Dah lama tak membebel dekat blog ni. Jadi, malam ni Ekin nak ambil kesempatan untuk review skincare produk. Actually, tadi Ekin singgah Watsons and dah lama jugak lah Ekin mencari produk ni. Sebab ramai yang kata bagus. Yang bestnya sebab dia jenis watery essence kan. So, sesuai lah for those yang jenis kulit combination skin macam sayaaa... Hihi.
Ini lah dia produknya.
Brand : Bioré
Product : UV Aqua Rich Watery Essence
Lepas je beli sunscreen ni dekat Watsons, balik je terus Ekin try dekat tangan dulu sebab nak tengok tekstur dia macam mana. Dekat Watsons tadi takde pulak tester dia. So, tak dapat nak try. Tu yang balik-balik je terus kelam kabut nak try. Hahaha.
Ekin pun, bukak lah. Letak sikit dekat tangan. Sapu sapu sikit. Rata rata kan sikit. Nasib baik! Sunscreen ni cepat betul dia adsorb. Tak rasa melekit pun. Selalunya sunscreen yang pernah Ekin beli, dia ada rasa melekit. Kadang-kadang, benda tu yang membuatkan Ekin rasa rimas nak pakai suncreen ni. Ekekeke. So, tak sia-sia lah Ekin beli Bioré Aqua Rich Watery Essence ni. Harga pun berbaloi.
Dia memang tak tinggalkan rasa lekit pun and very lightweight. Bila dah beli ni, Ekin ada lah check ingredients dia. Yelah, nak lah jugak tengok star ingredients apa yang best dekat produk ni. Hehehe. Kita kan mementingkan ingredients terhadap sesuatu produk ni.
Berdasarkan research Ekin (fuhhhh, ajet ajett macam professor pulak), star ingredients dalam Bioré UV Aqua Rich Watery Essence ni adalah more kepada moisturizing (pelembapan). Nama pun aqua kan. Mesti lah main concern dia untuk melembabkan. Dekat bawah ni, Ekin list kan star ingredients produk ni yang memainkan peranan untuk melembabkan kulit kita.
Star Ingredients :
1. Butylene Glycol
2. Sodium Hyaluronate
3. Propylene Glycol
Kiranya ada 3 ingredients yang membantu untuk melembabkan kulit. Siapa yang jenis suka buat research atau nak periksa sama ada produk ni sesuai ke tidak dengan kulit korang, bawah ni Ekin tepekkan sekali ingredients Bioré UV Aqua Rich Watery Essence ni tau. So, takde lah korang pergi drugstores dulu baru nak check. Time tu jugak lah baru nak tengok ingredients satu persatu. Tak ke letih nanti. Hihi.
Ingredients:
Water (aqua), alcohol, ethylhexyl methoxycinnamate, lauryl methacrylate/sodium methacrylate crosspolymer, c12-15 alkyl benzoate, bis-ethylhexyloxyphenol methoxyphenyl triazine, diethylamino hydroxybenzoyl hexyl benzoate, dimethicone, ethylhexyl triazone, silica dimethyl silylate, dipropyle glycol, xylitol, dextrin palmitate, acrylates/c10-30 alkyl acrylate crosspolymer, dimethicone/vinyl dimethicone crosspolymer, polysilicone-9, glyceryl stearate, aminomethyl propanol, vinyl dimethicone/methicone silsesquioxane crosspolymer, agar, fragrance, isoceteth-20, c30-45 alkyl methicone, polyvinyl alcohol, c30-45 olefin, disodium EDTA, BHT, sodium hydroxide, butylene glycol, propylene glycol, citrus grandis (grapefruit) fruit extract, royal jelly extract, sodium hyaluronate, citrus aurantium dulcis (orange) fruit extract, citrus medica limonum (lemon) fruit extract, phenoxyethanol, methylparaben, butylparaben, ethylparaben, propylparaben
Untuk lebih details, korang boleh analyse ingredients ni dekat website CosDNA atau SkinCarisma. Taip je dekat google, nanti keluarlah website dia tu. Hoho.
Kalau korang perhatikan ingredients dia, sunscreen ni contain alcohol, fragrance dengan paraben. So, kalau main concern korang untuk cari produk yang alcohol free, fragrance free, paraben free... Produk ni bukan yang anda cari. Kihkihkih.
Bioré UV Aqua Rich Watery Essence ni korang boleh dapatkan dekat mana-mana drugstore yang berdekatan dengan korang. Ekin dapatkan sunscreen ni dekat Watsons. Harga pulak RM28.80 sahaja. Kalau nak terus beli online, boleh klik sini je >>> BIORE UV Aqua Rich Watery Essence
Personal review:
26 Oktober 2018: Disebabkan baru semalam Ekin beli Bioré UV Aqua Rich Watery Essence ni, baru harini berkesempatan nak pakai. So far, sampai tengah hari pakai kulit muka Ekin tak berlekit langsung. Takde kesan penampakan kulit muka berminyak. Masa pakai pagi tadi pun, sunscreen ni betul betul adsorb well dekat kulit muka Ekin. And very lightweight. Takde kesan white cast ke apa. Now, Ekin jatuh cinta dengan this product and thats why most people bagi positive feedback. Hehehe.
Will I repurchase?
Definitely ,yes!
Okay. Ekin pulak nak tanya korang semua, apa favorite sunscreen korang? Jangan lupa untuk kongsikan pendapat korang di ruangan komen bawah. Mana tahu ada yang menarik untuk Ekin cuba :D
13 comments
wow macam menarik sunscreen ni. right now guna bio essence punya sunscreen. maybe next time boleh try sunscreen ni pulak :D
ReplyDeleteGARAEKI
Try lah.. Best sangat tau! Hihi, ekin dah jatuh cinta dengan produk ni..
Deletebio essence punya sunscreen pon best juz price dia je lah agak expensive dan saiz dia hanya 30g...sama dgn HL punya sunscreen...lightweight...
Deletesuka jugak pakai yg ni!
ReplyDeleteKan..best kan!
DeleteYup.. mmg best. Tp yg x best ada paraben..
ReplyDeleteHai, since ingredient dia banyak moisturise, can i skip my moisturize and put this on?
ReplyDeletemcm kita, kita pakai moisturizer time mlm je...sbb mlm x pakai sunscreen ...time siang x perlu pakai sbb dh pakai aqua rich nie mmg dia moist kan skin...1 lagi kena repeat aqua rich sunscreen nie setiap5 jam for better result
Deletedh guna biore aqua rich sunscreen nie...bagus...tapi kena bersihkan betul2 lepas guna...double cleansing semua tu...sbb ada alcohol kan...
ReplyDeleteskin type ekin ape?
ReplyDeleteskin type ekin jenis combination awak :)
DeleteWahh baru je beli hihi
ReplyDeleteMesra wudhuk ke sunscreen yg ni
ReplyDelete