Pengalaman dan Cara Renew Lesen Perniagaan SSM Dengan Mudah

Sebenarnya, dah lama Ekin nak buat entry ni. Tapi, baru ada kesempatan nak menulis mengenai pengalaman Ekin renew lesen perniagaan SSM ni. Sebagai seorang peniaga yang mempunyai perniagaan sendiri, tak kira lah perniagaan secara offline mahupun online... kita perlu mendaftar lesen perniagaan kita dengan pihak SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) ni ye.

Nak dijadikan cerita, haritu lesen perniagaan SSM Ekin dah pun tamat tempoh. Malam tu juga, terus search dekat Mr.Google cara-cara nak renew lesen perniagaan SSM ni. Kebanyakannya yang Ekin jumpa adalah sama ada melalui kaunter SSM, kaunter BSN dan EzBiz Online.

Dalam kepala Ekin, SSM paling dekat dengan Ekin ada dekat Seksyen 3 (Shah Alam). Dekat sini selalu ramai orang. Kalau nak pergi, kena datang pagi jugak nih. Kaunter BSN pulak? Lebih baik pergi terus je dekat kaunter SSM. EzBiz Online? Mmm, was-was pulak nak guna. Huhu. Last-last, pergi je lah SSM dekat Shah Alam tu.


Pagi jugak lah Ekin bertolak ke sini. Nasib baik pejabat SSM ni dia buka awal. Waktu operasi pejabat SSM Seksyen 3, Shah Alam ni dari 8:15am sehingga 4:15pm.

Kad pengenalan, duit bayaran semua dah siap bawa. Ekin pun menuju terus ke pejabat SSM ni. Dah sampai depan pejabat SSM, terkejut Ekin tengok pagi-pagi pun ramai jugak orang. Ohoho. Terus kecewa, ingatkan boleh lah selesai awal.

Sebelum nak masuk pintu dia, ternampak pula kertas nota pembaharuan lesen perniagaan menggunakan kiosk EzBiz. Lahhh, rupanya kita boleh renew lesen perniagaan SSM dengan kiosk EzBiz ni. Senyum lebar Ekin bila tengok kiosk tu takde orang guna. Tak payah lah susah-susah nak beratur panjang tunggu giliran.


Senang jugak guna kiosk EzBiz ni. Tak sampai 5 minit pun dah siap! Masukkan kad pengenalan owner untuk verified menggunakan cap jari. Lepastu, klik je nama perniagaan mana yang kita nak renew dan terus masukkan duit untuk pembayaran. Kalau tarikh renew tu dah mati, mesin ni dia akan auto generate amount penalti lambat bayar. Yang paling best, kiosk EzBiz ni akan print-out terus dokumen SSM kita tu. Best kan?!

Waktu Operasi Kiosk EzBiz:
Hari - Isnin sehingga Jumaat
Jam - 8:15am sehingga 5:00pm

So, itulah dia pengalaman dan cara mudah untuk renew lesen perniagaan SSM kita melalui kiosk EzBiz ni. Kalau nak paling mudah, korang boleh je renew melalui sistem EzBiz Online tu. Tak perlu susah-susah habiskan minyak untuk pergi sini. Tapi, for those yang rasa leceh nak menghadap sistem online... korang pergi je dekat kiosk EzBiz ni. Mudah sangat!

Pssttt... in case kalau korang nak tanya apa-apa, boleh je komen dekat bawah ni ok. Jangan lupa untuk klik kotak NOTIFY ME supaya korang akan terima notification bila ekin reply komen korang :)

~
Find me at:

Instagram @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

11 comments

  1. Senang la kalau boleh renew dekat kiosk.

    ReplyDelete
  2. betul. dah pernah renew sekali di kiosk ni. hari tu pergi takda orang. jadi tak perlu beratur kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan?! senang je lepas ni kalau nak renew.. tak payah beratur panjang dah lagi

      Delete
  3. nice sharing... 1st time datang sini, done follow blog. mohon followback jika sudi. terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. owh..renew kat kiosk pun boleh yea..baru tahu

    ReplyDelete
  5. terima kasih tuan, perkongsian info yang amat bermanfaat sepenuhnya kepada peniaga2 baru yang nak renew ssm ni. Agak pening juga pada mulanya.

    Dah lama2 nanti biasalah tu. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..nak tanya kepada yg berpengalaman..jika SSM lewat 7 bulan dari tarikh renewal macam mana?adakah akan dikenakan denda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh renew semula tetapi akan dikenakan bayaran penalti kerana lambat renew , harap membantu :)

      Delete
  7. klu xde ic owner xblh renew ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. dia nak kena ada ic owner utk pengesahan awak :)

      Delete