Cara Nak Sign Up Akaun Wahed Invest

Assalamualaikum & hi,

Setelah sekian lama ekin nak buat entry cara macam mana nak sign up Wahed Invest ni... akhirnya dapat juga luangkan masa untuk update entry ni. Dulu ekin ada update entry First Time Laburkan Duit Dengan Wahed Invest (kalau korang belum baca lagi, boleh baca dulu :)) ni, so dari sini ramai yang suruh ekin buat cara nak buka akaun Wahed Invest ni. Jadi, terhasil lah entry CARA NAK SIGN UP WAHED INVEST a.k.a TUTORIAL MACAM MANA NAK SIGN UP AKAUN WAHED INVEST.

Entry ni akan jadi agak panjang juga sebab banyak gambar-gambar yang ekin akan letak dekat sini nanti (supaya korang senang faham). So, harap bawa banyak bersabar tengok gambar-gambar tu nanti ya. Actually, senang je nak sign up akaun Wahed Invest ni... se-simple ABC.

Tanpa kita berlengah, jom start!


Penambah semangat khas untuk korang yang baru nak ceburi dunia investment ni (macam i..)


1. Download applikasi Wahed Invest daripada Google Play Store/App Store.
2. Buka applikasi Wahed Invest dan klik Get Started.


3. Masukkan alamat email korang.
4. Create password akaun Wahed Invest korang. Make sure password korang memenuhi kriteria yang dorang nak tu tau.


5. Masukkan verification code yang dihantar ke alamat email korang untuk pengesahan alamat email.
6. Masukkan country name.


7. Klik 'No' jika korang bukan warganegara US.
8. Untuk step ni, korang akan ditanya 8 soalan mudah untuk Wahed Invest recommendkan portfolio investment mana yang sesuai untuk korang. Soalan dia macam mana? Korang boleh refer gambar dekat bawah ni.




Selepas korang jawab 8 soalan mudah ni, Wahed Invest akan recommendkan portfolio investment mana yang sesuai dengan korang. Tapi korang jangan risau, kalau korang taknak follow portfolio yang Wahed Invest recommendkan... korang boleh je tukar ke portfolio lain. Akan tetapi! Disarankan untuk korang follow je portfolio yang Wahed Invest dah recommend kan :)

Bawah ni ekin list kan antara portfolio-portfolio yang ada dekat Wahed Invest.



Setiap portfolio memainkan peranan untung dan rugi yang berbeza antara satu sama lain. Mungkin untuk portfolio 'very aggressive' korang nampak profit dia lagi tinggi berbanding portfolio lain. Tapi suka diingatkan, bila profit tinggi... berkemungkinan untuk rugi juga tinggi. Acenggituuu.


9. Dah pilih portfolio? Jom create account.
10. Masukkan first name korang (make sure sama dengan IC korang tau).


11. Masukkan last name korang (make sure sama dengan IC korang tau).
12. Masukkan tarikh lahir (DD MM YYYY).


13. Masukkan alamat.
14. Masukkan nombor telefon.


15. Masukkan verification code yang dihantar ke nombor telefon korang untuk tujuan pengesahan.
16. Jawab soalan mudah ni :) Klik 'Yes' jika anda malaysia citizen atau 'No' untuk sebaliknya.


17. Klik 'Yes' atau 'No' berdasarkan soalan yang diberi.
18. Pilih gender dan marital status.


19. Klik 'No children' jika tidak mempunyai anak atau sebaliknya.
20. Step terakhir sebelum korang buka akaun, klik pada do you have a referral code? dan masukkan code WANBIN10 untuk dapatkan $5 (RM20) cash bonus dalam akaun Wahed Invest korang.

Referral code: WANBIN10


21. Referral code masukkan code WANBIN10 untuk dapatkan $5 (RM20) bonus secara percuma ke dalam akaun Wahed Invest korang.
22. Allow camera dan microphone access dan klik 'Next'.


23. Korang akan diminta untuk upload dokumen bagi pengesahan. Klik je button '>'.
24. Pilih nationaly and country of birth korang.


25. Select document type dan masukkan document number.
26. Select document mana yang korang nak upload. Boleh pilih antara salah satu.


27. Record a selfie video. Nanti akan ada arahan masa korang rekod selfie. Follow je arahan dia :)
28. Klik 'Submit video' once dah selesai rekod.


29. Next, korang diminta untuk upload address proof.
30. Pilih je mana-mana dokumen yang korang nak upload untuk buktikan yang alamat korang tu betul.


31. Klik to allow access untuk identity verification.
32. Korang dah boleh start deposit duit ke dalam akaun Wahed Invest. Minimum RM100.

Apa beza Weekly, Monthly dan One Time?

Kalau korang klik button 'Weekly' semasa deposit, ianya bermaksud Wahed Invest akan auto depositkan duit investment setiap minggu dari akaun bank korang. Sama juga untuk yang 'Monthly' punya. So, kalau korang taknak Wahed Invest auto deduct duit dari dalam akaun bank korang, korang klik dekat 'One Time' masa deposit nanti. One Time ni bila-bila je korang boleh deposit duit ok ;)


33. Korang boleh pilih sama ada nak guna Instant Pay (FPX) atau Wire Transfer untuk deposit duit ke dalam akaun Wahed Invest.
34. Setelah urusan deposit selesai, korang akan dapat notification yang mengatakan bahawa Wahed Invest dah successfully proceed korang punya transaction.


35. Akaun Wahed Invest korang akan tertera sebegini. Kena tunggu 1-2 hari untuk Wahed Invest receive korang punya deposit dan investkan duit korang.
36. Setelah akaun korang berjaya dibuka, korang dapat tengok graph macam ni berdasarkan portfolio yang korang sendiri.

Oraits, itu sahaja cara macam mana nak register / sign up akaun Wahed Invest. Mudah je kan? So, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Wahed Invest ni, korang boleh visit website mereka.


Untuk korang yang nak register akaun Wahed Invest ni, jangan lupa untuk masukkan referral code WANBIN10 untuk dapatkan $5 (RM20) secara percuma masuk dalam akaun Wahed Invest korang ;)

Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh tanya je dekat ruangan komen bawah ni dan jangan lupa untuk tick button NOTIFY ME supaya korang terima notification email bila ekin reply komen korang. Apapun, thanks for reading.

Find me:

Instagram: @asyiqin.roslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube: Asyiqin Roslee

7 comments

  1. ramai betul post pasal ni kt twitter

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... ekin dapat tahu pun dari twitter jugak nih..

      Delete
  2. Tq share. Baru tahu tentang Wahed Invest ni

    ReplyDelete
  3. Cik sy nak tnya..knapa ya nama penerima dana tu tak sama mcm email yg diterima..dlm email transfer pd wahed tech..tp masa nk trasfer tu nama lain

    ReplyDelete