Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Pagi ni, Ekin scroll lah photo gallery dekat dalam phone ni. Niatnya nak clear kan gambar mana yang tak berkaitan. Lepas tu, terjumpa lah pulak gambar laluan ujian jalan raya yang Ekin amik masa nak test dengan JPJ dulu. Gigih betul sampai sekarang simpan lagi sebab nak share dengan korang lah. Hehe.

Ekin ni dah lah bab-bab geografi lemah sikit. Lalu lah berapa kali pun jalan tu, confirm tak ingat! Kahkahkah. Terpaksalah ambik gambar study balik laluan untuk ujian jalan raya ni.

Dah. Tanpa membebel panjang. Mempersembahkan kepada anda... laluan ujian jalan raya untuk sekolah mandu cekap hi-tech, shah alam. Untuk sekolah mandu lain, engkorang boleh tanya cikgu masing-masing okay.

Kepada nak ambil test memandu ni, Ekin ucapkan good luck lah untuk korang semua. 

laluan 1 (a)

laluan 2 (b)

Sila kan save dan study betul-betul tau. Share lah kepada rakan-rakan korang yang memerlukan.


Disebabkan bulan puasa ni, my mom busy dengan siapkan tempahan kuih raya. Memang tiap kali nak berbuka, Ekin yang akan masuk dapur untuk memasak. Barulah faham perasaan mak-mak ni tiap kali nak masak... mesti pening nak fikir menu apa pulak hari tu kan?!

Ekin ni, kalau nak masak masakan melayu memang kena ada bantuan daripada ibu. Kalau takde ibu yang menolongnya... alamatnya memang tak jadi lah masakan tu. Huhu.

Oleh kerana, ibu memang nak suruh anak dia ni berdikari sikit. My mom tinggalkan aje i sorang-sorang dekat dapur. Huhhu. Mulalah berpusing-pusing tak tahu nak buat apa. Kahkahkah. So, disebabkan masakan melayu Ekin tak berani nak buat. Menu itali uols Ekin decide untuk buat harini.


Ini lah dia menu itali yang Ekin cakap tu. Nama sebenar dia adalah “arancini”. Tapi, kalau nak nama panggilan mudah sikit, kita panggil je Italian Rice Ball githceww.

Gigih jugak lah tengok youtube nak tengok macam mana dorang ni buat rice ball. Risau lah jugak takut tak kena dengan tekak melayu iols. Bila tengok resepi dia ada letak mozarella, fuhhh terus on! Simpan dalam memori kepala segala resepi mak nenek yang dorang guna. Petang tu jugak Ekin terus buat.

Nampak macam senang tau! Nasi tu golek golekkan dengan telur. Salut breadcrumb. Sekaliiiii... bila buat tu. Nauzubillah. Ni lah last time Ekin akan buat arancini.

Nasi tu nak kena goreng dulu. Tambah sikit air sebab nak bagi lembik. Bila lembik, senang lah nak bulatkan dia. Belum lagi nak campak rempah ratus yang depa guna tu. Masukkan cheese! Nyum nyummm. Settle bahagian nasi. Kena pulak buat bahagian nak salutkan rice ball ni dengan breadcrumb. Fuhhhh, semangat uols i nak buat italian rice ball ni. *menangis!

Berbuka tadi, nasib baiklah adik laki ekin makan dengan seleranya. Siap puji sedap lagi tu. Terharu kakak dia. Ehehehe. Lepas ni, kalau ada permintaan buat rice ball ni... malas dah nak layan. Hohoho. Baik makan je nasi goreng.

Hari ni umat islam kita akan menyambut hari nuzul Quran yang bersamaan dengan 17 Ramadhan 1440H (22 Mei 2019M). Oleh itu, dikesempatan ini Ekin nak ucapkan kepada semua pembaca blog Ekin... selamat menyambut hari nuzul Quran. Marilah kita gunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk tingkatkan lagi amalan ibadah kita di bulan puasa ini.


