Jumaat lepas, Ekin dan kawan-kawan yang lain buat trip ke Negeri Sembilan. Disebabkan kitaorang dah nak habis belajar... kemungkinan lepas ni dah susah nak jumpa dan masing-masing mungkin akan teruskan kehidupan masing-masing dan mungkin akan berkahwin tak lama lagi. Hikhok. Untuk trip kali ni, kitaorang pergi 2 hari 1 malam dan tidur di rumah penginapan salah sorang kawan Ekin. Niat asal untuk trip ni adalah semata-mata untuk buat BBQ sama-sama. Hahaha. Sampai ke Negeri Sembilan kitaorang ber-BBQ uols.
Untuk trip ni kitaorang pergi dengan tiga buah kereta dan bertolak dari Shah Alam (pagi) dalam jam 8 lebih macam tu. Singgah sarapan dekat Restoran Gembira untuk pastikan kami semua bergembira sepanjang dalam perjalanan ke Negeri Sembilan gitcheww.
Sesampai sahaja di sana, kitaorang terus ke lokasi Air Terjun Ulu Bendul.
Sampai je dekat sana, Ekin pelik? Kenapa tak ramai orang? Kosong! Lengang je... Hahaha.
Rupa-rupanya sekarang ni kan dah musim persekolahan. Kitaorang je yang bercuti sekarang ni. Huhu. Lagipun, masa kitaorang sampai ni masih tengah hari lagi. Kalau sampai petang sikit, mungkin ramai orang dah bermandi manda dekat sini.
Kitaorang pun pergi lah ke kawasan lebih atas sikit sebab nak kan air terjun. Cari kawasan tempat parking kereta dekat atas dan berjalan tak sampai 5 minit dah jumpa dah air terjun dia. Masa ni tak sempat nak ambil gambar air terjun sebab masing-masing dah seronok mandi. Tapi memang cantik lah tempat dia.
Tiga orang ni je bertapa atas batu sambil celup-celup kaki. Hahah. Sepatutnya ambil gambar background air terjun masa ni.. hehe. Baru lawa sikit.
Selesai bermandi-manda dekat Ulu Bendul. Perut masing-masing dah kelaparan. Kitaorang pun singgah lah dekat salah satu kedai makan dekat sana.
Best makan dekat tepi jalan ni sebab dia menghadap bukit-bukit ni. Feeling back to nature sangatttt. Kalau tak silap Ekin, nama kedai ni Zaini Salai House kottt. Menu utama dia memang semua dia salai. Tak sempat nak ambil gambar lauk-lauk yang mereka sajikan. Tapi disebabkan Ekin tak rasa lapar lagi sebab nak jaga perut untuk BBQ malam ni, Ekin order cendol je sebenarnya. Kehkehkeh.
Ni lah dia cendol yang Ekin order. Sementara tengok kawan-kawan yang lain sedang menikmati nasi dorang, Ekin makan yang ni je hahh. Pelik betul selera Ekin nih. Hahaha.
Selesai makan, kitaorang pergi ke pasaraya berdekatan untuk beli barang BBQ malam ni.
Betul lah kata orang, perempuan ni bila masuk je kedai shopping semua barang depan mata nak diambilnya. Haha. Nasib lah kitaorang memang limitkan sampai berapa je nak berbelanja. Kalau tak, berterbangan dah duit-duit dekat sana.
Habis beli barang, masing-masing terus bertungkus lumus dekat dapur. Ada yang cuci barang basah. Ada yang potong-potong sayur. Masa ni mencabar betul nak cuci ayam. Banyak pulak tu. Hahaha. Nasib lah dekat rumah memang dah biasa tolong cucikan ayam ni.
Malam tu, masing-masing terus dengan BBQ. Banyak betul menu malam tadi sampai tak muat perut nak sumbat. Ada BBQ ayam, daging, ikan, sweet potato, kentang, coleslaw, cocktail, nasi goreng, sosej dan macam-macam lagi lah. Haha.
Guysss... baru perasan, satu gambar BBQ pun Ekin tak ambil. Huhu.
Habis ber-BBQ malam tadi. Kitaorang pun tido dengan lenanya.
Keesokkan pagi kitaorang sarapan dengan menu malam tadi. Kohkohkoh.
Masa ni tengah duduk santai dekat ruang tamu atas sambil dengar dorang ni buat mini concert. Masing-masing nak ber-karaoke. Masa trip ni, dekat ruang atas ni je line internet Ekin ada. Hahaha. Sedihnya lahai.
kena paksa cium dengan aunty ekin...
Menu makan tengah hari, kitaorang makan lauk salai yang dibuat khas oleh mak Zalikha sendiri. Memang sedappppp sangattt! Pedas orang nogori dia memukauuu sampai habis. Rasa macam nak lagi... Huhu.. Sobs sobss...
Habis je makan tengah hari, masing-masing nak balik ke Shah Alam semula. Tak dapat nak bercuti lama sebab ada yang final paper tak habis lagi. Ambil gambar sebagai kenangan dan tanda perpisahan.
Thank you family Zalikha sebab sediakan penginapan yang sangat selesa yang jemput kitaorang semua untuk menginap dekat sana.
Last photo sebelum masing-masing balik ke Shah Alam dan meneruskan kehidupan... Imma cry :(
With tasha yang cantik :)
With syira yang baik hati :)
With uyeen.. hardworking person :)
With put yang sempoiii dan baik hati :)
With aliza yang bijak dan sentiasa menyenangkan :)
With zalikha yang sentiasa aktif kesana kemari :)
With syarmine yang always gojess :)
With syu yang cantik :)
Itu sahaja. Ended of our trip. Malas nak bebel panjang-panjang. Kihkih. Bye Negeri Sembilan!
5 comments
bestnya. rindu plak nak vacay dgn kwn-kwn. bila masing-masing dah bekerja ni susah nak jumpa
ReplyDeleteTrip yang ohsem..
ReplyDeleteBestnya dapat spent time dengan kawan2 :)
ReplyDeletehttps://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/how-was-my-2018.html
aaa seronoknya trip macamni !
ReplyDeleteseronok trip camni :)
ReplyDelete