Menang Lazada Shopathon Blogger Contest - Voucher RM300!

By Asyiqin Roslee - Wednesday, October 10, 2018

Harini baru berkesempatan nak update blog ni. Kali ni nak update tentang Lazada Shopathon Blogger Contest tempoh hari tu. Tak sangka, Ekin dipilih sebagai pemenang! Rasa terkejut masa terima email daripada Lazada team.


Perasan tak ada nama Asyiqin Roslee dekat situ. Hehe. Menang voucher RM300 tu. Macam-macam boleh beli kan. Dalam kepala masa ni dah list barang-barang apa nak beli dekat Lazada ni. Memang selalu kalau nak cuci mata, Lazada lah pilihan pertama untuk singgah window shopping sambil scroll-scroll tengok mana yang menarik. Huhu.


Next, terima email daripada Lazada team. Dah reply details semua tu, rasa tak sabar-sabar pulak nak terima code voucher RM300 tu. Punyalah excited nak shopping. Padahal tak tahu nak beli apa sebenarnya. Excited je lebih ni.

Balik rumah, cerita lah dengan mak pak, kawan, adik, kakak semua pasal menang voucher RM300 Lazada ni. Bukan calang-calang orang nak menang ni. Rezeki almaklumlah. Allah bagi. Alhamdulillah. Hihi. 

Bila dah cerita dekat mak ayah pasal menang voucher Lazada ni, ayah terus tanya "Ekin, ada nak beli apa-apa ke dengan voucher tu?". And then, Ekin pun jawablah "Takde ayah. Kenapa?", sebab nak tahulah mana tahu ayah ada nak beli apa-apa kan? Padahal, kalau ikutkan voucher RM300 tu boleh beli macam macam kan? Kihkihkih. Daripada anak dia membazir beli barang bukan-bukan, baik beli barang yang parents rasa nak guna ke apa kan. Hoho. Jadi, lepas Ekin jawab... ayah terus bukak apps Lazada tunjuk dekat Ekin barang yang ayah nak beli. Lahhhh... Rupanya ayah nak belikan untuk ibu Ekin. Comel je. Ekin pun kata dekat ayah, "okay, boleh ni ayah. Ngam ngam. Nanti dah dapat voucher, kita order terus". Gitchew. 

Selang beberapa hari. Terima lagi satu email daripada Lazada lagi. 

Hari-hari Lazada ni email Ekin. Mana tak sayang. Kehkehkeh. 


Yasss! Dah dapat voucher Lazada RM300. Dapat je email ni, terus Ekin order barang yang ayah nak tu. Bukak apps Lazada. Klik nama barang tu, add to cart, buy, key in voucher code, checkout, pappppp... PAY! Yes. Done berbelanja.

Sekarang, turn nak tunggu barang sampai dengan selamat je. Harap-harap lah ibu Ekin suka dengan barang yang ayah Ekin nak belikan tu. Nak tahu barang apa yang Ekin beli dengan voucher Lazada RM300 ni? Hahh, tunggu next entry Ekin pula ya... 

Anyway, thank you Lazada Malaysia.. 

  • Share:

You Might Also Like

10 comments