Selalunya tiap kali weekend korang ada plan nak pergi mana-mana tak? Kalau tak ada, Ekin nak suggestkan dekat korang untuk pergi ke PD. Korang mesti tahu apa tu PD kan. PD tu stands for Port Dickson. (ehh bukan pantai dalam ey) Sebut je pasal Port Dickson ni apa yang terbayang dalam minda korang?
Mesti korang bayangkan mandi pantai kan. Hahh, samalah kita. Hehe. Masa kecil dulu, ayah Ekin memang rajin bawa berjalan. Lebih-lebih lagi ke Port Dickson ni. Sukalah Ekin. Lagipun PD ni kan dekat, senang, boleh mandi pantai, main banana boat, naik jet ski dan macam-macam lagi lah.
Pokoknya, kalau nak bercuti bawa je ke Port Dickson. Bajet pun murah. Tak perlulah setiap kali bercuti, setiap kali tu nak ke luar negara kan?! PD kan ada.
Mesti korang bayangkan mandi pantai kan. Hahh, samalah kita. Hehe. Masa kecil dulu, ayah Ekin memang rajin bawa berjalan. Lebih-lebih lagi ke Port Dickson ni. Sukalah Ekin. Lagipun PD ni kan dekat, senang, boleh mandi pantai, main banana boat, naik jet ski dan macam-macam lagi lah.
Pokoknya, kalau nak bercuti bawa je ke Port Dickson. Bajet pun murah. Tak perlulah setiap kali bercuti, setiap kali tu nak ke luar negara kan?! PD kan ada.
Tengoklah scenery ni. Macam dekat oversea kan? Padahal dekat Malaysia je.
So, alang-alang tu Ekin nak sharekan dengan korang semua salah satu great hotels yang korang boleh stay masa hujung minggu bercuti di Port Dickson. Nak tahu hotel apa? Korang mesti pernah dengar ni. Hotel yang Ekin nak suggestkan dekat korang adalah Bayu Beach Resort ni. Hahh. Hotel ni memang thorboikkk. Best sangat-sangat tau. Ramai jugaklah pengunjung yang datang PD akan book hotel ni. Kadang-kadang feeling foreigner githew.
Sesiapa yang bercadang nak ke PD tu, korang jangan risau pasal booking2 hotel ni. Nak tahu sebab apa? Dalam dunia yang serba canggih ni, korang boleh direct book di Traveloka. Bukan sahaja harga yang berpatutan, korang juga akan dihidangkan dengan perkhidmatan yang superb dari staff-staff resort ni. Sebab mereka sangat mengutamakan keselesaan pengunjung dekat sini.
Walaupun, Bayu Beach Resort ni bertaraf 3 bintang je. Tapi perkhidmatan dan layanan mereka sama seperti hotel yang bertaraf 4 bintang. Yang paling Ekin suka pasal resort ni sebab tempat dia bersih. Betul-betul menjamin keselesaan para pengunjung dekat sana. Yelah, bila bercuti dengan family mesti kita nak cari tempat yang betul-betul bersih dan selesa kan?! Takkan nak pi cari tempat yang tak terurus dan terjaga. Terus jadi rasa taknak bercuti.
So, that's why lah hampir setiap tahun Bayu Beach Resort ni dipenuhi dengan pengunjung.
Bab parking dekat sini, korang semua tak perlu risau. Resort ni memang menyediakan tempat parking untuk sesiapa sahaja yang drive. Pasal wifi pulak, wifi ni memang dah jadi satu keperluan kan untuk kita setiap kali pergi bercuti? Lebih-lebih lagi anak-anak muda yang suka upload dan kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang percutian di facebook dan instagram. Bab ni, korang jangan risau. Bayu Beach Resort menawarkan kemudahan wifi percuma kepada semua pengunjung disana.
Selain itu, staff-staff mereka juga akan memberikan perkhidmatan 24 jam di kaunter front desk sekiranya korang memerlukan bantuan mereka atau sedang menghadapi sebarang masalah. Mereka sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada para pelanggan.
