Resepi Burnt Cheese Cake yang Senang dan Mudah

Assalamualaikum & hi !

Rasanya dah lama tak bersiaran dekat sini. Hehehee. Ok, beberapa hari yang lepas... (beberapa hari yang lepas lah sangat kan) padahal semalam je. Kahkah. Ok, actually semalam merupakan hari terakhir ekin puasa 6 tau. Alhamdulillah, dapat juga berpuasa 6 dalam bulan syawal tahun ni. Dan dann je semalam 30 syawal tau. Kalau tak, melepas lah ekin. Betul-betul tinggal lagi sehari je tau. Nasib baik!

Jadinya, masa tengah duduk-duduk bersantai buat kerja tepi jendela...

"Ibu, ibu ada bahan buat burnt cheese cake tak"

Entah macam mana, tiba-tiba boleh ter-mengidam pulak burnt cheese cake ni. Dah ibu kata ada.. ekin pun apa lagi. Request lah dekat ibu suruh buat burnt cheese cake. Buka puasa nanti boleh makan puas-puas. Hihihi. Maka terhasil lah entry kali ni, ekin nak share dengan korang RESEPI BURNT CHEESE CAKE PALING SENANG & MUDAH!


Taraaa... ini lah burnt cheese cake nya setelah dimakan sebanyak yang boleh. Kenyang perut, puas hati. So, sesiapa yang nak follow resepi burnt cheese cake yang ibu ekin buat.. boleh refer resepi yang ekin akan kongsikan dekat bawah ini ya.

Bahan-bahan yang diperlukan

Antara bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi burnt cheese cake ini adalah:

  • cream cheese 250 gm
  • whipping cream / yogurt 200 ml
  • telur gred A 3 biji
  • essen vanilla 1 tsp
  • gula castor 1 cawan kecil
  • tepung gandum 2 sudu (membukit)

Ok, dah sediakan semua bahan... jom kita mulakan.

Cara-Cara

Mula-mula masukkan cream cheese ke dalam mixer korang. Untuk resepi ni, ekin guna tatura cream cheese brand beqa.


Masukkan gula kastor bersama.



Masukkan whipping cream sekali. Ekin guna brand Anchor. Kalau tak ada whipping cream, boleh guna yogurt ok. 



Lepastu, kita blend kan semuanya sehingga sebati githceww. Make sure semua sebati tau. Kalau ada cheese yang tak hancur lagi tu, blend lagi.


Dah sebati semua... baru boleh masukkan telur gred A ni sedikit demi sedikit. Kalau macam ekin, ekin akan masukkan 3 kali. Sebutir demi sebutir. Hehehe... paham dak? Masuk sebijik, lepastu blend. Masuk sebiji lagi, blend lagi. Macam tu.


Masukkan 1 sudu teh essen vanilla.


Masukkan 1 sudu teh air perahan lemon.


Dan 2 sudu tepung gandum.


Blend kesemuanya sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang. Loyang yang ekin guna ni saiz 6 inci tau. Kecil je burnt cheese cake ni. Sesuai untuk buat makan-makan dengan family.


Oven tu boleh panaskan dulu sebelum masukkan kek ni. Nanti bakar dalam oven suhu 200 darjah celcius selama 40 minit api atas dan bawah. Lepastu, tambah lagi 10 minit untuk api atas sahaja.


Taraaaaa... siap dah burnt cheese cake kita yang tak berapa nak cantik ni. Dah rupa macam dinasor pun hadooo. Kahkahkah. Buat makan-makan boleh lah. Hihihi. So, nanti dah keluarkan daripada oven.. jangan lupa masukkan dalam peti ais bagi dia sejuk dulu. Burnt cheese cake ni dia akan mendap tau nanti. Nak cantik.. cepat-cepat masuk dalam peti sejuk. Bahagian yang korang letak sayur-sayur tu tau.. bukan bahagian yang beku tu. Kang ada yang menangis tak dapat makan burnt cheese cake.


Ini lah hasil burnt cheese cake kita setelah dipotong. Hahhaa.. mmm sedapnya!

Ok, itu sahaja untuk entry kali ni. Kalau korang dah cuba resepi ni... jangan lupa tag dekat ekin tau. Nak tengok juga menjadi ke tak korang buat burnt cheese cake ni. Hehehe.

~

Find me:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

Apapun, thanks for reading.

8 comments

  1. MOGA ADA REZEKI PUASA 6 DI TAHUN HADAPAN PULA YA..sedapnya.

    ReplyDelete
  2. tak guna banyak bahan sgt burnt cheese cake teringin juga nak buat tapi itulah xde cheese kat rumah..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehhee.. takpe.. nak buat kang boleh beli :D

      Delete
  3. orang kata biar rupa takde, janji rasa sodappp! hahaha. tapi bila dah dipotong nampak lawo je dan of course nampak MENYELERAKAN LAZAT HINGGA MENJILAT JARI! hah *jeles hahahaha

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tapi rasa malas nak buat sebab nanti sorang sorang makan uhuks , Btw saya follow awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheehe.. takpe2.. sorang2 makan tu yang best! takde orang amik wkwkwk

      Delete