Blackhead/Whitehead Vacuum Suction Machine

Okay hi!

Actually, nak update lama dah pasal blackhead/whitehead vacuum suction machine nih. Tapi, baru sekarang ada kerajinan nak meng-update semua. Daripada tak buat apa-apa dekat rumah ni, eloklah kita meng-update blog ya :D

Untuk entry kali ni, Ekin nak cerita pasal satu product ni iaitu Microcrystalline suction blackheads XD-5002. Dekat nama product ni nama dia tulis untuk blackhead suction je, Ekin pi bantai untuk whiteheads sekali. Hohohoho. Sama jelah kan?! 2x5. Janji dia sedut, keluar jugak. Kihkihkih.


Suction machine ni Ekin dah beli lama dah pun. Actually, nak kata beli bukan beli. Tapi, tempoh hari menang voucher Lazada haritu... Ekin shopping lah dekat sana. Dan salah satu item yang Ekin dapatkan adalah Microcrystalline suction blackheads ni.

Sebelum kita cerita panjang lebar... Bagi korang yang tak tahu pasal machine ni, Ekin akan terangkan produk ni macam mana ya :) *dah macam promoter kedai pulak


Microcrystalline Suction Blackheads?

Untuk pengetahuan korang, MICROCRYSTALLINE SUCTION BLACKHEADS ni adalah satu alat kecantikan dimana ianya digunakan untuk membersihkan kotoran di lubang pori, blackheads dan juga minyak yang terhasil di wajah. Alat ini juga digunakan untuk memperbaiki luaran kulit wajah dan kotoran di lubang pori.

Alat ini juga didatangkan dengan empat jenis fungsi probe yang berbeza.

1. Microcrystalline beautiful skin.


WHAT IT STATED ON BOX - Artificial micrinite sub microcrystalline probe, the surface of the microcrystalline, surface adsorption, surface activity, in the case of do not harm the skin, the better to massage the skin to achieve the effect of chamfer.

Okay, untuk fungsi probe ni Ekin pun tak berapa nak pasti sangat. Tapi, yang pastinya probe ni di macam kasar kasar sikit dan ianya mungkin sesuai untuk korang yang nak buang kulit-kulit kasar, degil atau kulit mati dekat wajah. Saranan Ekin, siapa yang tekstur kulit dia halus/nipis, korang jangan lah guna probe ni.

2. Great circle hole suction (The suction is big)


WHAT IT STATED ON BOX - Great circle hole suction head, has the characteristic of strong attraction. Mainly aimed at the blackhead, grease, dirt and cosmetic residue, etc. Careful fragile and thin skin. Once a week, five minute at a time, specific see the skin.

Untuk yang ni, lubang probe dia paling besar dan suction vacuum dia lebih kuat berbanding yang lain. Guna yang ni untuk buang blackhead, minyak, kotoran dan lebihan komestik. Probe yang ni pun untuk korang yang berkulit halus kena berhati-hati sikit sebab suction dia kan kuat. Takut kulit muka hangpa nanti rosak pulak. Gitchew...

3. Small round hole suction (The suction is weak)


WHAT IT STATED ON BOX - Small round hole probe suction is weak, thin skin can be used to adsorb oil, dirt and cosmetic residues, etc.

Probe ni dia ada bulatan yang lebih kecil dan tekanan suction vacuum dia lebih rendah. Untuk yang berkulit halus, korang boleh guna yang ni untuk sedut minyak, kotoran dan lebihan komestik dia wajah, etc.

4. The elliptical hole suction (The suction is weak)


WHAT IT STATED ON BOX - Elliptic hole design, can be used for daily skin care. The are wrinkles such as the corner of the mouth, etc. Adsorb quickly parted after, take out again, so use repeatedly. Can also use from down to up, life the face.

Last but not least, probe yang ni dia ada elliptic hole design dan boleh digunakan dalam seharian skin care routine. Suction dia pun rendah berbanding yang lain.


Andai kata kalau korang tak pandai nak guna alat ni, jangan risau sebab ia didatangkan dengan instruction ni dalam bahasa inggeris. Ayat yang digunakan memang mudah untuk difahami. Jadi, don't worry okay!


Blackhead vacuum suction machine ni menggunakan bateri jenis double A (AA) dan memerlukan 2 bateri sahaja untuk menghidupkan fungsinya. Hahh... produk ni tak didatangkan sekali bersama bateri ni tau. Jadi, korang kena beli sendiri bateri double A ni dekat mana-mana kedai.


