Memandangkan Ekin pelajar semester terakhir, bermulalah experiment final year project (FYP) ni. Untuk FYP degree, Ekin lebih tertumpu kepada environmental study. So, terciptalah idea untuk gunakan sekam padi sebagai coagulant untuk treat air. Macam mana idea boleh datang? Semestinyalah daripada recommendation senior-senior yang lepas. Belek punya belek journal dekat internet, terjumpalah satu artikel study mengenai sekam padi ni sebagai coagulant.
Jadi, harini barulah Ekin terkedek-kedek nak masuk lab untuk proceed dengan proposal methodology masa FYP1 tu dulu. Orang lain dah siap run test. Kita baru lah ibarat nak buka buku baru baca. Haha. Punyalah kononnya busy sangat. Eh, tapi memang busy pun. Sobs sobs.
Masa ni, barulah nak kira berapa molar concentration of chemical yang nak digunakan. Nasib baiklah lab assistant ni baik orangnya. Banyak membantu. Untuk projek akhir tahun yang Ekin buat ni, Ekin banyak bermain dengan chemical untuk activate kan rice husk a.k.a sekam padi Ekin ni. Terpaksalah berkorban sikit masa nak study balik chemical punya properties. Hoho. Padahal ambil bidang engineering. Tapi buat projek, banyak pulak main dengan chemical ni. Aduhh. Tepuk dahi sendiri.
Lepas dah dapat molar concentration yang Ekin nak. Kita pun prepare lah dia punya chemical solution ni. Gigih lah jugak tekan tekan botol air distilled water ni. Padahal boleh je ambil dekat tong besar ni. Saje nak buat kerja lambat-lambat. Haha.
Proses nak timbang sekam padi. Boleh jadi darah tinggi masa nak dapatkan exact value yang Ekin nak. Yelah. Sekam padi ni kan ringan. Bila letak banyak, tinggi pulak dia mencanak naik. Bila kurangkan sikit, bukan main laju berat dia turun. Last-last, kita buat jelah plus minus. Janji, berat nombor depan yang kita nak tu dapat. Habis cerita.
Proses pemanasan sehingga dapat boiling point. Lama lah jugak nak tunggu sampai dapat suhu boiling point ni. Sambil tunggu, sambil kita berselfie. Bila rasa macam membazir masa sikit, barulah buat kerja yang lebih berfaedah. Sebagai contoh? Kita basuhlah balik alatan-alatan makmal yang dah guna. Hehe.
Sekian sahaja cerita untuk hari ini. Ekin akhiri entry kali ni dengan #LabOOTD harini.
5 comments
good luck fyp! Nampak macam susah je. InshaAllah success
ReplyDeleteThank you hidayah =) #prayforme
DeleteAll the best for your fyp. I don't really understand most of the things in this post sebab bukan budak science. Hehehe ^^
ReplyDeleteHihihi, kita pun bukan students science. Ni ekin pun masih 2,3 kali fikir,, kenapalah buat project berkaitan dengan chemical ni..haha
Deletewah bestnya even tak faham hahah akak amik course apaa?
ReplyDeletehttps://mylittlestoryi.blogspot.com/2018/10/its-over.html