Asyiqin Roslee
  • Home
  • Menu
    • Beauty
    • Fashion
    • Food
    • Money
    • Recipe
    • Travel
  • About
  • Contact Us
Memandangkan Ekin tengah menunggu sidang istiadat majlis konvokesyen my sister ni, Ekin ambil kesempatan untuk update blog. Hehehe. Terpaksa lah menunggu dekat bawah khemah ni berseorangan memandangkan hanya ibu bapa sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan. Adik lelaki Ekin pulak memang tak ikut. Menunggu jelah kerja Ekin sekarang ni. So... Jom kita update blog sementara boleh.

iklan kejap

Semalam, parents Ekin ambil Ekin dekat UiTM sebab katanya nak bermalam terus dekat kawasan yang berdekatan dengan Bestari Jaya ni. Yelah kan, mahunya kalau bertolak dari rumah... Memang tak sempat lah cerita dia. Sidang konvo my sister ni dah lah pagi. Ibu bapa pula kena ada dekat dewan sebelum 7.30 pagi. Memang kami sekeluarga bermalam dekat sana lah terus. 

Lepas check in hotel dekat sini, kami pun berehat dulu hilangkan rasa penat berjalan. Malam tu, kami singgah kedai makan di hadapan hotel untuk makan malam. Masuk-masuk je, terus order makanan apa yang ada di menu. Memang lapar sangat lah katakan.. Dari pagi lagi tak makan makanan berat. Hahaha. 



Ni lah menu yang menjadi pilihan Ekin. Gabungan aiskrim dengan nasi ayam goreng kunyit. Boleh tahan lah jugak rasa dia. Harga pun memang berbaloi. Aiskrim harga dia RM2.50, nasi ayam goreng kunyit pula RM7.50. Okay lah kan?! Huhu. 



Nahhh, model aiskrim tak berbayar. Haha. Sedap pulak rasa aiskrim ni. Ada taburan kacang dengan biskut oreo. Rasa macam nak tambah lagi satu. Hihihi. 

Habis je makan malam, kami pun balik semula ke hotel. Iron lah baju apa yang patut. Tudung semua digosoknya.

Pagi keesokkannya (harini lah kiranya, hoho) alarm jam semua orang berbunyi. Lepas satu alarm, satu lagi berbunyi. Ibarat ada pertandingan jam loceng alarm siapa yang paling kuat. 4.30 pagi pulak tu.  Nasib baik Ekin bangun-bangun terus rasa mata segar. Dalam masa yang sama, ibu Ekin pun bangun sekali. 

Lepas bersiap mandi, solat semua... Dalam jam 6.30 pagi dah check out hotel sebab nak ada dekat dewan sebelum 7.30 pagi. Sarapan pun makan roti bakar dekat kedai mamak tu je. Lepas tu terus bertolak ke Unisel Bestari Jaya. 



Sebelum masuk dewan, kita bergambar lah sekejap dengan si jelita manis ni. Biasanya cuaca pagi ni nice kalau ambil gambar. Hehe. 

Dah siap bergambar semua. My sister kena register and my parents dah start masuk dewan. Ekin? Merayau lah sorang sorang dekat sana. Hahaha. Sambil merayau-rayau, pergilah cuci mata tengok bunga nak beli untuk my sister ni. 



Ekin beli dua jambak bunga ni untuk my sister. Hihi. Konvo kan sekali sekala, bukan selalu... Time ni lah nak buat ala alaaa "dirimu begitu berharga" gituww.

After belikan bunga, Ekin pun merayau-rayau lah sekejap. Kehulu kehilir sambil bawak bunga-bunga cinta layu di pusara ni. Eh? Sambil-sambil jalan, dengar lah orang-orang yang lalu lalang cakap, "besarnyaaaa". Adui. Ye dik, tahu bunga ni besar. Apa kata adik tolong bawakkan sekali. Kita tak cukup tangan lah nak bawak. Haahaha. 



Gambar sekitar majlis istiadat konvokesyen unisel ke-13

Dah habis merayau tu, Ekin pun duduk lah dekat bawah khemah menunggu. Tunggu punya tunggu... Akhirnya keluar jugak my sister dari dewan. Rasa nya dah berlecak tunggu dekat luar ni. 

Ekin pun apa lagi. Jadilah photographer tak berbayooorrrr. Seronok pulak bila tengok orang konvo ni. Boleh lah cuci mata sekali. Kehkehkeh. 




Nasib baik lah ada gambar berdua dengan my sister. My mom was like, "kin kinn kinnn, cepat lah ambil gambar berdua dengan cikti". "Cium sikit, cium sikit." Ekin pun dengan kaki sakit pakai heels, terenjet enjet berjalan. Rasa dah melecet dah kaki ni. Tu yang entah mana-mana my sister, boleh pulak dia kiss telinga kita. Aduhai. 