Bagi mereka yang tidak tahu, Nuzul Quran ini merupakan suatu peristiwa dimana turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada baginda Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

#salamnuzulquran #nuzulquran

Sebenarnya, dah lama Ekin nak buat entry ni. Tapi, baru ada kesempatan nak menulis mengenai pengalaman Ekin renew lesen perniagaan SSM ni. Sebagai seorang peniaga yang mempunyai perniagaan sendiri, tak kira lah perniagaan secara offline mahupun online... kita perlu mendaftar lesen perniagaan kita dengan pihak SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) ni ye.

Nak dijadikan cerita, haritu lesen perniagaan SSM Ekin dah pun tamat tempoh. Malam tu juga, terus search dekat Mr.Google cara-cara nak renew lesen perniagaan SSM ni. Kebanyakannya yang Ekin jumpa adalah sama ada melalui kaunter SSM, kaunter BSN dan EzBiz Online.

Dalam kepala Ekin, SSM paling dekat dengan Ekin ada dekat Seksyen 3 (Shah Alam). Dekat sini selalu ramai orang. Kalau nak pergi, kena datang pagi jugak nih. Kaunter BSN pulak? Lebih baik pergi terus je dekat kaunter SSM. EzBiz Online? Mmm, was-was pulak nak guna. Huhu. Last-last, pergi je lah SSM dekat Shah Alam tu.


Pagi jugak lah Ekin bertolak ke sini. Nasib baik pejabat SSM ni dia buka awal. Waktu operasi pejabat SSM Seksyen 3, Shah Alam ni dari 8:15am sehingga 4:15pm.

Kad pengenalan, duit bayaran semua dah siap bawa. Ekin pun menuju terus ke pejabat SSM ni. Dah sampai depan pejabat SSM, terkejut Ekin tengok pagi-pagi pun ramai jugak orang. Ohoho. Terus kecewa, ingatkan boleh lah selesai awal.

Sebelum nak masuk pintu dia, ternampak pula kertas nota pembaharuan lesen perniagaan menggunakan kiosk EzBiz. Lahhh, rupanya kita boleh renew lesen perniagaan SSM dengan kiosk EzBiz ni. Senyum lebar Ekin bila tengok kiosk tu takde orang guna. Tak payah lah susah-susah nak beratur panjang tunggu giliran.


Senang jugak guna kiosk EzBiz ni. Tak sampai 5 minit pun dah siap! Masukkan kad pengenalan owner untuk verified menggunakan cap jari. Lepastu, klik je nama perniagaan mana yang kita nak renew dan terus masukkan duit untuk pembayaran. Kalau tarikh renew tu dah mati, mesin ni dia akan auto generate amount penalti lambat bayar. Yang paling best, kiosk EzBiz ni akan print-out terus dokumen SSM kita tu. Best kan?!

Waktu Operasi Kiosk EzBiz:
Hari - Isnin sehingga Jumaat
Jam - 8:15am sehingga 5:00pm

So, itulah dia pengalaman dan cara mudah untuk renew lesen perniagaan SSM kita melalui kiosk EzBiz ni. Kalau nak paling mudah, korang boleh je renew melalui sistem EzBiz Online tu. Tak perlu susah-susah habiskan minyak untuk pergi sini. Tapi, for those yang rasa leceh nak menghadap sistem online... korang pergi je dekat kiosk EzBiz ni. Mudah sangat!

Pssttt... in case kalau korang nak tanya apa-apa, boleh je komen dekat bawah ni ok. Jangan lupa untuk klik kotak NOTIFY ME supaya korang akan terima notification bila ekin reply komen korang :)

~
Find me at:

Instagram @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

Dari dulu lagi Ekin memang suka dengan minuman detox. Siapa yang pernah ambil minuman detox ni memang tahu perbezaan sebelum dan selepas dia. Kalau dulu Ekin suka ambil bila rasa badan ni mudah lesu, tak bertenaga... rasa malas je. Dan paling penting bila lama dah tak membuang. Mula lah rasa badan ni berat macam gajah. Huhu.

Bila dah minum air detox ni. Memang rasa badan dah segar, fresh, bertenaga, tak mudah lesu... rasa ringan je. Tapi, takde lah rasa ringan sampai tahap boleh terbang. Lagi satu yang best bila kita minum detox ni, perut boleh jadi kempis. Mula lah berangan lepas tu.