Yang ini pula adalah switch ON/OFF. So far, selama Ekin pakai suction vacuum dia memang kuat dan mampu untuk membuang whitehead/blackhead dari wajah. Saranan Ekin, sebelum nak guna alat ni... pastikan lubang liang pori kita terbuka dengan steam wajah kita dengan wap air panas. Ini adalah supaya senang segala kotoran di wajah kita dibuang.


Yang ni pula rupa apabila kepala probe dipasang kepada alat. Korang hanya perlu tarik sahaja untuk menukar kepala probe mengikut kesesuaian masing-masing. 


PERSONAL REVIEW!

Actually, dulu Ekin pernah beli satu machine untuk buang whiteheads dan blackheads ni. Tapi, end up dengan tersadai dekat rumah sebab bila pasang bateri, suction dia tak begitu kuat. Ibarat hidup segan, mati tak mahu. Jadi, tersadai jelah alat tu dekat rumah. Sebelum beli tu, ingat macam best sebab dia ada sekali probe untuk massage semua. Sampai-sampai je, terus tak boleh guna. Sobs sobs.

So, bila dapat voucher Lazada haritu... dua tiga kali jugak lah fikir nak beli ke taknak. Takut membazir macam haritu. Hohoho. Ended up, dengan BELI JELAHHHH. Kalau tak beli nanti lagi rugi. Menyesal tak kesudah kalau tak beli. Hehe.

Tapi, kebiasaannya sebelum membeli memang Ekin akan baca review dulu sebab taknak menyesal beli alat yang tak berfungsi seperti sewaktu ketika dahulu. Benda pertama yang Ekin akan cari, semestinya nak tahu suction vacuum dia kuat ke idokkk. Ramai yang cakap memang elok, suction pressure dia pun sesuai dengan kulit muka... Tanpa banyak songehh Ekin pun add to cart dan sepantas kilat terus checkout.

Bila barang dah sampai rumah, punyalah excited nak tengok. Ekin terus pasang bateri (nasib baiklah ada bateri double A ni dekat rumah, kalau tak terpaksa lah pergi kedai semata nak cari bateri je, huhu). Dah pasang bateri, terus switch ON. Wahhhhh, memang tak rugi lah beli. Yang ni baru betul nak buang blackhead. Suction vaccum dia pun elok, kuat. Memang best lah!

Petang tu, terus Ekin pakai nak bersihkan kulit muka ni. Memang habis semua blackheads/whiteheads dia tarik.

Okay.

Jadi, dekat mana nak dapatkan?

Korang hanya perlu pergi sahaja ke laman website Lazada Malaysia untuk membelinya. Atau klik sahaja link dekat bawah. Dekat sana nanti korang boleh dapat pelbagai jenis blackhead vacuum suction machine ni daripada pelbagai harga dan jenis. Tengoklah mana-mana yang korang rasa sesuai dan menarik.

Bagi Ekin, memang best lah ada satu alat ni dekat rumah. Tak payah susah-susah nak pergi facial spa, bayar dengan harga yang mahal untuk buang blackhead dan whitehead ni. Korang boleh jimat sikit duit untuk buat treatment yang berbaloi sikit dekat sana. Hehehe.


Orait, itu sahaja entry Ekin untuk kali ni. Dah beli nanti jangan lupa kongsikan pengalaman korang guna alat ni dengan Ekin tau. Lepas ni, makin licin lah wajah kulit korang semua nanti :p

p/s: Make sure masa nak guna alat ni nanti, jangan letak terlalu lama setempat dekat wajah, sebab sedutan dia kuat takut akan meninggalkan parut. Andai kata, ia meninggalkan parut, korang jangan risau okay... kebiasaannya dalam 2,3 hari macam tu parut akan hilang dengan sendiri.

9 comments

  1. menarik! macam nak cuba tapi risau pulak sebab kulit kita nipis and sensitif.

    ReplyDelete
  2. ejulz dah beli utk wife aritu :)

    ReplyDelete
  3. liez pun ada.. guna kadang2.. tapi mmg bagus tau..

    ReplyDelete
  4. Ok juga benda ni.. mahal tak hehe

    ReplyDelete
  5. nice..hi boleh follow saya balik done follow tq

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sis.. Kalau jadi merah or lebam macam parut tu perlu buat apa supaya hilang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ambik berapa lama nak hilang. Saya pun lebam😭😭😭

      Delete
    2. Hi sy pun lebam ni huhu 😭😭😭 brp hari nk hilanggg weh

      Delete
    3. Nk hilang brp lama ya 😭

      Delete