Selesai sesi bergambar semua, pulangkan jubah semua. Kami pun pulang semula. Apapun, congrats to my sister dah grad. *tepuk tangan sikit


Untuk entry kali ni, Ekin nak review skincare product dari Vita Laboratoires. Siapa yang selalu baca blog Ekin, mesti korang tahu yang sebelum ni pun Ekin ada buat satu review product Vita Laboratoires ni. Kalau yang sebelum ni Ekin review Vita Laboratoires Acne Soothing Cleansing Cream. Kali ni, Ekin nak review dia punya balancing toner. Tapi, sebelum tu... For those yang belum baca Ekin punya review mengenai acne cleaser Vita Laboratoires ni, korang boleh klik je bawah ni:

Beauty Review : Vita Laboratoires Acne Soothing Cleansing Cream

Okay, untuk Vita Laboratoires Acne Solution Skin Balancing Toner ni Ekin akan review dari segi menyeluruh termasuk best ingredients yang ada dalam balancing toner ni.

Kalau korang nak tahu, yang best pasal toner ni... Selain ia membantu untuk mengecutkan jerawat di kulit muka, skin balancing toner ni jugak mengekalkan hydrating pada kulit supaya kulit muka kita kelihatan segar dan bermaya tau. Tu yang Ekin suka sangat-sangat dengan Vita Laboratoires skin balancing toner ni.


Brand : Vita Laboratoires 
Product : Acne Soluting Skin Balancing Toner

Sama seperti acne cleanser, Vita Laboratoires balancing toner ni juga adalah PARABEN FREE, ALCOHOL FREE dan FRAGRANCE FREE. Siapa yang tengah mencari skin toner yang paraben free, alcohol free and fragrance free ni... Korang boleh lah try nanti ya. 



Ni lah rupa skin balancing toner Vita Laboratoires kita. Hehe. Dalam ni dia ada oil-absorbing powders which is dia lah yang akan berperanan untuk kawal penghasilan sebum pada kulit. Lebih-lebih lagi dekat area T-zone nih. Dalam balancing toner ni dia ada oil-control actives ingredient.

How it works? 

"Nurse pimpled skins from the root, refine the appearance of pores, and brighten skin tone with repairing. Start with balancing and then tightening, to accomplish anti-acne and hydrating in one process. Strengthen self-healing ability, enabling the skin to appear moist and bright in healtier conditions. Terminate the acne and shrink rough pores, reappear the smooth and faultless skin."

Selain merawat masalah jerawat dari dalam akar, masalah pori dan mencerahkan tona kulit. One of the thing yang Ekin suka sebab balancing toner ni dia kekalkan hyrating pada kulit wajah supaya kelihatan bermaya dan tidak kusam. 

Ingredient:
Aqua, Niacinamide, Propanediol, Zinc Oxide, Zinc Lactate, BIS-PEG-15 Methyl Ether Dimethicone, Phenoxyethanol, Glycerin, Microcitrus Australasica Fruit Extract, Olea Europoea (Olive) Leaf Extract, Dipotassium Glycyrrhizate, Chlorphenesin, Saccharide Isomerate, Citric Acid, Sodium Citrate, Propylene Glycol, Salicylic Acid, Ascorbic Acid, Tartaric Acid, Malic Acid, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract, Rosa Canina Fruit Extract,Viola Tricolor Extract, Epilobium Fleischeri Extract, Potassium Sorbate, Allantoin, Panthenol, Triethanolamine, o-Cymen-5-ol (Isopropyl Methylphenol), Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Iodopropynyl Butylcarbamate. 

From these ingredients, yang paling best adalah:

1. Zinc Oxide - UV protection
2. Niacinamide - Brightening, Anti aging
3. Ascorbic Acid - Brightening, Anti aging
4. Tartaric Acid - Anti aging
5. Citric Acid - Anti aging
6. Panthenol - Wound healing
7. Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil - Acne fighting
8. Salicylic Acid - Acne fighting


And yeahhhhh. So far analyse product Vita Laboratoires dekat CosDNA ni takde color merah lagi. Majority yang Ekin nampak color hijau dan diikuti dengan kuning. 

Okay. Cukuplah bebelan Ekin setakat ni sahaja. Nanti Ekin akan update personal review daripada Ekin sendiri tau. Stay tuned!

WEBSITE
All Young MY

INSTAGRAM
@allyoung_my

Dah lama tak membebel dekat blog ni. Jadi, malam ni Ekin nak ambil kesempatan untuk review skincare produk. Actually, tadi Ekin singgah Watsons and dah lama jugak lah Ekin mencari produk ni. Sebab ramai yang kata bagus. Yang bestnya sebab dia jenis watery essence kan. So, sesuai lah for those yang jenis kulit combination skin macam sayaaa... Hihi. 


Ini lah dia produknya. 

Brand : Bioré
Product : UV Aqua Rich Watery Essence 

Lepas je beli sunscreen ni dekat Watsons, balik je terus Ekin try dekat tangan dulu sebab nak tengok tekstur dia macam mana. Dekat Watsons tadi takde pulak tester dia. So, tak dapat nak try. Tu yang balik-balik je terus kelam kabut nak try. Hahaha. 