Satu perkara yang Ekin suka pasal resort ni sebab view dari bilik yang berhadapan dengan laut tu, rasa seakan tenang je. Setiap kali bangun pagi tengok scenery laut dan bunyi ombak, rasa seakan diri ni berada di awang-awangan. Hahaha. (berangan sekali sekala apa salahnya kan)
Untuk ke pantai, korang hanya memerlukan 3 minit sahaja dengan jalan kaki. Untuk pengetahuan korang juga lah kan, dekat resort ni juga ada kawasan bagi mereka yang ingin berpiknik atau berbabecue sambil menikmati angin di pantai. Selalunya, petang-petang macam ni berbabecue lah kita. Dan disebabkan berjalan kaki ke pantai dan balik resort, Ekin tak lah risau sangat kalau nak makan banyak time tu. Balik nanti, mesti segala kalori dan lemak dah ku bakarkan. Hehehe.
Andai kata lah kan, kalau korang tiba-tiba rasa macam nak mandi kolam je kan. Jangan risau. Dekat resort ni ada sediakan kolam renang yang besar untuk korang berendam sambil melakukan lompanan terjunan korang tu. Kalau nak aktiviti santai sikit, korang bolehlah berjalan-jalan secara solo atau dengan yang tersayang sambil menikmati keindahan yang ada.
Resort ni juga dilengkapi dengan poolside bar tau. Poolside bar ni disediakan bagi mereka yang nak hilangkan dahaga setelah penat mandi di kolam.
Bayu Beach Resort ni juga ada menyediakan perkhidmatan sauna. Sauna ni bersebelahan dengan kolam renang je. Dah selesai mandi kolam, korang masuk je dekat sauna ni. Haha. Dah masuk sauna tu nanti, mesti segala stress korang yang berbulan-bulan lamanya tu hilang. Disamping kehilangan stress, lelemak korang pun mesti makin surut. Hehehe.
Dah masuk sauna tu. Jangan lupa untuk pergi ke Fitness Center dekat resort ni. Fitness center dekat sini adalah "a-must-try-activity" sepanjang penginapan korang dekat sini dan tak perlu risau kerana masuk adalah PERCUMA. Dengan perkhidmatan yang tip top serta kemudahan yang serba lengkap, pengunjung resort ni akan menikmatinya tanpa sebarang complain. Antara perkhidmatan lain yang korang boleh dapatkan adalah perkhidmatan dobi serta cucian kering dan khidmat penyimpanan luggage.
Plus, Bayu Beach Resort ni bukan sekadar tempat penginapan tetapi juga lokasi pilihan yang tepat untuk sebarang majlis mahupun seminar atau mesyuarat dengan kemudahan hall kelas pertama yang serba lengkap, moden dan terbaik. Resort ni juga menyediakan pakej untuk team building tau. So, tunggu apa lagi? Cuba cari the latest promotion on Bayu Beach Resort di Traveloka and you will have a great time there.
8 comments
Nice view,, ni kalau ada masa confirm Tyy akan pergi. Lepas ni ekin suggest lah tempat2 yang menarik untuk dikunjungi. lagi2 dekat luar negara ke ? Tyy teringin nak pii, hmm hihi
ReplyDeleteOkay, kalau ada tempat2 yang menarik lagi ekin akan share :)
Deletenampak menarik tempat ni, macam best je kalau pergi dengan family atau member
ReplyDeleteOk bookmark Bayu Beach Resort untuk cuti-cuti PD bila berkesempatan nanti. Terima kasih untuk info menarik ini.
ReplyDeleteTempat ni nampak cantik juga though some parts look quite outdated.
ReplyDeleteHi tuan blog dan pembaca semua! Kepada yang suka travel boleh lah visit blog saya! TIPS MUDAH : TRAVEL KE KOREA! (BACA DI SINI)
ReplyDeleteDulu memang tinggal di PD, pernah pasang khemah di kawasan pantai PD sambil tengok view malam. Rindu nak baring2 dan sembang dengan member sampai tengah malam. Kitorang siap bawak durian makan kat tepi pantai tu..
ReplyDeleteMenariknya tempat ini. Restaurant di resort ini bagus tak? Sebab saya ingin mencari resort yang menyediakan makanan sedap dan fresh yang dihantar dengan lori makanan yang professional dari tempat mereka. Terima kasih dengan sharing ini :D.
ReplyDelete