Terjumpa pula dengan satu minuman detox daripada Mintox. Satu-satunya yang Ekin jumpa minuman detox yang di ekstrak daripada buah kiwi dan mengandungi serbuk daripada buah peach. Selalunya, air detox yang Ekin minum mesti rasa kelat. Seksa lah juga nak minum. Ahahah. Bila dah tahu yang minuman Mintox detox ni di ekstrak daripada buah-buahan, lagi lah teruja nak minum.


Minuman detox daripada Mintox ni didatangi dalam bentuk kotak macam dalam gambar dekat atas ni. Dalam satu kotak mengandungi sebanyak 14 sachets. Harga untuk per box ni adalah RM138.

Mintox ni juga mengandungi high impact ingredients seperti psyllium husk, ekstrak daripada buah kiwi dan aphanizomenon flos-aquae (AFA). Kesemua ingredients ni dapat bantu menggalakkan sistem pencernaan yang baik dan  pertumbuhan bakteria baik. Ia dapat meningkatkan persekitaran usus dan membawa kepada kesihatan yang lebih baik.

Ia dapat membantu untuk menurunkan berat badan, menyihatkan kulit dan menurunkan tekanan darah. Minuman detox ini juga dapat menurunkan tahap kolesterol yang ada dalam badan. Secara tidak langsung, Mintox dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan secara general.


Untuk pengetahuan korang, minuman Mintox ini adalah berasaskan vegan, tiada bahan pengawet (100% natural), GMP certified dan tiada sebarang gula tambahan. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur dan selamat digunakan untuk para ibu mengandung dan yang sedang menyusu.

Untuk sebulan yang pertama, kita disarankan untuk mengambil sehari satu sachet. Selepas sebulan yang pertama, barulah kita akan ambil sebanyak tiga kali seminggu. Untuk kanak-kanak pula, disarankan untuk ambil separuh daripada satu sachet itu sahaja untuk setiap kali pengambilan.


Cara untuk bancuh minuman detox ni hanya perlu bancuhkan satu sachet Mintox (10g) ni kedalam 200ml air suam sahaja.

p/s: minuman mintox ni tidak sesuai bagi anda yang mempunyai allergic terhadap buah kiwi

Tak sabar rasanya nak start men-detox-kan badan ni balik. Ekin akan try minuman mintox ni selama sebulan dan Ekin akan buat satu entry khas untuk korang hasil daripada mintox ni nanti. Korang tunggu je. Bagi Ekin buang lelemak semua ni dulu, baru turn korang pulak. Ok?! Hehe.

Kalau korang nak cari info lanjut mengenai Mintox Malaysia ni, korang klik je link yang Ekin letak dekat bawah ni. Klik tau, jangan tak klik. Memang banyak lah review-review dengan feedback yang menarik! Tu yang buat Ekin excited ni.

Website: www.mintox.kiwi
Facebook: www.facebook.com/mintoxmalaysia
Instagram: www.instagram.com/mintoxmalaysia
Contact: +601123450201

Sedar tak sedar, dah malam ketiga kita berpuasa kan? Harap-harap lah ramadhan kali ni kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Mungkin ramadhan kali ni juga merupakan ramadhan untuk kita berhijrah menjadi seseorang yang lebih baik.

Hahhh, selesai mukadimah kita tadi... Ekin nak story mory dengan korang semua aktiviti malam ramadhan ekin bersama ibu tersayang. Hehehe. Mungkin ramai yang tak tahu lagi yang ibu ekin ada online shop di instagram. Senang cerita, dia ibarat family business kecil-kecilan macam tu lah. Doa-doakan supaya family business kitaorang berkembang maju okay!

Siapa yang nak follow, korang bolehlah klik instagram @meltokiss ni tau. Dah follow jangan lupa like semua gambar sekali. 


Actually, dari first ramadhan lagi ekin dengan ibu dah busy nak siapkan biskut raya ni. Lebih-lebih lagi tahun ni biskut raya MELTOKISS dah masuk ke booth festival ramadhan di UTC Anggerik Mall, Shah Alam. Memang tak menang tangan lah dibuatnya.