Ekin pun, bukak lah. Letak sikit dekat tangan. Sapu sapu sikit. Rata rata kan sikit. Nasib baik! Sunscreen ni cepat betul dia adsorb. Tak rasa melekit pun. Selalunya sunscreen yang pernah Ekin beli, dia ada rasa melekit. Kadang-kadang, benda tu yang membuatkan Ekin rasa rimas nak pakai suncreen ni. Ekekeke. So, tak sia-sia lah Ekin beli Bioré Aqua Rich Watery Essence ni. Harga pun berbaloi. 




Dia memang tak tinggalkan rasa lekit pun and very lightweight. Bila dah beli ni, Ekin ada lah check ingredients dia. Yelah, nak lah jugak tengok star ingredients apa yang best dekat produk ni. Hehehe. Kita kan mementingkan ingredients terhadap sesuatu produk ni. 

Berdasarkan research Ekin (fuhhhh, ajet ajett macam professor pulak), star ingredients dalam Bioré UV Aqua Rich Watery Essence ni adalah more kepada moisturizing (pelembapan). Nama pun aqua kan. Mesti lah main concern dia untuk melembabkan. Dekat bawah ni, Ekin list kan star ingredients produk ni yang memainkan peranan untuk melembabkan kulit kita. 

Star Ingredients :
1. Butylene Glycol
2. Sodium Hyaluronate
3. Propylene Glycol 

Kiranya ada 3 ingredients yang membantu untuk melembabkan kulit. Siapa yang jenis suka buat research atau nak periksa sama ada produk ni sesuai ke tidak dengan kulit korang, bawah ni Ekin tepekkan sekali ingredients Bioré UV Aqua Rich Watery Essence ni tau. So, takde lah korang pergi drugstores dulu baru nak check. Time tu jugak lah baru nak tengok ingredients satu persatu. Tak ke letih nanti. Hihi. 

Ingredients:
Water (aqua), alcohol, ethylhexyl methoxycinnamate, lauryl methacrylate/sodium methacrylate crosspolymer, c12-15 alkyl benzoate, bis-ethylhexyloxyphenol methoxyphenyl triazine, diethylamino hydroxybenzoyl hexyl benzoate, dimethicone, ethylhexyl triazone, silica dimethyl silylate, dipropyle glycol, xylitol, dextrin palmitate, acrylates/c10-30 alkyl acrylate crosspolymer, dimethicone/vinyl dimethicone crosspolymer, polysilicone-9, glyceryl stearate, aminomethyl propanol, vinyl dimethicone/methicone silsesquioxane crosspolymer, agar, fragrance, isoceteth-20, c30-45 alkyl methicone, polyvinyl alcohol, c30-45 olefin, disodium EDTA, BHT, sodium hydroxide, butylene glycol, propylene glycol, citrus grandis (grapefruit) fruit extract, royal jelly extract, sodium hyaluronate, citrus aurantium dulcis (orange) fruit extract, citrus medica limonum (lemon) fruit extract, phenoxyethanol, methylparaben, butylparaben, ethylparaben, propylparaben

Untuk lebih details, korang boleh analyse ingredients ni dekat website CosDNA atau SkinCarisma. Taip je dekat google, nanti keluarlah website dia tu. Hoho. 

Kalau korang perhatikan ingredients dia, sunscreen ni contain alcohol, fragrance dengan paraben. So, kalau main concern korang untuk cari produk yang alcohol free, fragrance free, paraben free... Produk ni bukan yang anda cari. Kihkihkih. 

Bioré UV Aqua Rich Watery Essence ni korang boleh dapatkan dekat mana-mana drugstore yang berdekatan dengan korang. Ekin dapatkan sunscreen ni dekat Watsons. Harga pulak RM28.80 sahaja. Kalau nak terus beli online, boleh klik sini je >>> BIORE UV Aqua Rich Watery Essence




Personal review:

26 Oktober 2018: Disebabkan baru semalam Ekin beli Bioré UV Aqua Rich Watery Essence ni, baru harini berkesempatan nak pakai. So far, sampai tengah hari pakai kulit muka Ekin tak berlekit langsung. Takde kesan penampakan kulit muka berminyak. Masa pakai pagi tadi pun, sunscreen ni betul betul adsorb well dekat kulit muka Ekin. And very lightweight. Takde kesan white cast ke apa. Now, Ekin jatuh cinta dengan this product and thats why most people bagi positive feedback. Hehehe. 

Will I repurchase? 
Definitely ,yes! 

Okay. Ekin pulak nak tanya korang semua, apa favorite sunscreen korang? Jangan lupa untuk kongsikan pendapat korang di ruangan komen bawah. Mana tahu ada yang menarik untuk Ekin cuba :D


Tiba-tiba macam free sikit, Ekin rasa macam nak review satu skincare product dari Vita Laboratoires ni which is one of my favorite cleanser. Been trying it for a few weeks and totally, Ekin suka dengan cleanser ni.

Cleanser ni adalah Acne Soothing Cleansing Cream which is for acne skin or prone to acne skin. Ekin memang recommended lah dekat sesiapa yang adalah masalah kulit muka berjerawat untuk try cleanser dari Vita Laboratoires ni.

Ekin kan tengah healing muka dari breakout, and when I first time using this cleanser... even though dia jenis cleansing cream, tapi dia very gentle lah dekat skin Ekin ni. Sakit, pedih, gatal-gatal tu semua takde tau. Kadang-kadang certain acne cleanser ni akan buat kulit muka kita pedih, merah-merah... Rasa ketattt je memanjang kan. But, this acne cleanser so far Ekin pakai okay je. That's why I recommended this cleanser for those yang suffer with acne and etc.


Brand : Vita Laboratoires
Produk : Acne Soothing Cleansing Cream

Yang bestnya, this acne cleanser ni dia PARABEN FREE, ALCOHOL FREE dan FRAGRANCE FREE tau. Memang best lah orang cakap! Hehehe.

Nama pun cleansing CREAM kan... So, mesti korang tahu tekstur cleanser ni adalah jenis cream.


Ekin kalau nak pilih cleanser, Ekin memang suka jenis yang macam ni. Bila basahkan dengan air, dia akan berbuih. Baru rasa best sikit nak cuci muka. Hihi. 


Ingredients:
Aqua, Sodium Lauroryl Glutamate, Sodium Cocoyl Isethionate, Propanediol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Disodium Cocoyl Glutamate, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, o-Cymen-5-ol (Isopropyl Methylphenol), Saccharide Isomerate, Citric Acid, Sodium Citrate, Epilobium Fleischeri Extract, Glycerin, Potassium Sorbate, Microcitrus Australasica Fruit Extract, Panthenol, Niacinamide, Calcium Pantothenate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Tocopheryl Acetate, Pyridoxine HCl, Maltodextrin, Sodium Starch Octenylsuccinate, Silica, Propylene Glycol, Salicylic Acid, Ascorbic Acid, Tartaric Acid, Malic Acid, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract, Rosa Canina Fruit Extract, Viola Tricolor Extract, Arginine.

Ni adalah ingredients dalam Vita Laboratoires Acne Soothing Cleansing Cream. Kalau bab-bab beauty product ni, Ekin memang suka analyse dia punya ingredients. So, dia lagi much safer lah before kita guna dekat kulit muka kan?! Jom kita analyse ingredients ni dekat website favorite Ekin iaitu CosDNA.

Result ingredients analysis daripada website CosDNA.


Woww. Result from CosDNA ni majoriti semua hijau. Color kuning pun sikit-sikit je dan color merah langsung takde. Which produk ni selamat lah digunakan. Takde ingredients yang akan triggered kulit muka kita. Jarang tau jumpa produk yang takde color merah ni. Biasa nya kalau Ekin check, at least mesti akan ada color merah. Sebab tu, Ekin suka cleanser ni. Sesuai lah dengan kulit muka Ekin.



Personal review:

First time pakai this acne cleanser, dia jenis berbuih tapi tak banyak. Kiranya gentle to our skin and tak harsh. Experience masa pakai cleanser ni, jerawat dekat kulit muka start kecut and tinggal parut je untuk dirawat. Hehehe. After pakai, memang nampak kulit licin. Tak de rasa pedih, merah-merah, tegang dan sebagainya. Recomended!

Kalau korang tercari-cari skincare yang sesuai dengan kulit muka, Ekin recommend kan produk skincare dari brand Vita Laboratoires ni. Ada banyak pilihan untuk korang pilih, based on your skin concern. 

Dekat bawah ni, Ekin tepek kan sekali link untuk korang terus pergi dekat instagram mereka. 

WEBSITE
All Young MY

INSTAGRAM
@allyoung_my

Beberapa hari yang lepas, Ekin terima satu package susu kegemaran Ekin sendiri. Dari kecil lagi Ekin memang suka beli susu ni dekat kedai-kedai. Tiap kali ada kesempatan singgah kedai, mesti beli susu ni. Memang berlemak dan sangat sedap! Lebih-lebih lagi kalau minum time sejuk... Hilang terus dahaga. Hoho.

Entry lain : Unboxing Susu Fernleaf UHT

Nak tahu susu apa? Mesti korang dah tahu kan?! 


Semestinya susu Fernleaf UHT. Berbanding dengan susu jenama lain, susu ni adalah 100% dari New Zealand tau. 100x lebih Mmmmm. Boleh lah feeling-feeling minum susu dekat New Zealand. Bukan senang nak pergi New Zealand ni. Dapat susu Fernleaf ni pun jadilah. Hihi. 

Sebelum kita pergi lebih panjang lagi, jom kita kenal dengan susu Fernleaf 100% dari New Zealand ni.


Mengenai susu Fernleaf 

Untuk pengetahuan korang semua, dekat Fernleaf ni lembut tenusu adalah jiwa dalam industri mereka tau. Para peladang dekat Fernleaf ni menjaga lembu tenusu mereka dengan penuh dedikasi. Hasilnya? Mestilah susu yang dihasilkan tu merupakan sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan banyak digunakan oleh tubuh badan kita. Selain daripada kaya dengan kalsium, susu Fernleaf ni juga kaya dengan nutrien penting yang lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D.

Hahh, korang dah tahu kan serba sedikit mengenai susu Fernleaf ni. Sekarang, jom kita ambil tahu kenapa dan apa kebaikan susu Fernleaf ni.


