Merdeka! Merdeka! Merdeka! Haha. Bukan main semangat lagi nak sambut hari kemerdekaan ni. Pejam celik pejam celik. Dah masuk tahun ke-61 Malaysia sambut hari kemerdekaan ni. Selalunya dekat Putrajaya lah yang akan meriah dengan segala perarakan dan sambutan di sana.
Dulu masa kecil, ibu ayah Ekin rajin lah bawa ke sana untuk lihat sambutan kemerdekaan ni macam mana. Masa malam nak countdown hari merdeka ni pun ayah akan bawa keluar untuk tengok bunga api besar. Rasa seronok pulak tengok bunga api besar-besar masa tu. Dia punya happy tu macam tengok taburan bintang dekat langit. Jarang-jarang dapat tengok kan?!
Disebabkan dah masuk ke 61 tahun Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ni. Jom kita flasback sikit mengenai sejarah kemerdekaan di negara kita.
Hari Kebangsaan Malaysia
Pada tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan bagi menandakan negara kita bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 sehingga 1957.
Pada tahun 2018, Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 tahun.
Sejarah Kemerdekaan Malaysia
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejaran bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada Pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Pengistiharaan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan 'MERDEKA' sebanyak 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.
Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada 8 Februari 1956.
Kronologi Mencapai Kemerdekaan
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
10 Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari - 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengishtiharaan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 - 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengishtiharaan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Okay, berakhir lah sudah catatan Ekin untuk entry kali ni. Untuk korang semua yang nak tahu lebih lanjut mengenai Sejarah Kemerdekaan negara kita, korang bolehlah search dekat google. Ekin hanya kongsikan sedikit sahaja mengenai sejarah kemerdekaan negara kita ni.
Apapun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-61. Terima kasih kerana sudi membaca :)
3 comments
salam merdeka. semoga Malaysia kekal aman dan dirahmati =D
ReplyDeleteSalam merdeka too.. :)
DeleteSalam merdeka :)
ReplyDelete