Rumah ini sudah siap direnovate dan anda hanya perlu angkat barang sahaja untuk tinggal. Seronok kan?! Pemandangan hadapan rumah ini sahaja dah cantik, apatah lagi dekat dalam rumah. Memang beruntung sangat untuk anda yang sedang mencari rumah di Shah Alam ni.

Jom kita lihat kawasan dalam rumah pula.


dilengkapi kolam ikan

bahagian ruang tamu




Kalau anda perasan, lampu dan ceiling ni pun telah di renovate. Memang high class, sesuai untuk anda yang sukakan konsep mewah.



keadaan lampu apabila dipasang

cantik kan bahagian tangga rumah ni?! (tangga untuk naik ke ruangan atas)

ruangan bilik





boleh dijadikan tempat untuk bersantai

overview ruangan bawah




Nak tahu part paling best dalam rumah ni?

pemandangan masjid shah alam dari tingkat atas (best kan!)



MAKLUMAT TENTANG RUMAH

Lokasi : Seri Putramas, Seksyen 7 Shah Alam
Jenis : Rumah Semi-D 3 Tingkat
Kelengkapan : Mempunyai 6 bilik + 4 bilik air
Tenure : Leasehold (99 years)
Land Area : 389 square metre (4,187 square feet)
Total Built-up Area : 334.91 square metre (main floor area), 39.48 square metre (ancillary floor area)
Occupation Details : Vacant
Harga Rumah : RM 1.7 juta

Dah lihat gambar rumah. Dah lihat maklumat tentang rumah ni. Mesti anda tertanya-tanya berapa harga rumah idaman semua orang ni kan?! Untuk rumah semi-D 3 tingkat siap renovate yang lokasinya terletak di Shah Alam ini, harga nya adalah RM 1.7 juta sahaja.

Jadi, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan / persoalan dan berminat untuk dapatkan rumah ini, anda boleh hubungi nombor yang tertera seperti berikut.


HUBUNGI:

014-7397522 (Rosli)
click pada nombor tertera untuk terus direct ke whatsapp

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ▼  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ▼  September (11)
      • Hujung Minggu Ni Buat Apa Je?
      • Lawatan Ke Kilang Beras BERNAS, Sekinchan
      • Demam Selsema Tak Hilang Lagi
      • Sunday's Wedding #NajibPieja
      • Segmen Bloglist September - Disember 2018
      • Salam Maal Hijrah 1440H
      • Saturday's Wedding #IntanFirdaus
      • Rumah Untuk Dijual Seksyen 7, Shah Alam
      • Lazada Shopathon Blogger Contest!
      • Got My Selene by Dea April
      • Berakhirlah Penantian Result Kolej
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes