Potential Industry Research Award (WRES) | Anugerah FYP

Harini baru sempat nak update blog ni. Ringkas je entry Ekin kali ni. Hahaha. Mungkin sebab dah lama tak update blog ni, rasa macam ayat-ayat sastera ku semua lari lintang pukang. Hoho. Apapun, masih belum terlambat lagi kan untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada readers blog Ekin semua. Hehe. Menyempat lagi kan?!

Okay.

Selari dengan tajuk entry kita hari ni, sudah semestinya Ekin akan update mengenai penerimaan anugerah FYP pada tempoh hari. Sebenarnya, Ekin agak terkejut dengan pencalonan nama Ekin sebagai salah seorang penerima untuk anugerah Potential Industry Research Award bagi bidang WRES ni. Rasa bersyukur yang tak terhingga. Rasa nak menangis pun ada. Sobs sobs. Tambah gembira lagi bila kawan baik Ekin sendiri dapat award untuk FYP ni jugak :)

Bersama koordinator FYP bagi semester ini (Sir Amizan Mohamed @ Arifin), Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam (Prof. Dr. Zakiah Ahmad) dan Supervisor WRES (Madam Nur Syahiza Zainuddin)

Untuk pengetahuan korang semua, penerimaan anugerah FYP ni terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu Best Thesis Award, Best Presentation Award dan Potential Industry Research Award. Untuk setiap kategori pula terbahagi kepada empat (4) bidang utama iaitu bidang CBPM, Geotren, Structure dan WRES. Seramai lima (5) orang sahaja yang layak untuk menerima anugerah tersebut mengikut bidang masing-masing. Berikut adalah pemarkahan diambil untuk penerimaan anugerah FYP.

Pemarkahan FYP:

Best Thesis Award
Supervisor + Panel 1 + Panel 2

Best Presentation Award
Panel 1 + Panel 2

Potential Industry Research Award
Solely Industrial Panel


Sepanjang dalam menyiapkan thesis FYP ni, banyak cabaran dan dugaan yang Ekin hadapi. Antaranya apabila format thesis salah, tajuk kena tukar, literature review tak kena, asyik keluar masuk lab, bahan ujikaji tak cukup dan macam-macam lagi. Tapi itulah proses dalam menyiapkan thesis ni. Paling mencabar bagi Ekin adalah bila masa tarikh yang sepatutnya kita kena hantar thesis FYP ke fakulti dan masa tu lah tajuk thesis kena tukar. Masa tu tiba-tiba kepala ni rasa blank. Semua dah print. Tinggal nak hantar je. Tup tup, tajuk pulak kena tukar. Isk iskk...

Nasib baik lah supervisor Ekin baik hati tolong printkan tajuk depan untuk Ekin dan Ekin hanya tinggal perlu berlari untuk bind kan sekali dengan report. Masa tu tinggal beberapa minit je lagi sebelum nak dihantar ke fakulti. Jantung pulak dah berdegup kencang, risau tak sempat nak hantar. Hanya Tuhan je yang tahu betapa risau dan takutnya Ekin masa tu. Kawan-kawan Ekin yang lain semua dah berlari hantar dulu. Tinggal Ekin jelah yang belum selesai lagi. Apapun, itulah moment yang paling mencabar sepanjang nak siapkan thesis FYP walau sebenarnya ada banyak lagi.

Pengajaran dekat sini, jangan lah engkorang buat kerja last minute macam Ekin. Kan dah berlari kehulu kehilir dah tu. Huhu.

Baiklah...

Dikesempatan ini, Ekin nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada supervisor Ekin sendiri, Madam Nur Syahiza binti Zainuddin kerana memberi sokongan dan sentiasa memberi tunjuk ajar sepanjang Ekin menyiapkan thesis FYP ni. Bersyukur sangat dapat supervisor yang sentiasa membantu anak didiknya sendiri. Alhamdulillah atas kejayaan yang diperoleh ini.

Terima kasih juga kepada rakan baik Ekin sendiri, Iwani Natasha binti Mohamad Khairizal kerana banyak membantu Ekin sepanjang menyiapkan FYP ni. Without you, I wouldn't get this award. Terima kasih kerana banyak beri idea yang bernas dan sanggup bersengkang mata bersama-sama demi menyiapkan thesis ni.


Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang Ekin menyiapkan thesis FYP ni. Ada yang tolong angkat sekam padi bersama, angkutkan air dari sungai, teman pergi tebing dan macam-macam lagi pertolongan yang korang tolong. Tanpa korang, Ekin takkan berjaya untuk siapkan thesis ni dalam masa yang tertentu. 

Dikesempatan ini juga, Ekin nak ucapkan congratulations kepada penerima-penerima anugerah FYP 2018/2019 yang lain. Tahniah atas kejayaan yang diperolehi. Dan tahniah juga kepada diri sendiri kerana berjaya mendapatkan award bagi anugerah FYP kali ini. Hehe.


Congratulations girls!

3 comments