Kebaikan susu Fernleaf

Korang mesti tahu kan, dekat New Zealand ni tanah dia subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak... menjadikan New Zealand ni sebagai salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. 

New Zealand merupakan salah satu negara yang lembut tenusunya dapat meragut rumput secara bebas dan sekaligus dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.


Apa yang bestnya! Lembu tenusu di New Zealand ni menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari cerah. Dan sebab itulah susu Fernleaf ni mempunyai vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembut tenusu yang lain yang sering terkurung di dalam kandang tu. Hahhh, baru Ekin tahu. 

Dengan rumput yang kualiti dia tinggi, iklim yang sangat selesa, udara dan air yang segar dan bersih, lembu tenusu Fernleaf dapat menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Hebatkan! 


Apa yang membuatkan susu Fernleaf ni hebat? 

Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, para peladang mereka yang berdedikasi tinggi akan memastikan kualiti susu mereka kualiti tertinggi pada setiap peringkat. Bermulalah daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk susu Fernleaf ini sedia untuk diedarkan kepada pengguna. Warisan dan kepakaran mereka menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu hari ini.


Jadi, memang tak sia-sia lah Ekin pilih susu Fernleaf ni sebagai susu pilihan nombor 1 Ekin kan?! Selain kualiti untuk menghasilkan susu Fernleaf ini tinggi, ia juga kaya dengan nutrien yang diperlukan dalam tubuh badan kita seperti vitamin A dan vitamin D. 

Setiap pagi, Ekin akan minum susu Fernleaf ni untuk bekalkan Ekin tenaga sepanjang hari. Rasa tak lengkap kalau tak minum susu sebelum memulakan hari Ekin. Oh ya. Lupa pulak nak bagitahu korang semua.

Susu Fernleaf ni didatangkan dengan tiga jenis variasi iaitu full cream, low fat dan chocolate. Favorite Ekin? Mesti lah chocolate! Hehehe. Korang pulak macam mana?

Nak baca entry lain mengenai susu Fernleaf ni lagi? Jom tengok entry unboxing susu Fernleaf UHT ni.

Entry lain : Unboxing Susu Fernleaf UHT

Hi, kali ni Ekin nak buat entry unboxing susu Fernleaf UHT ni. Korang mesti pernah dengar kan pasal susu Fernleaf ni. Selalu nampak dekat kedai je kan. Harini, korang tengok pulak Ekin nak unboxing susu Fernleaf ni versi blogger. Kalau nak tengok video, nanti Ekin akan link kan dekat korang semua video Ekin unboxing susu Fernleaf ni dekat youtube ya.


Hahh, comel kan lembu tu. Siap ada kandang lagi. Hihihi. Okay, actually ni adalah items yang ada dalam cooler bag yang Ekin terima daripada Fernleaf team. Sooooo cute bila buka-buka je ada lembu dekat situ. 


Nampak tak? Background gambar ni semestilah kena ada unsur-unsur kehijauan gitchew. Baru nampak macam ala-ala rumput. Hihi.

Dalam cooler bag ni, Ekin terima :
  • Susu Fernleaf UHT - Full cream milk 1L & Chocolate milk 200ml x 4
  • Glasses straw
  • Photo prop
  • Booklet



Sedapnya susu ni kalau minum time time sejuk. Nikmat sangat! 4 kotak ni, sekejap je Ekin boleh habiskan. Hoho. Lagi-lagi perisa coklat. Siapa je tak suka kan?! Nyum nyumm nyummm. 

Masa bukak cooler bag ni, Ekin paling excited dengan glasses straw ni. Rasa tak sabar nak gayakan sambil minum susu Fernleaf coklat favorite Ekin ni.  


Ada rupa macam ala-ala scientist susu tak? Hahaha. Sebelum pakai ni, ingatkan macam susah nak minum susu. Rupa-rupanya senang yakmat... Nanti senanglah kalau tengah nak buat kerja ke apa sambil rasa nak minum, pakai je glasses straw ni. 

Okay! Dah selesai unboxing susu Fernleaf UHT ni, korang nantikan pula entry kebaikan susu Fernleaf ni okay! 

Sebelum tu, Ekin nak tanya korang. Antara susu full cream, low fat dan chocolate... Mana satu pilihan No. 1 korang? Kalau Ekin, sudah semestinya susu coklat. Hihi.

Pssttt... Kalau korang nak tengok Unboxing Susu Fernleaf UHT ni versi video, klik je dekat bawah ni.


Dah nak expired lesen L ni, barulah terhegeh-hegeh nak renew lesen. Tak sedar ke diri tu baru lesen L. Aduh, Ekin ni pun. Hahaha. Kali ni kiranya masuk kali kedua Ekin renew lesen L. Entah bila lah nak upgrade ke lesen P pulak nih. Maklum lah, bila dah semester akhir ni... Makin membusy pulak dengan segala projek dan assignment. Rasa tak cukup rehat pun ada. 

Berbalik pulak pasal lesen kereta ni. Kalau nak diikutkan, lesen L Ekin akan tamat pada 10/10/2018. So, petang semalam dalam 4 petang macam tu barulah terkejar-kejar pergi ke JPJ Padang Jawa, Shah Alam ni. Nasib baik lah sempat berkejar. Kalau ikutkan, pejabat dorang tutup jam 4.30pm.