Malam ni, kita siapkan stock order dan stock nak topup dekat booth nanti. Disebabkan dah dua malam asyik menghadap tart nenas. Malam ni kita hadap almond london pulak.


Masa tengah busy dok membuat biskut almond london ni, tiba-tiba pulak teringat nak update dekat blog. Yelah kan. Rasa macam dah lama pulak tak meng-update dekat blog ni. Erti kata lain, sebenarnya ekin rindu nak menaip jadi keyboard warrior ni sebenarnya. Uhuks. So, terpaksalah doh almond london ni jadi korban untuk ekin tangkap gambar dia semata-mata nak tunjuk dekat engkorang semua.


Taraaa. Ni lah dia hasil setelah dimasukkan almond dekat dalam london. Tu yang biskut ini telah dinamakan almond london. Ahaha. Tiba-tiba pulak tertanya-tanya kenapa biskut ni dinamakan almond london. Kenapa tak almond paris ke. Almond Malaysia ke. Almond Pakistan. Almond Zimbakwe. Kenapa kena almond london?! Hahh, sudah. Mula lah sel-sel otak ni nak berhubung.

Kalau korang tahu kenapa nama dia almond london, boleh tak komen dekat bawah. Ahaha, tertanya-tanya pulak.


Ni pun salah satu korban untuk snap gambar malam ni. Saje jelah nak post sekali dengan gambar almond ni. Alasan dia, sebab macam nampak cantik je. Huhu. Seronok pulak buat biskut raya ni sebenarnya kan?! Ahaks. Penat tu memang lah penat. Bukan penat sebab angkat berat ke apa. Penat sebab menghadap benda yang sama je. Ehehe. Tapi bila dah siap barulah rasa berbaloi penat tu.


Ini lah rupa almond london kita bila dah siap. Mengancam betul bila tengok ni. Rasa macam nak ngap masuk dalam mulut je semua. Sabooo je lah.


Dah siap-siap semua kita photoshoot kejap almond london ni. Baru nampak cantik sikit bila nak post dekat instagram. Kan?! Nampak lah sikit ala-ala kemelayuannya. Hehe.

Kalau korang nak rasa almond london daripada MELTOKISS ni, jangan lupa order melalui instagram @meltokiss tau. Memang semua ekin jamin sedap-sedap belaka. Tak rugi pun borong banyak-banyak. Eh?

Selesailah aktiviti untuk malam ni. Hmmm. Rasa-rasa esok nak siapkan stock biskut raya apa pula ya?

Tempoh hari, Ekin ada review instant spaghetti daripada Master Pasto ni. Instant spaghetti yang 3 minit je, terus siap masak! Hebat kan?! Daripada berjam-jam duduk dekat dapur tu, ada nya baik beli je instant spaghetti master pasto ni buat stok dekat rumah. Berbagai pilihan pulak tu boleh pilih.

Eheh , takde lah banyak mana pun sebenanrnya. Hehehe. Tapi, kira ada 3 jenis pilihan instant spaghetti ni kira banyak lah kan? Betoi dak? Hahhh, buat engkorang yang baru pertama kalinya mendengar instant spaghetti daripada master pasto ni. Ada lah lebih baiknya kalau Ekin perkenalkan dengan korang semua jenis-jenis instant spaghetti yang ada ni.


Always be my favourite! Spaghetti Aglio Olio. Dengan rasa pedas yang buat korang rasa nak tambah lagi sepinggan. Confirm ni tak tipu! Siapa yang suka pedas pedass tu, better korang amik instant spaghetti aglio olio ni banyak sikit.


Yang ni namanya Spaghetti Mushroom Cream Sauce. Rasa dia macam ada ala-ala carbonara kalau tak silap. Ni pun boleh tahan jugak sedap dia. Memang kena ada sekali kalau engkorang beli instant spaghetti daripada master pasto ni.


