Aktiviti Malam Ramadhan Bersama Ibu | Almond London

Sedar tak sedar, dah malam ketiga kita berpuasa kan? Harap-harap lah ramadhan kali ni kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Mungkin ramadhan kali ni juga merupakan ramadhan untuk kita berhijrah menjadi seseorang yang lebih baik.

Hahhh, selesai mukadimah kita tadi... Ekin nak story mory dengan korang semua aktiviti malam ramadhan ekin bersama ibu tersayang. Hehehe. Mungkin ramai yang tak tahu lagi yang ibu ekin ada online shop di instagram. Senang cerita, dia ibarat family business kecil-kecilan macam tu lah. Doa-doakan supaya family business kitaorang berkembang maju okay!

Siapa yang nak follow, korang bolehlah klik instagram @meltokiss ni tau. Dah follow jangan lupa like semua gambar sekali. 


Actually, dari first ramadhan lagi ekin dengan ibu dah busy nak siapkan biskut raya ni. Lebih-lebih lagi tahun ni biskut raya MELTOKISS dah masuk ke booth festival ramadhan di UTC Anggerik Mall, Shah Alam. Memang tak menang tangan lah dibuatnya.

Malam ni, kita siapkan stock order dan stock nak topup dekat booth nanti. Disebabkan dah dua malam asyik menghadap tart nenas. Malam ni kita hadap almond london pulak.


Masa tengah busy dok membuat biskut almond london ni, tiba-tiba pulak teringat nak update dekat blog. Yelah kan. Rasa macam dah lama pulak tak meng-update dekat blog ni. Erti kata lain, sebenarnya ekin rindu nak menaip jadi keyboard warrior ni sebenarnya. Uhuks. So, terpaksalah doh almond london ni jadi korban untuk ekin tangkap gambar dia semata-mata nak tunjuk dekat engkorang semua.


Taraaa. Ni lah dia hasil setelah dimasukkan almond dekat dalam london. Tu yang biskut ini telah dinamakan almond london. Ahaha. Tiba-tiba pulak tertanya-tanya kenapa biskut ni dinamakan almond london. Kenapa tak almond paris ke. Almond Malaysia ke. Almond Pakistan. Almond Zimbakwe. Kenapa kena almond london?! Hahh, sudah. Mula lah sel-sel otak ni nak berhubung.

Kalau korang tahu kenapa nama dia almond london, boleh tak komen dekat bawah. Ahaha, tertanya-tanya pulak.


Ni pun salah satu korban untuk snap gambar malam ni. Saje jelah nak post sekali dengan gambar almond ni. Alasan dia, sebab macam nampak cantik je. Huhu. Seronok pulak buat biskut raya ni sebenarnya kan?! Ahaks. Penat tu memang lah penat. Bukan penat sebab angkat berat ke apa. Penat sebab menghadap benda yang sama je. Ehehe. Tapi bila dah siap barulah rasa berbaloi penat tu.


Ini lah rupa almond london kita bila dah siap. Mengancam betul bila tengok ni. Rasa macam nak ngap masuk dalam mulut je semua. Sabooo je lah.


Dah siap-siap semua kita photoshoot kejap almond london ni. Baru nampak cantik sikit bila nak post dekat instagram. Kan?! Nampak lah sikit ala-ala kemelayuannya. Hehe.

Kalau korang nak rasa almond london daripada MELTOKISS ni, jangan lupa order melalui instagram @meltokiss tau. Memang semua ekin jamin sedap-sedap belaka. Tak rugi pun borong banyak-banyak. Eh?

Selesailah aktiviti untuk malam ni. Hmmm. Rasa-rasa esok nak siapkan stock biskut raya apa pula ya?

12 comments

  1. biskut feveret kita.. kalau raya mesti ada kuih ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita. kalau singgah beraya rumah orang, mesti cari biskut ni dulu. ahaha

      Delete
  2. Biskut wajib ada kat rumah akak ni. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang beraya rumah akak nih. ahaha. nak menghabiskan almond london dkt rumah akak jugak.

      Delete
  3. this used to be my most favourite and i would keep one with me for me alone. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha. same with me here. gotta eat all by myself

      Delete
    2. ray sbnrnya suke almond kt dalam tu haha. yayyy genggg

      Delete
  4. Allah.. rindu pula aktiviti bakar biskut ini.. Masa arwah ibu sihat dan ada lagi, nie memang antara aktiviti wajib bila bulan puasa.. skrg nie memang tak buatlah.. beli je.. ini antara biskut yang sha mahir buat.. sebab senang dan ada badam.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. nak buat senang, nak makan lagilahh senang. ehehehe

      Delete
  5. Wahhh sedap ni.pandai ekin wat kuih ya...berseni..heheh moga bisnes bertambah mju!

    ReplyDelete
  6. selamat bepuasa. menarik nya tengok biskut raya :)

    ReplyDelete
  7. YaAllah rajinnya buat kuih raya. kagum orang yang pandai buat Almond London ni. Saluteee! hahahah. okay boleh pos sikit kat saya ye. Alamat: Seremban. kihkihh

    ReplyDelete