Dah masuk kawasan JPJ Padang Jawa ni, terus cepat-cepat cari parking. Nasib baik petang-petang tak ramai orang, banyak parking kosong. Dapat je parking, terus naik atas ke tempat untuk pembaharuan lesen. Masuk, lepastu cakap dengan staff yang jaga tepi tu kata nak renew lesen dan ambil no giliran. Tengok dalam tu takde orang.

Tak lama tu, terus nombor kena panggil.  Ekin pun apa lagi. Cepat cepat pergi ke kaunter. Bagi IC. Bagi lesen L. Tunggu sekejap je, terus lesen L Ekin dah siap. Pantas dan efisien. Ni yang kita mahukan. Hoho. 


Taraaa. Done renew lesen L kali kedua. Hehe. Rasanya dah boleh jadi pengumpul lesen L dah ni.

Actually, sebelum nak ke JPJ Padang Jawa untuk renew lesen L ni, Ekin ada risau tau sebenarnya. Yelah, sebelum ni dah pernah renew lesen L untuk tempoh 3 bulan. Ekin fikir, boleh ke nak renew lesen L ni lagi?

Jadi, masa dekat kaunter nak renew tu... Ekin tanyalah dekat akak yang uruskan pembaharuan lesen L Ekin ni, "erm, kak. Sebelum ni saya dah pernah renew lesen L ni. Kalau saya nak renew lagi boleh kan?" sambil tangan hulur lesen L Ekin yang sebelum-sebelum ni. Akak tu pun tengok lesen Ekin (mungkin nak tengok tarikh lesen L Ekin) sambil kata, "ohh, boleh :)". Dalam hati Ekin, fuhhh selamat. "Kiranya boleh lah ya kak, asalkan tak lebih 2 tahun ya?" Saje lah tanya nak double confirm. Kihkih. Akak tu pun jawab, betul. 

Kiranya boleh lah renew lesen L ni kalau dah tamat tempoh walaupun berkali-kali. At least, tempoh lesen L kita tak lebih 2 tahun. Kalau tak, terpaksalah ambil ujian berkomputer semua tu balik. Dah melayang lagi duit. Hoho. 

Okay lah, itu sahaja entry kali ni. Korang doakan lah Ekin supaya cepat-cepat upgrade ke lesen P pulak ya. Harap-harap lah Ekin lulus sekali untuk ujian QTI dengan JPJ.

Ohh, lupa nak bagitahu. Ekin renew untuk tempoh 3 bulan, hanya perlu bayar RM30 sahaja.

Nota kaki : Hello readers! Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh komen je di ruangan komen di bawah. Jangan lupa untuk tick kotak NOTIFY ME supaya korang akan dapat notification bila ekin reply komen korang di bawah :)

~

Follow me:

Instagram: @asyiqinroslee
Twitter: @asyiqinroslee
Facebook: @asyiqinlee
Youtube : @asyiqinroslee


Harini baru berkesempatan nak update blog ni. Kali ni nak update tentang Lazada Shopathon Blogger Contest tempoh hari tu. Tak sangka, Ekin dipilih sebagai pemenang! Rasa terkejut masa terima email daripada Lazada team.


Perasan tak ada nama Asyiqin Roslee dekat situ. Hehe. Menang voucher RM300 tu. Macam-macam boleh beli kan. Dalam kepala masa ni dah list barang-barang apa nak beli dekat Lazada ni. Memang selalu kalau nak cuci mata, Lazada lah pilihan pertama untuk singgah window shopping sambil scroll-scroll tengok mana yang menarik. Huhu.


Next, terima email daripada Lazada team. Dah reply details semua tu, rasa tak sabar-sabar pulak nak terima code voucher RM300 tu. Punyalah excited nak shopping. Padahal tak tahu nak beli apa sebenarnya. Excited je lebih ni.

Balik rumah, cerita lah dengan mak pak, kawan, adik, kakak semua pasal menang voucher RM300 Lazada ni. Bukan calang-calang orang nak menang ni. Rezeki almaklumlah. Allah bagi. Alhamdulillah. Hihi. 

Bila dah cerita dekat mak ayah pasal menang voucher Lazada ni, ayah terus tanya "Ekin, ada nak beli apa-apa ke dengan voucher tu?". And then, Ekin pun jawablah "Takde ayah. Kenapa?", sebab nak tahulah mana tahu ayah ada nak beli apa-apa kan? Padahal, kalau ikutkan voucher RM300 tu boleh beli macam macam kan? Kihkihkih. Daripada anak dia membazir beli barang bukan-bukan, baik beli barang yang parents rasa nak guna ke apa kan. Hoho. Jadi, lepas Ekin jawab... ayah terus bukak apps Lazada tunjuk dekat Ekin barang yang ayah nak beli. Lahhhh... Rupanya ayah nak belikan untuk ibu Ekin. Comel je. Ekin pun kata dekat ayah, "okay, boleh ni ayah. Ngam ngam. Nanti dah dapat voucher, kita order terus". Gitchew. 