Last but not least, Spaghetti Bolognese with Chicken. Yang ni memang ibu kepada segala spaghetti. Takde spaghetti bolognese ni, maka tak wujud lah menu-menu spaghetti yang lain. (woahhh, sampai begitu sekali ye)

Okay, senang cerita lah kan. Kalau engkorang nak baca review Ekin mengenai instant spaghetti daripada master pasto yang hanya memerlukan 3 minit sahaja siap dimasak, korang boleh klik je link entry blog yang Ekin tepek dekat bawah ni.

Entry blog: Master Pasto | Panaskan Selama 3 Minit, Instant Spaghetti Anda Siap Untuk Dimakan!

So, khas untuk pembaca blog Ekin dan peminat instant spaghetti di luar sana. Ekin ada berita menarik untuk korang semua khas di bulan Ramadhan ini. Hahhh, nak tahu apa dia berita menarik tu?!

Berita menariknya adalah, Master Pasto dengan baik hatinya telah mengadakan RAMADHAN PROMOTION buat semua peminat instant spaghetti terutamanya daripada master pasto ni. Dengan menggunakan CODE PROMOTION: ASYIQIN15 , anda semua akan memperoleh sebanyak 15% diskaun untuk setiap pembelian yang anda lakukan di website master pasto ini sahaja. Hanya website je tau!.

Mesti semua tertanya-tanya dekat mana nak dapatkan instant spaghetti master pasto ni kan?!

Website: https://www.masterpasto.com
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco

Korang boleh dapatkan instant spaghetti master pasto ini melalui website mereka. Untuk godek-godekk info lebih mengenai master pasto ni, korang boleh lah pergi dekat instagram atau facebook page mereka. Make sure jangan lupa follow dan like sekali tau.

Jadi tunggu apa lagi kan? Jom lah kita ramai-ramai dapatkan diskaun 15% off ni. Beli stok instant spaghetti ni banyak-banyak. So, juadah untuk sahur dan berbuka nanti tak perlu risau lagi dah. Sebab dah ada instant spaghetti ni kan.

Ohhh ya. Sebelum terlupa. Ramadhan promotion ni akan berlangsung sehingga 30 Jun 2019 tau. Jadi yang terawal. Jangan tunggu habis stok baru lah nak beli. Ehehehe. Gunakan CODE PROMOTION: ASYIQIN15 untuk dapatkan diskaun sebanyak 15% tau.

Sahur nanti kita makan instant spaghetti ni beramai-ramai. 3 minit je :)

Terasa lama sangat Ekin tak meng-update blog ni. Nak kata busy, takde lah busy sangat mengalahkan orang bekerja. Nak kata tak selalu pegang laptop, eh... boleh dikatakan setiap hari jugak lah Ekin buka tutup laptop tu. Ahahaha. Mungkin bila time buka laptop tempoh hari, tak terfikir pulak nak meng-update blog ni. Ni pun, disebabkan bulan puasa barulah rajin nak update. Ehehe.


Okay. Dikesempatan ni, dah alang-alang muncul mood rajin nak update blog ni. Ekin nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang ke 1440H kepada semua muslimin dan muslimat di luar sana terutamanya yang selalu singgah baca blog Ekin ni.

Disebabkan Ramadhan hanya muncul sebulan sekali di tahun hijriah ni, Ekin harap kita semua dapat kumpul sebanyak mungkin pahala dan perbanyakkan amalan ibadat kepada-Nya.

Selamat berpuasa semua!

Tak dan nak tulis panjang-panjang. Ehehehe. Malam ni nak kena tidur awal. Esok jangan lupa bangun sahur tau! 
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ▼  May (8)
      • Laluan Ujian Jalan Raya di Sekolah Mandu Cekap Hi-...
      • First Time Buat Arancini Italian Rice Ball
      • Salam Nuzul Quran 2019
      • Pengalaman dan Cara Renew Lesen Perniagaan SSM Den...
      • Permulaan Baru Dengan Minuman Detox Daripada Minto...
      • Aktiviti Malam Ramadhan Bersama Ibu | Almond London
      • Promosi Ramadhan Diskaun 15% Instant Spaghetti Mas...
      • Marhaban Ya Ramadhan 1440H/2019M
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes