MYLARA Platinum Series CollaRa Review


Assalamualaikum & hi,

Harini ekin nak review satu beauty produk dengan pembaca blog ekin. Korang semua mesti pernah dengar beauty brand daripada MYLARA ni kan? (siapa pernah dengar, sila angkat tangan). Seperti yang korang tahu, MYLARA beauty brand ni ada banyak lagi produk-produk menarik dan best tau! Ekin dah guna 2 daripada semua produk yang mereka ada and so far ekin suka.

Nak tahu apa 2 produk tu?


  • MYLARA Platinum Series CollaRa
  • MYLARA Skincare Perfect Glow Serum

Tapi, untuk entry kali ni... ekin nak share dan review produk MYLARA Platinum Series CollaRa ni. Bagi yang tak pernah dengar mengenai CollaRa, ianya adalah campuran buah beri dan susu tepung skim. Rasa dia macam masam manis macam tu... bila dah lama-lama, rasa macam kemam vitamin C pun ada juga. Sedap!


CollaRa ni dalam jenis serbuk dan korang jangan risau kerana ia didatangkan sekali bersama sudu. So, korang jangan kelam kabut pula kalau tiba-tiba time nak makan.. nak kena cari sudu. Semuanya dah disediakan.

Kalau cara nak consume CollaRa ni pula, direction of use dekat botol ni suruh ambil 3 scoop setiap kali nak consume. Tapi, biasanya... ekin akan ambil 2 scoop sahaja (nak jimat kan ;p) dan kemamkan dekat bawah lidah sampai dia dilute sendiri. Time kemam ni rasa sedap macam makan Vitamin C. Tapi, kalau korang sejenis yang tak tahan masam.. korang tuangkan jelah dalam mulut terus telan. Hehehe. Jangan lupa untuk minum air mineral banyak-banyak ye.


Salah satu fungsi utama CollaRa adalah ianya mampu bertindak sebagai brightening booster (mencerahkan wajah) sekaligus dapat menghilangkan parut. CollaRa juga dapat melembutkan kulit juga tau. Ada sekali, ibu buat-buat terlanggar ekin... lepastu nak tahu apa yang ibu ekin cakap tak? "Eeeee... lembutnya kulit budak ni. Lembutnya.. lembutnya", sambil buat-buat langgar ekin lagi. Hahaha. So, ekin rasa ini mungkin salah satu efek ekin consume CollaRa.

Untuk pengetahuan korang, CollaRa juga mempunyai bahan-bahan tradisional dan 'sirih' di dalamnya. Jadi, ia juga mampu mengekalkan kesihatan wanita dari dalaman. Dekat bawah ni ekin ada highlight, antara bahan-bahan tradisional yang digunakan untuk menghasilkan CollaRa.

Ingredients
Dextrose Monohydrate, Mixed Berries, (Blackberry, Elderberry, Raspberry, Blueberry).
Instant Skim Milk (Milk Protein), Maltodextrin (Gluten), Vanilla Fish Collagen (Fish), Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Sireh, Parameria Barbata (Serapat), Pueraria Lobata, Vitamin C, Sucralose, Silicon Dioxide

Korang semua mesti tahu kan, kebanyakan bahan-bahan tradisional ni memang elok dan baik untuk kesihatan wanita.


Kalau tak silap ekin, sekarang CollaRa ni tengah sales dekat website MYLARA Skincare tau. So, kalau korang nak dapatkan pada harga murah, better dapatkan sekarang. Borong je banyak-banyak time harga tengah murah. Kihkihkih.

Overall, ekin memang suka dan ekin memang recommended dekat korang yang tengah mencari beauty product untuk consume bagi menjaga kecantikan secara dalaman ni. Bahan-bahan CollaRa ni pun simple je, takde bahan yang merepek-repek tu. Ianya campuran buah beri + susu + sireh + bahan-bahan tradisional yang lain. Best kan?!


Dekat bawah ni ekin tinggalkan link website + media sosial MYLARA Skincare supaya senang kalau korang nak review dengan lebih details atau tengok feedback-feeback customer mereka.

Instagram: @mylaraskincare
Facebook: @mylaraskincare
Youtube: MYLARA Skincare

4 comments

  1. Wahh mylara ada produk baru pulak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tatau lah baru ke tak, tapi collara ni satu satunya makanan kecantikan yg mylara ada.. ekin suka sebab dia sedap!

      Delete
  2. waa.. sy baru nak cuba... mylara baru sampai kat rumah ... x sabar nak rasa perubahan lepas makan collara nie

    ReplyDelete