3 Bulan Dah Consume Minuman Detox daripada Mintox Malaysia | Review

Dah masuk 3 bulan ekin consume minuman detox ni. Alang-alang tu, ekin nak share feedback a.k.a honest review ekin mengenai air minuman detox daripada Mintox Malaysia. Untuk entry kali ni, ekin hanya share feedback ekin je tau.

In case kalau ada yang nak bertanya, minuman ni minuman apa... apa kelebihan dia... nak minum macam mana... harga berapa... nak dapat dekat mana semua tu. Korang boleh refer entry ekin yang lepas. Ekin ada cerita semua dekat dalam tu. Nak senang, klik je link yang ekin tepek kat bawah ni.


Ok, now. Ekin akan share my little journey bersama Mintox. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh teruskan pembacaan di bawah :)


Ekin start consume air mintox ni bulan 5 tahun ni (2019). Tujuan ekin amalkan minuman mintox ni memang ekin nak detox badan ekin dan dalam masa yang sama nak bersihkan usus lah katakan. Ekin memang suka minum air detox ni tau. Tapi, sebelum ni ekin banyak cuba brand lain. So kalini, ekin try pula brand Mintox ni.

Ohhh ya btw, air Mintox ni pun korang akan membuang jugak tau. Selalunya, ekin akan minum air Mintox pada waktu malam sebelum tidur. Sebab kebiasaannya, keesokan petang tu automatik ekin akan sergah terus ke toilet. Hahaha. Tapi yang bestnya, tahap perut memulas tu jenis yang normal nak membuang. Ada certain brand ni, dia punya sakit perut tu takleh nak bawak bincang. Mintox ni bagi ekin, dia masih ok lagi.


Minum air ni dah 3 bulan. Masalah perut buncit jauh ke depan, dah takde lagi. Badan pun ekin rasa lebih ringan. Rasa macam, kalau nak berjalan jauh pun takde hal lah. Makan banyak mana pun, dah tak kisah dah. Ehehee.

Overall, ekin suka je dengan minuman detox daripada Mintox ni. Cuma, ekin akan avoid minum air ni kalau keesokan haritu ekin ada hal atau keluar berjalan-jalan. Punyalah taknak ganggu masa 'me-time' ekin. Hahaha. Dan ekin akan avoid minum Mintox time datang period. Sebab apa? Sebab nak kurangkan sakit perut. Uhukhuk. Kalau korang nak minum Mintox ni juga, korang tak perlu risau sebab dia memang 100% vegan.

Hahh, cakap pasal vegan ni. Ingredients dalam Mintox ni ada psyllium husk tau. Time minum dah bancuh tu, korang akan rasa macam serat-serat dia. Tapi, tak perlu risau lah. Sebab sedap je. Tak de rasa pahit ke apa. Macam minum air buah kiwi je... sebab dalam Mintox ni pun ada kiwi extract. Tips dia, time nak bancuh tu... bancuh dengan air suam. Baru sedap!

Honestly speaking, berat ekin menurun tau dari 45kg ke 41kg. Daebak!!! Ekin tengah proses nak kecikkan peha ni hahh. So, Mintox ni memang membantu sangat-sangat tau.

Dekat sini, ekin akan share dengan korang apa kegunaan dan kelebihan Mintox ni:

♥ Clears faecal impaction, excretes toxins and maintains intestinal flora balance.
♥ Improves bowel function and helps to cure intestinal diseases.
♥ Boosts immunity and strengthens the body.
♥ Kills bad bacteria in the rectum and promotes bowel movements (solves constipation problems).
♥ Lowers cholesterol and eliminates fats on the intestinal wall.

So far, so good. Ekin suka dan ekin memang recommend dekat korang. Kalau korang ni sejenis yang susah nak membuang... dan dah cuba makan buah pun tak jalan jugak. Korang boleh cuba minum air Mintox ni.

Ni kalau dah habis, memang ekin akan beli lagi. Huhuuu ~


So... kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai Mintox Malaysia ni, korang boleh klik je dekat website mereka ni. Ekin akan paste dekat bawah ni ok.

Whatsapp | +601123450201

Apa-apa pun, thanks for reading. Kalau nak tanya apa-apa, korang boleh tinggalkan pertanyaan korang di ruangan komen dekat bawah ni ok. Jangan lupa untuk tick NOTIFY ME, supaya korang dapat notification bila ekin reply komen korang.

2 comments

  1. nice one. suke tgk packaging dye. comel je

    ReplyDelete
  2. cantik wrna packaging dia. first time tau pasal supplement ni.. tq for sharing ekin :)

    ReplyDelete