KITA Beauties PU'TH Review

Memandangkan tengah free, malam ni Ekin nak review satu produk minuman kecantikan untuk dimiliki setiap wanita yang ingin tampil cantik berseri. Cewahh. Ayat dia, bukan main memukau lagi kan. Okay, sebenarnya Ekin ada dapat satu produk ni untuk direview dan ianya adalah satu produk minuman kecantikan. Sebut je pasal kecantikan ni. Of course lah Ekin excited! Siapa je tak nak cantik kan? Hehe.

Korang pernah dengar tak produk KITA Beauties ni. Sebenarnya, sebelum ni pun Ekin tak pernah dengar lagi pasal produk KITA Beauties ni. Masa nak review produk ni, baru tahu yang KITA Beauties akan lancarkan produk mereka Oktober ni exclusive for Guardian. Bila dah masuk farmasi ni, Ekin lagi lah jatuh cinta dengan KITA Beauties ni. Selain senang nak dapatkan, kualiti produk ni juga sudah tentu terjamin kan?! Hahh. Itu yang membuatkan Ekin rasa nak review produk ni untuk korang semua. Hehe.


Taraaaaa. 

Ni lah dia produk minuman kecantikan KITA Beauties. Cantik kan packaging dia. Rasa macam nak minum sekarang jugak! Hehe. Okay, Ekin nak tanya korang semua. Sebelum korang decide untuk beli sesuatu produk kecantikan kan... Apa yang korang akan lihat terlebih dahulu?

Kalau Ekin... Semestinya Ekin akan lihat dulu ingredients produk tersebut. Ekin akan pastikan bahan-bahan yang ada dalam sesuatu produk, bermanfaat untuk Ekin. Sama juga seperti KITA Beauties ni. Once Ekin receive the package, Ekin belek dulu main ingredients dia. Hehe. Masa ni acah-acah scientist kejap. Belek punya belek, Ekin like WOWWW. Macam best je ingredients dia. Fungsi setiap ingredients KITA Beauties ni je pun dah buat Ekin rasa jatuh cinta. *bagi love sikit


Nampak tak main ingredient dia? Untuk produk KITA Beauties ni, dia ada empat (4) main ingredients yang mana terdiri daripada buah oren, camu-camu, alpha lipoic acid dan biji anggur. Antara keempat-empat ni, yang paling Ekin suka ingredient KITA Beauties ni adalah grape seed atau kata nama lain dia biji anggur.

Jom Ekin terangkan apa kelebihan keempat-empat main ingredients ni:

Sebagai mana kita tahu, buah oren ni kaya dengan vitamin C. Dengan adanya vitamin C dalam tubuh badan kita, ianya akan membuatkan kulit jadi lebih sihat dan dalam masa yang sama akan menguatkan sistem imunisasi tubuh badan.

Camu-camu pula adalah buah-buahan yang sangat bagus untuk kulit dan diet seharian. Dengan adanya camu-camu, ia dapat memberi agar kulit tampak lebih sihat. Selain itu, ia dapat membantu untuk mengecilkan liang pori di wajah dan dapat mengurangkan keradangan kulit semasa acne breakout.

Alpha lipoic acid pula bertindak sebagai primary anti-oxidant that prevents aging and inflammation of skin. Dengan adanya alpha lipoic acid, ia dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam agar kulit wajah kita kekal licin, anjal dan berseri.

Akhir sekali, biji anggur (grape seed). Biji anggur dapat mencerahkan wajah dan membantu agar kulit wajah kekal cerah dan berseri. Disamping ianya dapat membantu untuk mengurangkan pembentukan jerawat di wajah.

Dilengkapi dengan arahan cara membancuh dan cara pengambilan.


KITA Beauties didatangkan dengan pelbagai jenis produk minuman kecantikan antaranya adalah:

1. KITA Col'la : Pomegranate (anti aging)
2. KITA Ber'ies : Mix berries (anti oxidant)
3. KITA Pu'th : Orange (brightening & fairer skin)
4. KITA Blok'it : Lemon (powefull fat blocking)
5. KITA fib're : Avocado (suitable for those with constipation problem)
6. KITA Ku'ros : Coco (helps you lose weight) 
7. KITA Mo'hair : Apple (hair vitamin) 
8. KITA Push up : Strawberry (natural breat enlargement)

Menarik kan! Jangan lupa tau, untuk dapatkan produk KITA Beauties di semua Guardian Malaysia dan jadi yang pertama untuk merasai nikmat kecantikan bersama KITA Beauties.


First time buat review on youtube. Maaflah kalau tak berapa nak professional sangat. Hihi. Maklumlah, saya newbies. 

Sebarang details, korang rujuk je dekat bawah ni :)

Price
RM28.80/box

Website

Facebook
KITA Beauties

Instagram

8 comments

  1. first time dengat pasal Kita Beautiies. malaysia product ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. betul..malaysia product:) KITA beauties berada di Guardian bulan oktober ni ..

      Delete
  2. First time dengar nama produk nie. Macam nak cuba je :p

    ReplyDelete
  3. Wah byk khasiat Dan harga pun berpatutan.. bagus ni

    ReplyDelete
  4. Anak saya berumur 4 tahun masih menyusu badan dan saya umur 35 tahun boleh ke saya ambil produk ini..

    ReplyDelete