Farewell - Last Day Work, Good Bye

Assalamualaikum & hi.

Rasa sebak pula nak update entry malam ni. Baca tajuk pun dah rasa macam sayu hening di pagi raya. Acewahh. Melebih pula. Sebelum tu, ekin nak buat nota kaki dekat sini... farewell last day work ni bukanlah bermaksud ekin berhenti kerja sepenuhnya. Hehehe. (*saje je nak clickbait dekat korang). Sebenarnya, ekin masih lagi akan bekerja dalam company yang sama, cuma akan pindah department lah lepas ni.

Harini merupakan hari terakhir ekin berada di department yang ekin berada sekarang. Start next week, ekin akan berpindah ke department lain. Jauh dari sudut hati, ekin rasa sayang nak tinggalkan department sekarang ni tau. Yelah, bila dah ngam dengan suasana kerja sekarang... siapa je yang tak rasa berat hati nak tinggalkan kan?

Tapi, apapun ekin anggap ini adalah peluang untuk ekin belajar lebih banyak lagi mengenai company sekarang ni dari segi struktur dan job scope department lain. Ekin anggap ni betul-betul peluang yang tak semua orang akan dapat.

So, memandangkan ekin dah last day kerja dekat department sekarang ni... bos-bos yang baik hati pun belanja lah makan a.k.a team lunch dekat Nando's. Disebabkan keluar waktu lunch hour (1 jam), jadi ekin tak menyempat nak ambil banyak gambar. Gambar bersama teams je yang ada. Gambar makanannya tak ada. Heheh.


Ekin tepek gambar dekat sini sebagai kenangan <3 One day boleh flashback balik. Hehehe. Korang jangan pelik pula tau, teams kitaorang memang semua perempuan. Yang penting semua saling bantu-membantu. 

Dah alang-alang bos belanja makan, masa ni kitaorang order memang banyak giler. Penuh satu meja. Ekin pula jenis tak makan banyak. Yang mana boleh masuk je... masuk. Yang lain? Hmmm, takpayah kata lah. Ekin pun terkejut jugak tengok macam mana lah dorang-dorang ni boleh makan banyak eh? Hahahaha. Tapi keesokannya, memang menyesal giler terkenangkan makanan yang tak habis tu. Sobs sobs.

Selesai farewell dengan department sendiri... ekin farewell pula dengan teman-teman serehatku. Hehehe. Last day ni, ekin niat nak belanja kakak-kakak yang rehat sekali dengan ekin. Yang rajin  bawa keluar rehat dekat luar. Yelah, selama ni dorang banyak tolong ekin macam-macam. So, dengan belanja makan ni rasa memang tak cukup nak balas jasa sisturr sisturrr. Tapi apakan daya, belanja makan je yang ku mampu.


Sebenarnya, dua minggu lah jugak ekin plan nak belanja akak-akak office ni makan. Tapi asyik postpone je. Dah last day, barulah dapat belanja. Tu pun ada yang busy meeting, so ekin order delivery je senang. Hahahaa. Ekin order 5 kotak Domino's ni tau. Kenyang dia tak payah cakap lah. Perut pun dah tak muat nak masuk lagi. Kihkihkih. Secret recipe tu sponsor dari kak firin <3 Terima kasih.


First and last wefie sama-sama. Lepas ni, dah tak dapat lah nak rehat sama-sama lagi. Tak boleh lah nak dengar akak-akak ni membawang ke apa. Susah dah nak tahu update berita-berita sensasi terkini. Kehkehkeh.

Oraits, itu sahaja yang ekin nak update malam ni. Thanks for reading xoxo.

Find me:
Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

4 comments

  1. good luck di department baru !

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah murah rezeki dapat mencuba benda baru.

    ReplyDelete
  3. Seronok gak teamnsemya perempuan.. good luck di Dept baru

    ReplyDelete