Examination Result Is Out!

Hello readers semua.


Akhirnya, penantian yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. *ehhh, penantian lah sangat kan. Okay, untuk post kali ni... Ekin akan make it short and simple.

Korang tahu tak, masa hari result exam ni nak keluar Ekin nervous tahap tinggi melambung tau. Rasa macam fikiran ni tak boleh nak duduk diam. Asyik rasa gelisah je sepanjang nak tunggu email daripada my uni ni. Rasa nervous ni rasa macam bila crush kau duduk sebelah kau. Ahahaha, tak tentu arah jadinya. Tapi, Ekin takde lah nak tunjuk ke-nervous-san tu depan orang. Ekin mesti lah kena control cool. Gitchew.

Tunggu punya tunggu... tiba-tiba email notification masuk. Tengok-tengok, rupanya email SALAM daripada universiti Ekin. Allahu. Sudah tiba masanya kaa? Ahahaha. Bukan main lama lagi Ekin fikir, "nak bukak ke taknak bukak" "nak bukak ke taknak bukak".

Tap...

Mata dah tak tengok dah grade setiap subjek dapat apa. Terus scroll nak tengok GPA dengan CGPA dapat berapa. Bukan main gelojoh lagi kau nakkk. Lepas je tengok pointer, terus rasa macam nafas ni terhenti seketika.


Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah Ya Allah.

Ya Allah, tidak ada sebab untuk hamba mu ini untuk tidak mensyukuri nikmatMu. Alhamdulillah, ya Allah. Ekin sebenarnya betul-betul tak sangka yang Ekin akan dapat dekan untuk semester ni. Ini semua berkat doa ibu, ayah, pengajar dan rakan-rakan yang lain.

Bagi Ekin, ini adalah hadiah paling besar. Sebab sebelum result ni keluar, Ekin cuma berharap yang Ekin lulus semua subjek. Bagi Ekin, semester lepas memang agak berat dan susah sangat. Majoriti subjek semester yang lepas adalah subjek-subjek membaca which is Ekin memang susah nak bawa. Tapi, alhamdulillah... Allah bagi juga rezeki ni dekat Ekin.

Tipu lah kalau Ekin cakap yang Ekin cuma berharap dapat lulus je. Jauh dalam sudut hati ni, setiap sem Ekin minta nak dekan sebab nak my parents bangga. Kalau orang tanya, ibu ayah Ekin boleh lah jawab "anak aku dapat dekan sem ni" Hahh, tak gitchew ke uols?

Apapun, betul lah kata-kata USAHA TANGGA KEJAYAAN. Setiap usaha kita, Allah akan beri yang setimpal dengan apa yang kita usahakan. Lambat laun, Allah akan beri kita hasilnya.

Dari dulu lagi, Ekin berpegang dengan kata-kata ni...

Hablu minAllah, Hablu minAnnas

Ekin juga nak ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada korang semua yang mendoakan Ekin.

Terima kasih :)

p/s : harap-harap Ekin dapat kekalkan pointer 3.5 keatas untuk semester akan datang. aamiin.

14 comments

  1. tahniahhhh. byk A tu. btw, done follow #36

    ReplyDelete
  2. wah tahniah....kambate kudasai!(goodluck) for future...

    ReplyDelete
  3. Wah tahniah, Tarot juga ambil kos engineering. Tapi manufacturing engineering di UniMAP.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah..dah dapat dekan tu kekalkan ye. Memang susah sikit tapi xmustahil kan

    ReplyDelete
  5. wah wah wah.. tahniah2 cantik result adik manish ni =D

    ReplyDelete
  6. Tahniah.. semoga terus sukses dlm akademik..

    ReplyDelete
  7. tahniah ekin. moga terus berjaya ye.
    result akak pun da release ari tu. alhamdulillah.
    bila buat masters ni, AD tu 3.75 and above. boleh la capai sebab masters ni mudah skit dari degree. course akak la :)

    ReplyDelete
  8. OHMYGODDDDD congratulations for your result! i wish i was good as you :")

    ReplyDelete