Disebabkan bulan puasa ni, my mom busy dengan siapkan tempahan kuih raya. Memang tiap kali nak berbuka, Ekin yang akan masuk dapur untuk memasak. Barulah faham perasaan mak-mak ni tiap kali nak masak... mesti pening nak fikir menu apa pulak hari tu kan?!
Ekin ni, kalau nak masak masakan melayu memang kena ada bantuan daripada ibu. Kalau takde ibu yang menolongnya... alamatnya memang tak jadi lah masakan tu. Huhu.
Oleh kerana, ibu memang nak suruh anak dia ni berdikari sikit. My mom tinggalkan aje i sorang-sorang dekat dapur. Huhhu. Mulalah berpusing-pusing tak tahu nak buat apa. Kahkahkah. So, disebabkan masakan melayu Ekin tak berani nak buat. Menu itali uols Ekin decide untuk buat harini.
Ini lah dia menu itali yang Ekin cakap tu. Nama sebenar dia adalah “arancini”. Tapi, kalau nak nama panggilan mudah sikit, kita panggil je Italian Rice Ball githceww.
Gigih jugak lah tengok youtube nak tengok macam mana dorang ni buat rice ball. Risau lah jugak takut tak kena dengan tekak melayu iols. Bila tengok resepi dia ada letak mozarella, fuhhh terus on! Simpan dalam memori kepala segala resepi mak nenek yang dorang guna. Petang tu jugak Ekin terus buat.
Nampak macam senang tau! Nasi tu golek golekkan dengan telur. Salut breadcrumb. Sekaliiiii... bila buat tu. Nauzubillah. Ni lah last time Ekin akan buat arancini.
Nasi tu nak kena goreng dulu. Tambah sikit air sebab nak bagi lembik. Bila lembik, senang lah nak bulatkan dia. Belum lagi nak campak rempah ratus yang depa guna tu. Masukkan cheese! Nyum nyummm. Settle bahagian nasi. Kena pulak buat bahagian nak salutkan rice ball ni dengan breadcrumb. Fuhhhh, semangat uols i nak buat italian rice ball ni. *menangis!
Berbuka tadi, nasib baiklah adik laki ekin makan dengan seleranya. Siap puji sedap lagi tu. Terharu kakak dia. Ehehehe. Lepas ni, kalau ada permintaan buat rice ball ni... malas dah nak layan. Hohoho. Baik makan je nasi goreng.
2 comments
first and it looks so damn great !!!
ReplyDeletewow..1st time buat terus jadi..hebat
ReplyDelete