Selang beberapa hari. Terima lagi satu email daripada Lazada lagi. 

Hari-hari Lazada ni email Ekin. Mana tak sayang. Kehkehkeh. 


Yasss! Dah dapat voucher Lazada RM300. Dapat je email ni, terus Ekin order barang yang ayah nak tu. Bukak apps Lazada. Klik nama barang tu, add to cart, buy, key in voucher code, checkout, pappppp... PAY! Yes. Done berbelanja.

Sekarang, turn nak tunggu barang sampai dengan selamat je. Harap-harap lah ibu Ekin suka dengan barang yang ayah Ekin nak belikan tu. Nak tahu barang apa yang Ekin beli dengan voucher Lazada RM300 ni? Hahh, tunggu next entry Ekin pula ya... 

Anyway, thank you Lazada Malaysia.. 
Memandangkan tengah free, malam ni Ekin nak review satu produk minuman kecantikan untuk dimiliki setiap wanita yang ingin tampil cantik berseri. Cewahh. Ayat dia, bukan main memukau lagi kan. Okay, sebenarnya Ekin ada dapat satu produk ni untuk direview dan ianya adalah satu produk minuman kecantikan. Sebut je pasal kecantikan ni. Of course lah Ekin excited! Siapa je tak nak cantik kan? Hehe.

Korang pernah dengar tak produk KITA Beauties ni. Sebenarnya, sebelum ni pun Ekin tak pernah dengar lagi pasal produk KITA Beauties ni. Masa nak review produk ni, baru tahu yang KITA Beauties akan lancarkan produk mereka Oktober ni exclusive for Guardian. Bila dah masuk farmasi ni, Ekin lagi lah jatuh cinta dengan KITA Beauties ni. Selain senang nak dapatkan, kualiti produk ni juga sudah tentu terjamin kan?! Hahh. Itu yang membuatkan Ekin rasa nak review produk ni untuk korang semua. Hehe.


Taraaaaa. 

Ni lah dia produk minuman kecantikan KITA Beauties. Cantik kan packaging dia. Rasa macam nak minum sekarang jugak! Hehe. Okay, Ekin nak tanya korang semua. Sebelum korang decide untuk beli sesuatu produk kecantikan kan... Apa yang korang akan lihat terlebih dahulu?

Kalau Ekin... Semestinya Ekin akan lihat dulu ingredients produk tersebut. Ekin akan pastikan bahan-bahan yang ada dalam sesuatu produk, bermanfaat untuk Ekin. Sama juga seperti KITA Beauties ni. Once Ekin receive the package, Ekin belek dulu main ingredients dia. Hehe. Masa ni acah-acah scientist kejap. Belek punya belek, Ekin like WOWWW. Macam best je ingredients dia. Fungsi setiap ingredients KITA Beauties ni je pun dah buat Ekin rasa jatuh cinta. *bagi love sikit


Nampak tak main ingredient dia? Untuk produk KITA Beauties ni, dia ada empat (4) main ingredients yang mana terdiri daripada buah oren, camu-camu, alpha lipoic acid dan biji anggur. Antara keempat-empat ni, yang paling Ekin suka ingredient KITA Beauties ni adalah grape seed atau kata nama lain dia biji anggur.

Jom Ekin terangkan apa kelebihan keempat-empat main ingredients ni:

Sebagai mana kita tahu, buah oren ni kaya dengan vitamin C. Dengan adanya vitamin C dalam tubuh badan kita, ianya akan membuatkan kulit jadi lebih sihat dan dalam masa yang sama akan menguatkan sistem imunisasi tubuh badan.

Camu-camu pula adalah buah-buahan yang sangat bagus untuk kulit dan diet seharian. Dengan adanya camu-camu, ia dapat memberi agar kulit tampak lebih sihat. Selain itu, ia dapat membantu untuk mengecilkan liang pori di wajah dan dapat mengurangkan keradangan kulit semasa acne breakout.

Alpha lipoic acid pula bertindak sebagai primary anti-oxidant that prevents aging and inflammation of skin. Dengan adanya alpha lipoic acid, ia dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam agar kulit wajah kita kekal licin, anjal dan berseri.

Akhir sekali, biji anggur (grape seed). Biji anggur dapat mencerahkan wajah dan membantu agar kulit wajah kekal cerah dan berseri. Disamping ianya dapat membantu untuk mengurangkan pembentukan jerawat di wajah.

Dilengkapi dengan arahan cara membancuh dan cara pengambilan.


KITA Beauties didatangkan dengan pelbagai jenis produk minuman kecantikan antaranya adalah:

1. KITA Col'la : Pomegranate (anti aging)
2. KITA Ber'ies : Mix berries (anti oxidant)
3. KITA Pu'th : Orange (brightening & fairer skin)
4. KITA Blok'it : Lemon (powefull fat blocking)
5. KITA fib're : Avocado (suitable for those with constipation problem)
6. KITA Ku'ros : Coco (helps you lose weight) 
7. KITA Mo'hair : Apple (hair vitamin) 
8. KITA Push up : Strawberry (natural breat enlargement)

Menarik kan! Jangan lupa tau, untuk dapatkan produk KITA Beauties di semua Guardian Malaysia dan jadi yang pertama untuk merasai nikmat kecantikan bersama KITA Beauties.


