Drop Skincare Routine | Uncomplete Version

Assalamualaikum & hi :)

Entry kali ni Ekin buat untuk menjawab soalan dekat DM instagram. Dah lama sebenarnya Ekin perasan DM ni, tapi baru sekarang ada kesempatan nak jawab.

Soalan dia:
“Hi sis boleh drop skincare rutin”


Alaaa awak. Kita sebenarnya takde lah flawless mana. Parut bekas jerawat ni ada je lagi ni hahh. Tapi mungkin ada yang berkeras nak tahu juga. Ekin buat entry ni khas untuk korang ok :)

Amaran keras: Ekin punya skincare routine still tak complete lagi tau. Ada banyak lagi lubang sana sini. Kulit muka Ekin ni jenis sensitif sikit (sama macam tuan dia). So, Ekin banyak try & error untuk nak tahu produk penjagaan muka tu sesuai atau tidak dengan kulit muka Ekin.

Segala produk yang Ekin list kan dekat bawah ni sememangnya sesuai dengan kulit muka Ekin. Alhamdulillah, satu persatu skincare routine Ekin nak ke arah complete.

Amaran keras kedua: Kulit kita kan berlainan jenis. Jadi, mungkin ada di antara produk ni sesuai dengan Ekin tapi tak sesuai dengan korang. Apapun, nak cari skincare routine ni korang kena selalu try & error dan stop immediately kalau berlaku sebarang irritation.


Untuk pencuci muka, sekarang Ekin pakai tiga ni sahaja. Simple hydrating cleansing oil. Simple smoothing facial scrub. Kayman coalface soap.

Cleansing oil ni Ekin akan pakai bila rasa nak buat double cleansing untuk remove makeup atau saje-saje nak buat double cleansing. Ok. Ekin ada ilmu baru yang Ekin nak kongsi dengan korang. Cara yang betul untuk guna cleansing oil. Ekin pun baru je tahu, thanks to beauty guru yang ada dekat twitter.

Cara yang betul untuk guna cleansing oil ni adalah selepas korang cuci muka dengan cleansing oil ni, korang kena emulsify kan cleansing oil ni dengan membasahkan sedikit muka korang dengan air sehingga oil tadi bertukar menjadi milky. Sikit je tau air dia. Bila dah tukar kepada milky, dah gosok-gosok barulah bilas bersih-bersih.

Seterusnya, untuk facial scrub ni Ekin memang jarang pakai. Pakai pun bila diperlukan sahaja. In case, rasa macam kulit terlebih kusam, barulah Ekin akan pakai scrub ni.

Kayman coalface soap ni, Ekin baru je cuba. Nasib baiklah sesuai dengan kulit Ekin. Ekin pakai coalface soap ni sebagai pencuci muka harian Ekin. Kulit memang rasa lembut je lepas cuci muka dengan coalface soap ni.


Selalunya, lepas cuci muka Ekin akan pakai rose water ni. Tapi, disebabkan rose water Ekin pecah haritu. Dah seminggu Ekin tak pakai rose water. Rose water ni memang bagus sebab dia boleh soothing kan merah-merah dekat muka dan dia ada cooling effect tau. Memang best!

Sama ada Ekin akan pakai macam toner atau Ekin akan basahkan kapas muka dengan rose water ni, lepastu lekatkan dekat muka selama 5-6 minit. And then, boleh terus rutin seperti biasa.


Lepas pakai toner rose water, Ekin akan apply serum bougas. Ni pun salah satu produk yang Ekin baru cuba dan ternyata  ianya sesuai dengan kulit muka Ekin. Ekin dapatkan serum bougas ni daripada sepupu sebab dia agent serum bougas ni. Dah lama nak try sebab tengok feedback macam ok. Raya rumah sepupu haritu terus Ekin lamar serum ni.


Setiap malam sebelum tidur, Ekin akan apply vaseline rosy lip ni dekat bibir.

Hahh, itu sahaja skincare routine Ekin setiap hari. Sikit je kan? Dah kata yang skincare routine Ekin masih tak complete lagi. Ekin pun masih nak merawat kulit muka juga. Antara skincare produk yang Ekin tercari-cari sekarang ni adalah sunscreen.

Dah berbotol-botol, berproduk-produk Ekin beli sunscreen. Tapi, satu pun tak ada yang sesuai dengan Ekin. Sambil sambil tu, korang boleh suggestkan tak sunscreen apa yang sesuai untuk kulit muka sensitif macam Ekin? Komen dekat bawah tau. Setiap komen anda amat dihargai.

Apapun, Ekin nak berterima kasih lah kepada yang DM Ekin suruh drop skincare routine ni. Kalau tak, bakal bersawang lah blog Ekin ni nanti.

p/s: credit gambar to owner
semua gambar ni Ekin ambil dari google je. senang kerja. hehe. malas nak ambil skincare dekat toilet lepastu kena tangkap gambar. nak senang, kita ambil dekat google je.

Ok, bye!

9 comments

  1. Kulit Ekin memang cantik 😊🤗 Thanks for sharing Ekin

    ReplyDelete
  2. saya pun tengah tercari-cari sunscreen yg sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... samalah kita. susah betul nak cari sunscreen yang betul2 herlokkk 😂

      Delete
  3. thanks for sharing! I have a quite sensitive skin too but Sunplay sunscreen worked nicely on my skin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh yeke.. ok nanti nak try lah! thank you btw 🙆🏻‍♀️

      Delete
  4. Wanita mmg kene jaga kulit wajah. Tipulah kalau tak pakai apa2 kan.. byknya skin care dia guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2,, ehhh mana ada banyak.. orang lain lagi banyak 😂

      Delete
  5. Dh xpakai hada lbo ke sis. Mne ok..

    ReplyDelete