First time buat review on youtube. Maaflah kalau tak berapa nak professional sangat. Hihi. Maklumlah, saya newbies. 

Sebarang details, korang rujuk je dekat bawah ni :)

Price
RM28.80/box

Website
www.kitabeauties.com

Facebook
KITA Beauties

Instagram
@kita_beauties
Memandangkan Ekin pelajar semester terakhir, bermulalah experiment final year project (FYP) ni. Untuk FYP degree, Ekin lebih tertumpu kepada environmental study. So, terciptalah idea untuk gunakan sekam padi sebagai coagulant untuk treat air. Macam mana idea boleh datang? Semestinyalah daripada recommendation senior-senior yang lepas. Belek punya belek journal dekat internet, terjumpalah satu artikel study mengenai sekam padi ni sebagai coagulant.

Jadi, harini barulah Ekin terkedek-kedek nak masuk lab untuk proceed dengan proposal methodology masa FYP1 tu dulu. Orang lain dah siap run test. Kita baru lah ibarat nak buka buku baru baca. Haha. Punyalah kononnya busy sangat. Eh, tapi memang busy pun. Sobs sobs. 


Masa ni, barulah nak kira berapa molar concentration of chemical yang nak digunakan. Nasib baiklah lab assistant ni baik orangnya. Banyak membantu. Untuk projek akhir tahun yang Ekin buat ni, Ekin banyak bermain dengan chemical untuk activate kan rice husk a.k.a sekam padi Ekin ni. Terpaksalah berkorban sikit masa nak study balik chemical punya properties. Hoho. Padahal ambil bidang engineering. Tapi buat projek, banyak pulak main dengan chemical ni. Aduhh. Tepuk dahi sendiri. 


Lepas dah dapat molar concentration yang Ekin nak. Kita pun prepare lah dia punya chemical solution ni. Gigih lah jugak tekan tekan botol air distilled water ni. Padahal boleh je ambil dekat tong besar ni. Saje nak buat kerja lambat-lambat. Haha. 


Proses nak timbang sekam padi. Boleh jadi darah tinggi masa nak dapatkan exact value yang Ekin nak. Yelah. Sekam padi ni kan ringan. Bila letak banyak, tinggi pulak dia mencanak naik. Bila kurangkan sikit, bukan main laju berat dia turun. Last-last, kita buat jelah plus minus. Janji, berat nombor depan yang kita nak tu dapat. Habis cerita.


Proses pemanasan sehingga dapat boiling point. Lama lah jugak nak tunggu sampai dapat suhu boiling point ni. Sambil tunggu, sambil kita berselfie. Bila rasa macam membazir masa sikit, barulah buat kerja yang lebih berfaedah. Sebagai contoh? Kita basuhlah balik alatan-alatan makmal yang dah guna. Hehe. 


Sekian sahaja cerita untuk hari ini. Ekin akhiri entry kali ni dengan #LabOOTD harini. 

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • Nota Lengkap RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
  • Nota Lengkap RSM (Rutin Sebelum Memandu)
  • The Body Shop Seaweed | Deep Cleansing Gel Wash & Oil Balancing Toner
  • Sneapy Talking Gift Card | Just For You
  • Buat Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) di JPJ Padang Jawa
  • Cara Buka Akaun Bank Islam Al-Awfar
  • Sambut Hari Lahir Ibu di The Grill, Wangsa Maju
  • Revesol Multi-Factor Age Reverse Cream With Hydration Review
  • Cara Nak Tukar Nombor Telefon untuk Terima 'MSOS Code' Maybank
  • VLOG #2 | Makan-Makan (feat. Membebel Sepanjang Perjalanan)

Categories

  • Ads 4
  • Beauty 37
  • Blogger 15
  • Education 13
  • Fashion 2
  • Flower 1
  • Food 16
  • Game 1
  • Health 4
  • Money 12
  • Personal 57
  • Preloved 1
  • Present 1
  • Recipe 5
  • Travel 2

Blog Archive

  • ►  2024 (4)
    • ►  August (4)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2020 (33)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (68)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (6)
    • ►  July (18)
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ▼  2018 (53)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ▼  October (10)
      • Went to My Sister's Convocation at Unisel Bestari ...
      • Vita Laboratoires Acne Solution Skin Balancing Ton...
      • Biore UV Aqua Rich Watery Essence Review
      • Vita Laboratoires Acne Soothing Cleansing Cream Re...
      • Nikmati Kebaikan Susu Fernleaf UHT - 100% Mmmmm
      • Unboxing Susu Fernleaf UHT
      • Renew Lesen L (Kereta) Kali Kedua
      • Menang Lazada Shopathon Blogger Contest - Voucher ...
      • KITA Beauties PU'TH Review
      • Bermulalah eksperimen Projek Akhir Tahun (Final Ye...
    • ►  September (11)
    • ►  August (12)
    • ►  July (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageview

Copyright © Asyiqin Roslee. Designed by OddThemes